Sunday, August 19, 2018

NIAGARA FALLS US AND CANADA






LA CARELA TRAGEDI EL SALVADOR

    El Salvador.  Negara yang agak asing bagi kita raayat Malaysia. Mungkin ramai yang bertanya dimana.  Jawapanya ialah salah sebuah negara di Amerika Tengah.  Rujuk google Central Amerika maps dan jawapan tepat ada didapati disana.
    Laluan mudah untuk kesana ialah dari Kuala Lumpur transit di Seoul, Tokyo, Hong Kong atau mana-mana destinasi di China.  Flait seterusnya ke Los Angeles, US.  Kemudian flight ke Costa Rica atau San Salvador.  Tambang paling murah kebawah RM 4K.
   
Perkhidmatan bas antara negara di Central Amerika

Oleh kerana ZBA membuat overland daripada Panama City jadi kami menggunakan jalan darat daripada Tegucidelpa, Honduras memasuki El Salvador dengan perkhidmatan bas antara negara Ticabus.com melalui pintu sempadan di El Amatilla.     Sebagai mana sedia maklum perjalanan kami daripada Panama hinggalah kesini dalam keadaan  yang amat berhati hati dan mencurigakan.  Apa saja boleh terjadi disepanjang perjalanan.  Latin Amerika sebagaimana yang kita sedia maklum merupakan negara panas dimana pergolakan politik mereka tidak pernah aman.  Apa pun boleh  terjadi kerana keadaan dalaman disesabuah negara itu sendiri.  
    Populasi yang tinggi dengan kadar kemiskinan serta ketidakstabilan politik menambahkan kesusahan raayat untuk bebas melakukan aktiviti harian.
    Sepintas lalu mereka bukanlah negara padang pasir kontang yang tidak boleh diusahakan.  Tetapi mereka adalah bumi dikhatulistiwa yang subur dan amat sesuai untuk bercucuk tanam.  Jika  diusahakan mereka boleh menjadi sebuah negara pertanian yang maju. 
    Disamping itu El Salvador  juga sebuah negara yang semula jadi cantik dan mengundang banyak pelawat  daripada pelbagai negara untuk datang bercuti disini.   
    Perjalanan kami sebagaimana dirancang. Ticabus.com menempuh berbagai halangan dan rintangan dijalanraya meluncur terus kedestinasi tujuan.  ZBA  tidak pernah jemu dengan kelainan pemandangan  terus bersengkang mata dan mencatatkan memori indah buat kenangan.
    Sesedar jam telah menunjukan hampir 11am dan kami menghampiri bandar sempadan kedua negara, Honduras dan El Salvador.  Sedikit tersentap kerana harus turun untuk urusan imigrasi dan kastam.
    Fobia mula melanda fikiran.  Apakah peritiwa 4 hari lepas dibandar sempadan Tegucidelpa, Nicaragua dan Handuras akan berulang dan menghantui perjalanan ini.  
    Alang-alang melangkah kami tidak ada erti mengundur.  Wajib ditempuh.  Berpatih balik melibatkan masa yang sudah dirancang dan melibatkan kos.  ZBA pasrah jika  harus menghadapi birokrasi petugas sempadan yang tidak beramanah bagi meneruskan perjalanan seterusnya.
    Flashback ini adalah rentetan kepada  kisah peristiwa  awal yang membawa kepada tujuan artikal ini.
  
    Disempadan Honduras dan  Nicaragua atau lebih tepat dibandar sempadan El Espino.        Ticabus.com berhenti betul- betul bersebelahan Pejabat Imigeresen Honduras yang terletak diatas sebuah bukit. Dibawahnya sebuah pekan kecil yang mengadap kearah Nicaragua.
    Semua penumpang turun dan berbaris untuk urusan passport.  Ketika ini hanya kumpulan kami sekitar 20 orang dan lebih. Sebagaimana biasa ZBA biasanya akan terlebih dahulu  mendahului kumpulan untuk kemudahan kekawan berikutnya.
     Dua kounter dibuka.  Satu untuk penduduk setempat dan satu lagi pengunjung antarabangsa.  Dengan ucapan "good morning" dan senyuman manis ZBA menghulurkan passport.  Petugas hanya menjeling kearah ZBA dan dalam masa yang sama membelek satu persatu melihat helaian demi helaian  buka merah keramat  didalam passport.  "Where are U from".  Terkejut ZBA, Malaysia sir, jawab ZBA pendek dalam muka kesihan.  
    Sebenarnya itu adalah lakunan semata-mata. Lakunan ini dimana mana seluruh dunia yang dilawati.  Ulang tayang bagi memudahkan urusan keluar masuk. 
    Dalam hati akan menyampah melihat gelagat setengah daripada mereka.  Tapi apakan daya untuk memasuki sesabuah negara satu perkara wajib yang wajid ditempuhi.
    Hampir 5 minit berlalu.  Kaunter tempatan tiga pelawat telah berlalu pergi.  Hati sedikit berdebar.  Dalam debaran rupanya ada cahaya dihujung perjalanan.  Boom, boom.  Passport telah disemadikan kelulusan untuk menjejaki bumi Honduras.  Hati kecil berteriak, Alhamdulillah dan dengan anggukan dan bongkokan badan  berkali kali ZBA mengucapkan "Thank you sir" dan berundur dengan penuh hormat.
    ZBA orang pertama melepasi dan passport di stem untuk kelulusan masuk tanpa bicara panjang.  Berikut dibelakang dan seterusnya adalah dari kalangan kami seramai 7 orang.  5 Melayu, 2 China. 3 lelaki dan 4 wanita.
    Tiba giliran teman berbangsa China dan Isteri.  Komplikasi bermula tetapi individu lain tidak dapat menolong kerana tidak dibenarkan berdekatan dan tidak pasti apa masalah dari perbualan mereka.  Masalah Imigresen adalah masalah individu yang perlu diselesaikan secara persendirian.
    Dikejauhan ZBA melihat  kesemua  6 passport yang dalam deretan dipungut sekali gus dan mereka diarahkan untuk masuk kedalam pejabat.
    ZBA sabar menanti diluar dengan penuh debaran.  Apa yang pihak Imigresen kehendaki sedangkan raayat Malaysia tidak mempunyai syarat-syarat khas untuk memasuki Honduras.  Dalam hati terbayang SCAM dan drama untuk meminta duit mula dicanangkan.
  ZBA bersiap sedia dengan document dan itinerary perjalanan.  Bagai dijangka selepas 15 minit ZBA dipanggil bersama dalam perbualan dengan pegawai imigrasi.  Pasti lagi tersuluh semua perbualan  berkisar kepada tektik dan helah mereka untuk mendapatkan bayaran.  
    Masa adalah terhad dan bas sedia menanti untuk bergerak selepas pemeriksaan imigrasi.  Walau bagaimana pun dengan bantuan pemandu Ticabus.com sebagai pengantara menyakinkan bahawa bus tidak akan bergerak selagi masalah kami tidak selesai.
    Kami harus mengalah.  Mereka berkuasa mengatakan tidak atau sebaliknya.  Kami tidak ada pilihan.  Berkorban adalah alternatif yang positif bagi menjayakan missi ini. 
Pandang kebelakang perjalanan dalam kesukaran untuk berpatah balik.  Pandang kehadapan perjalanan masih jauh.   Akhirnya semua bersetuju  untuk berkorban USD 20.00 seorang.   Rela dalam paksaan.  Dalam hati masing-masing menyumpah seranah dan menganggap sebagai rasuah dalam bentuk paksaan.
    Tentu ramai yang bertanya kenapa dan bayaran apakah yang dikenakan keatas kami semua.  Dalam erti kata mudah, rasuah.  Rasuah yang merupakan perjalanan hidup songsang yang diamalkan oleh manusia-manusia yang tidak bertanggung jawab.
    Mereka memohon untuk melihat "Yellow Fever Certificate" yang mengesahkan kita telah menerima vaksin suntikan berkenaan, walhal tidak disyaratkan bagi kita raayat Malaysia.  Drama bermula kerana wang dan diakhiri juga wang.  Ini sememangnya terjadi dimana- mana negara-negara seperti ini diseluruh pelusuk dunia.
    Masalah utama di negara-negara Latin Amerika adalah bahasa.  Majoriti mereka berbahasa kebangsaan Spanish kecuali Belize berbahasa Inggeris dan Brazil menggunakan bahasa Portugis.
    Drama yang mendebarkan ini memakan masa hampir satu jam sebelum kami dibenarkan meneruskan perjalanan memasuki Honduras.
    Tiga hari di Tegucidelpa adalah memadai kerana tiada apa apa attraction yang menarik.  Walau bagaimana pun Tegucidelpa mempunyai daya tarikan yang tersendiri.
    Dari Tegucidelpa, Honduras kami menuja San Salvador, El Salvador melalui pintu masuk utama di El Amatilla.  Tiada masalah dan semuanya berjalan lancar. 
    Dipendekan cerita kami sampai di San Salvador, ibu negara El Salvador lewat tengah malam.  Pergerakan untuk mendapatkan penginapan adalah terhad dengan masa dan keadaan.  Jadi kami tiada pilihan selain dari menginap disebuah hotel budget di perhentian Ticabus.com  disalah satu kawasan hitam  El Salvador.
    Dimaklumkan kawasan ini adalah kawasan panas dan amat merbahaya. Info ini kami dapati daripada teman courtsurfing salah seorang daripada rakan kami yang ada bersama. Kami tidak membuat pergerakan dan memasak apa yang ada untuk makan malam.  
    Keesokan hari teman yang dimaksudkan Laura, datang dan menjemput kami untuk dipindahkan segera ketempat yang lebih selamat.  Beliau sendiri terkilan dan amat terkejut bagaimana kami semua boleh survival disitu dengan keadaan yang kotor dan amat merbahaya.  Katanya "you all are very lucky that is nothing happens last night".  Thank God.  
    Kata-kata tersebut mengingatkan saya dari satu pembacaan sebuah artikal berhubung keselamatan semasa berada di El Salvador dari pengalaman seorang pengembara berbangsa German.
    Walau bagaimana pun bagi ZBA merupakan asam garam seorang perayap jalanan. Ini bukan pertama kali kami hadapi masalah atau peristiwa begini.  Keadaan dikertas tidak sama dengan keadaan sebenar.  Tulisan hanya sekadar panduan tetapi mata yang melihat menggambarkan keadaan sebenar. 
    Keesokan harinya kami berpindah kesebuah hotel yang selesa didalam bandar Sal Salvador. Senang bergerak dan senang untuk mendapatkan makanan dan sebagainya.
    Paling penting hotel ini merupakan perhentian Ticabus.com untuk menurun dan  mengambil penumpang.  Ini bermakna bagi perjalanan berikutnya kami hanya perlu keluar daripada hotel dan Ticabus.com sedia menanti.  
    Ini menandakan satu hikmah disebalik kesusahan yang dihadapi sebelumnya.

    Kami tidak mempunyai perancangan khusus ketika berada di San Salvador.  Tapi dalam itinerary  kami telah tetapkan waktu dan hari yang secukupnya untuk explore tempat-tempat yang penting dan menarik.
Dua lokasi menarik dalam catatan.  Air terjun Juayua dan Tasik Ilopango.  Kedua-duanya tidak berapa jauh daripada bandaraya San Salvador.  
    Setelah berbincang dengan kekawan lain kami bersetuju dan  mengambil keputusan untuk hari pertama akan melawat air terjun Juayua.  
    Hasrat kami dimaklumkan kepada kenalan kami Laura yang merupakan anak tempatan El Salvador.  Entah kenapa beliau tetiba terkejut dengan rancangan kami dan kurang bersetuju dengan cadangan tempat yang dicadangkan.  Pada hemat beliau kawasan tersebut agak terpencil dan beliau sendiri pun belum pernah kesana.  ZBA terkesan dengan cara penerangan beliau tetapi atas kehendak ramai beliau akhirnya  bersetuju menemani kami kesana.
    Kami bercadang bergerak dalam dua kenderaan.  Satu kenderaan bersama Laura dan pasangan termasuk ZBA dan seorang teman.  Kenderaan kami tidak disewa malah ini adalah atas ihsan Laura sebagai menghormati kami  host yang dari Malaysia.
    Sebuah lagi kenderaaan disewa dan dipandu sendiri oleh salah seorang daripada kami. Laura berjaya mendapatkan sewa yang murah atas nama beliau selaku anak tempatan.  Walau bagaimana pun  semua kos, sewa kenderaan, minyak dan sebagainya akan  ditanggung sendiri oleh penumpang yang turut serta.  
    Cuaca mendung mengiringi perjalanan kami menuju destinasi.  Kekadang dipertengahan jalan cuca panas tetapi dingin kerana tiupan angin.  Kenderaan dijalanraya pada keseluruhanya tidak sesak dan berjalan lancar.  Jalan raya agak baik tetapi berliku kerana faktor alam semula jadi.  Pendakian dan penurunan dimana mana.  Ini bermakna kita harus berhati hati memandu dijalanraya tanah tinggi.
  
