Monday, January 12, 2015

KOH SAMUI MALAY SETTLEMENT

Dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum,
Ramai daripada kekawan kita mengenali dan sampai ke Masjid ini dalam kunjungan mereka ke Koh Samui sebelumnya.  Tetapi tidak pernah diceritakan secara terperinci kecuali mengenai sebuah restoran makanan halal yang terletak berdekatan Masjid.
"Masjid Nurulihsan".  Ikon kepada penduduk Islam keturunan Melayu Pattani yang mendiami Koh Samui sejak beberapa lama.  Mereka sebenarnya ialah kaum nelayan yang sinonim dengan laut dan
mengembara dari Selatan Thai ke Koh Samui demi sesuap nasi suatu ketika dulu.  Walau bagaimanapun ibarat dimana ada kehidupan disitu mereka akan bermastautin.  Tidak terkecuali bagi Melayu Pattani yang berhijrah untuk mendapatkan pendapatan yang lebih baik walaupun meninggalkan tempat asalnya Pattani di selatan.
Penghijrahan mereka membawa bersama budaya dan adat resam yang masih kekal hingga kehari ini.   Baik dari segi bahasa, adat resam, perkahwinan, penempatan, makanan dan serba serbi cara hidup yang berlandaskan kepada ajaran Islam. Sungguhpun dominisasi bahasa di Thailand adalah Bahasa Thai tetapi mereka masih fasih dan lancar berbahasa ibunda.  Malah dalam pertuturan harian mereka kekal dengan Bahasa Melayu Pattani bagi 100% penduduk Melayu Koh Samui.  Satu perkara yang amat membanggakan.
Masjid Nurulihsan Koh Samui.


Kedatangan Islam kesesuatu tempat itu pasti datang bersamanya hidayah Allah.  Dari hidayah maka terbinalah  Masjid. "Masjid Nurulihsan" satu-satunya Masjid terbesar daripada empat buah Surau yang mengumpulkan ratusan umat Islam mengerjakan solat pada setiap hari Jumaat di Koh Samui. Juga merupakan sebagai pusat komuniti umat Islam membincangkan hal-hal yang bersangkutan dengan Islam. 
Perkampungan Muslim Village Koh Samui
Tuan Hj Muhammad dan Isteri menjalankan perniagaan kecil-kecilan dirumahnya di Koh Samui.
Masjid Nurulihsan terletak di Hua Thanom dipersimpangan menuju Ban Tha Po dan 200M keselatan.  Perkampungan tersebut dikenali sebagai "Muslim Village" dan  dianggar mempunyai 100 buah keluarga dengan keseluruhan jumlah penduduk sekitar 600 orang.  Kehidupan mereka agak dhaif jika dibandingkan dengan penduduk setempat.  Mereka menjalankan aktiviti sebagai nelayan dan mengusahakan ikan kering disamping menjalankan perniagaan kecil-
kecilan. Walau bagaimanapun tidak dinafikan sesetengah daripada mereka merupakan pemborong ikan yang berjaya. Difahamkan bahawa masih adalah lagi umat Islam dilain-lain kawasan di Koh Samui tetapi dalam jumlah yang amat kecil. Selain daripada di Muslim Village, kebanyakan mereka adalah dari kalangan peniaga yang datang daripada daerah-daerah lain diseluruh Thailand seperti Narathiwat, Yala, Krabi dan sebagainya.
ZBA bersama mereka yang merupakan 2 dihadapan ialah migran daripada Pattani dan dibelakangnya penduduk kelahiran tempatan.
Kebanyakan pembaca seringkali bertanyakan tentang Masjid.  Itu soalan lazim apabila hendak kesesuatu tempat.  Natijahnya kerana ada Masjid adanya makanan halal. Tidak dinafikan orang Islam akan membina penempatan disamping membina Masjid sebagai rumah ibadah.  Juga tidak ketinggalan di Koh Samui. Terdapat beberapa buah kedai makan yang menjual makanan Islam.  Dikawasan perumahan mereka terdapat gerai-gerai kecil menjual kueh-mueh, nasi dagang, nasi kerabu dan bermacam-macam juadah masakan ala Kelantan.  Manakala dihadapan Masjid Nurulihsan terdapat dua buah kedai yang menyajikan makanan Islam mengikut selera masakan Pattani. 
Uniknya masakan petani kerana pedasnya. Kuahnya cair seperti asam pedas tetapi pedasnya sehingga bermandi peluh.  Masak lemaknya pekat dan terung menjadi campuran wajib.  Ikan kering sebagai pembuka selera.  Tapi kalau tak ada sambal belacan beserta mentimun dan kacang panjang itu belum lagi melengkapkan hidangan.  dalam bahasa Thai yang mudah disebut "Aroi khap".
Sebuah lagi kedai makanan yang terdapat disini ialah kepunyaan Ustaz Nik Abdul Rahman yang terletak dikanan semasa kita mengadap kearah Masjid.  Beliau juga menyediakan masakan Melayu Pattani yang sedap dan murah. Ustaz Nik ialah seorang yang berpendidikan Agama daripada Pattani dan isteri beliau seorang Ustazah yang mengajar Al-Quran di Malay Village. Orangnya senang diajak berbual dan peramah. Bertutur Melayu dengan fasih dan mempunyai ramai kenalan daripada 1M yang sama-sama menuntut di Pattani satu ketika dulu.
Satu lagi yang terkenal dan diketahui ramai oleh para pelancung ialah "Restoran Malayu  Samui Seafood". Terletak dalam sebidang tanah seluas 1/8 ekar dihujung Malay Village.  Selain restoran tuan punya restoran  juga mengediakan beberapa buah chelat yang lengkap dengan penghawa dingin untuk disewa. Harga bagi semalaman penginapan ialah B450.  
Makanan di Restoran Malay Seafood      sebenarnya       adalah   
masakan Thai dan bukannya masakan Melayu Pattani.  Dua sajian yang berbedza begitu juga dengan harga yang dikenakan. Harga makanan disini agak mahal jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain. Contoh, sepinggan Khao Phat (Nasi Goreng) ialah B80 begitu juga dengan masakan goringan yang lain. Purata seorang makan ialah sekitar RM 12-15.00. Tapi kita masih mengatakan "murah" jika dibandingkan dengan 1M.
Secara keseluruhan, masakan Thai adalah masakan rebus (Thoom) dan banyak menggunakan bawang dan cili padi.  Mereka makan secara berkuah dan biasanya tidak dihidangkan bersama minuman. Tetapi telah menjadi lumrah bagi orang-orang Melayu akan memesan air minuman sekali dan meminum selepas makan. Satu hebit yang tidak baik dan akan memudharatkan perut apabila telah berumur.  Wallahwaalam.
                                                               Kerbau "Balar" Jantan

Tulisan ini berdasarkan temubual ZBA dengan penduduk setempat  
"Malay Village"





























1 comment:

  1. Assalamualaikum...saya pelajar universiti..saya perlu membuat survey tentang perkampungan nelayan melayu muslim di koh sumai ni..kami nak buat aktiviti kebajikan disana..so saya nak minta bantuan baik encik untuk dapatkan informasi tentang tempat ni contohnya nombor telefon penduduk yang boleh dihubungi etc..harap encik dapat membantu kami..terima kasih.

    ReplyDelete