Assalamualaikum,
Ramai daripada kekawan kita mengenali dan sampai ke Masjid ini dalam kunjungan mereka ke Koh Samui sebelumnya. Tetapi tidak pernah diceritakan secara terperinci kecuali mengenai sebuah restoran makanan halal yang terletak berdekatan Masjid.
"Masjid Nurulihsan". Ikon kepada penduduk Islam keturunan Melayu Pattani yang mendiami Koh Samui sejak beberapa lama. Mereka sebenarnya ialah kaum nelayan yang sinonim dengan laut dan
mengembara dari Selatan Thai ke Koh Samui demi sesuap nasi suatu ketika dulu. Walau bagaimanapun ibarat dimana ada kehidupan disitu mereka akan bermastautin. Tidak terkecuali bagi Melayu Pattani yang berhijrah untuk mendapatkan pendapatan yang lebih baik walaupun meninggalkan tempat asalnya Pattani di selatan.
mengembara dari Selatan Thai ke Koh Samui demi sesuap nasi suatu ketika dulu. Walau bagaimanapun ibarat dimana ada kehidupan disitu mereka akan bermastautin. Tidak terkecuali bagi Melayu Pattani yang berhijrah untuk mendapatkan pendapatan yang lebih baik walaupun meninggalkan tempat asalnya Pattani di selatan.
Masjid Nurulihsan Koh Samui. |
Kedatangan Islam kesesuatu tempat itu pasti datang bersamanya hidayah Allah. Dari hidayah maka terbinalah Masjid. "Masjid Nurulihsan" satu-satunya Masjid terbesar daripada empat buah Surau yang mengumpulkan ratusan umat Islam mengerjakan solat pada setiap hari Jumaat di Koh Samui. Juga merupakan sebagai pusat komuniti umat Islam membincangkan hal-hal yang bersangkutan dengan Islam.
Perkampungan Muslim Village Koh Samui |
Tuan Hj Muhammad dan Isteri menjalankan perniagaan kecil-kecilan dirumahnya di Koh Samui. |
kecilan. Walau bagaimanapun tidak dinafikan sesetengah daripada mereka merupakan pemborong ikan yang berjaya. Difahamkan bahawa masih adalah lagi umat Islam dilain-lain kawasan di Koh Samui tetapi dalam jumlah yang amat kecil. Selain daripada di Muslim Village, kebanyakan mereka adalah dari kalangan peniaga yang datang daripada daerah-daerah lain diseluruh Thailand seperti Narathiwat, Yala, Krabi dan sebagainya.
Assalamualaikum...saya pelajar universiti..saya perlu membuat survey tentang perkampungan nelayan melayu muslim di koh sumai ni..kami nak buat aktiviti kebajikan disana..so saya nak minta bantuan baik encik untuk dapatkan informasi tentang tempat ni contohnya nombor telefon penduduk yang boleh dihubungi etc..harap encik dapat membantu kami..terima kasih.
ReplyDelete