Perjalanan ke Air Terjun La Carela

    Keadaan persekitaran disepanjang perjalanan tidak banyak perbezaan kerana mereka juga adalah dari spesis hutan tropika dan majoriti aktiviti penduduk setempat mengusahkan pertanian dan ternakan.  Sekilas pandang tidak dinafikan mereka masih mundur dan berada ditahap kemiskinan.  
    Kami hanya membawa keperluan asas daypack sahaja untuk trip ini kerana ini merupakan trip harian.  Sedikit makanan ringan dan keperluan serbaguna dalam beg kecil.  Sunggun pun demikian benda wajib ialah camera, wang, document tetap bersama.    
    Jarak antara Sal Salvador ke Juayua ialah sejauh 80km kebarat dan jangkamasa pemanduan sekitar dua jam.  35 minit pertama kami melewati bandar kecil Armena dan beberapa bandar-bandar kecil yang lain.  Seterusnya sejam kemudian bandar Sonsonate dan kurang lebih 2 jam kami telah sampai dibandar Juayua.  Jam ditangan menunjukan jam 10am.
    Juayua adalah bandar ditanah tinggi.  Cuaca sejuk dan merupakan bandar pergunungan peninggalan penjajah Sepanyol.  Tanaman utama disini adalah kopi yang amat bersesuai dengan alam semula jadi.  Jadi tidak hairanlah ramai pengunjung luar mengenali Juayua sebagai"Touristic coffee route in El Salvador"
    Bandar Juayua  pada pandangan ZBA tidak ubah sebagaimana istilah bandar-bandar kecil di Malaysia. Kami menyusuri jalan-jalan dalam bandar untuk melihat keadaan sekeliling.  Banyak bangunan  peninggalan penjajah masih tegak berdiri.  Dipelihara rapi dan diselenggarakan dengan baik.  Keseluruhan Juayua adalah bersih dan terdapat sebuah "Central square" yang besar untuk kegunaan aktiviti kemasyakatan setempat.
    Setiap hari Sabtu dan Ahad "Central square" akan digunakan sebagai pusat pesta makanan  tempatan yang sangat-sangat diminati oleh penduduk setempat dan juga pengunjung-pengunjung daripada luar.  Antara yang paling diminati ialah  Sup ayam, pupusas, yuka khinzir, tumales dan makanan-makanan yang polular di El Salvador.
    Cerita fasal makanan membuatkan kita lapar dan dahaga.  Apa pun hari masih pagi dan perut masih belum menyanyikan lagu keroncong.  
    Jadi kita tinggalkan Juayua  seketika kerana kami masih mempunyai masa untuk explore Juayua kemudian.  
    Destinasi tujuan di Juayua ialah Air Terjun Los Chorros de La Calera dan dikatakan yang tercantik di El Salvador.  Untuk kesana kita harus mengusur keluar daripada bandar Juayua.  Kami melalui lorong perumahan rumah setingkat yang kelihatan kanak-kanak melambaikan tangan kearah kenderaaan kami. Holla, holla, holla bermaksud selamat datang.  
    Lambaian demi lambaian dan akhirnya 500 meter diluar bandar Juayua  kami  sampai dirumah penduduk setempat. Selepas ini kenderaan tidak dibenarkan masuk kerana keadaan jalan yang sempit dan berlumpur. Terdapat beberapa rumah tradisi dikiri kanan laluan tanah merah menuju ke air terjun. 
    Beberapa lelaki separah umur berbadan sasa seolah-olah  tercengang melihat kami turun dari kenderaan.  Kami bersalaman dan menyebut holla, holla dengan senyum manis dan tunduk sebagai tanda hormat.
    Bagi menenangkan keadaan, urusan kedatangan kami  diserahkan kepada Laura dan temannya.  Kami setakat boleh menyimpulkan  senyuman sebagai menghormati tuan rumah.  Entah apa persetujuan diantara mereka.  Terima kasih kerana membenarkan kami untuk meletakan kenderaan sementara disitu.
    Menangkap ikan diair, berdetik dihati sama ada jantan atau betina.  Menyingkap akan wajah-wajah lelaki tadi timbul beberapa soalan yang bermain dikepala.  Entah kenapa ZBA terdetik melihat gelagat mereka semasa menyambut kedatangan tamu.  Apa itu adat tradisi atau perasaan atau cara mereka.  Sekilas lalu seolah-olah ada satu titik hitam yang mereka tidak senangi melihat kedatangan tamu yang tidak diundang.  Perasaan ini ZBA simpan bersendirian kerana terlalu awal untuk diungkapkan.  Dalam hati persetankan semua itu kerana niat dihati berkunjung kesini ialah kerana air terjun Chorros de La Calera.
    Apa pun Laura dan rakanya telah menyelesaikan segalanya.  Kami tidak perlu campur tangan dan menerima keputusan seadanya.
    Setelah mengambil daypack dari kenderaan,  kami mengambil keputusan untuk tidak berjalan kaki kelokasi kerana dimaklumkan keadaan jalan tanah merah yang becak dan licin semasa menuruni.  Alternatif ialah dengan menaiki moto-taxi (Tuk-tuk) dengan bayaran USD 3.00 seorang.
    Terasa ada sesuatu yang tidak kena.  Perasaan ZBA berasa resah seolah-olah perjalanan ini tidak direstui.  Fikiran mengelamun jauh dan memikirkan sesuatu yang bakal dihadapi.  Entah setakat perasaan atau fizikal yang keletihan.  Dalam lamunan tetiba tuk-tuk membunyikan hon menandakan ketibaan mereka dan kami boleh bergerak sekarang.  
     Dua buah tuk-tux menjemput kami dilokasi.  ZBA mengepalai konvoi dengan ditemani oleh Laura dan teman lelakinya.  Selebihnya kekawan lain berada didtuk-tuk yang kedua.  Kami bergerak serentak menurunu lurah jalan tanah merah yang berlumpur dan licin.  Perjalanan menjadi sukar dan kekadang sukar dikawal.  Walau bagaimanapun dengan kecekapan pemandu semua masalah diatasi dengan baik dan selamat.  Sebaik mengarungi halangan yang lebih kurang 100m jauh,  dihadapan 300m telah kelihatan jalan mati yang mana kami diturunkan sebelum memulakan perjalanan jalan kaki menuruni lembah.
 Sebelum kedatangan tuk-tuk yang kedua, ZBA sempat berehat dipondok yang merupakan pintu masuk ke air terjun La Calera.
Pintu masuk ke Air Terjun La Carela
    Lokasi pintu masuk disediakan dengan sebuah pondok kecil berlantaikan papan sayung sebagai tempat berteduh dan beristirehat.  Kekadang ada juga pemandu tuk-tuk mengambil kesempatan berehat sementara menunggu pelanggan mereka dibawah. 
    Pondok rehat dibina diatas teres bukit  yang landai bersebelahan jurang yang dalam. Tiada kemudahan tandas disediakan.  Kepada sesiapa yang  berhajat besar boleh saja menyiram pokok-pokok dimana-mana yang dikehendaki. 
    Diatasnya bukit bersebelahan mengalir limpahan air terjun bertali arus tanpa henti mencurahkan air  kedalam jurang dan sungai.  Suara dentuman dari hempasan air bagaikan guruh dilangit jelas kedengaran bagi sesiapa yang sedang berada dipondok rehat.
    Sebagai makluman. tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pengunjung yang mengunjungi  La Carela.
    Belum pun sempat melelapkan mata untuk menenangkan perasaan dan  kegelisahan sejak tadi,  tetiba muncul kekawan yang lain dengan tempek sorak kegembiraan kerana berjaya melepasi halangan berlumpur yang agak mencemaskan.
    Kami berehat sebentar sebelum menjejaki air  terjun La Carela.  Waktu sekarang menunjukan jam sekitar 11am dengan keadaan cuaca mendung dan sesekali hujan gerimis membasahi bumi.  Suhu berada disekitar 20C dengan angin bertiup perlahan.
    Diperhentian rehat belum lagi ada pengunjung kecuali kumpulan kami.  Jadi kami bebas mengambil masa sendiri melepaskan lelah sejenak.



    Bagi memudahkan penjejakan, ZBA membahagikan perjalanan ke air terjun La Carela dalam tiga peringkat.  Peringkat pertama penurunan kelantai dek pemandangan.  Kedua perjalanan mendatar mengikut susuh bukit.  Ketiga dataran air terjun.

    Peringkat Pertama
   Selepas menarik nafas setelah berhenti sejenak di pondok rehat, kami 9 orang mengandungi 6 Malaysian dan 2 local mula menuruni jurang menuju La Calera.  Dalam kumpulan  kami mengandungi 3L dan 3 perempuan manakala Laura dan teman lelakinya. Jumlah 4L dan 4P.  Seorang daripada rakan kami tidak turut serta malah berehat dipondok rehat.      
    Trek agak licin  kerana baru sebentar hujan turun renyai-renyai.  Cuaca sejuk sebaik turun dan kedengaran dentuman air terjun dari bukit dan tebing sebelah.   Dibawahnya mengalir anak sungai mengalirkan air kehilir.
     Kami amat berhati-hati semasa turun.  Dalam fikiran amat teruja untuk melihat La Calera secara dekat.  Trek tangga bertingkat diselang seli dengan trek biasa.  Dilihat pada keadaan trek kami merupakan kumpulan pertama pagi ni.  Kepelbagaian ketinggian dan kecuraman membolehkan kita tergelincir jika tersalah langkah.  Langkah-langkah keselamatan wajib diutamakan.
    Selang 15 minit yaani jarak sekitar 100m,  ZBA  dalam kumpulan peserta terahir sampai disebuah tempat yang agak lapang dan mendatar.  Tebing setinggi 6 kaki  memisahkan trek dengan "View deck".  Dari sini kita dapat melihat dengan jelas air terjun daripada bukit sebelah kerana tidak sampai 30m memisahkan kita dengan tebing diseberang dengan sebuah anak sungai kecil mengalir deras. 
    Percikan air menyirami badan sedikit sebanyak menyegarkan tubuh yang mula kepanasan.
Dilangit ketika ini awan hitam berarak rendah dan menandakan hujan akan turun bila-bila masa.  Kami harus menerima kenyataan sekiranya sekalipun hujan kami tetap akan terus menjejaki La Calera.
    Lima minit berehat sambil menikmati keindahan alam,  kumpulan hadapan telah hilang dari pandangan.  Kami menuruti dari belakang dengan tabah.

    Peringkat Kedua
    Trek agak baik tetapi betul-betul disebelah jurang.  Trek ini adalah teres daripada kaki bukit dengan ketinggian tebing hampir 3m tinggi.  Sama seperti peringkat pertama, sesetengahnya dibuatkan konkret simen dan keadaan semula jadi.  Trekking boleh dilakukan dengan agak pantas sebab kelandaian curam yang menurun.
    Disangka panas hingga kepetang, rupa-rupanya hujan ditengahari.  Keadaan disekeling menjadi gelap dan hujan mulai turun.  Kami mengambil perlindungan dibawah-bawah pokok di tepi-tepi tebing.  Sekali sekala bergerak kebawah.  Hujan mencurah dengan tetiba menjadi  lebat dan kami mulai kesejukan dan  menggigil.  
    Sepuluh  minit berlalu dengan jarak kurang daripada 100m, kami tiba di sebuah dataran persinggahan.  Cuma bangku-bangku usang terdapat disitu.  Tiada tempat berteduh dan hujan masih lebat.   Kami basah kuyup.  
    Semua dokumen  penting yang selalunya berada disecret poket dibadan dipindahkan kedalam daypack untuk mengelakan daripada basah.   Dalam keadaan begini kita harus mengambil risiko walaupun tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pengembara.  Ingat dokumen adalah nadi dan wajib bersama dibadan dalam apa keadaan sekali pun.
    Camera juga tidak terkecuali,  dibuka dan disimpan.  Satu-satu alternatif untuk mengambil gambar ialah dengan menggunakan telefon bimbit.
    Kami semakin ghairah untuk bersama teman-teman yang dihadapan.  Berselfi dan merakamkan saat-saat kenangan manis di La Carela.  
    Mendongak dihadapan kelihatan seperti layar putih terpampang di ditebing bukit.   Dalam hati terdetik apakah itu La Carera.  Langkah dipercepatkan walau pun hujan masih turun dengan lebatnya.

