Monday, July 22, 2013

PEARL OF DOHA

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualikum,

Qatar.  Sebuah negara kecil yang kaya dengan minyak dan gas di Teluk Parsi.  Populasi penduduknya sekitar 2J orang. Syurga bagi pekerja asing yang mencari pendapatan lumayan dari luar negara.  Paling ramai ialah imigran daripada India 24%, Negara Timur Tengah 13% dan Philippinas 11% dan selebihnya lain-lain negara. 
Tidak ramai mengenali Qatar jika dibandingkan dengan UAE. Jika dilihat disegi pembangunan sememangnya UAE lebih kehadapan.  Tetapi mungkin satu hari nanti tidak terkejud jika Doha akan menandingi Dubai dalam pembangunan. Sekarang pun sudah ada tanda-tanda bahawa negara kaya ini sedang rancak pesat membangun dan menarik pelaburan asing. 
Sedia maklum bahawa Qatar adalah sebuah negara kecil yang paling kaya didunia dalam sumber gas asli.  Tidak hairan sekiranya  minyak dunia kekeringan, Qatar masih boleh bertenaga jika dibandingkan dengan UAE yang semata-mata bergantung kepada hasil minyak.
Flight QR509 Qatar Airways semakin menghampiri pengairan Teluk Parsi dan terbang diparas boleh lihat.  Alangkah cantik dan hebatnya pemandangan negara-negara yang kaya dengan minyak seperti Arab Saudi, Bahrin dan Qatar dari udara.  Pembangunan mereka amat pesat dan teratur. Bangunan pencakar langit bagaikan cendawan tumbuh berkelumpuk disana sini.  15M kemudian kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha.  Sebagai makluman, Doha ialah hose pertandingan  Bola Sepak Dunia menjelang 2020. Sebuah lapangan terbang baru serba canggih sedang dan hampir siap dibina.   Begitu juga sistem pengangkutan metro juga dalam pembinaan.  Dijangkakan Doha akan menjadi sebuah metropolitan serba canggih menjelang abad ke 22.  ZBA tidak lama di Qatar memadai sekadar 13J untuk melihat bandar Doha.
Melangkah masuk kedalam bangunan terminal, walaupun agak kecil tetapi serba lengkap. Ribuan pengunjung dengan urusan masing-masing. Kakitangan lapangan terbang dengan senyuman menerima para penumpang.  Walau pun berbaris panjang di kaunter imigresen tetapi urusan VOA berjalan dengan lancar.  Bagi raayat 1M, bayaran untuk VOA ialah QAR 100 untuk tempuh kunjungan selama 30 hari. Tidak masalah melepasi pemeriksaan kastam malah begitu profesional sekali.  Peliknya di Qatar, ramai pekerja mereka terdiri daripada raayat berbilang bangsa daripada berbagai negara.  Mereka lebih nampak berdisipline dan patuh kepada peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan Qatar.
Kepada penumpang yang memilih untuk transit dan tidak keluar daripada terminal, mereka boleh enjoy didalam pusat duty free yang serba lengkap dan kawasan dalaman terminal yang serba canggih.  Dua perkara ZBA lihat dan boleh dicontohi dan dilaksnakan  oleh MAB di Negara 1M.  
Pertama.  Mereka menyediakan dua Surau yang serba canggih dan lengkap. Pemaidani merah yang tebal dan bersih. Tempat berudhu serba selesa dengan kelengkapan tandas yang disediakan. Merea tidak melaung sana melaung sini sebagai negara Islam tetapi Islam itu sendiri di martabatkan sebagai yang paling teratas. Jika diNegara1M, konon negara Islam yang menjadi ikutan dunia tetapi launganya ibarat guruh sedangkan setitis hujan sahaja yang turun.  
Dua buah Surau kecil dibina di KLIA, tetapi keadaan dalamannya ibarat rumah usang 10 tahun ditinggalkan penghuni. Sejadahnya berselirak dimana-nama. Solat diatas ceramic dengan sehelai sejadah. Berpusing keutara dan selatan dan mungkin ketimur juga kebarat semasa apabila kita bangun daripada sujud. Mata pekerja MAB yang berugama Islam semuanya buta. Inisiatif kosong. Pengerusinya mungkin tidak pernah mengenal Surau atau sejadah.  Pengalaman ini adalah dari seorang hambaallah yang sama-sama solat di Surau KLIA. ZBA berkata benar, jangan marah.  Jika marah Ayahanda akan dijual.
Kedua.  Nikmat kepada pengembara dan pengunjung transit.  Mereka disediakan didalam sebuah bilik khas tempat berehat yang luas, bersih dan selesa.  Disusun puluhan kerusi baring bagi setiap seorang untuk tidur disamping melepaskan penat setelah terpendam dalam perut kapal terbang sebegitu lama.  Bersebelahan disediakan tandas dan kelengkapan-kelengkapan lain.  
