Saturday, November 1, 2014

SWAZILAND DISCOVERY

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,
Dua kali ketetihan.  Satu letih kerana menunggu penumpang terahir  dari Nelspruit (Afrika Selatan) ke Mbabane (Swaziland). Keduanya letih dalam perjalanan yang mengambil masa 4J bagi diantara dua destinasi ini.  
Van yang kami tumpangi meluncur laju melintasi tanahrata dan mendaki kawasan pergunungan dipenghujung sempadan kedua negara. Tanaman limau masis dimana-mana. Manakala dikawasan pergunungan, tanaman pokok-pokok pine tersusun cantik. Secara purata ZBA dapat melihat pemandangan yang mengasyikan.
Tepat jam 3.30pm ZBA sampai disempadan Afrika Selatan dikenali dengan nama Ngwenga. Bandar cowboy untuk proses Imigrasi.  Berjalan kaki 50M kemudian memasuki Swazaland di bandar sempadan dikenali sebagai Oshoek.  
Semasa berada didalam pusat Imigrasi Swaziland, ZBA amat terkejud dengan gelagat kakitangan Imigrasi Swaziland. Mereka berpakaian seragam tradisional penduduk Swaziland yang bewarna warni.  
Sambil bekerja mereka menyanyi, bergelak ketawa beramai-ramai  menghiburkan pengunjung yang datang. Mereka cukup friendly dan berbudi bahasa. Satu fenomina yang belum pernah ZBA lihat sepanjang merayap.  Dalam hati kecil terasa berubat dek keletihan dalam perjalanan. Proses kemasukan berjalan lancar dan begitu mudah dan cepat sekali.   Tahniah Swaziland.
Rupa-rupanya, hari ini ialah hari terahir "Culture Event" (Reed Dance) yang diadakan pada setiap bulan  september selama lapan hari berturut-turut yang dihadiri oleh puluhan ribu kanan-kanak yang diadakan disebuah padang berdekatan Lobamba dan Ezulwini. Raayat Swaziland keluar beramai-ramai untuk meraikan pesta tersebut. Tidak ketinggalan kakitangan kerajaan juga turut meraikan walupun mereka dalam pejabat dan sebagainya.

(Blog ini boleh dikongsi bersama dengan "South Africa Black Day Cronology") 
























Sepetang bersama "Reed Dance Festival" di Lobamba"























Gambar atas adalah satu-satunya anak sungai yang ZBA ketemui di Swaziland
ZBA membuat "Tailor made" yang berlainan di Swaziland. Tujuanya agak pergerakan menjadi lebih mudah dan senang kerana Negara Swaziland boleh diterokai dalam masa 3H/2M secara keseluruhan.  ZBA menyewa sebuah kenderaan dan kami merayap hampir 1/3 daripada Swaziland dengan berbekalkan modal sebanyak RM 270.00 all-inn. 
Swaziland bukannya sebagaimana  negara-negara di
Selatan Afrika lain yang pernah ZBA lawati.  Ra'ayat Swaziland secara umumnya adalah mesra pelancung.  Jika dinegara lain, ZBA selalu diberitahu dengan amaran " Beware you are not save".  Jadi apabila perkataan tersebut keluar daripada mulut-mulut mereka secara otomatik kita tidak ada kebebasan untuk bergerak.  Logiknya memang benar.  Jika  sekali pandang orang-orang berkulit hitam Afrika  amat menggerunkan dari segi air muka dan warna kulit.
Bersikap kasar dan memerhati sesaorang khususnya wanita seakan-akan hendak ditelan. Dalam erti lain  ialah "Kurang ajar".  Jika dilihat pada raayat Swaziland, walaupun mereka berkulit hitam tetapi hitam mereka kemerahan dan raut wajah mereka lebih cantik dan wanitanya manis jika dibandingkan dengan kalangan orang-orang berkulit hitam dinegara-negara lain.  Jadi atas dasar keselamatan, ZBA memilih untuk memandu mengelilingi Swaziland.  


Memulakan perjalanan daripada Mbabane memasuki lebuhraya empat lorong yang selisa. Maaf, walaupun Swaziland sebuah negara kecil dan tidak terkenal sebangga Negara 1M tetapi lebuhraya mereka sejauh 45 km tidak dikenakan sebarang  bayaran (Tol).  Lebuhraya ini menghubungkan Mbabane ke Manzini diselatan sebagai jalan pintas menggantikan jalan MR 103 yang sesak dan mengambil masa.  Sebagai makluman, pengangkutan awam di Swaziland banyak menggunakan Van daripada bas-bas besar yang dilihat tidak papular.



Swaziland sebuah negara berbukit dan pergunungan. Jarang kelihatan usaha-usaha pertanian tetapi merupakan negara ternakan.  Negaranya walaupun kecil tetapi dilihat lebih maju seiring negara jiranya  Afrika Selatan. Penduduknya mempunyai taraf hidup yang agak tinggi dibandingkan dengan negara jiran yang lain.
45 minit kemudian ZBA sampai di Manzini.  Sebuah bandar yang sederhana besar dan terletak diatas sebuah dataran tinggi berhampiran dengan lapangan terbang antarabangsa Swaziland berhampiran bandar Matsapha.  Pemandangan lembah-lembah disekeliling amat cantik.  Dari jauh terjulur menara sebuah Masjid yang merupakan mercu tanda bandar tersebut. Masjid ini merupakan yang terbesar dan tercantik di Swaziland.  Imamnya seorang Al-Hafiz berasal daripada Pakistan. Didalamnya terdapat sebuah sekolah agama yang serba lengkap. Semasa kedatangan ZBA, kami sempat berbual bersama Imam dan sekumpulan pelajar lelaki dan wanita yang sedang belajar Al-Quran. Dimaklumkan bahawa Swaziland hanya mempunyai penduduk minority yang berugama Islam.  Walau bagaimanapun makanan Halal tidak sukar untuk dijumpai dimana-mana bandar besar atau pun didalam  suparmarket.   Ikan jarang ditemui kecuali daripada specis talapia.
ZBA menghabiskan masa lebih satu jam di Manzini dan kami beredar meneruskan perjalanan ke Nhlangano 63 km keselatan.  Satu perjalanan di scenic road yang amat cantik pemandanganya. Pemanduan berjalan lancar kerana tidak banyak kenderaan dijalanraya. Sebuah bandar kecil yang merupakan kawasan ternakan lembu dan bebiri.  Penduduk dikawsan ini tinggal ditepi tepi jalanraya dan berselirak di merata-rata tempat.  