    Peringkat ketiga
    Tepat pada sangkaan.  Layar putih yang dimaksudkan adalah La Calera.   Rupa-rupanya cuma 150m dihadapan.   Langkah dipercepatkan kerana diperingkat ini keadaan muka bumi landai dan pergerakan boleh dilakukan dengan pantas.  15 minit berlalu, ZBA telah berada dihadapan La Carela.  
    Teman-teman lain menyambut kedatangan kami dengan holla, holla, holla.  Gembira sekali wajah mereka dengan bermacam-macam aksi bagi mengabdikan kenangan di La Carela yang mungkin tidak pernah didatangi oleh pengembara-pengembara dari Malaysia sebelum ini.
     Keseluruhan jarak diatara pondok rehat diatas ke air terjun La Carela ialah lebih kurang 400 meter.  Secara amnya kami mengambil masa hampir 45 minit menuruni jurang dan sampai di kedudukan air terjun La Carela.   
    Tidak banyak aktiviti bergambar dapat dilakukan.  Hujan turun dengan lebatnya tanpa ada tanda-tanda untuk reda.  Kami semua mengambil perlindungan ditebing air terjun sekadar perlindungan tetapi bukan mengelakan daripada basah.

    Los Chorros de La Carela
    Dari kaca mata ZBA, La Carela merupakan sebuah air terjun yang cantik dan berbedza sekali dengan air terjun dimana-mana dunia yang pernah dikunjungi.  Kecil molek dan mempesonakan.  Air terjun ini seolah-olah tertekap didinding dan menggunakan pancur untuk mengalirkan air kebawah.  
Hakikatnya memang La Carela adalah sebuah air terjun tulin yang sepanjang masa memancutkan air dari dalam tanah dan menumpahkan keluar.  Bukan satu saluran, bukan dua dan sebalik puluhan lubang-lubang yang memancutkan air keluar daripada tebing dan mencurah turun.
    Dari mana  punca air tidak dapat dipastikan tetapi kami difahamkan diatas sana tiada takungan air atau anak sungai yang mengalir malah kawasan bukit bukau yang tiada berpenghuni.           
    Hairan tetapi itulah  ketentuan yang maha mengetahui.  Manakala dibahagian bawah pula sekarang telah dibina sebuah takungan air yang merupakan sebuah kolam mandi yang cantik. Satu outlet juga dibina bagi mengeluarkan air yang berlebihan kedalam anak sungai dibawah.
    Ditempat-tempat lain kebiasaanya air terjun adalah dari  kawasan tadahan terbuka dan lebihan air akan jatuh dikawasan rendah dan membentuk anak sungai.   Tetapi tidak bagi Los Chorros de La Carela yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
    Disebabkan hujan,  kami tidak mengambil masa yang lama dilokasi.  Seorang demi seorang beradar meninggalkan La Calera dalam kesejukan hujan dan keadaan kelembapan dijurang.
    Pada awalnya kami bergerak dalam satu kumpulan meninggalkan La Carela.  Lama kelamaan semakin jarak atas dasar kemampuan individu.  Kemudian saling nampak antara satu sama lain.  Akhirnya ada setengahnya telah hilang daripada pendangan mata.   Dilindungi dek kabus tebal dan trek becak dan berliku menghala keatas. Antara kami tidaklah terpisah jauh tetapi saling potong memotong diantara satu sama lain untuk balik.  
    Trek bertambah licin  dengan takungan dan limpahan air hujan.  Sebagaimana biasa ZBA berada dibelakang sekali selaku "sweeping guide" untuk keselamatan bagi rakan-rakan yang lain.  Sekali sekala juga terkehadapan meninggalkan dua rakan dibelakang sebagai ganti.
    Sepanjang masa kami turun dan beredar kembali meninggalkan La Carela tiada ada seorang pelawat pun  selain daripada kumpulan kami.  Ini menunjukan bahawa kawasan ini wajib ditemani guide sebagaimana dimaklumkan oleh Laura  kepada kami sebelumnya. 
    Ketika ZBA berada di peringkat kedua menaiki satu persatu anak-anak tangga, ZBA dikejutkan dengan 4 sekumpulan pendaki berkejaran termengah-mengah berlari-lari  meninggalkan lokasi La Calera.  Kami sempat bertegur bertegur sapa dengan salah seorang daripada mereka mungkin juga seorang jurupandu kumpulan dalam bahasa Inggeris.  Beliau  memaklum agar kami bergerak pantas keatas kerana limpahan air telah mula kedengaran.  Limpahan air ini memungkinkan terjadinya kepala air yang amat merbahaya.  Selepas ini beliau dan kumpulan terus bergegas meninggalkan kami dengan segera.
    Dalam keadaan panik ZBA masih teringat ada dua lagi rakan tidak berapa jauh  dibelakang.  Mereka perlu dimaklumkan akan situasi sebenar tentang keselamatan berdasarkan info sebentar tadi.  Dengan semangat setiakawan demi keselamatan bersama ZBA nekad dan sabar menanti.  
    Alex dan Seana bukan nama sebenar demi melindungi indentiti mereka. Alex,  lelaki warga emas tetapi masih tegap, sihat dan bertenaga.  Manakala Seana wanita 30an  berbadan gempal dan manis orangnya. Keduanya bukan orang baru dalam dunia pengembaraan malah telah bersama ZBA keseluruh pelusuk dunia.  Kami mengenali hati budi antara satu sama lain.
    Dalam kesejukan, 5 minit kemudian dari celah-celah tebing trek yang berlumpur mereka muncul dengan kegigihan semangat yang tinggi untuk meneruskan perjalanan balik.  Kekadang Alex dihadapan dan kekadang Seana dihadapan.  Saling potong memotong dan  bergandingan  memanjat anak-anak tangga yang agak curam, basah dan ditakungi air.  
Kalau tadi semasa datang  kami banyak menurun dan tidak banyak menggunakan tenaga tetapi bila balik kami banyak membuang keringat dan tenaga mendaki dan terus mendaki.
    Hujan agak reda tetapi keadaan dipersekitaran masih mendung dan terdengar curahan air yang kuat dimana-mana.  Dentuman dari curahan air amat menakutkan.
    Diantara kami bertiga dengan kumpulan dihadapan terputus hubungan.  Kemungkinan besar mereka telah sampai diatas dan berehat.  Manakala kami bertiga masih diperingkat kedua yaani setengah perjalanan lagi keatas.
    Kami bertiga berehat sebentar dan ZBA memaklumkan maklumat yang  diterima sebentar tadi.  Wajah Alex dan Seana menjadi tergamam dan cepat-cepat mereka  bangun dan terus bergerak naik. Kali ini ZBA memberi laluan kepada Alex dan Seana supaya berjalan dahulu  dihadapan.  
    Hujan masih gerimis dan jelas kedengaran dihadapan deruan dan dentuman air terjun pertama yang mula-mula kami tempuhi.  Ini menandakan dalam beberapa minit lagi kami akan mamasuki "viewdeck" peringkat pertama.  Dari situ ke pondok perhentian hanya 100m dihadapan.  Terbayang wajah ceria mereka bahawa missi La Carela akan tamat dengan jayanya sebentar lagi.
    Hujan tetiba berhenti.  Kebetulan kami sampai di tebing air terjun.  Suasana amat bising sehingga sukar untuk mendengar bila berkomunikasi antara satu sama lain.  Kami bertiga berhenti disebuah hamparan batu besar untuk melepaskan kepenatan.  Sama-sama menarik nafas lega disamping melihat air terjun bergumpulan jatuh kedalam anak sungai.  Jika tadi air jernih mengalir turun kini air lumpur hitam mengabil alih  dengan skala yang amat besar.  Anak sungai yang tadinya kering kini dipenuhi air dan mengalir deras.   
    Selepas mengambil beberapa keping gambar,  ZBA mohon permisi beredar naik terlebih dahulu.  Pada ketika ini tiada siapa dipersekitaran kecuali Alex dan Seana.  Dengan penuh keyakinan ZBA meninggalkan  mereka berdua dan menamatkan missi berada bersama kumpulan dipondok rehat. Jika tidak dek kerana bunyi bising air terjun,  jika terjadi sesuatu  keatas mereka sekadar laungan boleh menyedarkan kumpulan kami diatas.
    Holla, holla,  laungan dari kekawan dengan gembira.  ZBA  memaklumkan  bahawa Alex dan Seana berehat sebentar di air terjun disamping bergambar.
    Kebisingan air terjun memecah suasana.  Rupa-rupanya benar kata pepatah, malang tidak berbau.  Satu peristiwa hitam menimpa rakan kami.  
    Ketika ini semua basah kuyup.  Badan menggigil kesejukan dan sudah tak sabar untuk pulang.  ZBA yang baru sampai terasa keletihan dan memerlukan sedikit rehat sementara menunggu Alex dan Seana yang masih dibawah.
    Masa berlalu dan jam ditangan telah menunjukan hampir jam 2pm. Hampir 20 minit menunggu. Perut telah lama berkeroncong dan perlu diisi segera.  Penantian penuh kesabaran demi kerana kawan.
    Dalam gemuruh bunyi bising air terjun, kami dikejutkan dengan satu jeritan dari bawah.  Tapi masih samar-samar untuk difahami dan suara tersebut putus-putus mengah kerana keletihan.  Teman lelaki Laura,  Affredo menerkam kebawah dan melihat Seana dalam ketakutan yang amat sangat dan sedang merangkak keatas.  Beliau lantas menghampiri Seana bagi mendapatkan maklumat apa sebenar yang terjadi.  
    Dalam ketakutan dan kemengahan Seana memaklumkan.  "Alex been attack with parang".  Where ?,  dengan isyarat tangan Seana menunjukan arah viewdeck.  Ketika ini Seana berada kurang 10 meter daripada pondok rehat.  Lantas Affredo  kembali memaklumkan apa yang terjadi.  Kami terpinga-pinga dan memandang antara satu sama lain dengan geram, ketakutan, marah dan sebagainya.
    Ketika ini bersama kami ialah dua pemandu tuk-tuk yang menghantar kami tadi pagi.  Sesegera  selepas itu Affredo dan kekawan yang lain menyerbu kebawah.   Turut  bersama dua pemandu tuk-tuk berkenaan.
    ZBA tidak turut serta.  Kami bertiga menanti perkyabaran dengan penuh debar.  Lebih-lebih lagi isteri Alex yang satu-satunya setia mengghuni pondok rehat kerana beliau tidak turun ke La Calera.
    Dengan penuh kekuatan kelihatan Seana muncul dari bawah.  Nampak benar beliau keletihan dan ketakutan.  Mukanya pucat dan masih tidak boleh menerangkan dengan jelas apa yang terjadi. 
    Isteri Alex menghampiri Seana.  Perlahan-lahan dipegangnya tangan Seana dan dipimpin keatas gelegar pondok kayu yang dhaif.  Mata kami tertumpu kepada Seana dengan penuh harapan untuk mendapatkan maklumat apa yang sebenarnya menimpa Alex.  Tiada paksaan kerana kami amat faham dalam situasi begini Seana perlu ditenangkan bagi memulihkan semangat beliau yang hilang.  Biar beliau berbicara sendiri.  Bagi kami saling memandang disamping mendoakan yang terbaik buat Alex.
    Hampir sepuluh minit berlalu kami masih belum mendapat apa-apa  berita dari kekawan yang turun menyelamatkan Alex.  Tetiba Seana membuka mulut dan memandang tepat kearah isteri Alex.  Voine,  "Alex has been attack by parang", katanya dengan nada serius dan kesal.
    Kesal mungkin kerana  beliaulah yang  beria-ia benar untuk kesini sedangkan  kekawan lain agak was-was selepas mendapat penerangan dan nasihat daripada Laura diperingkat awal. 
    Voine tidak semena-mena memandang tepat ke arah muka ZBA dan tergambar diwajah beliau kerisauan yang amat sangat. Mungkin memohon simpati dan mungkin juga terpaksa menahan keresahan.   
    Seana tidak meneruskan cerita setelah melihat keadaan Voine yang terkejut dengan cerita beliau.
    Isteri mana yang tidak terkejut.  Suami tersayang ditimpa kemalangan.  Mungkin itulah yang berputar difikiran beliau dan masih menunggu kepastian.  Suasana muram terbayang diwajah kami bertiga.  ZBA mengambil sikap bertenang disamping tunggu dan lihat.  Sekali sekala cuba menenang Voive dengan kata-kata nasihat bagi mententeramkan keadaan.
    Daripada perkataan "Attack by parang",  kita sedia maklum bahawa besar kemungkinan terdapat kecederaan.  Gambaran ini berlegar  difikiran.  Apakah parah atau kecederaan biasa atau sebarang kemungkinan.  Bagaimana tindakan dan apa yang perlu dilakukan selepas ini.  Semua persoalan akan dirungkaikan kemudian.  
       Berdiri timbul rasa gelisah.  Duduk tidak tenang.  Bercakap takut menyinggung perasaan.   Semua dalam kemurungan dan dukacita yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
    Penantian satu siksaan.  Itu bisikan hati kecil tetapi percayalah setiap sesuatu yang berlaku akan ada penyudahnya.  
    Tetiba kami dikejutkan daripada lamunan.  Terdengar sayup-sayup suara yang kami kenal pasti daripada sebilangan kawan-kawan kami.  Makin lama makin jelas dan semakin dekat menghampiri kami bertiga.  Membongkok bongkok mendaki satu persatu anak tangga.  
    ZBA menerpa keluar daripada pondok rehat terus kearah suara berkenaan.  Benar lagi jelas mereka semua sedang mengiringi Alex.  Kini mata tertumpu kepada Alex, apakah beliau mengalami kecederaan atau sebaliknya.   Apabila melihat Alex berjalan dalam keadaan normal, hati terdetik beliau selamat tanpa sebarang kecederaan.  Tanpa disedari tangan menadah kelangit tanda kesyukuran kerana menyelamatkan salah seorang daripada teman kami daripada malapetaka.
    Tangan dihulur menggenggam erat tangan Alex dan dalam masa yang sama  menarik beliau keatas dan seterusnya memimpin ke pondok rehat.  Ketika ini  kami semua tidak mengajukan apa-apa pertanyaan kepada Alex kerana yang penting berusaha  menenangkan keadaan. Voine menghampiri Alex dan mereka bercerita sesuatu.  Dari jauh kelihatan Voine yang tadinya murung kini telah boleh mengukirkan senyuman.
    Rakan-rakan lain berbincang dengan Affredo dan membuat keputusan  menghubungi Polis Juayua untuk tindakan selanjut.  Kami menunggu kedatangan pasukan Polis dan kini hujan mulai turun kembali.
    Pujian patut diberikan kepada pasukan Polis Juayua yang bertindak pantas.  Tidak sampai 15 minit, dua anggota mereka telah bersama kami.  Penerangan berhubung kejadian kami serahkan kepada Affredo kerana mereka berkomunikasi dalam bahasa Sepanyol yang kami harus bersetuju dengan ya atau tidak.  Beliau dibantu oleh Laura yang senantiasa mengekori bersama.
    Setelah mendapat maklumat,  anggota polis bergegas ketempat kejadian diikuti oleh Affredo dan laura dan dua pemandu tuk-tuk.  Anggota kumpulan tidak dibenarkan turut serta demi keselamatan. 
    ZBA menghampiri Elex.  Dilihat pada raut wajahnya beliau sudah mulai tenang dan boleh menjawab pertanyaan daripada kekawan dengan terang dan jelas.  
    Dengan perlahan ZBA mengajukan soalan,  "what is missing boss".  Alex  menoleh kearah ZBA dan dengan tenang menjawab.  "Daypack with passport and other document inclusive money", jawab beliau pendek dan ringkas.  Mendengar jawapan itu ZBA menundukan kepala dan diam tanda memahami maksud yang disampaikan.
    Dalam fikiran terbayang kepayahan yang bakal kami hadapi.  Sebenarnya semasa Alex menyebut passport, terdetik bahawa beliau juga telah memindahkan passport dari badan kedalam daypack beserta dengan dompet.  Rupa-rupanya kami melakukan perkara yang sama pada hari ini.   Walhal setiap kali kami keluar negara sering berpesan dan ingat mengingati agar passport tidak dipisahkan daripada badan dalam apa keadaan sekali pun.  
    Setengah jam berlalu, pihak polis dan kumpulan telah kembali kelokasi dimana kami berada.  Dengan perantaraan Affredo kami diarahkan menaiki kenderaan pickup polis dan terus dibawa ke Balai Polis Juayua.
    Keadaan di Balai Polis lengang dan mereka menyambut kedatangan kami dengan mesra.  Pegawai penyiasat memperkenalkan diri beliau dan menjemput Alex, Affredo dan Laura duduk bersama-sama.              Diruang menanti Voine yang kesejukan rupa-rupanya tindak tanduk beliau diperhatikan oleh seorang pegawai polis wanita yang bersimpati.  
    Beliau datang menghampiri Voine dan berbisik sesuatu.  Rupa-rupa pegawai tersebut bersimpati melihat Voine yang kesejukan dan menghadiahkan beliau dengan sehelai jacket.  Hati kecil berbisik,  alangkah mulianya insan ini walaupun antara kita tidak pernah mengenali.   
    Hari beransur petang dan jam telah menunjukan hampir 3pm.  Pakaian masih basah  manakala cuaca mulai sejuk, kelaparan pula menghantu setiap seorang daripada kami.  
    Alex dengan dibantu oleh Affredo dan Laura selaku jurubahasa memberi keterangan dan membuat lapuran polis berhubung kejadian sebentar tadi. Proses mengambil masa hampir 45 minit dan semua dokumen penting disediakan.  
    Bagi kami yang tidak boleh membantu apa-apa  terus mencari kedai makanan untuk mengalas perut.
    Segala-galanya selesai.  Memandangkan hari dah petang kami bersedia untuk pulang.  Dengan tidak disangka satu lagi masalah besar menghantui kami.  Ibarat "sudah jatuh ditimpa tangga".  Diwajah setiap orang terukir rasa kecewa dengan apa yang telah terjadi.  Walau bagaimana pun kami harus bertenang untuk menyelesaikan masalah dalam semangat hormoni dan tidak menyalah sesiapa.
    Kunci kenderaan sewa hilang bersama dalam kejadian rompakan.  Seana memaklumkan bahawa kunci telah diserahkan kepada Alex semasa mereka bersiap sedia untuk ke La Carera.  Kunci penduaan tidak disediakan.  Untuk mendapatkan kunci penduaan, 80km ke San Salvador.
    Alternatif lain ialah mencari jurukunci dan membuat modifikasi bagi menghidupkan injin.  Usaha berjaya dilakukan  dengan berkat kesabaran semua pihak  dan  kerja-kerja dapat disiapkan dengan kos tambahan dalam masa satu jam.    
    Hari semakin petang.  Jam menunjukan 5.30pm.  Kami harus bergerak sekarang untuk menempuh perjalanan pulang sejauh 80km dalam cuaca yang tidak menentu.  Didahului oleh kenderaan Affredo dan diikuti dibelakang oleh Seana.
    Menjelang maghrib cuaca agak gelap.   Perjalanan masih berbaki  sekitar 30km  ke Sal Salvador. Kami dikejutkan oleh Seana dengan memberi isyarat  agar Affredo memberhenti kenderaan.  Dalam fikiran mungkin bermasalah lagi.  Affredo mencari satu tempat yang selamat dengan memberhentikan kenderaan  ditepi jalan dan menyusuri Seana dari dibelakang.
    Jika tadi,  sudah jatuh ditimpa tangga.  Kini "tangga  yang jatuh terus patah".  Malang tidak berbau,  kita harus menghadapinya dengan tabah.
    Lampu kenderaan tidak dapat dinyalakan.  Mungkin ini disebabkan oleh proses modifikasi yang dilakukan petang tadi.  Jadi kami harus berkonvoi perlahan dalam jarak yang dekat agar kenderaan dibelakang dapat menumpang lampu kenderaan dihadapan. Dengan kaedah ini kedua-dua kenderaan  harus saling bekerjasama memberi isyarat.    Berkat kesabaran semua pihak ditambah lagi jalan raya yang lengan kami berjaya sampai ke hotel penginapan dengan selamat.
    Semua menarik nafas lega tetapi masalah belum berahir.  Kami semua beredar kesuatu sudut di lobi hotel.  Affredo dan Laura telah meminta izin untuk pulang. Keletihan dan kelesuan terpancar diwajah masing-masing.  Sambil menghempaskan tubuh ke kerusi empuk ZBA meminta semua kawan-kawan bersabar sebentar untuk kita mendengar apa yang telah terjadi kepada Alex tengahari tadi.  Seana bangun dan duduk semula bersebelah Alex dan Voine.  Selain Alex dan Seana kami semua amat teruja dan ingin sekali mengetahui kejadian yang sebenar.
    Kami wajib bertindak sekarang kerana masa tidak mengizinkan sebab selepas besok harinya kami semua akan bertolak di Guatemala.
    Alex, sebagaimana yang pernah ZBA kenali, seorang yang tenang dan mempunyai perawatakan yang tegas dan berwibawa.  Mudah mesra dan disenangi oleh kawan dan lawan.
    Dengan mendongakkan sedikit kepala Alex mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat pada hari ini dan memohon maaf diatas apa yang terjadi.  
    Semua kawan-kawan tunduk dan menanti dengan penuh  kesabaran dan  tandatanya. 

