Assalamualaikum,
Pemandangan biasa selepas ZBA berada di luar Bandaraya Amman
Selain pertanian ternakan juga menjadi sumber pendapatan raayat Jordan
Railway Trek menghubungkan Amman dan bandar Maan diselatan
Sungguh pun Jordan adalah
sebuah negara padang pasir tetapi aktiviti pertanian adalah merupakan sumber pendapatan raayat mereka. Pemandangan ini dapat pembaca lihat setelah berada diluar 15km bandar Amman menghala keselatan. Dengan bantuan pengairan mereka mengusahakan tanaman gandum, jagung, sayur-sayuran termasuk buah-buahan seperti limau manis, anggur dan sebagainya. Lembah-lembah atau dikenali sebagai "wadi" amat subur sekali dengan pertanian sehinggakan menampakan kawasan tersebut menghijau dengan subur sekali.
Bagi kawasan-kawasan lapang berbukit pula binatang ternakan terdapat dimana-mana. Dari ternakan kuda, unta, dan bebiri puluhan ekor bagi setiap sekawan dengan gembala mengekori ternakan masing-masing.
seterusnya kawasan pertanian, ternakan dan berikutnya kawasan padang pasir yang tandus. Lebuhraya daripada Amman ke Petra pada keseluruhannya baik walaupun kategorinya adalah standard Jalan Persekutuan. Laluan dua lorong yang selesa, rata tidak banyak mengganggu pergerakan perjalanan.
Di Amman sendiri jalanraya adalah baik. Tidak berlopak dan ditampal disana sini. Permukaan jalan yang rata dan selesa sekali semasa memandu. Jika dibandingkan dengan jalanraya di Negara1M khususnya KL, mereka jauh lebih baik. Jalanraya di KL mungkin lebih sesuai untuk penggunaan kereta kuda daripada pengangkutan yang dinamakan kenderaan.
Setelah menghampiri Petra, barulah kita dapat melihat kembali kawasan perumahan dan pemandangan sebagaimana kita meninggalkan Amman sebelumnya. Rumah-rumah penduduk Jordan dibuat daripada batu bata dan mempunyai reka bentuk empat persegi dan rata diatasnya. Tetapi rumah-rumah morden mempunyai reka bentuk yang cantik dan dibina sesebuah dan dipagari dengan tamana-taman yang menarik.
ZBA sampai di Petra tepat jam 10.00 pagi dan cuaca ketika ini agak panas tetapi tiupan angin menjadikan kita kedinginan dikepanasan matahari. Check-in di Le Maison Hotel dan seakan tidak sabar untuk menjejaki Petra yang terkenal dan merupakan world heritage side dan termasuk dalam salah satu daripada 7 wonders in the world. Berbaloi. Tiket untuk memasuki PETRA beharga JDR50 bersamaan RM217.00 merupakan yang paling mahal didunia untuk melihat salah satu daripada 7WitW.
Setakat ini ZBA telah merayap beberapa monument yang pernah disenaraikan sebagai 7 binaan ajaib didunia. Borobudur Temple, Angkor Watt, Menara Pizza, Colosium, Piramid, Taj Mahal, Great Wall of China dan kini Petra. Semuanya menggambar kebolihan masyarakat ketika itu membina tamadhun sendiri yang canggih dan mengkagumkan. Sekali pandang memang tidak terfikir bagaimana mereka boleh membuat sesuatu yang diluar jangkaan dengan hanya berbekalkan kekuatan fizikal. Masyaallah.
Kiri. Bahagian terbuka dimana didapati terdapat air mengalir dicelah-celah batu dan ditakungkan dengan pembinaan saliran digambar kanan bawah.
Gambar bawah
Saliran air yang dibina bagi menadah air yang turun daripada celah-celah rekahan batu dibahagian atas.Batu batan dikiri dan kanan yang menegak tinggi melebihi 80m keatas dengan laluan masuk dibawah (Al-Siq)
Atas mercutanda Petra (The Treasury atau Al-Khazneh). Tinggi 43m dan lebar 30m.
Gambar bahagian puncak, manakala gambar bawah menunjukan keseluruhan bahagian atas Al-Khazneh.
Gambar-gambar sejarah keagungan Perta yang masih dapat dilihat hingga kehari ini.
Ada dua cara bagaimana pembaca hendak memasuki Petra. Pertama berkenderaan dan berjalan kaki. Berkenderaan yaani menunggang Kuda, Unta, Kaldai dan berkereta kuda sambil ditemani gembala. Perkhidmatan selain daripada itu tidak dibenarkan. Jangan mempercayai kebanyakan webside yang mengatakan bayaran masuk JDR 50 meliputi perkhidmatan pemandu (guide). Sebenarnya guide adalah pilihan dan pembaca harus tawar menawar sebelum mendapatkan perkhidmatan mereka.
Setelah menghabiskan hampir 5J didalam perkampungan PETRA, walaupun terpaksa membayar JDR50 tetapi terasa kepuasan dihati kepada setiap pengunjung. Secara peribadi ZBA juga menyarankan kepada sesiapa yang berkemampuan, Petra adalah salah satu destinasi yang harus dilawati.
Berjalan kaki dan kembali ke pintu masuk Petra adalah satu keletihan kerana kita harus membuat pendakian walaupun tidak tinggi. Disarankan kepada mereka yang kurang mampu agar menggunakan perkhidmatan tradisional yang disediakan. 5km pulang dan pergi adalah jarak yang munasbah.
PETRA
CAPITAL CITY OF NABATEANS
By "Tobiak Travel"
No comments:
Post a Comment