Saturday, September 30, 2017

ALASKA





TRAVEL ONE CIRCLE OF THE GLOBE

63 tahun lalu jejaka kelahiran September terahir ini dilahirkan disebuah perkampungan yang diberi nama Bukit Sekechong, Tobiar, Alor Star Kedah.  Dibesarkan dalam sebuah keluarga petani yang kais pagi makan pagi.  Dibesarkan dalam serba kekurangan dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tobiar sehingga mencapai Darjah 6 dan menyambung persekolahan di Sekolah Menengah Pendang dan kemudian Sekolah Menengah Kubur Panjang sehingga ke Tingkatan 5.  Tamat SPM dengan Pangkat 3.  Cukup-cukup makan tapi bercita-cita untuk menjadi Juruterbang.  Sebenarnya berangan-rangan saja kerana minat kepada kapal terbang.
Sebagaimana remaja-remaja lain setelah mencapai umur belasan tahun seringkali berangan angan ibarat cerita Mat Jenin.  Cerita yang sinonim masa zaman persekolahan tahun 60an.  
Dipendekan cerita bagaimana ZBA boleh menceburkan diri dalam bidang "Merayap".  Inspirasi yang mungkin tidak terlintas tetapi menjadi realiti dalam kehidupan masa kini.
Dulu.  Dulu seringkali kita dengar bagaimana Jemaah Haji kita menunaikan haji.  Mereka mengambil masa 3 hingga 6 bulan diatas kapal belayar daripada Pulau Pinang menuju Jeddah.
Juga seringkali masa itu ditahun 60an, ramai anak-anak muda khususnya daripada Pulau Pinang yang menjinak jinakan diri menjadi kelasi kapal dan  menyertai pelayaran.  Destinasi umum ketika itu ialah England.  Hasrat sebenar ialah mencari pendapatan lebih baik daripada menjadi petani dikampung.  







Monday, August 14, 2017

ABYANEH VILLAGE KASHAN

Alhamdulillah.  ZBA selamat sampai ke Abyaneh, Persianابيانه‎‎, Kashan lebih kurang 7 malam. Satu perjalanan yang merangkumi lebih 400 km dengan selamat. Terima kasih kepada Mr Ghaffar pemandu yang berhemah dan penyabar serta sering membaca Ayat-ayat Suci Al Quran sepanjang perjalanan.  
Perkampungan Abyaneh. Terkenal juga dengan panggilan "Perkampungan Merah" kerana tanah dan rumah-rumah mereka berwarna merah. Perkampungan tradisi yang dibuat daripada tanah liat dan merupakan satu tradisi yang kekal sejak berzaman. 
Terletak di kaki pergunungan Karkas dan 70 km ke selatan Kashan. Penempatan perumahan  yang padat dengan lorong-lorong kecil pejalan kaki yang membentuk stairway. Rangka-rangka rumah dibuat daripada kayu dengan dinding-dinding daripada tanah liat. Manakala dibahagian bumbung pula digunakan sebagai countyard yang kelihatan cantik dan menarik. Mendapat bekalan air bersih daripada Sungai Barzrud dan cuaca dingin sepanjang tahun.
Perkampungan ini merupakan salah satu perkampungan tertua di Iran dan menarik ribuan pelancung asing dan warga tempatan setiap hari lebih-lebih lagi semasa diadakan perayaan tradisi setempat.
Mereka bertutur dalam bahasa Parthian Pahlavi dan mengamalkan pemakaian pakaian tradisional dalam kehidupan seharian. Women’s traditional costume typically consists of a white long scarf (covering the shoulders and upper trunk) which has a colorful or floral pattern and an under-knee skirt or pleated pants. Diwartakan sebagai Iran's National Heritage sejak 1975.
Pekerjaan utama meraka ialah pertanian dan ternakan. Antara tanaman yang menjadi sumber makanan ialah gandum, barli, kentang, apple, tin dan lain-lain.












Masjid yang dikatakan tertua sezaman keujudan Abyaneh Village
 

In the Village there are also three castles, a restaurant, a pilgrimage site and three mosques. According to an inscription on top of its door, one of the mosques, dates back to early Safavid period, inside the mosque there is a beautiful nocturnal prayer hall with wooden capital pillars.