"Alex been attack by Parang"
    Sambil memandang kearah ZBA dengan nada perlahan Alex meneruskan cerita.  Selepas Zainal beredar keatas,   saya dan Seana masih  berehat dan mengeluarkan camera daripada daypack untuk mengambil gambar.  Keadaan ketika  itu air terjun amat bising dan  disekeling kami tiada sesiapa kecuali kami berdua.  Saya meletakan daypack dan bangun membelakangkan Seana dan mengadap ke air terjun.  
    Dalam keadaan leka dengan keadaan persekitaran, saya sempat  juga  berpaling semula kearah Seana.   Seana masih setia menunggu.  Juga saya teringatkan daypack saya yang ditemani Seana. Saya terus bergambar dan selepas itu saya berpaling semula dan terkejut melihat seorang lelaki tampan berdiri berdekatan tempat dimana Seana berada.  Sedangkan antara saya dan Seana hanya sekitar 10-15 meter sahaja.
    Walau pun dekat tetapi keadaan muka bumi berbatu, becak dan licin adalah sukar untuk saya kembali segera.  Dalam hati  saya tidak menyangka apa-apa situasi buruk bakal berlaku dan dalam hati kecil berbisik,  kemungkinan  lelaki tersebut sekadar untuk bertanya kyabar.  
    Tapi mengenangkan daypack yang serba serbi didalam,  saya mempercepatkan langkah.  Melihat keadaan ini saya lihat lelaki tersebut dengan sekelip mata terus  menyambar daypack saya dan cuba melarikan diri.
    Seana, walaupun berada ditempat kejadian tetapi tidak dapat berbuat apa-apa hanya sekadar terpinga-pinga melihat apa yang terjadi dihadapan beliau.  Kejadian berlaku terlampau pantas.
    Dari kejauhan sambil berlari meredah lumpur yang sukar, saya menjerit,  "Heyyy, why you take my back".  Lelaki itu tidak menyahut apa-apa tetapi saya melihat matanya menggelinap mengarah ke tebing bukit berhampiran.  Bermakna beliau mungkin datang dari kawasan yang sama.
    Dalam jarak sekitar 5 meter saya telah berhadapan dengan lelaki tersebut.  Beliau cuba untuk melarikan diri.  Tetapi saya cuba memujuk dan merayu dan selangkah demi selangkah cuba menghampirinya.  Lelaki itu pula  berundur langkah demi langkah kebelakang dan sekali sekala memandang kearah tebing bukit.
    Dalam keadaan ini saya terfikir tidak guna saya melakukan kekasaran.   Bag ditangan beliau dan dipinggangnya saya lihat sebilah parang panjang.  
    Dengan nada merendah saya mengatakan,   "Give me my beg, I will give you money".  Lelaki itu tidak menjawab apa-apa, dan saya rasa beliau tidak faham apa yang saya maksudkan.  Sekali lagi saya bersuara, "You can take my bag but give me back my passport".  Juga  tidak ada apa-apa tindak balas daripada lelaki berkenaan.  Beliau menggenggam erat bag saya dan melarikan diri. Saya cuba mengejar dari belakang dan ketika menghampiri tebing bukit,  tidak semena-mena beliau menghunuskan parang panjang dan berpusing untuk menentang.   Saya kaget dan memberhentikan langkah.  Tergamam dan timbul perasaan takut.  Dalam situasi begini  saya berpendapat tidak perlu melawan kerana saya  tidak mempunyai sebarang alat untuk mempertahan diri.
    Dalam keadaan  tergamam, saya melihat lelaki itu dengan parang panjang masih ditangan terus memanjat tebing bukit dan menghilangkan diri dicelah-celah semak samun.
    Alex ketika ini dengan tak semena-mena menundukan kepala dan memberhentikan sejenak dan menoleh kearah Seana.
    Seana yang tadinya diam terkenang apa yang telah terjadi dihadapannya tengahari tadi,  tetiba dengan perasaan sedih mengiakan saja apa yang diceritakan oleh Alex.
    Ketika ini semua kami mendongakan kepala dan dalam fikiran masing-masing mengundang seribu persoalan.  Kami berpandangan antara satu sama lain. 
    Diperingkat ini Seana memanggungkan  kepala memandang keliling dan memerhatikan kami satu persatu.   Beliau yang sejak dari tadi kurang bercakap, dengan perasaan sedih berkata, "I am sorry Alex, I can't do anything, I am scaate and still don't beleave what is happening this afternoon".   
    Alex mengeyiakan kata-kata Seana dan hanya tunduk tersenyum.  Semua tumpuan kami ketika ini tertumpu kepada Seana.  Beliau meneruskan cerita.  
    Setelah melihat lelaki tersebut mengeluarkan parang pangjang, saya tidak dapat bayangkan apa akan terjadi.  Hanya tergerak dalam hati untuk meminta pertolongan daripada kekawan diatas.  Tapi apakan daya dek kerana kebisingan dentuman air terjun, laungan saya tidak didengar oleh sesiapa.
    Ketika ini lah saya nekad meninggalkan Alex dan lelaki tersebut dengan memanjat anak-anak tangga keatas dalam keadaan mencemaskan.  Saya mengerahkan seluruh keringat mengharungi trek yang berlumpur dan licin.  Akhirnya dalam kegagahan dan kepayahan saya berjaya juga melaungkan suara meminta pertolongan. 
    Saya amat bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada Affredo yang tetiba muncul dan memegang tangan saya dan ditarik ketas.  Ketika itulah dalam suara yang terputus putus saya maklumkan kepada Affredo "Alex been attack with parang" 
    Saya amat keletihan dan amat takut sekali ketika melihat situasi tersebut  yang merupakan pertama kali berlaku dihadapan saya seumur hihup.
    Seana menarik nafas lega.  Seana juga mengambil kesempatan ini memohon maaf kepada semua hadirin diatas apa yang telah berlaku.  
    Beliau kemudian tunduk dan memberi laluan untuk perbincangan diteruskan.
    Setelah kami semua mendengar perjelasan yang jelas daripada Alex dan Seana,  ZBA mengambil aleh perbincangan.  Kami perlu bertindak sekarang.  Kami sedar dengan kehilangan passport bererti perjalanan Alex dan Voine  terhenti dengan sendirinya.
    ZBA meminta Alex mengumpukan semua dokumen-dokumen penting dan sedia diserahkan jika dikehendaki oleh pihak-pihak yang tertentu.
    Semua kami dengan sebulat suara bersetuju memberi kepercayaan kepada ZBA dan Meena untuk tindakan selanjut.  Besok kami akan bersemuka semula dan kami beredar untuk berehat setelah sehari suntuk menempuh halangan dan rintangan.
    Kini giliran ZBA dan Meena.  Walau pun kami ketetihan sebagaimana kekawan yang lain, tapi kami yang merancang perjalanan ini bermakna kami harus bertanggungjawab.  Malam ini kami harus berbuat sesuatu.  Perkara pokok dalam hal ini adalah kedutaan.   Kedutaan Malaysia harus dimaklumkan segera.  
    Setelah membersihkan diri dan makan malam, ZBA dan Meena duduk berbincang.  Apakah langkah-langkap pertama yang perlu dilakukan.   
    Meena juga bukan orang baru dalam kumpulan.  Beliau juga seorang pengembara tegar yang tidak pernah mengalah menerima susah payah ketika dinegara luar.  Seorang yang berpengalaman luas dalam bidang kooporat yang disegani.
    ZBA membuka bicara.  "Apa pandangan Meena tentang apa yang telah terjadi".  Sebenarnya kita telah terperangkap diantara dua keadaan.  Dua daripada rakan kita telah tiada ada pilihan kecuali berpatah balik.  Manakala kita juga didua persimpangan.  Berpatah balik bersama atau meneruskan perjalanan berbaki.  Meena masih diam dan memandang persekitaran.  
    ZBA  meneruskan cadangan dan perancangan.  Bagi ZBA perjalanan wajib diteruskan.  Tetapi kita mesti menyelesaikan masalah Alex dan Voice terlebih dahulu.  Apa-apa pun dalam masa yang masih berbaki ini semua kita harus bekerjasama menyumbang kearah penyelesaian.   Kita ada pilihan.  ZBA rasa Affredo dan Laura sedia  membantu .  Pertama dalam masalah bahasa dan kedua dalam urusan pentadbiran dengan Kedutaan.
    Malam ini  juga kita mesti dapatkan Kedutaan Malaysia dinegara terdekat.  Meena menundukan kepala dan mengangguk tanda bersetuju dengan cadangan.
    Dengan nada keletihan beliau bersuara, "saya akan cuba".  Saya akan mengirimkan email menerangkan kedudukan pada malam ini juga.  
    Terima kasih Meena, jawab ZBA ringkas.  Nanti kita sama-sama dapatkan alamat Kedutaan Malaysia terdekat.
    Malam agak larut dan cuaca sejuk diluar. Kami letih dan kami mengantuk.  Kekadang telifon bimbit terjatuh daripada genggaman.      Usaha yang tidak mengerti letih, akhirnya ditemui Kedutaan Malaysia yang paling dekat ialah Mexico.  Terdapat Laison di Guatamala tetapi dibawah naungan Mexico.  Dan semua urusan hendaklah melalui Mexico.  Jadi kami perlu berhubung terus dengan Mexico.  
    Meena,  nampaknya kita tiada pilihan selain daripada menghubungi terus dengan Mexico.  Sambil ZBA menghulurkan telifon kepada beliau.  Lihat,  memang tiada pilihan.  Meena mengambil telifon dan membuat salinan penduan.
    Insyaalah,  kejab lagi saya akan menghubungi Kedutaan Malaysia di Mexico, jawab beliau.  Jika mengantuk sangat tidurlah dulu seraya jawab beliau.
    Orang mengantuk disurungkan bantal.  Apa lagi  ZBA tanpa banyak bicara terus beredar.  Sebelumnya,  tolong maklum ZBA jika terdapat jawapan atau sebaliknya.  Periksa email dari masa kesemasa.  
    Perbezaan waktu antara Mexico dan El Salvador tidak berapa ketara, jadi seawal-awal Mexico dapat memberikan jawapan ialah  pada keesokan hari.
    Malam yang dingin membawa kepada mimpi-mimpi yang berbedza diantara kami.  Mungkin malam tadi ada berita gembira atau sebaliknya.  Gembira kerana ia sebuah mimpi tetapi mungkin ada yang tidak bermimpi dek kerana peristiwa semalam.  Tidur-tidur ayam memikirkan apakah yang harus dilakukan untuk menyelesaikan masalah pada hari ini.
    Itu adalah kenyataan.  diawal pagi ZBA telah  mengejutkan Meena bertanyakan tentang email dan apakah telah ada jawapan.  
"Dah hantar email ke semalam, dah ada jawapan ke belum" ?.  Meena dalam selimut menggeliat dan bersuara dalam keletihan.  "Belum tengok email lagi", jawab Meena. 
    Mungkin beliau orang yang terahir tidur lewat malam tadi bagi menyiapkan email dan di majukan kepada Keduataan Malaysia di Mexico.
    Dengan jawapan tersebut ZBA  faham bahawa email telah dihantar cuma sekadar menunggu jawapan.  Apa pun kita menunggu hari siang.  Kami menyambung tidur kembali.
    Selepas minum pagi kami semua terus berkumpul dan meneruskan perbincangan bagi mengelesaikan masalah semalam.  Pagi ini semua kekawan berwajah agak ceria sedikit daripada semalam.  Walau bagaimana pun jelas diwajah Alex masih terdapat kebimbangan yang menghantui pemikiran beliau.
    Sebentar sementara Meena menghabiskan sisa-sisa kopi, beliau terus meluru kearah dimana kami berkumpul.  "Sorry guys, sorry.  I have a good new for all of us", Don't worry,  sambil beliau duduk disatu sudut yang bertentangan dengan Alex.
    Yes,  semalam saya telah menghantar email ke Kedutaan Malaysia dan pagi tadi saya telah menerima jawapan.  Pegawai kedutaan di Mexico amat mengambil berat keatas peristiwa yang berlaku dan mengucapkan simpati kepada mangsa.   Ariana,  nama pegawai yang bertanggung jawab.
    Ariana memaklumkan bahawa buat masa ini hanya kedutaan Malaysia di Mexico yang satu-satu mengawal keseluruhan diplomatik bagi negara-negara di Central Amerika.  Jadi masalah kita sekarang telah dibawah kawalan mereka dan tindakan susulan sedang dijalankan dan maklumat akan disampaikan kepada kita secepat mungkin.
    Semua kami agak terkejut bercampur gembira.  "Good jobs Meena",  ZBA mula meyampok perbualan beliau.  
    Kelihatan Alex juga mengumpulkan senyuman dan memandang tepat kearah Meena.  "I can't says anything but god bless you.  Thank you very much for your efford", kata Alex.
    Dalam suasana gembira, tetiba Voine yang tadinya agak muram kini bertukar wajah penuh keceriaan.  Lalu dengan selamba beliau menyampuk.  
    "My husband so far never bring any pothograph but this time he did it", kata Voine sambil menjeling kearah Alex.  "It is",  kata ZBA tanda kehairanan.
    Semua kehairanan dan memandang antara satu sama lain dengan ketawa.  Alek tunduk dan mengiakan apa yang dikatakan oleh Voine.  Dengan gurauan Alek berkata, "I feel there is something will happening to me".   
    Semua  kami ketawa dan memandang kearah Alex.  Seana yang masih membisu membuka mulut.  "Saya berasa amat terharu dan mengucapkan ribuan terima kasih diatas daya usaha yang ditunjukan oleh semua yang terlibat.
    Tetiba Meena kembali berkata,  "Saya jangkan sebelum tengahari kita akan mendapat jawapan daripada Ariana apakah tindakan selanjutnya patut diambil",  Ujar Meena penuh keyakinan.
    Beliau terus tunduk dan menaip sesuatu didalam computer ribanya.  "Kita akan berbincang lagi sebaik mendapat jawapan daripada Ariana",  kata beliau.
    "Lakukan secepat dan sepantas mungkin Meena".   ZBA mencelah.
  ZBA meneruskan perbualan agar perbincangan ini ditamatkan sementara, dan akan dimaklumkan untuk berkumpul semula setelah Meena menerima jawapan maklum balas dari kedutaan.  Kami bersurai setelah 45 minit berbincang dan tergambar diwajah masing-masing masih ada sinar harapan untuk meneruskan perjalanan.
    Pagi ini tiada apa-apa rancangan untuk keluar kemana-mana.  "Meena apa kata kita jemput Affredo dan Laura untuk berbincang sedikit sekiranya mereka boleh membantu", sergah ZBA melihat Meena yang sibok menaip.  Beliau mendongakan kepala dan berkata,  "Elok juga", ujar Meena.  
    "Jemput mereka kesini dalam sessi perbincangan kita sekiranya ada feedback daripada Ariana nanti",  Setidak-tidaknya kita ada backup daripada lokal tempatan sekiranya kita harus meninggalkan Alex dan Voine untuk urusan pentadbiran pulang ketanah air.  "Saya setuju dan sekejab lagi saya akan maklumkan mereka", tegas Meena.
    
