Assalamualaikum,
Hari ini 27 Ogos 2014, ZBA memasuki Amerika Selatan buat kali yang kedua selepas merayap di Namibia, Zambia dan Zimbabwe. Disempadan kami tiada menghadapi masalah kecuali di pihak Zimbabwe dimana backpack kami dibuka untuk pemeriksaan kastam. Manakala di Afrika Selatan sekali lagi kami diarahkan menunjukan "Medical Certificate" sebagai mematuhi yang kita telah mengambil suntikan "Yellow fever".
ZBA sampai di Pretoria dan meneruskan perjalanan ke Goborone, Botswana. 29 Ogos 2014 kembali lagi ke Afrika Selatan. Ini bermakna telah 3 kali ZBA memasuki Afrika Selatan. Semua perjalanan melintasi sempadan ke negara-negara tersebut berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Dan kini ZBA di Pretoria semula. Sekali lagi semasa di station bas kami diingatkan agar tidak meninggalkan beg tanpa ditemani sesaorang.
"You are not save". Peringatan demi peringatan yang dimaklumkan kepada kami setiap kali memasuki dan berada dibumi Afrika Selatan. Perkataan yang sama dari raayat Afrika Selatan sendiri. Terima kasih kepada mereka-mereka yang ikhlas dan saling mengingati. Kami akur dan kami ingat demi keselamatan.


ZBA menimbulkan soal keselamatan di

Masa semakin suntuk dan beliau terus menemani kami sehingga ke perhentian Intercape Bus yang akan membawa kami ke Nelspruit dan seterusnya Swaziland.
Ketemu lagi dalam bahagian terahir "South Africa Part Three".
"The Union Building are easily the most famous building in South Afrika. No visit to Pretoria can be complete without a visit to this beautifuI landmark"
THE BEAUTIFUL MOON HAS LANDED IN
SOUTH AFRIKA
No comments:
Post a Comment