Nhlangano. Merupakan bandar industri dan perkilangan hasil pembalakan. Terdapat sebuah Masjid dipersimpangan menuju pusat bandar dan ke arah Mahamba. Disni ZBA sempat berbual dengan beberapa penduduk Muslim tempatan disamping bertukar pandangan dan pengalaman tentang Islam. Mereka kebanyakannya adalah daripada kaum kulit bewarna yang berhijrah ke Swaziland khususnya daripada Pakistan, Gujerat, India, Bangladesh dan sebagainya yang menjalankan perniagaan.  Rata-rata mereka adalah daripada gulungan menengah atas  yang kaya. Komuniti Islam saling bantu membantu dalam  menjalankan kehidupan harian. Mereka hidup aman damai walaupun minority.

                   Gambar dibawah :  Pekan kecil Nhlangano.









































Setelah membeli sedikit makanan di supermarket yang berdekatan, ZBA meneruskan perjalanan menuju Gege.  Kali ini kami menempuh jalan tanah merah sejauh 46 km. ZBA terpaksa menempuh laluan ini kerana tidak mahu berpatah balik kelaluan asal sebaliknya mengambil risiko menuju jalan MR27 untuk pulang ke Mbabane.  Jalanya masih dalam proses menaiktaraf, berbatu krikil dan berdebu.  Satu ketika selepas 30 km kami tersesat jalan  menghampiri sempadan Afrika Selatan di Bothashoop.  Rupa-rupanya ZBA perlu berjalan terus sejauh 16 km lagi menuju sebuah pekan kecil Houtkop.  Dari sana barulah menaiki highway MR27 ke Mankayane, Lyengo, Mahlanya dan Ezulwini di mana kami menginap.  
Secara peribadi dilaluan ini sungguhpun terasa  kepenatan yang amat sangat tetapi satu pengalaman yang amat berguna yang tidak dapat dilupakan.  Pemandangan sekeliling amat merujakan. Kecantikannya tidak dapat diungkapkan dengan perkataan. 

























Gambar atas ZBA tersesat sehingga kesempadan Afrika Selatan di Gede/Bothashoop.  Gambar bawah pula ialah kawsan pertanian di Mankayane.



















































ZBA sampai ke Ezulwini lewat petang.  Disempatan masa yang ada ZBA sempat melawat tempat dimana 8 hari penduduk Swaziland mengatakan "Culture Event" dengan mengumpul puluhan ribu kanak-kanak dan melihat "Reed Dance" yang merupakan acara kemuncak festival tersebut.
Acara tahunan ini menerima sambutan yang baik dari penduduk tempatan juga pelancung asing.


  Pintu Gerbang menuju Mantenga Nature Reserved yang terletak 1.5km kedalam.  bayaran masuk ialah RM 5.00.

























Sekitar Swazi Culture Village.  Setiap hari diadakan pertunjukan tarian tradisional tepat jam 11.00 am.
























Keesokan harinya pula ZBA melawat Mlilwane Wildlife Sactury Park di daerah Lobamba . Namanya indah tetapi tiada apa yang ada sebenarnya.  Terletak 3.5 km kedalam daripada jalan besar MR 103.  Sedikit yang menarik perhatian disini ialah sebuah perkampungan tradisi yang dikenali sebagai "Mantenga Nature Reserved  & Swazi Culture Vilalage"



Masjid Ezulwini terletak 4km daripada Mbabane dan 300 m daripada jalan lama Mbabane ke Manzini.

























Secara keseluruhan Swaziland adalah negara yang cantik.  Ramai pelancung daripada barat dan timur berada disini khususnya pada musim panas.  Negaranya secara keseluruhan berada didataran tinggi dengan pemandangan yang sangat cantik.  Bersih dan penduduknya mesra pelancung.  Mempunyai matawang sendiri tetapi matawang Afrika Selatan juga boleh diperlakukan.  
Sebelum menamatkan 4H/3M  ZBA merayap bumi Swaziland dipaparkan disini dua buah lagi Masjid yang ada di Mbabane.  Sesungguhnya Islam ada dimana-mana di bumi Allah.  Masjid Mbabane terletak dan tersergam indah diatas sebuah bukit ditengah tengah bandar Mbabane. Masuk sahaja ke bandar Mbabane daripada sempadan Oshoek, dari sebelah kiri dari jauh lagi akan kelihatan Masjid berkenaan.  Masih dalam pembinaan dan Insyaallah tahun 2015 kemungkinan akan beroperasi sepenuhnya.
 Alhamdulillah segalanya berjalan mengikut jadual perancangan.  ZBA berada di Swaziland selama 4H/3M dan ZBA meninggalkan Swaziland dalam kenangan dibawah sinaran matahari panas jam 09.45am menuju sempada Afrika Selatan yang berada 15m perjalanan.


WELLCOME AGAIN SOUTH AFRICA.

No comments:

Post a Comment