Kehilangan Passport dan tindakan.
    Kita sering mendengar daripada tulisan-tulisan dan pengembara sebelumnya,  apa yang perlu dilakukan jika kehilangan passport diluar negara.  Procedurnya sama jika kita mempunyai Kedutaan Malaysia  dinegara berkenaan.   
    Dalam artikal ini terdapat sedikit kelainan kerana kejadian berlaku dinegara yang asing dan mereka juga tidak tahu dimana Malaysia.  Kita sedia maklum bahawa Malaysia tidak menempatkan  kedutaan kita dikesemua 195 negara-negara didunia.  Dalam erti kata lain, kita perlu mendapatkan khidmat bantuan kedutaan asing sekiranya  kedutaan kita tidak beroperasi dinegara-negara berkenaan.  
    Proses ini agak sedikit rumit dan mengambil masa.  Walau bagaimana pun kita tetap akan dilayan atas dasar diplomatik kenegaraan.
    Kebiasaannya ada dua negara didunia yang mempunyai hubungan diplomatik dihampir semua negara-negara didunia.  Great Britain dan United State.  Diantara keduanya, kedutaan manakah yang menjadi pilihan kita.  Pastinya majoriti akan memilih kedutaan United State.  Jawapannya boleh, sekiranya tiada Kedutaan Great Britain dinegara berkenaan.  
    Tentu timbul persoalan kenapa tidak sahaja  Kedutaan United State sedangkan Kedutaan Great Britain juga kedutaan asing.  Mungkin ramai yang tidak pasti kenapa dan mengapa.  Tetapi yang pastinya,  Malaysia adalah salah sebuah negara yang menganggotai Persatuan Negara-negara Commenwelth.  Negara-negara yang satu ketika dahulu  dibawah jajahan  Great Britain.   Jadi hubungan diplomatik antara Malaysia dan Great Britain telah lama ujud.  
    Jadi dengan pengalaman ini, kami  kongsi sedikit untuk menyenangkan mana-mana pengembara yang mengalami masalah yang sama kelak. 
    Sepengtahuan ZBA, belum ada lagi pengalaman sebegini  pernah dipaparkan oleh mana-mana pengembara untuk perkongsian bersama.  Semuga bermanfaat.

