Assalamualaikum,
Bagaikan airport-airport lain mereka juga ada menyediakan perkhidmatan bas untuk ke Amman tetapi perkhidmatan mereka didapati sangat dhaif dan tidak sistematik. Oleh yang demikian kepada pembaca diharap tidak mempercayaai 100% www.go2jordan.info dalam info yang diberikan. Express Bus yang mereka maksudkan ialah Mini Van bewarna kuning dengan muatan selagi kekosongan. Manakala kekerapan ialah bergantung kepada limpahan penumpang. Selaku negara Arab terbaik dalam nilai matawang, Jordan dilihat sebagai masih ketinggalan zaman tidak sistematik dan tidak mesra pelanggan.
Queen Alia Airport dan Abdalli, Amman ialah dijarak 40km dengan menaiki bas dan masa yang diambil diantara 45M atau 1J perjalanan. Mengikut info, terdapat bas terus ke Abdalli stesyen tetapi itu sebenarnya "tidak benar". Buat masa sekarang tidak ada perkhidmatan bas ke Abdalli malah bas akan terus ke terminal bas baru dengan tambang yang dikenakan ialah JDR3.5 dan dari situ pembaca harus mengambil teksi untuk kemana-mana di Amman. Perlu diingat dari situ kemana-mana di Amman, tambang teksi adalah tidak melebihi JDR 2. Harga sebenar ialah dibawah JDR1.5.
Pemandangan Bandar Amman dari Jabal Al Qalaa (Archaeological Maseum)
Sesingkat 3H/2M bukan masa yang sesuai untuk melihat Kota Amman dari dekat. Namun sempat juga ZBA merayap tetapi tidak boleh dikatogerikan sebagai "Hattam". Amman mungkin sekali lagi menanti kedatangan ZBA tetapi entah bila diantara masa dan umur. Tapi, Insyaallah.
Keaslian 1
Keaslian 2
Keaslian 3
Keaslian 4
Keaslian 5
Keaslian 6
Keaslian 7
Keaslian 8
Semua gambar-gambar diatas dan dibawah adalah menunjukan keaslian keujudan Tawarikh sejak zaman berzaman bermula daripada pemerintahan kerajaan Bani Umayyad, Bani Abbasid, Kerajaan Fatimid, Kerajaan Ayyubid, Mamluk dan Ottomaniah.
Alpha
Bravo
Delta
Pengangkutan awam tidak membantu para pelancung atau pengembara. Sungguhpun mereka petriotik dengan Bahasa Arab sebenarnya penggunaan Bahasa Roman akan membantu sesiapa sahaja. Ini ditambah lagi kesulitan kepada mereka yang tidak langsung memahami Bahasa Inggeris dan kita tidak memahami Bahasa Arab. Penggunaan perkhidmatan awam menjadi sukar dan kita terpaksa membayar harga yang mahal bagi perjalanan teksi yang pada keseluruhannya meletakan harga sesuka hati. Mereka tidak menggunakan meter dan sikap pemandu juga menampakan tabiat sebenar siapa mereka.
Pada asasnya taraf hidup di Jordan adalah tinggi jika dibandingkan dengan negara jiran Arab yang lain. Pertukaran matawang hari ini 1JDR = RM4.35. Oleh yang demikian kepada para pembaca harus bersedia untuk membayar 4 kali ganda jika bercita-cita menjelajah Jordan. Kerana mengejar masa, Amman ZBA tinggalkan dan kami menuju PETRA untuk paparan berikut.
WELCOME TO PETRA http://www.zainaltobiaqtravel.blogspot.com
Wahh...info yang menarik...
ReplyDeletekita selalu merungut dengan sistem perkhidmatan awam negara kita rupanya negara mereka lagi teruk...
kena study betul2 kalau nak berback pack ke negara Aman jordan ni...
Nasihat saya jangan cari Hotel terlampau murah utk penginapan. Jordan bukan macam Thailand dalan industri perhotelan. Dua ** ibarat tiada bintang. Sama macam hotel di India. SALAM
ReplyDelete