ZBA meninggalkan perkampungan Abyaneh sekitar jam 21.00pm. Kami berpatih balik sekali lagi dan bermalam di Kashan. Alhamdulillah dengan kemahiran pemandu,  kami berjaya mencari lokasi hotel yang telah sedia ditempah.  Untuk makluman hotel-hotel di Iran memang amat sukar untuk ditemui kecuali dengan bantuan penduduk tempatan.  Kita harus melalui lorong-lorong tikus dimana didalamnya baru kita temui hotel dan pelbagai. Deretan kedai-kedai diluar ibarat benteng dan amat sukar dilihat apa yang terdapat didalam.
Selepas sarapan pagi, kami bertolak menuju destinasi terahir Tehran yang mengambil  3j perjalanan dengan bas.
Abyaneh Village

 TEHRAN CAPITOL CITY OF IRAN


Sunday, August 13, 2017

VARZANEH SAND DUNES AND SALTY LAKE


Varzaneh, 109 km daripada Esfahan. Lebih kurang 1j30m dengan kenderaan.
ZBA mengambil jalan mudah untuk trip ini. Sewa kereta dan gunakan DSLR sepenuh masa untuk menembak mana-mana objek yang difikirkan perlu untuk disimpan sebagai kenangan.  
Dimaklumkan bahawa terdapat pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk ke Varzaneh. Namun demikian untuk sampai ke Salt Lake dan Sand Dunes kita masih dan terpaksa menggunakan teksi. Jadi menyewa kenderaan adalah alternatif yang terbaik.
Awal pagi ZBA mengusur keluar Esfahan melalui bersebelahan Khaju Bridge. Jalan raya lurus bendul yang menyebabkan kita mengantuk dan bosan. Selepas keluar daripada kawasan perumahan sekitar Esfahan bermulalah episod tanah tandus dan padang pasir serta kawasan tanah tinggi.

Jalanraya menuju Sand Dunes dan Salty Lake
















Tidak banyak yang dapat dirakamkan diperjalanan ini. Semuanya padang pasir dan bukit-bukit gondol disepanjang perjalanan. Saujana mata memandang dan jarang-jarang  kelihatan perkampungan malahan ternakan binatang. Perjalanan tenang dengan kenderaan sekali sekala sahaja berselisihan. Pemandu walaupun seorang syiah tetapi sering memainkan ayat-ayat A Quran menjadikan kita lebih tenang sepanjang perjalanan. Beliau seorang yang peramah tetapi tidak boleh berbahasa Inggeris dengan baik.  Sejam kemudian kami sampai di Khara Village, Varzaneh 15 km  ke Sand Dunes.
Sand Dunes
Luasnya dalam lingkungan 50 km persegi dengan ketinggian diantara 5-62 meter mengikut timbunan pasir yang diterbangkan oleh angin dari masa kesemasa. Pasirnya bewarna kemerahan dan amat halus ibarat tepung. ZBA memanjat keatas walau pun rendah tetapi amat memenatkan. Setiap langkah yang diatur dan dipijak membenamkan kaki kita hampir setengah daripada bahagian betis.
Sand Dunes merupakan tempat perkelahan yang baik khususnya dimusim panas. Walau bagaimana pun pelawat sering diingatkan tentang ribut pasir yang sering terjadi diantara jam 11.00am - 16.00pm. Manakala malamnya pula cuaca akan turun 10C tanpa amaran.
.Salty Lake 

Entrance Gate to Salt Lake
  • Another interesting spot is salt lake. Which belongs to Gavkhooni ecosystem, being the southwestern part of the wetlands. It is more than 15km² in area and the salt plain stretches to the wetlands. There is a part of that which locals are mining salt from it is glorious to see a blue sky with purely vast white ground. 
  • There is a short road to the salt lake from Varzaneh, which is not asphalt. Take the Shiraz road from Varzaneh for about 40 km, reaching to Khara village. Then from Khara, you have about 15 km in a specific road for salt lake. Starting from 8 km in latter road, you will see the signs of a big salty area until 10 km afterwards.
Ini adalah peringkat awal pembentukan garan yang timbul daripada permukaan bumi.





















Garam akan mulai timbul dan terbentuknya takung dikawasan persekitaran.

Pemandangan memutih dengan garam setelah melalui proses berikutnya.








Garam dikumpul dalam tasik dan sedia dikeluarkan.

Sungguh pun agak jauh kedua-dua lokasi ini tetapi bagi ZBA adalah satu lokasi yang wajar dilawati sekiranya pembaca telah berada di Esfahan atau Yazd.  Kami cuma sempat menghabiskan masa sekitar tiga jam disini kerana perjalanan berikutnya ialah Kashan. Ini bermakna ZBA akan berpatah balik 110 km kebelakang menuju Esfahan semula sebelum meneruskan perjalanan ke Kashan yang jaraknya 216 km daripada Esfahan.  Kita tunggu apa yang menariknya tentang Kashan di artikal yang lain.

