Assalamualaikum,
Waktu menunjukan jam 04.00 pagi semasa ZBA sampai di Nelspruit. Cuacanya sejuk melampaui tahap ketahanan orang ASEAN. Difahamkan cuaca pagi ini sekitar 02 celcius. Sejuk sehingga ke tulang hitam. 2J lagi matahari akan terbit tetapi oleh kerana terlampau sejuk ZBA mengambil keputusan terus ke hotel penginapan walaupun akan disembelih oleh belukang yang menunggu. Teksi yang kami tumpangi beserta seorang pengembara daripada Zimbabwe
cuma mengenakan tambang RAN 100 sahaja untuk mencabar cuaca malam yang hitam pekat ke Ingwe GH yang terletak 20 minit perjalanan. Diawal pagi ZBA disambut dengan mesra oleh seorang wanita kulit putih pemilik GH tersebut. Difahamkan beliau dahulunya yang juga seorang pengembara berasal daripada England. Kerana tertarik dengan keadaan sekeliling beliau telah melucutkan kerakyatan British dan membeli sebuah rumah dan menetap di Nelspruit sejak 17 tahun yang lampau. Kini katanya beliau bahagia tinggal disini disamping menyewa sebahagian daripada rumah miliknya sebagai GH.
National Kruger Park (NKP) terletak 66 km daripada Nelspruit. Dengan kenderaan persendirian vs pemandu vs guide, kami mengambil masa 45 minit untuk sampai kelokasi. Pemandangan untuk ke NKP amat cantik sepanjang perjalanan. Sewa bagi sebuah kenderaan persendirian ialah RAN1500 untuk aktiviti sepanjang hari. Pemandu akan membawa kita meronda keseluruhan NKP disamping berhenti untuk satu lunch stop.
Jam 10.30 pagi ZBA memasuki KNP daripada Gate Utama (Numbi gate). Bayaran masuk ialah USD 30.00 seorang. Cuaca masih sejuk walaupun pun matahari panas diatas. Kenderaan kami bergerak perlahan memasuki KNP. Sebenarnya telah ramai pelancung berada didalam taman negara tersebut samaada yang baru datang atau yang mengambil kesempatan menginap dibeberapa "Game Resort" didalamnya.
Kumpulan Zirafah, Badak Air.
sekumpulan seakan Ayam Belanda berada dalam jarak 100M sahaja semasa dirakamkan
Hasrat untuk melihat raja segala binatang tidak kesampaian. Sang Singa dimaklumkan tidak keluar pada waktu tengahari. Mereka akan berehat ketika itu dan memburu ketika petang hari. Walau bagaimana pun jika ada diantara pembaca yang ingin melihat kelibat singa, waktu yang terbaik ialah diawal pagi. Pembaca dikehendaki bermalam di NKP dan diawal pagi akan ditemani oleh Renjer NKP ke lokasi tertentu.
2J berlalu bagi sessi pagi, ZBA mengambil rehat diatas sebuah bukit didalam KNP. Terletak pada ketinggian 20 meter daripada dataran dan merupakan kawasan selamat daripada binatang liar. Disini pembaca boleh melihat KNP dari semua arah. Saujana mata memandang ibarat kawasan resam kering yang tiada memberi apa-apa manfaat samaada bercucuk tanam atau adanya kehidupan binatang buas disana. Tetapi hakikatnya itulah kawasan penghuni bagi ratusan specis binatang buas yang terkenal di Afrika Selatan.
Selepas berehat sebentar ZBA meneruskan perjalanan menuju kawasan berikutnya sebelum berhenti di Park Center yang menempat resort, restorant, pusat barangan kraf dan sebagainya. Selepas makan tengahari ZBA bergerak semula dan kali ini menghala kelaluan lain yang merupakan laluan keluar daripada KNP. Perjalanan ini mengambil masa hampir 2 jam sebelum ZBA sampai di Numbi Gate.
Maaf ZBA tidak mengenali binatang dikiri dan kanan gambar ini. Specis agak sama antara satu sama lain.
perjalanan. ZBA amat bersyukur pada hari ini 31 Ogos 2014, dengan Taufik dan InayahNya, kami diperlihatkan kepada binatang-binatang buas yang menjadi penghuni KNP. Satu pengalaman yang amat berharga dan menjadi kenangan seumur hidup. Dengan rasa sayu bersama kenangan manis ZBA meninggalkan KNP dan kembali semula ke Nelspruit bagi perjalanan 45 minit akan datang. As Salam.
Besok ZBA mengakhiri pengembaraan di NKP dan akan meneruskan perjalanan menuju SWAZILAND.
No comments:
Post a Comment