Monday, July 15, 2013

ALEXANDRIA PEARL OF MEDITERRANEAN

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum, 
Bandaraya kedua terbesar di Egypt selepas Cairo.  Terletak diutara 225 km daripada Cairo. Mempunyai kepadatan penduduk seramai 4.1J orang. Digelar Pearl of the Mediterranean dimana terdirinya sebuah rumah api yang dikenali sebagai "Pharos Lighthouse" yang satu ketika dulu termasuk dalam senarai Seven Wonders of the World. 


Merupakan salah sebuah bandaraya yang satu-satunya boleh dikatogerikan sebagai "bersih" jika dibandingkan diantara bandar-bandar lain di Egypt.  Terletak dipersisiran pantai Mediterranean dan menempatkan pelabuhan utama bagi Egypt.  Mengendalikan 80% daripada eksport dan import disamping sebagai pusat memproses nuteral gas dan minyak yang disalurkan daripada Suez. 
  

Banyak juga ZBA berpengalaman menaiki keretapi diseluruh dunia tetapi keretapi di Egypt merupakan satu pengalaman baru.  Bukan kerana kemodenannya dan bukan kerana segala-galanya tetapi kerana pengurusannya. Kepada pembaca jika ada alternatif lain, adalah lebih baik menggunakan perkhidmatan selain dari keretapi apabila berada di Egypt.  Selaku pengembara jalanan sebenarnya kita tidak kisah tentang keselesaan, kelajuan, makanan dan sebagainya tetapi lebih mementingkan kepada ketepatan waktu.

Segala-galanya tiada dalam perkhidmatan keretapi Egypt. Pengurusannya mungkin boleh dikatakan yang terburuk didunia.  Contoh-contoh berikut sengaja ZBA paparkan supaya kita mempertimbangkan kebenaranya.

Satu.  Kelewatan 15M, 2 J, 4 J dan 5 J adalah perkara biasa.  Ini bukan sahaja terjadi di stesyen berikutnya malah dari Stesyen Utama pergerakan keretapi. 
Tiada siapa akan memberitahu kita apa permasaalahan sedangkan di stesyen-stesyen besar mempunyai pembesar suara untuk membuat pengunguman.  Apabila ditanya kepada kakitangan, jawapan paling senang "dihalakan kedua telapak tangan kehadapan dan golek kepala".  Pengalaman pertama ZBA alami daripada Stesyen Cairo untuk ke Alexandaria.  2 jam kami tergendala.  Manakala semasa pulang daripada Alexandaria ke Cairo, 3J30M terkandas.  Tiada sebarang pengunguman dimaklumkan.  Pengalaman kedua.  Daripada stesyen utama Cairo ke Aswan, 1J delay dan terahir semasa sampai di Aswan lagi 4J delay. Rosak semua perancangan yang telah dirancang.

Kedua.  Tidak ada jaminan keselamatan semasa di stesyen.  Semuanya bergantung kepada pemandu keretapi sama ada untuk berhenti atau meneruskan perjalanan.  Tiada tanda amaran awal malah tiada pengawal bendera untuk mengawal penumpang atau pergerakan keretapi yang begitu panjang semasa memulakan pergerakan..  Stesyen Master ZBA ibaratkan "makan tidur and doing nothing"
Ketiga.  Koc Kelas Pertama tetapi membolehkan sesiapa sahaja menduduki dimana mereka suka sedangkan tiket mereka entah dari mana.  Di antara kos kelas pertama menjadi tempat rebutan penumpang  yang tidak selayaknya berada disitu.  Malah lebih dahsyat ada penumpang yang berada dan tidur didalam tandas sepanjang malam perjalanan.  Oleh yang demikian, pembaca dinasihatkan bertegas serta menghalau dan duduk dikerusi yang diperuntukan berdasarkan tiket.   Sesungguhnya walaupun kita membayar pada harga Kelas pertama tetapi kita mendapat layanan kelas tiga seolah-olah menaiki keretapi di India.

Keempat.  Dibadan keretapi tidak ditunjukan arah perjalanan dari mana dan kemana malah distesyen utama pula (Cairo) tidak dinyatakan Number Platform dimana sepatutnya penumpang menunggu.  Lagi teruk di platform tidak pula dinyatakan perhentian sebenar koc untuk mengelakan penumpang daripada berlari kesana kemari untuk menaiki keretapi.



Kelima.  Perkhidmatan dalam keretapi yang amat mengecewakan.  Konductur tidak menggambarkan sebagai konductor.  Tidak berpakaian seragam menunjukan sebagai petugas malah dilihat berpakaian sesuka hati dan bekerja hanya sekadar tidak.  Tandas dikelas pertama sama dengan tandas awam yang sebulan ditinggalkan tiada penjagaan. Sampah sarap merata-rata didalam koc malah lebih jijik dimerata-rata tempat.

Secara keseluruhan maaf ZBA katakan bahawa  Egyption Railways is the worst in the World.  Sebut sahaja dimana. Stesyen keretapi, dalam keretapi, keretapi itu sendiri, pengurusan dan sebagainya.  Selayaknya itulah sedikit analisa dari pengalaman yang ZBA lalui.




Segalanya hancur dengan kelewatan perjalanan keretapi. ZBA sampai di Alexandaria petang dan menginap disebuah hotel di tepi pantai.  Sepanjang perjalanan  banyak yang dapat dilihat dan dibuat perbandingan.   Contohnya kita dapat pesatnya usaha-usaha pertanian yang dilakukan disepanjang perjalanan menuju Alexandaria.  Daripada tanaman padi, gandum, tebu, dan berbagai serba manika sayur-sayuran serta buah-buahan.  Dilihat,  usaha pertanian mereka masih lagi dengan bantuan binatang ternakan tanpa sedikit pun menggunakan jentera.  
Kuda dan kaldai adalah jentera bagi segala-galanya untuk membantu sektor pertanian. Selain daripada itu, binatang ini juga dipelihara untuk tujuan pengangkutan sama ada ditunggang atau menjadi penarik kenderaan.  
Kaldai.  Manusia mengistilahkan kaldai sebagai "bodoh". Sememangnya ia bodoh.  Jika dibandingkan dengan binatang lain kaldai sememangnya tidak boleh diajar.  Binatang lain membajak tanah hanya dengan seorang tuan dibelakang.  Tetapi kaldai membajak sawah dengan dua tuan, seorang menarik kaldai didepan dan seorang pengedali bajak dibelakang. Walau pun kaldai dikatakan bodoh tetapi ianya juga mempunyai keistimewaan tersendiri. Berbadai kecil tetapi mampu dikenderai oleh seorang tuan yang berbadan besar.  Boleh bekerja sepanjang masa dan hanya menurut perintah.  Tapi sayang dagingnya haram dimakan.  Harga sekitar EGP 800 seekor.
Di Egypt kerbau jarang kelihatan manakala lembu dipelihara untuk dagingnya. Binatang ini tidak digunakan untuk tujuan pertanian atau dijadikan kenderaan sebagaimana kita dapati dikebanyakan negara timur.
Masih tidak hilang dengan kepenatan semalam, hari ini sekali lagi keretapi membuat hal.  4J menunggu di stesyen tanpa diketahui sebab dan musababnya,  akhirnya ZBA sampai di Cairo jam 2 pagi. 
  ALEXANDRIA WITH LOVE 
by :  "Tobiak Travel" 

No comments:

Post a Comment