Assalamualikum,
Salah El Din atau lebih dikenali dalam Sejarah Islam sebagai Salehhuddin Al-Ayubi. Seorang Raja dan Panglima perang Islam yang mashyur dalam zamannya. Kehebatan Salah El Din tercatat dalam sejarah selaku panglima perang kaum muslimin yang pertama telah berjaya mengalahkan orang-orang kristian dalam perang salib di Palastine. Membina mimbar pertama didalam Masjidil Al-Aqsa tetapi telah dibakar oleh orang-orang kristian selepasnya.
Jika kita berada di Cairo, selaku Umat Islam seharusnya kita tidak melepaskan peluang untuk melawat kesan-kesan sejarah peninggalan panglima Islam ini dengan melawat Citadel yang terletak diperjalanan diantara bandar baru dan lama Cairo. Tersergam indah bersama Mohamed Ali Alabaster Mosque diatas sebuah bukit yang begitu strategik disegi pertahanan dalam peperangan.
Mengadap kearah utara, pembaca akan dapat melihat metropolitan Cairo terbentang luas dengan mengalir ditengah-tengahnya Sungai Nil dan berlatar belakangkan pyramids terpacak kukuh dikejauhan mata memandang. Angin bertiup seolah-olah menidakan cuaca panas membahang bagi semua pelawat yang asyik dengan pemandangan yang menakjubkan. Sila layari www.touregypt.net untuk maklumat terperinci.
Citadel juga kini menempat sebuah Muzium Ketenteraan dan kilang membuat wang syling satu ketika dahulu.
Gambar bawah kombinasi Mohamed Ali Alabaster Mosque dan Citadel of Salah El Din
Bahagian Luaran Mohamed Ali Alabaster Mosque disebelah kiri dan kanan.
Ruangan dibahagian luar Masjid yang mengadap keutara Metropolitan Cairo
Pemandangan Metropolitan Cairo daripada Mohamed Ali Alabaster Mosque.
Pemandangan dalaman Ruang Solat, Mimbar dan tempat Khatib menyampaikan Khutbah didalam Mohamed Ali Alabaster Mosque
Kesan sejarah dan pembangunan morden ditempat dimana Amru bin Al'As menakluki Egypt.
No comments:
Post a Comment