    Cahaya dihujung terowong
    Sebagaimana perbincangan ZBA dan Meena pagi tadi, Meena berjaya menghubungi Affredo dan Laura.  Meena telah membuat temujanji dengan Laura dan mereka akan datang  menjemput kami dihotel untuk melihat kecantikan Tasik Ilopango.  Sebenarnya tujuan kami ialah bukan untuk melihat Tasik Ilopango tetapi lebih kepada membuat perbincangan supaya mereka berdua dapat menolong menguruskan pertadbiran menyelesaikan kes Alex dan Seana untuk meninggalkan El Salvador dan pulang ke Malaysia.
    Sebenarnya ZBA dan Meena telah mendapat berita gembira daripada Ariana di Mexico tengahari tadi berhubung proses mendapatkan "Temporary Tavel Permit" (TTP) untuk Alex dan Voine.  Tetapi sengaja ZBA tidak memanggil untuk membuat perjumpaan dengan kekawan yang lain sehingga Affredo dan Laura dimaklumkan.  ZBA dan Meena bersepakat supaya satu persetujuan dibuat dengan Affredo dan Laura terlebih dahulu. 
    Ketika ini kami sedang menunggu Affredo dan Laura di lobby hotel.  Mereka dijangka akan sampai sekitar jam 3.30pm.
    Tasik Ilopango adalah antara tasik yang tercantik di El Salvador.  Terletak 16 km ketimur San Salvador.  Tasik air tawar dari letusan gunung berapi dengan keluasan  72 kmp dan mencecah 230 meter dalam.
    Tasik ini menjadi tarikan pelancung dari dalam dan luar negara khususnya pada hujung minggu.   Banyak aktiviti sukan air, memancing,  boating disediakan.  Tidak ketinggalan  tersedia penginapan bagi semua peringkat pengunjung.
    Tetiba tepat pada waktu yang dijanjikan, sebuah kenderaan berhenti betul-betul bersebelahan dimana kami sedang menunggu.  Laura meluru keluar menuju kearah kami yang juga telah sedia berdiri menanti dihadapan lobby menyambut ketibaan Laura.  Beliau tanpa berlengah menjemput kami memasuki kenderaan.  
    Pemergian kami berempat sebenarnya tidak dimaklumkan kepada kekawan yang lain kerana kami mempunyai missi yang tersendiri.  Dalam hati terdetik,  jangan sampai adanya  prasangka yang tidak menyenangkan terhadap kami berdua dari kalangan rakan-rakan yang tinggal.
    "Hello Affredo,  how are you today", sapa ZBA sebaik mengambil tempat dibelakang beliau.  Meena juga berbuat yang sama duduk dibelakang Laura.  Sememangnya telah dirancang kerana Meena akan menjadi tonggak utama perbincangan bersama  Affredo dan Laura.
    "Everything is fine Brother", jawab Affredo sambil perlahan-lahan memandu keluar ke jalanraya.  Kenderaan meluncur terus meredah kesesakan petang bandaraya San Salvador menuju Tasik Ilopango.
    Kami berbual perihal bandaraya San Salvador, tentang persekitaran, masyarakat, ekonomi dan sebagainya.  Sekali sekala kenderaan kami berhenti dilampu isyarat  dan dengan jelas kita dapat melihat  kehidupan masyarakat setempat.  Kaya miskin, maju mundur sesabuah negara adalah bergantung kepada kestabilan politik dan keteguhan ekonomi.
    Setengah jam berlalu kini kami telah berada dipinggir bandaraya Sal Salvador.  Melalui jalan berliku dan mulai menempuh kawasan berbukit dan hutan.  Suasana kampung jelas kelihatan.  Pekerja-pekerja sektor perkilangan mulai balik dan menunggu kenderaan awam ditepi jalan.  
    Bagi ZBA inilah masa yang sesuai untuk Meena yang tadinya rancak berbual dengan Laura dan Affredo menjelaskan maksud sebenar perjumpaan kami petang ini.   Kami perlu menjelaskan dan mendapat kepastian mereka berdua terhadap maksud washap yang disampaikan oleh Meena tadi pagi.  Sambil mencuitkan Meena ZBA berkata, "Meena teruskan dengan perbincangan kita".
        Meena berpaling dan memberikan isyarat tanda memahami dan seraya berkata,  "Excuase me Affredo,  as my communication  with Laura this morning, we need a help from you all pertaining a problem we are facing nowWe do not have much time to wait and solf a problem becauce everything is plan and go with schecdule.  What we receiced from Malaysian Embassy this afternoon,  Alex and Voine have to leave our group and returned home.  They are required to report to British Embassy for administratif  and summit documents to get Temporary Travel Permit (TTP).
    Affredo menjeling kearah cermin dalaman kereta dan melihat Meena dari hadapan.  Dalam masa yang sama Meena juga mengangkatkan muka dan mereka bertentang mata seketika.  Affredo memberi maklumbalas hanya dengan tersenyum.  Beliau memandu terus menuruni jalan berliku kearah Tasik Ilapango.  Kelihatan beliau berhati-hati sekali kerana jalan yang sempit dan permukaan yang tidak rata.  Sekali sekala kami dikejutkan dengan hentakan kenderaan yang melanggar lubang-lubang dijalanan.  Dihadapan kelihatan air membiru menandakan kami telah hampir tiba kedestinasi.
    Meena memandang kearah Affredo dan meneruskan perbualan sambil berkata,  "Nobody can help us except both of you".  
    Ketika ini Laura yang sejak tadi hanya melihat pemandangan diluar menjampuk.  "You don't worry Meena,  I will try my best to help them until everything is clear and will be sent them to airport too".
    Tetiba Affredo bersuara.  "Me too", tegas Affredo dengan nada yang tegas.   
    Serentak mendengar pengakuan mereka,  ZBA dan Meena serentak mengucapkan "thank you,  thank you. God bless you all".
    Laura sebenarnya siang tadi telah dengan sukarela  memaklumkan kepada Meena bahawa beliau akan memberikan bantuan sebaik mungkin kepada Alex dan Voine,  bagi menguruskan pentadbiran dengan Kedutaan British untuk mendapatkan Temporary Travel Permit (TTP).
    Pada pandangan kami,  Affredo juga telah dimaklumkan oleh Laura atas permintaan kami sebelumnya.  Tetapi sebagai lebih sopan,  ZBA dan Meena sengaja mengambil kaedah secara bersemuka bagi mendapatkan pengesahan face to face yang lebih meyakinkan.
    Kenderaan kami terus menurun dan kini kami dibibir Tasik Ilopango.  Affredo menyusuri laluan paling hampir dengan tasik dan kelihatan  pemandangan yang amat cantik.  Deretan penginapan calet diatas tasik diselangi dengan restoran makanan laut disamping rumah-rumah penduduk tempatan yang mengadap Tasik Ilopango.
    Affredo meletakan kenderaan berhadapan dengan tasik dan kami dibawa kesebuah restoran terapung untuk minum petang disamping menikmati keindahan Tasik Ilopango.  
    Cuaca agak sejuk dengan hembusan angin tasik yang segar dan sekejab lagi sunset akan menampakan wajah sebenarnya.
        Disatu sudut diatas pelantar restoran terapung yang berolak air dibawahnya, kami berempat berbicara apa yang berlaku semalam.  Dari wajah masing-masing tergambar suasana cemas dengan apa yang telah terjadi kepada Alex dan Seana.  
    Tetiba,  Affredo berkata,  "I feel sye and regret what have been happen to you all.  Thousand appoligies",  tegasnya dengan nada perlahan dan terharu.
    "Nothing to worry Brother,  Not in El Salvador only.  Every ware also can be happen.  Coinsidently this time happen in El Salvador.  No body to be blame.  Don't worry",  Tegas ZBA sambil bertentangan mata dengan Affredo.
    Meena mencelah,  "We are travellers", kata Meena sambil ketawa.
   Laura juga, dari riak wajahnya kami dapati beliau juga amat kesal dengan apa yang telah terjadi.  Itu sebab beliau dengan rasa bertanggungjawab memaklumkan Meena sebelumnya bahawa beliau akan menguruskan   segala urusan pentadbiran dengan Kedutaan British berhubung kes Alex dan Voine.
    ZBA dan Meena berasa lega dan amat bersyukur diatas pengakuan dan  kesedian Affredo dan Laura  sebentar tadi.
    "Anyway, on behalf of our teams,  myself, Meena  and the rest of team one again  to say thank you very much to you dan Laura", balas ZBA dengan nada hormat.
    Tetiba pelayan restoran mengejutkan kami dari belakang dengan hidangan dan minuman petang.  Kami menganggokan kepada dan mengucapkan,  "thank you".
    Sigenit melemparkan  senyum  manis  dan beredar dengan penuh sopan sambil berkata,  "You are wellcome" dan meninggalkan kami. 
    Sambil menjamah minuman petang,  kami sempat melayan kecantikan sunset tenggelam bersama pancaran air Tasik Ilopango.  Suasa begitu romantik dengan tiupan angin bertiup perlahan dan menolak ombak-ombak kecil ke pantai.  
    Ketika ini restoran mulai dibanjiri dengan pelanggan yang datang untuk makan malam.  Kami yang telah lama disini, mengambil kesempatan mengundur diri dan pulang ke San Salvador.
    Perjalanan daripada Tasik Ilopango ke San Salvador mengambil masa sekitar 30 minit.  Affredo dan Laura menurunkan kami di lobby hotel dan memohon untuk pulang.
    Sebaik pintu kenderaan ditutup kami mengucapkan,  "thank you and good night" kepada Affredo dan Laura sambil melambaikan tangan kearah kenderaan yang mula bergerak keluar.
    Malam masih muda.  Jam menunjukan jam 7.45pm.  Suasana dihotel agak lengang.  Tidak ramai pelanggan berada dilobby hotel.  Kemungkinan mereka sedang menikmati makan malam dan berehat.  Juga tidak kelihatan rakan-rakan kami yang kebiasaanya akan berada dilobby hotel sambil bergembira dengan kelajuan internet.
    Meena,  sapa ZBA.  "malam ini kita akan memanggil O group bagi memaklumkan jawapan daripada kedutaan di Mexico dan keputusan yang telah kita buat bagi menyelesaikan masalah Alex dan Voine".
    Meena menganggukkan kepada tanda setuju dan seraya bertanya,  "jam berapa tapi biarlah selepas kita mandi dan berehat sebentar.  Saya cadangkan jam 8.45pm kita berkumpul diruang rehat".
    Setuju jawab ZBA, "biarkan saya memaklumkan semua kekawan  semua"
    Meena beredar kebilik dan ZBA mengetuk pintu bilik satu persatu dan secara kebetulan semua rakan-rakan sedang berehat dibilik.  Dalam hati, ini petanda baik dimana satu keputusan dapat dibuat dan perancangan perjalanan dapat diteruskan.
    ZBA tidak  banyak berbicara hanya sekadar memaklumkan dan  pulang kebilik untuk mandi dan berehat.  Terasa juga keletihan namun kepentingan kumpulan harus juga diselesaikan.
    Sebagaimana yang dijanjikan tepat pada waktunya kami semua seramai 7 orang terdiri daripada 3 lelaki dan 4 perempuan berkumpul untuk mendengar penerangan dan keputusan.
    Dari air muka masing-masing, ZBA lihat seolah-olah mereka kurang senang dengan kehilangan ZBA dan Meena petang tadi.  Mereka juga mungkin sedang memikirkan perkara-perkara negative yang memungkinkan timbul masalah yang rumit.  
    Setelah semua berada dikedudukan masing-masing, ZBA mula membuka perbualan.
    Maaf semua, "senyuman diberi sebagai pembuka kata".
    Maaf kerana tidak memaklumkan kemana kami pergi petang tadi sambil memandang tepat kearah muka Alex dan Voine.  Sebenarnya kami telah mendapat berita  daripada Ariana  wakil di Kedutaan Malaysia di Mexico sebelum kami bertolak ke Tasik Ilopango.  Walau bagaimana pun terdapat sedikit masalah kelewatan disebabkan perbezaan waktu  diantara kedutaan dan Wisma Putra, di Malaysia.  Banyak pengesahan document terpaksa dilakukan sebelum keputusan muktamat dan maklumat disalurkan semula kepada kepada kita. 
    Alhamdulillah, berkat doa kita semua, segalanya berjalan lancar. Pihak kedutaan telah menghubungi salaran-saluran diplomatik yang tertentu bagi memudahkan urusan perntadbiran.
    Disini ZBA memandang satu persatu dikalangan rakan-rakan yang hadir dan kelihatan ada yang terpancar kegembiraan khususnya Alex dan Voine.  
    Tapi ada juga dari riak air muka rakan-rakan yang seolah-olah tidak berpuas hati kerana mereka tidak diajak berunding sebelumnya.  Apa pun ZBA pedulikan semua itu asalkan urusan penghantaran pulang Alex dan Voine berjalan dengan lancar dan selamat.
    Maaf tuan-tuan, ujar ZBA.  "Kami dalam kesuntukan masa untuk berbincang.  Itu sebab semua tidak dimaklumkan terlebih dahulu.  Meena  perlu menunggu jawapan daripada Ariana.   Manakala Ariana pula terpaksa menunggu jawapan daripada pihak-pihak yang berwajib".  
    ZBA amat berterima kasih kepada Meena  yang berusaha bersungguh-sungguh menangani masalah ini. Juga  amat berbangga  sekali dengan kegigihan Ariana mengendalikan  urusan diplomatik dengan cara yang amat profesional.
    Jadi, saya harap dalam situsai yang begini,  walau pun kami yang mengendalikan situasi tetapi anggaplah sebagai tindakan berkumpulan.  
    "Sebenarnya kami tidak mempunyai sebarang niat untuk membelakangi sesiapa tetapi situasi yang mencorakan segalanya",  kata ZBA dengan tegas.
    Sekali lagi ZBA memandang keliling kepada rakan-rakan yang seolah-olah menanti untuk mendengar penerangan selanjutnya.  Dalam keadaan ini sengaja ZBA tidak mahu penerangan ini di selang-seli dengan pertanyaan atau soalan.   Biar perkara pokok diselesaikan terlebih dahulu dan semua faham akan tindakan yang harus dilakukan.
    "Kesokan hari Alex dan Voine dikehendaki lapur diri Kedutaan British dengan segala dokumen yang dikehendaki", jelas ZBA.  
    Secara spontan Alex yang tadinya mendengar dengan tenang tetiba  bersuara.
    "What document they need to be bring together", soal beliau.
    "Sorry brother, lets I finish and I will repeted again and we go one by one",  jawab ZBA sambil memandang Alex.
    "Go a head", thank you.
    Petang tadi  ZBA dan Meena telah berbincang dengan Affredo dan Laura.   Kebetulan kami mendapat pengesahan daripada Ariana berkenaan procedur-procedur untuk mendapatkan Temporary Travel Permit (TTP) sebaik sebelum kami keluar.  
    "Tuan-tuan sedia maklum, bahawa masalah bahasa dan transpotasi adalah dua perkara penting yang sukar bagi Alex disini",  tegas ZBA sambil memandang kearah Meena.
    Meena memandang keliling dan bersuara,  "Itu sebab saya secara peribadi telah merayu kepada Laura agar dapat meluangkan sedikit  masa menolong Alex dan Voine sehingga masalah selesai.  Kita amat bertuah kerana Laura telah berjanji akan berusaha sedaya upaya beliau sehingga Alex dan Voine mendapat kebenaran pulang ketanah air dengan selamat".
    ZBA mencelah.  "Dalam erti kata lain, kita dari anggota kumpulan yang tidak terlibat dapat meneruskan perjalanan sebagaimana yang telah dirancang.  Jadi, Alex dan Voine secara tidak langsong ditinggalkan dibawah pengawasan Affredo dan Laura secara selamat".
    Diketika ini, ZBA memandang keliling satu persatu diantara kami.  Jelas terbayang reaksi masing-masing.  Bagi Alex dan Voine nampak wajah kegembiraan.  Satu, dua seolah-olah kurang berpuas hati dan selebihnya mengikut apa yang telah ZBA dan Meena rancang sebelumnya.
      "Alex and Voine, what do you thing about our arrangment and Suggestion ?", tanya ZBA kepada mereka berdua.
    "We got no objection if there is are requiment from our Embassy and we have to follow", jawab Voine.
    Alex mencelah, "Thank you very much Zainal and Meena.  I thing both off you done a good jobs".
    Meena memandang kepada Alex dan Voine.  "Maaf Alex dan Voine.  Hakikatnya bila sesaorang kehilangan dokumen perjalanan (Passport),  mereka tidak ada pilihan lain selain dari dihantar pulang ketanah air.  Itu jawapan yang saya terima daripada Ariana yang mewakili Kedutaan Malaysia di Mexico". 
    "Perlu diingat, secara total apa-apa yang terkandung didalam passport akan terbatal dengan sendirinya.  Khususnya mana-mana visa yang telah diluluskan oleh negara-negara berkaitan bagi perjalanan berikutnya".  tegas Meena.  
    Dalam kes Alex dan Voine,  visa mereka untuk memasuki United State dan Canada secara otomatik terbatal.  Jadi disini ada sedikit kesukaran untuk mereka ketika hendak membeli tiket penerbangan.  Kerana kebanyakan daripada airline dari Central Amerika akan transit di US, khususnya di Los Angeles.  Jarang sekali ada penerbangan keluar daripada Central Amerika terus tanpa singgah di US.  Walau bagaimana pun ini terpulang kepada "Transit stop over" yang diluluskan oleh kedutaan yang  dicatatkan dalam Temporary Travel Permit.
    Sedikit info tentang Transit Stop Over (TSO).  TSO ialah kelulusan yang diberikan untuk singgah (Transit) dimana-mana lapangan terbang yang dinyatakan.  Kebiasaanya maksima kepada lima negara atau lapangan terbang dibenarkan untuk TSO.   Jika kita mempunyai TSO, tetapi  negara berkenaan memerlukan visas untuk kita keluar dan masuk bermakna itu sudah dikira sebagai satu TSO jika kita melakukan satu persinggahan.   Jika 5 TSO dibenarkan bermakna kita masih berbaki 4.   Dan seterusnya sehinggalah kita sampai ke tanah air,  dikira sebagai TSO yang ke lima.
    Sebagai makluman, TTP dan kebenaran TSO hanya dibenarkan untuk penerbangan pulang ketanah air bagi satu perjalanan sehala sahaja.
    Oleh yang demikian didalam kes Alex dan Voine mereka perlu mendapatkan TTP daripada Kedutaan British terlebih dahulu sebelum membuat keputusan membeli tiket penerbangan.
    Berbalik kepada pertanyaan Alex tadi.  "Yes Alex, back to your question just now about document"ZBA menyambung perbualan.
    Selaku seorang pengembara, pastinya kita ada menyimpan fotokopi pasport bagi memudahkan sekiranya kehilangan pasport diluar negara.  Bukan itu sahaja tetapi dukumen-dokumen peribadi lain yang dianggap penting termasuk beberapa keping gambar berukuran pasport.  
    Dokumen-dokumen ini boleh disimpan secara fotokopi atau pendrive atau save didalam computer dan bila-bila masa boleh digunakan ketika  kecemasan,
    Alex memandang kearah ZBA dan meneruskan pertanyaan.  "Yes,  I need to know and gate ready by tonight",  seraya memandang kami semua.
    Tetiba Meena mengambil alih perbualan dan memandang kepada Alex yang dari tadi sedia menunggu jawapan.
   
