Thursday, November 13, 2014

SIMON TOWN SOUTH AFRIKA

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Assalamualaikum,


Simon Town terletak lebih kurang 50km daripada Cape Town.  Perjalanan kesana mengambil masa 1 jam jika menggunakan MetroRail. Alternatif terbaik dan murah ialah dengan mengambil daily pass dengan harga R30. Pembaca boleh hope on off dimana-mana station dan kembali meneruskan perjalanan.  Sebenarnya ada beberapa station yang terletak betul-betul ditepi laut dan pemandanganya sangat menarik. Pembaca boleh singgah di mana-mana  samaada di Fish Heok, Kalk Bay atau Muizenberg. 
Sekali lagi dinasihatkan agar pembaca "beware" semasa berada dalam metrorail.  Pesanan ini dimaklumkan oleh seorang penumpang bersama kami. "You are not save".

Simon Town ialah "Bandar Tentera Laut South Afrika". Daripada station metrorail pembaca boleh berjalan kaki selama 10 minit atau menggunakan perkhidmatan teksi. Atau, mengambil short tours ke Submarine Muzium. ZBA menasihatkan agar berjalan kaki kerana pembaca boleh singgah didua buah muzium SAN yang terletak bersebelahan jalan. 
Semasa kedatangan ZBA, Simon Town kelihatan muram kerana cuaca berkabus dan sesekali hujan.  Walau bagaimana ZBA memilih untuk berjalan kaki sahaja kerana pekan kecil ini dapat dilawati dalam masa setengah hari. 






















Masjid Noorul Islam terletak dipinggiran bukit mengadap ke Navy Bay. Dimaklumkan bahawa disini hanya terdapat beberapa  keluarga Islam sahaja kerana ramai telah berpindah ke Cape Town. Mengikut sejarah Simon Town adalah tempat pertama sekali pendaratan masyarakat "Malay Cape" yang didatangkan daripada  Malaya dan Kepulauan Indonesia. 























Simon Town juga mempunyai sebuah Heritage Muzium yang wajib dilawati.  Asal usul Heritage Muzium ini pembaca boleh rujuk kepada www.simonstown.com/museum.
























Selepas menghabiskan 4H/3M di Cape Town dan Simons Town, ZBA meneruskan perjalan ke Windheok, Namibia.





WELL COME TO NAMIBIA

No comments:

Post a Comment