Assalamualaikum,
80% raayat Egypt adalah berugama Islam dengan selebihnya Kristian dan Jewesh. Mereka dilihat amat berpegang teguh kepada ajaran Islam. Belum lagi dalam sejarah ZBA merayap melihat orang Islam membaca Al-Quran dimana-mana kecuali Egypt. Tepi jalan, dalam metro, diperhentian bas, dalam bas dan dimana-mana. TV mereka juga sama. Ayat-ayat Al-Quran senantiasa berkumandang disaluran-saluran utama. Kedai-kedai dibandar juga akan memperdengarkan bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran. Jika dibanding dengan Negara Islam 1M, nama saja Islam tetapi corak amalan tidak memperlihatkan sebagai negara Islam.
Masyarakat disana hidup cukup hormoni walaupun berlainan agama tetapi mereka dari satu bangsa dan bertutur dalam bahasa Arab. Mereka semua dari keturunan Arab. Namun demikian dalam soal perkahwinan mereka berpegang teguh kepada Agama. Disana lelaki Islam bebas mengahwini wanita-wanita dari semua agama (Kristian dan Jewesh) tanpa perlu isteri-interi mereka menukar agama kepada Islam. Tetapi lelaki kristian dan Jewesh tidak dibenarkan sama sekali mengahwini wanita-wanita Islam kecuali dengan rela hati telah memeluk Islam. ZBA dimaklumkan bahawa di Egypt, penganut kristian dan jewesh adalah dari penganut arthodok yang masih taat setia kepada ajaran al-kitab.
Dikawasan perkampungan, kehidupam manusia seling bergantungan satu sama lain dengan binatang peliharaan. Kuda dan kaldai digunakan untuk kerja-kerja pertanian disamping sebagai kenderaan pengangkutan. Kerbau jarang kelihatan begitu juga lembu. Kambing dan bebiri adalah ternakan untuk makanan.
Perusahan kraf tangan yang bersangkutan dengan sejarah peradaban peninggalan zaman Firaun aktif dijalankan khusus di Luxor. Batu-batu dipahat secara tradisional dengan ukiran yang amat menarik. Mereka amat kreatif dengan menggunakan bahan-bahan asli mengikut keaslian apa yang terdapat pada peninggalan sejarah. Harga yang ditawarkan berpatutan. Banyak dijual tempat-tempat bersejarah diseluruh Egypt.
Makan tengahari bersama tiga bersaudara Saudagar emas Arab yang pemurah di Luxor Old Quater. Keempat-empat mereka terdiri daripada pesara dan peniaga. Mereka mempunyai keistimewaan yang amat tersendiri dan terpuji. Kaya dan pemurah. Setiap hari diwaktu makan tengah hari mereka akan menyediakan makanan secara percuma kepada sesiapa sahaja sama ada kaya atau miskin. Makanan akan dihidangkan dan mereka makan berkumpulan bagi setiap satu hidangan yang disediakan.

Bukan sahaja makanan. Dirumah ini mereka akan khatam Al-Quran setiap seminggu sekali. Manakala pada bulan Ramadhan Al-Mubarak, mereka akan khatan Al-Quran setiap 3 hari sekali. Masyaallah dan semuga Allah memberkati usaha murni keluarga ini.

Makan tengahari bersama tiga bersaudara Saudagar emas Arab yang pemurah di Luxor Old Quater. Keempat-empat mereka terdiri daripada pesara dan peniaga. Mereka mempunyai keistimewaan yang amat tersendiri dan terpuji. Kaya dan pemurah. Setiap hari diwaktu makan tengah hari mereka akan menyediakan makanan secara percuma kepada sesiapa sahaja sama ada kaya atau miskin. Makanan akan dihidangkan dan mereka makan berkumpulan bagi setiap satu hidangan yang disediakan.
Bukan sahaja makanan. Dirumah ini mereka akan khatam Al-Quran setiap seminggu sekali. Manakala pada bulan Ramadhan Al-Mubarak, mereka akan khatan Al-Quran setiap 3 hari sekali. Masyaallah dan semuga Allah memberkati usaha murni keluarga ini.
Tabiat ini ada dimana-mana negara yang dikatogorikan miskin didunia atau negara-negara dunia ketiga. Kekotoran. Ini tidak juga terkecuali bagi negara-negara Umat Islam. Sepatutnya sebagai Umat Islam kita wajib menitikberatkan kebersihan sebagaimana yang terkandung dalam ajaran Islam itu sendiri. Baik Jordan dan baik Egypt. Maaf ZBA katakan mereka juga tergulung dari negara-negara yang kotor. Sampah dimana-mana. Tabiat masyarakatnya sama dengan masyarakat diNegara1M. Buang mana suka dan pedulikan kerana ada orang yang menyapu dan memungut.
Di Egypt satu yang nampak bagus. Mereka amat menghargai Sungai Nil. Pembaca akan melihat Sungai Nil bersih daripada sebarang sampah. Sedangkan sisa-sisa makanan daripada Felucca juga tidak dibenarkan dibuang kedalam Sungai Nil. Tapi berbedza sekali apabila pembaca melihat terusan-terusan air. Sampah sarap dimana-mana. Masyaallah.
Tidak kurang pula diantara mereka adalah penyangak, penyeluk saku yang pintar dengan berbagai gelagat masing-masing. Awas jangan tertipu dan hargai barangan anda dengan baik. Bersopan dalam menolak sesuatu tawaran yang diberikan. Cuba sedaya upaya mengelak daripada pujuk rayu yang sebenarnya merupakan satu penipuan.
Cara kedua. Mereka akan menghimpit kita dari belakang dengan cara yang seakan sama. Kita tidak akan terasa asakan mereka yang lembut sedangkan beg kita telah dibuka dan kemungkinan barang beharga telah hilang. Perbuatan mereka pada awalnya ingin menjual sesuatu tetapi sebenarnya mereka adalah "pick pocket atau pencuri disiang hari".
Banyak lagi cara dan janji manis mereka. Kalau di Eropah, Rome memang terkenal dengan cara ini. Kalau di Timur Tengah, Egypt sememangnya tidak selamat dalam semua keadaan. Apabila pelancung melapurkan kepada pihak berkuasa, NAT kecuali sekadar membuang masa memberi lapuran. ZBA tidak menuduh tetapi semacam telah ada satu perjanjian diantara mereka dan pihak berkuasa.
Satu pengalaman agar pengalaman ini dijadikan pedoman kepada semua pembaca.
by
zainaltobiaqtravel.cogspot.com
No comments:
Post a Comment