     Sambil merujuk kepada email yang dikirim oleh Ariana, Meena nyatakan satu-persatu :

    a.  Salinan asal lapuran Polis yang telah dibuat.
    b.  Kad Pengenalan (Mykad) atau Sijil kerakyatan dan
    c.  2 keping gambar ukuran pasport

    Semua dokumen berkenaan hendaklah disertakan bersama dengan satu borang permohonan yang akan diberikan oleh pihak kedutaan berkenaan.  Proses ini kebiasaanya  mengambil masa 3 hari untuk disiapkan memandangkan  penglibatan tiga pihak, Kedutaan yang memohon, Kedutaan Malaysia dan Wisma Putra.
    Sambung Meena lagi, "Please get ready Alex. Tomorrow morning at 8.30am Laura will pickup both of you and bring to British Embassy.  She will assist you until the problem is seattle.   At the end, she will sent you to the airport  and fly back home".
     "Thank you Meena,  thank to all of you guys for helphing me.  I hope as per our planning we will meet again in Mexico City during my first TSO.  Take care and stay safe during yours journey", kata Alex.
    Kami berpandangan antara satu sama lain.   Tergambar diwajah masing-masing perasaan sedih dan sayu  kerana  terpaksa berpisah dengan Alex dan Voine setelah dua minggu bersama di bumi Central Amerika.  
    Malam semakin larut dan kami berpisah dengan ucapan selamat malam dan jumpa lagi esok.
    Terkenang semasa kami di Costa Rica.  Voine pernah mengatakan hasrat beliau ingin sekali menjejakkan kaki kekota Metropolitan New York.  Rupa-rupanya peristiwa buruk La Carela memusnahkan  harapan dan cita-cita beliau.  
    Setelah semua bersetuju dengan perancangan yang diatur, Alex dan Voine terpaksa kami tinggalkan manakala kami berlima akan meneruskan perjalanan ke Guatemala.  Kami berjanji akan menunggu Alex dan Voine di Mexico City semasa TSO mereka yang pertama.  
    Keesokan harinya sebagaimana yang dijanjikan, Affredo dan Laura datang menjemput Alex dan Voine ke Kedutaan British.
    Meena pula dinasihatkan supaya menghubungi Ariana memaklumkan segala keputusan dan tindakan yang diambil sejajar dengan procedur yang diarahkan oleh Kedutaan Malaysia di Mexico.
    Besok hari kami berehat dan hari berikutnya diawal pagi ZBA, Meena dan tiga lagi rakan meneruskan perjalanan ke Guatemala.
    Ketiadaan Alex dan Voine amat terasa sekali. Walaupun jasad kami telah sampai ke Guatemala, namun  kami tetap tidak dapat melupakan Alex dan Voine di El Salvador. 
    Meena diarahkan  selalu menghubungi Ariana untuk mendapatkan maklum balas dan beliau akan sampaikan kepada  Alex dan Voine.  Begitu juga beliau dikehendaki sentiasa berhubungan dengan Affredo dan Laura untuk mengetahui perkembangan semasa.
    Tiga hari berlalu.  Ketika ini kami berada  di Antigua Guatemala.  Dari kumpulan berlima kini bertambah seorang lagi.  Raven,  seorang pemuda India yang baru sampai daripada Kuala Lumpur.  Beliau akan bersama  kumpulan kami dari Guatemala sehingga ke Cuba.  Kemudian beliau akan pulang melalui Havana, Cuba.
    Setakat ini cerita tentang Alex dan Voine amat positif dan berjalan lancar.  Proses mungkin mengambil masa sehari dua lagi sebelum beliau dibenarkan terbang keluar daripada El Salvador selepas kelulusan TTP.
    