Persianکاشان














Tuesday, August 8, 2017

HAWAII DURING WW11




Tora !  Tora ! Tora !,  d'day 07 Disember 1941. Jepun melancarkan serangan udarapaling dahsyat keatas “Pearl Harbor.” 
The fleet at anchor in the harbor near Honolulu was the primary target of the surprise attack that killed more than 2,400 Americans and launched the United States into World War II.
Mini Submarine yang menempatkan beberapa Terpedo yang dikendalikan oleh seorang Pilot yang digunakan oleh Tentera Jepun untuk menyerang kapal-kapal Amerika.
Pearl Harbor
Pearl Harbor is the remains of the USS Arizona, the battleship that blew up after a 1,760-pound bomb dropped by a Japanese “Kamikaze” bomber pierced the deck near Turret II and plunged into the forward ammunition magazine, setting off a massive explosion. The ship was ripped in two and sank. 1,177 of 1,400 crew members were killed. The Arizona accounted for roughly half of those killed on Oahu that day.
Over the years, a military museum complex has grown up around the Arizona Memorial. It includes the memorial, the USS Bowfin Submarine Museum and Park, the Pacific Aviation Museum on Ford Island and the USS Missouri, the battleship where the Japanese surrender was signed in Tokyo Bay in September of 1945.
Schofield Barracks
This is the second most important World War II site on Oahu, yet its distance from Honolulu and the restrictions because of its role as an active Army base make it unknown to all except the most persistent tourists interested in World War II. 
Schofield Barracks is the heart of the Army presence on Oahu and was hit hard by attacks on Dec. 7, 1941. Survivors of the attack were among those who took the fight to the Japanese, in battles from Guadalcanal to the Philippines. They’ve been involved in nearly every major conflict since. The base remains the home of the 25th Infantry Division, nicknamed “Tropic Lightning.” Because of security restrictions at the base, access is limited.
Anyone driving between Honolulu and the North Shore will pass the art deco entry gates. Travelers can visit the Tropic Lightning Museum in historic Carter Hall on the base.
Gambar tertera adalah daripada Kapal Selam USS Bowfin.

Pembaca yang ingin melawat tempat-tempat tersebut diatas hendaklah bermula daripada Pearl Harbor Historical Side. Tiket dijual disini dan harga mengikuti lokasi yang bakal dilawati. Bas khas disediakan kecuali kepada pembaca yang ingin melawat USS Arizona Memorial yang akan dibawa dengan menggunakan feri.  Perlu diingat pembaca akan memasuki pengkalan tentera dan bergambar ditempat-temat tertentu adalah dilarang.


USS Arizona Memorial
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 minit dengan melintasi sebuah jambatan dan Pos Pengawal  ke pulau yang menempatkan sebuah pengkalan tentera dimana didalam terdapat USS Missouri Battleship dan Pasific Aviation Muzium. Pembaca    akan    diturunkan
dahulu di USS Missouri Battleship Muzium dan bilamana kita selesai membuat lawatan kita akan keluar dan menaiki semula bas kedestinasi kedua dan seterusnya kembali Pearl Harbor Historic Side dengan bas yang sama. Kekerapan bas adalah 15 minit setiap satu.  Jadi kita mempunyai masa sehari dengan tiket yang sama untuk explore sepuas-puasnya.
Berikut ZBA sekadar menceritakan peristiwa hanya dengan melalui gambar-gambar yang sempat dirakamkan.

USS Missouri Battleship Muzium
Laluan masuk ke USS Missouri Battleship


Bahagian di mana USS Missouri diserang oleh Petty Officer Setuo Ishino





Gambar-gambar dibawah pula ialah dipersikitaran 
Pasific Aviation Muzium

Pesawat F-16 Felcon
Pesawat F-18 Hornet
Pesawat F-14 Tomcat
 

Melawat Pearl Harbor adalah sesuatu yang amat menarik khususnya kepada penggemar sejarah peperangan dunia kedua. Realiti kepada peristiwa tersebut mengingatkan kita kemusnahan, kematian dan kerosakan harta benda yang tidak ternilai. Perasaan irihati, balas dendam diantara kedua-dua pihak saling berlarutan sehinggalah kita lihat sehingga kehari ini dunia tidak pernah sunyi daripada peperangan, pembunuhan, kemusnahan dan pelbagai walaupun tamadhun manusia bertambah canggih. Apa yang penting kita lihat tiada siapa yang menang dan siapa yang kalah.  Tetapi dunia terus bergolak, bertelagah dan berperang.
Bagi ZBA melawat Pearl Harbor Historic Side adalah sesuatu yang menjadi kemestian bagi setiap pembaca yang mengunjungi Hawaii. Oleh yang demikian satu hari adalah masa yang amat sesuai untuk menghabiskan explorasi kesemua tempat-tempat bersejarah di Pearl Harbor.  Tidak perlu sangat difikirkan tentang kos tetapi sejarah Pearl Harbor amat menyayat hati apabila kita mengenangkan kematian didalam setiap peperangan.


MAHALO HAWAII  !!!