Dalam lain perkataan, tidak sebagaimana di KLIA & LCCT, diNegara1M para penumpang tidur diatas kerusi panjang ibarat pelarian malah lebih teruk sehingga diatas lantai bergelimpang dengan manusia. Satu pengalaman diluar bangunan kafeteria di LCCT berbungkus pelancung asing tidur diatas rumput dikawasan taman. Besoknya sampah sarap dimana-mana.  Itulah Negaraku1M.  
                        Sebagaimana dijanjikan ZBA ditemput oleh seorang sahabat lama yang kebetulan telah lima tahun bekerja di Qatar. Beliau seorang Munshi dengan sebuah syarikat multinational khususnya dalam bidang pembangunan hartanah.  Dengan sebuah Datsun 4X4 whell drive  4500CC, kami melawat Souk Waqif "Standing Market" yang penuh sesak dengan peniaga dan pelancung.  Ini merupakan satu kawasan untuk segala-galanya.  Daripada barangan tradisional, barangan kraf, puluhan restoran,  shisha lounges dan juga sauviners.  
Bagi penduduk tempatan mereka gemar kesini khususnya untuk membeli barangan tradisonal seperti wool, emas dan juga wangi-wangian.  Selain makanan, buah-buahan, tamar dan sebagainya.
Kami makan malam disebuah restoran yang menyediakan masakan Melayu.  Teman saya memesan mihun goreng dan nasi lemak beralaskan daun pisang dan ZBA dengan nasi biasa berkari.  
Enak,  almaklum kerana selepas 27 hari baru inilah kali pertama kami merasai semula masakan 1M.  Selepas makan kami menghabiskan masa lebih satu jam merayap keseluruhan Souk Waqif yang dibarisi dengan bangunan seni bina tempatan masa lalu. Cantik, kemas dan mempunyai daya seni bina yang mengkagumkan. Souk Waqif tidak dilihat sebagai "market" sebenarnya sebuah pusat membeli belah cara tradisional masyarakat Arab.  Bersih, teratur, kemas bersusun.  Bagi ZBA ianya dikatogerikan sebagai "International" standard. 
Dari Souk Waqif, kami melalui jalan tepi pantai menuju "Bandar baru Doha".  Terletak dihujung tanjung dengan sebuak teluk yang luas.  Berkilauan air laut disinari cahaya lampu dimalam hari.  Dihadapan terpacak bangunan-bangunan canggih berbagai bentuk menjulang kelangit.  Diwarnai cahaya lampu berbagai warna yang berkerdipan.  Dari bangunan hotel, pejabat, pusat commercial, kediaman mewah dan sebagainya.  Teringat akan Dubai.  Dalam hati,  satu hari nanti Dubai akan meninggalkan namanya sendiri dengan kemunculan Doha. 
Sahabat saya membuat satu cilcle.  Tidak dapat digambarkan dengan tulisan bagaimana keindahan dan terancangnya pembangunan bandaraya Doha.  Hanya mata dapat menerangkan segala-gala.  Oleh yang demikian bagi Negara1M, tidak perlulah berkokok lantang dengan hanya sekadar tercirit najis yang keluar.
Pusing dan pusing lagi.  Kata sahabat ZBA, tidak perlu risau disini minyak lebih murah daripada air.  Kami melewati Masjid Utama Doha dengan ratusan kubah-kubah diatasnya. Melewati kawasan perumahan, commercial dan seterusnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Doha yang baru.  Hampir 4J ZBA bersama teman dijalan raya.  
Doha bertaraf dunia dalam serba serbi.  Bandaraya serba bersih dan teratur menandingi Jepun. Jalanraya yang sistematik dikawal dengan camera litar dan penguatkuasa undang-undang yang amat berkesan. Kesalahan jalan raya dikompoun tanpa soal jawab dan bangkangan, QAR 300.  Melanggar lampu merah satu kesalahan yang besar.  Penalti QAR 3,000 bagi setiap kesalahan.  Jika engkar, cukai jalan tidak akan diperbaharui.  Bolehkah ini semua dilaksanakan diNegara1M.  Tergelak mengenangkan nasib yang menimpa AES. Perancangan dengan otak tapi tanpa berfikiran.
6J mengelilingi Doha.  Puas dan terasa terpanggil untuk melawat negara kecil ini sekali lagi. Oleh yang demikian bagi para transit, ZBA menyarankan agar mengambil kesempatan masa yang ada untuk melawat Doha dan bukan menghabiskan masa diterminal. VOA, QAR 100 bukan nilai yang ternilai jika dibandingkan dengan apa yang boleh dilihat dan dipelajari.  Jika dibandingkan dengan Negara1M, Doha bukan tandingan untuk perbandingan.
Lewat tengah malam, ZBA kembali ke Airport dengan satu pengalaman yang tidak ternilai. Jawapanya ZBA pasti kesini lagi untuk merayap keseluruhan Qatar.  ZBA menghabiskan malam di Doha dengan menggunakan kelebihan bilik transit yang disediakan.  Kami berlepas pulang selepas 28 hari dalam pengembaraan 7 Negara Timur Tengah.  Segala-galanya berjalan mengikut perancangan.   Alhamdulillah ZBA bersyukur kepada Allah.

THE PEARL OF DOHA
 by
http://www.zainaltobiaqtravel.blogspot.com


No comments:

Post a Comment