Satu lagi epik perjalanan yang amat merbahaya

Hari keempat selepas berada di Antigua Guatemala kami bertolak ke Tapachula, Mexico.    Perjalanan mengambil masa hampir 7 jam melalui pintu sempadan Ciudad Hidalgo sejauh 288km ke bandar sempadan Mexico, Tapachula.  
    Kami sampai di Ciudad Hidalgo jam 5.00pm.  Suasana agak tenang  di Pejabat Imigrasi Guatemala.  Tidak ramai pelawat keluar masuk ketika ini kecuali kumpulan yang menaiki Tikabus.com yang bersama kami.
Day robbery passing bridge between Ciudad Hildago and Tapachula
    Proses Imigrasi berjalan lancar dan kami menaiki semula bas menuju sempadan melintasi sebuah anak sungai sebelum memasuki Mexico.  Tiga minit berada di "No man Land", kini kami sampai di Imigrasi Mexico.  Sekali lagi beg dipunggah untuk pemeriksaan kastam dan pelepasan Imigrasi.
   Lagi sebuah drama bermula.  Drama yang mengambil masa hampir 2 jam menyebabkan kami  ketinggalan bas.  Pemandu Tikabus.com tidak sabar menanti.  Walhal mereka sepatutnya menunggu sehingga proses imigresen bagi semua penumpang selesai.
    Kami tidak dapat merayu, hanya berserah.  Dari pembacaan ZBA ini adalah merupakan border crossing yang  merbahaya.  Ramai dikalangan pengembara disamun dan dirompak diatas jambatan No man Land sempadan antara Mexico dan Guatemala.  Jarak jambatan antara keduanya hanya lebih kurang 100m.  100m yang  tragik dan dan amat merbahaya.
    Tidak ada belas kasihan.  Pelaku dengan terang-terang akan merompak, menyamun sesuka hati.  Peristiwa berlaku sama ada siang atau malam. Tanah tidak bertuan.  Tiada undang-undang.  Siapa kuat, dia yang menang. Tiada siapa yang dapat menolong kerana semua ingin menyelamatkan diri masing-masing. 
    Kami bersyukur kerana berada di komplek Imigrasi.  Jika imigrasi ditutup sekali pun,  kami masih boleh menumpang bermalam.         Dipersikitaran tidak ada hotel.  Suasana amat sunyi dan kami dimaklumkan bahawa imigrasi hanya beroperasi sehingga jam 9.00pm sahaja.
    Berbalik kepada cerita drama tadi.  Sebenarnya, memang raayat Malaysia yang ingin berkunjung ke Mexico tidak dikenakan Visa.  Pengecualian ini hanya melalui lapangan terbang antarabangsa dan bukan melalui pintu sempadan ke Mexico.  Dua peraturan yang berbedza.  
    Bagi raayat Malaysia yang merentas sempadan, mereka akan dikenakan bayaran USD 30.00.  Ini bukan kerenah birikrasi tetapi peraturan yang termaktub.  Dalam kes kami, pihak Imigrasi ada mengeluarkan resip rasmi yang sah. Risip perlu disimpan dan ditunjukan di imigrasi terahir sebelum kita keluar meninggalkan Mexico.  Jika hilang dan sebagainya, penalti akan dikenakan bagi sejumlah yang sama.
    Sebaik drama berahir,  kami berkumpul ditempat bas berhenti, menurun dan menunggu penumpang menyelesaikan urusan imigrasi dengan harapan dapat menumpang perjalanan ke Tapachula.  Waktu sekarang menunjukan hampir jam 9.00pm.  Sekejab lagi pintu sempadan akan ditutup dan tidak ada pergerakan kenderaan keluar masuk antara kedua negara.
    Nasib menyebelahi kami.  Kebetulan sebuah bas pelancungan bersetuju dengan bayaran USD 10.00 menumpangkan  kami ke Tapachula.   Ketika ini kami tidak memikirkan soal wang tetapi lebih kepada keselamatan.
    Dari sempadan ke Tapachula lebih kurang 30km.  Kami di turunkan di Terminal bus Exprees Tapachula.  Waktu sekarang hampir jam 10.00pm dan kami terus beredar ke hotel.
    Kehantuan semalam masih diingatan.  Memandangkan tiket bus untuk ke Mexico City telah dibeli, perjalanan akan diteruskan sebagaimana telah dirancang.  Perjalanan epik diantara 10-20 jam adalah paling lama sepanjang pengembaraan kami di Central Amerika.
    Ini juga merupakan perjalanan yang dianggap merbahaya.  Apa-apa kemungkinan yang tidak diingini boleh terjadi di sepanjang 1,158 km.  Banyak sudah diperkatakan bahawa rompakan bersenjata adalah perkara lumrah khususnya dibahagian selatan Mexico.  Kenderaan akan dihadang diatas jalanraya oleh kumpulan bersenjata dan dirompak.  Ini tidak terkecuali kepada bas-bas express yang melalui dan memasuki perangkap mereka.
    Diceritakan pernah terjadi dimana sebuah bus express telah dihadang dipertengahan jalan oleh sekumpulan lima orang perompak.  Tiga daripadanya memasuki bus dengan dua orang bersenjata dan seorang membawa bakul memungut wang dan  barang-barang berharga daripada penumpang.
    Mereka akan pergi kepada seorang demi seorang penumpang sambil mengacukan senjata.  Manakala seorang lagi menghulurkan bakul untuk diisi dengan dompet atau wang.  Mereka tidak kisah berapa yang ada didalam dompet atau berapa banyak wang yang kita masukan kedalam bakul.  Pokoknya,  kita mesti memberikan sesuatu.
    Lagak mereka sangat bengis tetapi masih ada secebis hati belas kesihan.  Mereka tidak membunuh kecuali terdesak atau ada yang cuba melawan dan mengganggu aktibiti mereka.
    Ini adalah secebis kisah yang diceritakan kepada ZBA oleh pemandu yang telah  berpengalaman disaat-saat cemas  yang menjadi pemandu kami hari ini. 
    Juga difahamkan aktiviti pengedaran dadah juga amat aktif dan memerlukan pengawasan yang rapi daripada pihak berkuasa.
     Penat fizikal semalam masih berbisa diseluruh badan.  Mental  pula masih mengingati peristiwa di jambatan "No man land".  Hari ini diganggu lagi dengan kejadian rompakan dijalanan.  
    Sebelum bertolak ZBA membuat sedikit penerangan ringkas berdasarkan pengalaman seorang pengembara kepada rakan-rakan yang lain.  Pastikan mereka tidak menyimpan banyak tunai didalam poket dan hanya tunai sekadar untuk perbelanjaan.  
    Cuaca  terang dan panas.    Kami memuatkan backpack masing-masing kedalam compartmen barangan dengan tax nama masing-masing.     Tidak ada pemeriksaan  dilakukan sebelum menaiki bas.  Dalam ingatan,  betapa senang dan mudah serta selesa.  
    Kami membeli tiket dalam deretan yang berdekatan.  Keadaan dalam bas amat selesa.  Bersih dan memenuhi kepiawaian sebagai bas express yang ternama di Mexico. 
    Tepat jam 12.30pm bas mula bergerak meninggalkan Tapachula.  30 minit kemudian kami sampai disebuah "Check point" yang dikawal rapi oleh Pasukan Keselamatan mengandungi Tentera, Polis, Kastam dan sebagainya.  Semua kenderaan penumpang dikehendaki berhenti dan tidak terkecuali bas yang kami naiki.  
    Semua penumpang dalam bas dikehendaki mengambil semua  bag dan membawa turun  semua barang-barang yang dibawa.  Bas diarahkan bergerak kehadapan untuk pemeriksaan.  Manakala para penumpang dikehendaki masuk kedalam komplek ketibaan.  Satu pemeriksaan yang amat ketat dilakukan oleh anggota kastam dan polis.  
    Semua bag diimbas oleh mesin pengimbas dan dibuka satu persatu untuk diperiksa.  Tidak ada yang terlepas pandang.  Dua ekor anjing pengesan bersedia menghidu jika ada bag yang mencurigakan.
    Bagi penumpang pula "body search"  dilakukan seorang demi seorang sehingga pihak keselamatan berpuas hati keselamatan setiap penumpang.  Selepas itu kami diarahkan kebalai pelepasan menunggu ketibaan bas masing-masing. 
    Pemeriksaan ini bukan terhad kepada penumpang sahaja bahkan bas yang membawa kami juga diperiksa.  Bagi setiap sebuah bas terdapat 5 atau 6 orang petugas keselamatan yang membuat pemeriksaan sama ada didalam atau diluar bas.  Punca sebenar pemeriksaan tidak diketahui tetapi disyaki untuk membendung penyeludupan dadah.  
    Tidak pasti sama ada mereka menempatkan pengawal keselamatan atau tidak didalam setiap bas, tetapi dari cara pemeriksaan yang dilakukan, kemungkinan besar ada dan mereka menyamar sebagai penumpang.
    Lebih satu jam di "check point", kami dibenarkan  menaiki semula bas dan meneruskan perjalanan.
    Cuaca amat panas diluar tetapi kami didalam bas amat selesa sekali dengan hawa dingin yang kebetulan corong berada diatas kepala tempat duduk. Setengah jam berlalu kelihatan semua kekawan telah belayar kealam mimpi.  Sebagaimana biasa ZBA sememangnya tidak akan tidor malah akan melayani lukisan alam yang amat mengasyikan.   Jalanraya agak baik dan bas bergerak tanpa banyak masalah kerana tidak banyak kenderaan dijalanraya.
    Sepanjang lebih satu jam, pemandangan biasa yang dapat kita lihat ialah hutan khatulistiwa tidak ubah sebagaimana di Malaysia.  Cumanya di Malaysia kita dapat melihat tanaman kelapa sawit, getah, buah-buahan dan sebagainya.  Diselang-seli dengan kawasan penempatan penduduk dan bandar-bandar kecil.  Berbedza pula di dilaluan ini.  Penempatan penduduk agak jarang  begitu juga dengan   bandar-bandar kecil.   Cuma sekali sekala kita dapat melihat rumah-rumah penduduk tempatan.  Apa yang menakjubkan ZBA ialah sejak dari tadi,  ratusan hektar disepanjang perjalanan dipenuhi dengan tanaman mempelam.   Kebetulan musim berbuah dan buah mempelam ada dimana-mana.
    Tepat satu setengah jam perjalanan kira-kira jam 3.30pm, sebelum memasuki sebuah pekan kecil bas  diarahkan berhenti di tepi jalan.  Semua kami memandang satu sama lain.  Takut sesuatu yang tidak diingini berlaku, walhal tidak ada "road block sign" dihadapan. Walau bagaimana pun, perasaan takut dan  tanda tanya lenyap dengan tiba-tiba kerana  kelihatan 6 anggota polis bersenjata lengkap menuju kearah dimana bas berhenti.  Pemandu turun dan mereka berbual sebentar.  Kemudian kedengaran pintu cargo dibuka dan polis memasuki ruang kargo untuk membuat pemeriksaan.  Dua anggota lagi memeriksa keseluruhan bahagian luar dan dibawah bas dengan dengan alat pengimbas.  Manakala tiga anggota memasuki ruang penumpang.  Mereka membuka semua compartmen yang selagi boleh dibuka.   Tidak terkecuali pemeriksaan randum dilakukan keatas tempat-tempat  lampu, hawa dingin, blower dan sebagainya.  Sungguh prefosional dan seolah-olah tidak ada ruang untuk pengedar dadah dapat melepasi kawalan pihak keselamatan.
    Satu jam berlalu, bas dibenarkan meneruskan perjalanan.  Ada yang menyambung  kembali tidor dan ada yang mengambil kesempatan melihat lukisan alam.  Keadaan dalam bas  agak senyap kerana masing-masing keletihan dan bersedia untuk mengharungi perjalanan yang jauh.
    Bas lagi sekali diarah untuk berhenti selepas 45 minit  perjalanan.  Di ikuti lagi sekali 1J kemudian.  Seterusnya 2J kemudian dan berikutnya.  Jika tidak silap ZBA, kami melintasi enam road block dan cuma dua daripadanya mereka membuat tara check. Dua pemeriksaan identiti. Selebihnya cuma pemeriksaan biasa sekadar petugas menaiki bas dan turun.
    Selepas 3 kali pemeriksaan, kami berhenti disebuah R & R untuk makam malam.  Ini merupakan perhentian yang satu-satunya dalam perjalanan ini.  Bas berhenti agak lama sebelum meneruskan semula perjalanan ke Mexico City.
    Keadaan jalanraya selepas ini lebar dan cantik.  Bas bergerak dengan selesa dan kami semua dibuai mimpi.  Kami tidak lagi kisah akan keselamatan diperjalanan kerana keletihan. ZBA sendiri tidak sedar  kecuali apabila memasuki kawasan-kawasan bandar yang terang  dengan lampu-lampu jalan.  
    Antara sedar dan tidur keesokan harinya jam 7.45 pagi kami memasuki Bandaraya Mexico City.  Keadaan amat sibuk dan kesesakan jalanraya dimana-mana.   Bas bergerak perlahan-lahan sehinggalah kami diturunkan di terminal pusat bas exsprees Bandaraya Mexico City.  
    Waktu tempatan menunjukan jam 09.30am.  Ini bermakna kami telah menempuh perjalanan selama hampir 20J diatas jalanraya.  Badan lesu, letih dan lemau.  Setelah mengambil beg masing-masing,  kami menggunakan khidmat grab terus menuju hotel penginapan.