Assalamualaikum,
Selama 3H/2M merayap kekeseluruhan tempat-tempat bersejarah di Cairo, kini tiba masanya untuk menempah satu pengalaman baru berkhemah ditengah-tengah padang pasir.
Seawal jam 7.oo pagi kami bergerak meninggalkan Cairo dengan pengangkutan bus awam untuk perjalanan 360 km menuju El Bahariya. Bersama-sama kami terdapat juga pengembara-pengembara dari lain-lain negara seperti Korea, Jepun, USA dan sebagainya.
Bas meninggalkan Cairo dalam kesesakan pagi melalui kawasan metro Cairo, perumahan awam, elit dan rendah, kawasan perusahaan dan seterusnya mulai menempuh kawasan lapang. Selepas 45 minit perjalanan barulah bas bergerak lancar dengan melalui jalanraya satu lorong sebelah menyebelah membelah padang pasir. Matahari mulai panas dan terang benderang tetapi angin diluar terasa sejuk.
Dimaklumkan bahawa matahari terbit disini ialah jam 05.00 pagi dan sekitar jam 07.00 matahari telah tinggi dan memancarkan cahayanya. Manakala matahari terbenam ialah sekitar jam 8.00 malam. Hari siang lebih panjang jika dibandingkan dengan malam hari.
Mereka hidup dalam serba serbi kekurangan tetapi dari raut wajah mereka, mereka pasrah pada perjalanan sebuah kehidupan yang dilalui.
2J kemudian ZBA sampai disebuah wadi yang agak subur dan ditumbuhi tanaman hijau dan bas berhenti menurunkan penumpang. 1J lagi kami dijangka memasuki Wadi Ei.Bahariya.
Camp Style Hotel dalam bentuk dan senibina tersendiri.
Tanpa mengira panas terik expidisi dimulakan sebaik kami berehat sebentar selepas makan tengahari. Jam 3pm kami telah berada diatas jalanraya meneruskan perjalanan selama 45m bagi perhentian pertama.
Selepas merentasi Akabat Desert ZBA memasuki White Desert National Park untuk perhentian ketiga bagi melihat Crytal Mountain.
Large rock made of sparkly crystals
White Desert during sunset
ZBA with Guide cun Driver at White Desert during sunset.
White Desert morning sunrise.
Lihat betapa Allah jadikan dunia yang terbentang luas ini untuk kita mensyukuri rahmat keatasNya. Bumi gersang ini yang satu ketika dulu mungkin rata berdasarkan structur batu kapur yang tertonjol, dihakis dek tiupan angin kencang padang pasir sejak jutaan tahun menjadikan bentuknya tertinggal sebagaimana gambar-gambar yang dipaparkan.
Gambar Hiasan 1
Gambar Hiasan 2
Bungkah batu kapur berbentuk "Mushroom"
Dicelah-celah "Mushroom" expidisi padang pasir bergema dengan Land Cruiser pacuan 4X4 memecah kesunyian.
Misi berahir. Selepas minum pagi bersama teman, ZBA dan kumpulan bersedia untuk pulang. Kami menempuh perjalanan 200 km dari Bahariya ke White Desert petang semalam dan hari ini akan kembali melalui laluan yang sama ke Bahariya. Perjalanan terus akan mengambil masa lebih kurang dua jam merentasi Akabat Desert. Mengikut perancangan, perjalanan ZBA ke Cairo ialah 10.30 pagi dan pada malamnya kami akan meneruskan perjalanan dengan keretapi ke Aswan.
Wajah-wajah alam ciptaan Allah
by : http://www.zainaltobiaktravel.blogspot.com
No comments:
Post a Comment