Thursday, July 18, 2013

TRADITIONAL NILE FELUCCA BOAT


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,
Selain daripada tempat-tempat bersejarah, Aswan juga terkenal dengan aktiviti pelayaran Felucca yang hilir mudih disepanjang Sungai Nile khususnya pada waktu dinihari.   Bagi pelancung yang adventure, mereka juga boleh memilih untuk bermalam diatas felucca termasuk makan malam.  Setiap felucca dapat menampung antara 5 dan 8 orang bagi sebuah boat. Kos yang dikenakan sekitar  EGP 50 bagi satu jam perkhidmatan.

 
ZBA dua tiga kali juga cuba untuk mengemudi Felucca di Sungai Nile.  Agak sukar kerana tiupan angin tidak menentu.  Ini menyebabkan kita harus pandai mengemudikan layar yang tinggi dan berat.  Tetapi jika angin sehala, perjalanan menjadi lancar dan senang. Kebiasaannya bila angin bertiup menyonsang perjalanan, kita terpaksa belayar secara zip-zek.  Perjalanan menjadi bertambah jauh tetapi masih bergerak kehadapan.
Malam ini merupakan malam terahir ZBA di Aswan dan kami akan bertukar citarasa dengan bermalam didalam Sungai Nile, 15km daripada bandar Aswan. Untungnya kami kerana bertiga sahaja termasuk jurumudi didalam Felucca yang boleh memuatkan lapan penumpang. Kami memulakan pelayaran seawal jam 4.00pm dengan angin sepoi-sepoi Sungai Nile. Bergerak zip-zek dan akhirnya berlabuh ditepi Sungai Nile berehat dan mandi. 
Sungai Nile airnya mengalir lesu. Tenang tetapi jangan disangka tiada buaya.  Airnya sejuk dan jernih sehingga menampakan anak-anak ikan berkeliaran sambar menyambar menumpaskan mangsa masing-masing.  Paling banyak dan merupakan hasil tangkapan utama ialah ikan talapia yang bersaiz sederhana dari spesis bewarna hitam.
Felucca tiada disediakan lampu. Kami makan malam dalam cahaya terang bulan. Dek kerana keletihan mengharungi perjalanan ulang alik ke Abu Simbel siang tadi, ZBA padam awal dan sedar-sedar bergema lauang azam subuh dari masjid bersebelahan Sungai Nile. Selepas minum pagi dan mengucapkan Assalamualikum kepada Saudara Muhammad, kami naik ketebing sungai dan meneruskan perjalanan ke Kom Ombo.
  
Resort dan Restoran ditepi Sungai Nil bersebelahan dengan Temple of Sobek.












Temple of Sobek tempat persinggahan kapal-kapal persiaran dari Aswan dan Luxor




Dari  Kom Ombo ZBA  melalui jalanraya utama menuju Edfu. Sebagai makluman, jalanraya menuju ke Edfu terletak disebelah kanan Sungai Nil disamping trek keretapi ditengah-tengah sehinggalah ke Luxur.  Ditebing Sungai Nile merupakan kawasan yang subur dan sumber pertanian adalah pendapatan utama penduduk tempatan.  Manakala penduduk membina penempatan dimana terdapat wadi-wadi yang subur.  Pemandangan ini adalah senario yang dapat kita lihat sehinggalah memasuki bandar ketiga terbesar Luxor.

Dalam perjalanan ZBA singgah di Edfu untuk melihat Temple of Horus.  




Gambar dikiri kanan dan bawah ialah perkampungan Nabi Allah Yusof A.S.

Tembok batu masih teguh berdiri mungkin dalam satu kawasan yang mungkin belasan ekar luasnya.












Selain dari melawat perkampungan Nabi Allah Yusof AS, ZBA juga ditunjukan perkampungan Nabi Allah Musa AS dilahirkan di Muallah 37 km daripada Luxur. Baginda dihayutkan oleh Ibunya melalui Sungai Nile sejauh 25 km sehinggalah ke bandar Tod. Dari Sungail Nile bayi kecil ini dikatakan hayut menyusuri sebual terusan dan tersangkut diistana Maharaja Firaun.  Maaf ZBA tidak gambar yang sempat dirakamkan atas faktor-faktor tertentu.
 ZBA sampai di Luxur lewat tengahari untuk mengakhiri perjalanan hari ini.  Check-in di Gaddis Hotel untuk 4H/3M di Luxor.


travel info by :  "TOBIAK TRAVEL"

No comments:

Post a Comment