Assalamualaikum,
Keadaan dalam Ferry yang selisa menempatkan Kelas 1 dan 2 serta kenderaan dibawah deck.
Pelayaran disenja petang yang aman dan damai ketika berada di deck atas.
Tambang daripada Petra ke Aqaba ialah JDR 7 dengan perkhidmatan bas (Van Coster). Perkhidmatan bermula seawal jam 0700 bagi tiga dan empat perjalanan sehari. Masa ialah 1J45M dan bas akan berhenti diluar bandar Aqaba. Dari sini pembaca yang ingin meneruskan perjalanan ke pelabuhan Aqaba terpaksa mengambil teksi untuk meneruskankan lagi perjalanan sejauh 12 km. Tambang yang dikenakan ialah JDR 7 bagi sebuah teksi.
Bandar Pelabuhan Aqaba cantik sekali dilihat dari perhentian bas. Ianya berada betul-betul disebelah kanan menghala ke pelabuhan. ZBA tidak singgah lama disini setakat membeli tiket ferry kerana kami harus mengejar perjalanan ferry ke Nuweiba. Jangkaan kami meleset, Ferry yang dijangka bertolak jam 1200 tengahari telah ditunda sehingga jam 6.00 petang. Kami terpaksa membuanga masa lebih 6 jam di pelabuhan yang serba kekurangan daripada keselesaan.
Benar sebagaimana diperkatakan oleh kebanyakan pengguna ferry Aqaba/Nuweiba, perkhidmatan mereka selalu tidak mengikut jadual. Sekali lagi kami tergendala lebih sejam berada didalam ferry dari jadual sebenar. Akhirnya kami membuta selama 3 jam lagi didalam ferry dan ditambah satu jam lagi masa menunggu dipelabuhan Nuweiba. Hari ini kami keletihan kerana dek lama menanti. Sesungguhnya penantian itu satu siksaan. Akhirnya ZBA tiba di Nuweiba jam 11.00 malam dan terpaksa menginap disebuah hotel murahan kerana tiada pilihan untuk meneruskan perjalanan ke Cairo.
Jarak dalam Notika Miles daripada Pelabuhan Aqaba (Jordan) ke Pelabuhan Nuweiba (Egypt) ialah 80 NM. Pelayaran dengan ferry mengambil masa 3J. Tambang yang dikenakan untuk satu hala perjalanan ialah USD 60 dan JDR 10 untuk cukai pelabuhan. Ini bersamaan dengan RM 230.00.
Nuweiba Beach Resort terletak keutara 7 Km daripada bandar pelabuhan Nuweiba
Kebanyakan Resort di sini berbentuk Rumah kaum Zulu di Afrika dan beratapkan daun tamar.
Sewa termurah bagi resort-resort disini semurah 10EGP semalam dan merupakan tumpuan pelancung Eropah
Memandangkan faktor masa dan pengangkutan, ZBA memilih laluan melalui Taba untuk ke Cairo. Sedangkan dalam perancangan awal kami akan melalui Dhahab (sebuah bandar peranginan dan penyelam skuba yang tercantik di pantai Laut Merah) dan seterusnya melewati Sharm Al-Sheikh juga sebuah bandar di timur Cairo yang terkenal dengan pusat peranginan pantai bagi pelancung-pelancung Eropah menghabiskan musim panas di Egypt disamping Hurghada di selatan Sharm Al-Sheikh.
Kenderaan bergerak perlahan dari kedua-dua hala manakala diatasnya kapal-kapal belayar hilir mudik melalui Terusan Suez yang menghubungkan Laut Merah dengan Laut Mediteranian.
Setelah memasuki Sinai baru pembaca dapat melihat kehijauan ditengah-tengah padang pasir. Pokok-pokok, sayur-sayuran hidup subur dicelah celah penempatan penduduk. Manakala aktiviti penternakan kembali aktif sebagai sumber makanan dan pendapatan harian.
Alhamdulillah kami selamat sampai di Cairo jam hampir 2 petang setelah melalui pengalaman 7J dalam perjalanan padang pasir, pergunungan, wadi dan melalui penempatan penduduk tempatan. Satu pengalaman baru yang menyasyikan yang tidak dapat dilupakan oleh pengembara jalanan seperti ZBA. Kami diturunkan ditengah bandaraya Cairo yang mengikut kehendak kami yang berdekatan dengan laluan Metro.
Dek kerana kelaparan, ZBA singgah disebuah restoran Arab dan menjamah buat pertama kali makanan Arab yang dikenali sebagai "Kosyari". Disini ZBA berkenalan dengan seorang pengamal "Tabliq" dimana beliau baru sahaja kembali daripada Banjarmasin di Kalimantan. Seorang anak muda yang peramah dan baik hati. Kami bertukar-tukar pengalaman dan email dan dikelapangan masa beliau telah menghantar kami ke Metro Stesyen yang berdekatan dan kami berpisah dengan perkenalan yang amat mesra. Dari Stesyen Al-Morib ZBA terus kedestinasi hotel di Sadat Stesyen (Tahrir Square)
Sebelum berahir, tiga pesanan daripada ZBA. Pertama. Kebanyakan pemandu di Egypt tidak akan memasang ACon walaupun mereka menjanjikan kenderaan berhawa dingin. (Perlu paksaan jika kita amat memerlukan). Kedua. Tawar menawar harga hendaklah dilakukan dengan tegas dan berhemah. Ketiga. Penumpang Van Coster akan berhenti sesuka hati dan menurunkan kita dimana-mana. Sebelum persetujuan harga, pembaca juga harus tahu dimana perhentian yang akan dituju dan dapatkan pengesahan terlebih dahulu.
by : Tobiak Travel
Thank you Sir.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete