Friday, July 19, 2013

LUXOR WORLD GREATEST OPEN AIR MUSEUM

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,
Luxor terkenal sebagai tempat yang mempamirkan  sejarah silam secara terbuka (open air museum). Tetapi bayaran tetap dikenakan kepada semua pengunjung. Bukan murah tetapi amat mahal.    Sebuah bandar ditebing Sungai Nile yang banyak mempamirkan sejarah peninggalan keagungan Firaun.  Dibahagikan kepada dua daerah dikenali sebagai West Bank dan East Bank serta dipisahkan diantaranya oleh Sungai Nile.  Dihubungkan dengan sebuah jambatan panjang  dan  perhubungan  sungai yang efisyen.
West Bank merupakan bandar lama dan tidak sebegitu popular sebagaimana East Bank. Walau bagaimana pun dibahagian ini terletak 3 tempat yang terkenal dikenali sebagai Valley of the King, Valley of the Queen Hatshepsut dan Colossi of Memnon.

Dibahagian East Bank pula terkenal dengan Temple of Karnak dan Luxor                       Temple.
Kebanyakan hotel bertaraf antarabangsa, pusat commersial, pentadbiran dan sebagainya terletak East Bank.  Secara amnya tumpuan pelancung adalah dibahagian East Bank. Cruise-cruise mewah berlabuh disepanjang sungai yang disediakan dengan segala kemudahan seperti hotel, restorant, bank, pengangkutan dan sebagainya.
Temple of Karnak.  Terletak 2km dari pusat East Bank manakala Luxor Temple ditengah-tengah bandar Luxor.  





Pemandangan di
Karnak Temple.  Tamron Lens 10-200mm.












































3M berkenderaan ZBA sampai di Luxor Temple.  Terletak ditengah-tengah round about bersebelahan Sungai Nil  dan pasar malam.  Open museum tetapi masih dikenakan bayaran masuk.



Luxor Temple 1


































Luxor Temple 2








Dari Luxor Temple ZBA menyeberangi Sungai Nil ke West Bank.  Melintasi kawasan penempatan dan kawasan pertanian yang subur.  Ketika ini kita dapati tanaman jagung terdapat dimana-mana.  Kemudian melalui kawasan gurun dan mendaki kawasan berbukit. Kami melawat Valley of the King yang terletak ditengah-tengah kawasan berbukit  yang merupakan sebuah wadi.  Satu tempat yang menjadi  kemestian kepada pelancung yang melancung ke Luxor.

Peringatan. Perkampungan Valley of the King adalah kawasan larangan daripada mengambil gambar .  Jika tertangkap akan dkenakan penanlti yang berat. 

Gambar-gambar ini dicuri dari jarak
200M dengan menggunakan Zoom Len.  
Keluar daripada Valley of the King, ZBA menuju Valley of the Queen dan seterusnya Temple of Queen Hatshepsut yang terletak dipersekitaran kawasan yang sama.  Peringatan kepada semua pembaca.  Semua kawasan-kawasan ini  adalah  sama sekali dilarang mengambil gambar.  Sila makluman teman dan kawan agar mematuhi peraturan tersebut.


 Gambar bawah Temple of Queen Hashepsut pandangan dari jarak 200M
Diakhir lawatan ZBA hari ini ialah melawat Colosssi of Memnon dan ini merupakan lawatan terahir tempat-tempat bersejaran di Luxor khasnya dan Egypt amnya.  Kami pulang dan bersantai di kolam mandi disamping mengirimkan berita melalui wifi percuma Gaddis Hotel.

Pengalaman ZBA. Belum ada negara didunia yang dapat menandingi Egypt dalam usaha menyimpan tamadun dan sejarah dalam keadaan terpelihara dengan baik. Hasilnya mereka dapat menjana berbilion EGP setahun dari hasil pelancungan.

Kata seorang pelancung :  I haven't seens country like Egypt. Wonderful










Luxor dalam kenangan








































EGYPT HISTORICAL COUNTRY

http://www.zainaltobiaqtravel.blogspot.com
email : zainaltobiak@yahoo.com.my

No comments:

Post a Comment