Wednesday, November 19, 2014

LOVELY SAMUI AFTER 25 YEARS

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum,
Samui salah satu destinasi pelancung riadah pantai yang terbaik di Teluk Siam. Dua lagi destinasi yang serupa ialah Pattaya dan Koh Chang.  Gugusan kepulauan Samui meliputi Koh Phangan dan Koh Tao yang terletak diutara Samui. Ketiga-tiga pulau ini merupakan destinasi popular yang selain Phuket, Phiphi Island dan Ao Nang di pantai barat.
Destinasi ini amat senang untuk dikunjungi kerana banyak alternatif transportasi disediakan dengan serba keselesaan. Dewasa ini AAsia telah memulakan penerbangan sehari sekali ke Surat Thani daripada Kuala Lumpur yang mengambil masa 1J30M.  Dari Surat Thani airport kita boleh terus mengambil ferry ke Samui sama ada daripada Donsak Pier atau menggunakan overnight ferry daripada pekan Surat Thani.
Pengembara boleh memilih kedua-dua perkhidmatan diatas dengan mudah.  Kepada sesiapa yang ingin menaiki "Night ferry" mereka boleh mengambil airport bas daripada Surat Thani Airport ke Surat Thani dengan tambang B100 dan meneruskan perjalanan dengan ferry jam 1100pm ke Nathon, Samui dengan bayaran B100. Disamping itu ada juga perkhidmatan night ferry menuju Koh Tao dan Koh Phangan dari Surat Thani yang berlepas pada setiap malam.
Laluan alternatif kedua dan popular ialah menaiki bas ke Donsak Pier yang memakan masa 1J30M dan meneruskan perjalanan dengan Seatran Ferry yang berlepas setiap jam sehingga petang.  
Tambang bas ialah B220 dan ferry B130.  Daripada Nathon Pier, pembaca boleh memilih samaada menggunakan perkhidmatan teksi (B700-800), songtheow B80 kedestinasi penginapan terjauh (25km) samaada di Bophot, Chaweng Beach atau Lamai Beach.  
Surat Thani - Koh Samui - Koh Phangan - Koh Tao Night Ferry.
Khusus kepada  pembaca yang pandai tawar menawar dan boleh berbahasa Thai, tambang teksi sebenarnya ialah B400 dan songtheow B60.  Itulah harga yang dibayar oleh ZBA tidak kita dari arah pergi atau pulang.  Bagi pengembara tegar mereka boleh memilih untuk terus menyewa motosikal dengan harga B200 dan B150 bergantung kepada auto atau manual bagi kegunaan 24jam. Syarat yang dikenakan ialah meninggalkan passport antarabangasa sebagai cagaran. Sebelumnya pastikan motosikal diperiksa secara menyeluruh bagi mengelakan daripada penalti tambahan kerana kerosakan.
Passanger enjoy trip
Donsak Ferry Terminal.
Buat pembaca yang ingin keselesaan dan berkemampuan membayar lebih dengan perjalanan terancang boleh saja membeli tiket kombonasi, bas, ferry dan transfer.  Sila layari Phanthiptravel.com dan tempahan boleh dibuat disana dengan mudah.
Bagi perjalanan terus ke Samui daripada Kuala Lumpur, kita boleh menggunakan perkhidmatan FireFly daripada LTSAAS (Subang) terus ke Samui Island.  Walau bagaimana pun FireFly mengenakan tambang yang agak mahal jika dibandingkan dengan AAsia yang terbang melalui Surat Thani. Thai AAsia juga mengadakan perkhidmatan daripada Don Muang, Bangkok ke Surat Thani setiap hari.  Atau daripada Butterworth ke Hadyai dan ke Surat Thani menggunakan bas dan keretapi.

ZBA melewati Samui 25 tahun yang lalu.  Ketika itu Samui masih sebuah perkampungan nelayan tetapi telah dikenali dari kalangan pelancung-pelancung asing khususnya daripada Eropah dan Asia. 
Kemudahan dan psarana ketika itu amat terhad dan murah jika dibandingkan dengan sekarang.  Kalau dahulunya jalan masih berbatu kelikir dan baru sesetengahnya berturap, kini segala-galanya canggih.  Penginapan, tranportasi, tours dan sebagainya serba canggih.  Ratusan ribu pelancung seluruh dunia berada dimana-mana di Samui saban hari.  Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa pelancung asing melebihi kapisiti penduduk setempat secara keseluruhan.
Lamai Beach Koh Samui
Samui mempunyai rangkaian hotel serba lengkap.  Tepuk dada tanya selera dan ketuk kepala berapa yang mampu dibayar. Bagi kalangan berkeupayaan bolehlah memilik penginapan di daerah Lamai Beach atau diutara Chaweng Beach diikuti dengan Bophut dan Chaweng.  Chaweng Beach merupakan tumpuan kerana banyak restoran-restoran dan kawasan hiburan.  Manakala kesemua tempat peranginan adalah dipesisiran pantai yang cantik.

Samui, disamping untuk berehat juga disediakan banyak tempat-tempat aktiviti riadah yang disediakan khusus kepada pelancung.  Pembaca bolih memilih diantara aktiviti lasak, pantai atau aktiviti kelautan ke pulau-pulau peranginan.
Cara terbaik  untuk explore Samui ilah dengan bermotosikal. ZBA membuat satu pusingan berperingkat-peringkat sejauh 110km mengambil masa 7j dan berhenti dimana-mana suka dan mengambil gambar dengan motosikal kapcai yang menggunakan 3/4 tangki minyak
pada kadar RM11.00. Murah dan senang untuk bergerak kesana dan kemari.  Dari Chaweng Beach ke Lamai Beach ke Hua Thanom ke Bang Kao ke Thong Krut ke Pang Ka Bay ke Taling Ngam ke Tong Yan ke Nathon ke Bang Por ke Menam ke Bophut ke Chaeng Mon ke Koh Matlang dan kembali sedmula ke Chaweng Beach.  Memulakan perjalanan seawal jam 0830 dan kembali semula lewat 3.30pm. Explore dan lihat sendiri Koh Samui dan perkatakan hasil dari mata yang melihat.
Bagi pembaca yang menggemari aktiviti Island hopping, snorkeling, kayaking dan sebagainya, terdapat dua pilihan untuk berbuat demikian.  Kedua-dua package ini bermula dari pintu kepintu dan termasuk semua bayaran masuk dan makan tengahari.  Satunya ialah One day snorkeling trip ke Koh Nangyuan & Koh Tao dan keduanya Anthong National Marine Park.  Keduanya amat mengujakan  dengan kos diantara B2100 dan B1800.  
A perfect escape paradise at Koh Tao.


















Soal makanan Islam (Halal) di Koh Samui.  Tidak sukar untuk  didapati  kerana Koh Samui mempunyai penduduk Melayu yang berugama Islam dan  menetap disini sejak berkurun lamanya.  Kebanyakan daripada mereka berasal daripada Daerah Patani diselatan Thailand.  Ramai yang boleh mengusai Bahasa Melayu dengan baik. 


 Nantikan paparan dalam dan kupasan berkenaan Melayu Koh Samui dalam paparan berikutnya.

Koh Tao & Koh Nangyuan Catamaran trip.




Hari ini 10hb Januari 2015, ZBA meninggalkan Koh Samui setelah 4H/3M menuju Surat Thani.
                                  

No comments:

Post a Comment