Assalamualaikum,

Hari makin petang. Pemandu bas pula membuat membuat angkara. Berhenti disana dan disini mengambil penumpang. Manakala jalanraya pula seolah-olah jalan kampung. Bus bergerak perlahan-lahan dan berhati-hati. Kepala makin pening dan berpusing dengan masalah yang menimpa satu persatu. Pastinya kami akan sampai lewat dan mungkin tengah malam. Mana hendak diraba mencari hotel dimalam-malam buta sebegini ditempat yang belum pernah kita sampai. Pastinya malam ini kami akan ditunggu dan diratah oleh belukang yang mencari keuntungan segera. Lamunan ini berterusan sehinggalah ZBA sampai ke Harare pada jam 11.30 malam.
Hari ini 25 August 2014, missi menjelajah Harare. Diawal pagi kami telah berada ditengah-tengah pusat bandar Harare. Melihat kemeriahan penduduk setempat berada dipasar pagi berbelanja. Bandar Harare seakan-akan gelap kerana dipenuhi dengan penduduk berkulit hitam metelik.
Harare mungkin asing bagi kita penduduk 1M. Tetapi bagi mereka Malaysia adalah sebuah negara yang dikenali khususnya dizaman kegemilangan Presiden Robert Mugabe yang bangkit bersama-sama Tun Dr Mahadhir selaku Perdana Menteri Malaysia menyuarakan pandangan tentang Dunia Ke-3 dimata dunia. Penduduknya walaupun berkulit hitam tetapi dilihat lebih cantik dan berbudi bahasa jika dibandingkan dengan Afrika Selatan. Tidak ada apa-apa amaran (Penjenayah) kepada pelancung asing yang melawat negara mereka, sebagaimana negara lain yang selalu mengingatkan kita tentang keselamatan semasa berada dinegara mereka. Contoh (Afrika Selatan, Namibia dan Zambia). Walau bagaimanapun ZBA tetap berada dalam waspada semasa di Haraze bersama "Canon DSLR" yang bermuncung panjang. Tidak dinafikan dimana kita pergi, kita akan menjadi tarikan yang amat ganjil bagi penduduk setempat khususnya kaum wanita yang berkulit Asia.
Barangan disini agak mahal disebabkan Zimbabwe menggunakan matawang USD dan menggunakan syling RAN Afrika Selatan sebagai tukaran. Manakala makanan seharian mereka banyak kearah makanan barat seperti burger, chips dan sebagainya jika dibandingkan dengan makanan asli mereka. Sebuah bandar yang dikuasai sepenuhnya oleh kaum kulit hitam dimana kaum kulit putih jarang sekali kelihatan selepas dihalu keluar semasa pemerintahan kembali ketangan kaum kulit putih satu ketika dulu.
"Safari". Selain daripada itu kemungkinan Zimbabwe tidak akan dikenali.
dibahagian timur dalam perjalanan ke Botswana. Fasa pertama daripada Harare ke Pretoria sejauh 1,059 Km dan Pretoria ke Goborone sejauh 372Km. Sekali lagi ZBA menggunakan perkhidmatan Intercape Bus dengan tambang keseluruhan kekedua destinasi ini sebanyak RM 251.60. Bertolak daripada Harare ke Pretoria mengambil masa 18J dan dari Pretoria menuju Goborone selama 5J. Satu perjalanan yang mencabar tetapi penuh dengan kenangan manis.
Di Pretoria ZBA tidak lupa mengunjungi "My Home Away" Kedutaan Malaysia di Pretoria dan kami dijanjikan dengan sambutan yang terbaik daripada petugas disana sehinggalah ZBA meneruskan perjalanan ke Botswana. Perjalanan ini ada kaitan dengan tulisan didalam blog sebelumnya "South Afrika Black Day Cronology". Satu kisah suka duka pengembara jalanan yang trajik.
WELLCOME TO BOTSWANA
No comments:
Post a Comment