Assalamualaikum,
6J pertama banyak masa dihabiskan dengan tidor walaupun penghawa dingin amat sejuk. Dikala fajar menyinsing kami telah 1/3 perjalanan. Siang hari barulah ZBA nampak keadaan muka bumi Egypt yang sebenar.
Cantik dan subur. Al-maklum sepanjang perjalanan menghala ke selatan, trek berkembar keretapi berjajaran ditebing Sungai Nil dan diseberang sana jalanraya.
Apa pun Sungai Nil adalah punca segala-galanya bagi kehidupan raayat Egypt. Dari pemerhatian ZBA bermula daripada Alexandaria diutara hinggalah ke Lake Nasser disempadan Sudan diselatan,
Begitu juga sistem perhubungan sama ada keretapi atau jalanraya, menjalar dari utara keselatan.
Keseluruhan rumah-rumah di Egypt diperbuat daripada batu bata dan dibiarkan tidak berplaster dibahagian luar. Manakala dibahagian atasnya dibiarkan besi masih tercacak pada keseluruhan bumbungnya. Difahamkan bahawa tiada satu pun rumah di Egypt yang dikira siap sekiranya masih terdapat besi tercacak diatas. Ini menyebabkan rumah mereka tidak akan dikenakan cukai pintu oleh pihak berkuasa tempatan sungguhpun rumah tersebut puluhan tahun telah didiami. Ada sesetengahnya pula meletakan daun tamar dan dijadikan bilik dibahagian atas seperti rumah-rumah dipadang pasir. Pemandangan dari luar menambahkan semak dan tidak terurus dan menyakitkan mata yang memandang. Tapi itu adalah sebahagian daripada cara penghidupan mereka.
Kami sampai di Aswan jam 2pm dan disebabkan kelewatan, lawatan ke Aswan Dam dan Philae Temple dibatalkan.
Besoknya kami harus bangun seawal jam 3.30am kerana perjalanan ke Abu Simbel adalah secara berkumpulan dan semua kenderaan akan dipantau oleh pihak berkuasa.
Sebelum matahari terbit



ZBA telah keluar daripada bandar Aswan. Merentas jalan kearas Empangan Aswan dan terus memasuki padang pasir. Jalanraya satu lorong sebelah menyebelah yang cantik tetapi kenderaan jarang-jarang kelihatan.


Convoy pada hari ini mungkin tak kurang daripada 30 buah bas, van serta coster convoy bersama. Potong memotong sesuka hati sebab sesetengah tempat jalanraya lurus macam pembaris. Semuanya boleh dikatakan dalam mood 130km keatas. Semua convoy bertolak lebih kurang jam 6.00am dan disyaratkan sampai di Abu Simbel sebelum jam 0930 pagi. Perjalanan yang harus ditempuh ialah 282.4km sehala. Dari mayau-mayau tidur, ramai dikalangan kami didalam coster terus menyambung dengkor masing-masing. Rakan-rakan kami terdiri dari berbilang negara.
Tapi mata ZBA sememangnya mata "Pengembara Jalanan". Dia tidak akan tidur selagi nampak matahari dan dia akan tidur apabila bulan berada diatas kepala. Itu menunjukan ia menghormati bulan purnama.

Padang pasir sejauh mata memandang. Tiada penempatan manusia. Tiada pertanian dan tiada usaha penternakan. Dalam hati, kalau mengembara dengan kenderaan sendiri dan rosak ditengah jalan, hanya Allah Maha mengetahui. Cuaca semalam direkodkan 50C dan hari ini diramalkan 55C.
Sebelum matahari terbit
Tapi mata ZBA sememangnya mata "Pengembara Jalanan". Dia tidak akan tidur selagi nampak matahari dan dia akan tidur apabila bulan berada diatas kepala. Itu menunjukan ia menghormati bulan purnama.
Padang pasir sejauh mata memandang. Tiada penempatan manusia. Tiada pertanian dan tiada usaha penternakan. Dalam hati, kalau mengembara dengan kenderaan sendiri dan rosak ditengah jalan, hanya Allah Maha mengetahui. Cuaca semalam direkodkan 50C dan hari ini diramalkan 55C.
Di simpang empat tersebut tertulis terus keselatan Wadi Haifa (Sudan 58km). Ketimur 98km Abu Simbel dan ke barat sebuah Wadi. Ini bermakna kami dijangka sampai ke Abu Simbel dalam masa 1J30M dari sekarang. Sebagaimana dijangkakan, ZBA sampai di Abu Simbel jam 09.15pagi. Pemandangan pertama sebaik menjejaki kaki ketanah, membiru dan luas terbentang Lake Nasser. Alhamdulillah.
Tidak disangka convoy pagi ini membawa ribuan pelancung asing ke Abu Simbel. Ini buat satu hari, jika seminggu, sebulan, setahun berapa banyak pendapatan kerajaan Egypt mendapat hasil daripada sini sahaja, gara-gara untuk melihat The Great Temple of Ramses the II dan Temple of Hathor. Bayaran tiketnya bukan murah, EGP 100 bagi satu orang hanya sekadar untuk melihat batu yang dipahat sejak zaman berzaman. Masa pergi/balik dengan 8J diperjalanan merentasi gurun padang pasir yang panas. Bagi ZBA sebenarnya masa dan wang bukan ukuran tetapi kehebatan tamadhun harus diambil kira. Malah mungkin hanya segelintir sahaja pembaca yang pernah kesini.


Masa 1J yang diperuntukan tamat dan kami bertolak kembali ke Aswan tepat jam 10.30 pagi. Lake Nasser menggamit kami dengan penuh kenangan.
The Great Temple of Ramses the II and Temple of Hathor Masa 1J yang diperuntukan tamat dan kami bertolak kembali ke Aswan tepat jam 10.30 pagi. Lake Nasser menggamit kami dengan penuh kenangan.
HISTORY OF EGYPT
by
"TOBIAK TRAVEL"
No comments:
Post a Comment