Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
Assalamualaikum,
Assalamualaikum,
Kepenatan semalam masih terasa sebaik tiba di DMIA daripada Davao, ZBA terus menuju Manila dengan menaiki bus dari Dau Terminal, Angeles City ke Ayala City Makati, Manila. Perjalanan mengambil masa 1.5 jam dengan harga tambang serendah Php 150. Melalui lebuhraya dua lorong yang selesa dan selamat. Dari Angeles City kita dihidangkan dengan pemandangan kawasan sawah padi yang menghijau, kawasan perusahaan, ladang ternakan dan tanaman kontan sepanjang perjalanan. Apa yang menarik pemanduan di lebuhraya Phillippnes dilihat lebih selamat dengan pemanduan yang berhemah dan bertatatertib. Tiada kelihatan "Mat Setan" sebagaimana disebuah negara lain yang terkenal dengan kematian dijalanraya yang tertinggi di Asia.
Kota Manila sekarang bukan lagi kota Manila dulu tetapi semenjak buat kali ketiga disini, ZBA masih ingat dan wajahnya berubah sekali. Dari sebuah kota yang dahulunya agak kotor berubah menjadi bersih dan teratur. Jejambat dan terowong disana sini melancarkan kenderaan dijalanraya serta bangunan-bangunan pencakar awan tumbuh disana sini. Pernah disatu ketika di Dumagete, ZBA dikejudkan dengan satu perbualan ringkas dengan seorang teman jalanan. Katanya "You're very lucky your PM is very good and intelligent compare with us our Presiden is an actor". Tapi selepas 10 tahun ungkapan diatas telah berubah sama sekali. Ketika itu pertukaran RM dengan Peso (Php) ialah 1RM bersamaan dengan Php 6.5 tetapi kini 1 RM bersamaan dengan Php 7.9. Rupanya ekonomi Philippines telah berkembang sejajar dengan pembangunan mereka.
NegaraKu berbangga dengan dua buah batu nisan tercacak tanpa memberi makna kepada peribumi Melayu, tetapi Manila berbangga dengan Kota Metropolitannya. Pusat membeli belah Robinson, SM Mall dan berbagai lagi dimerata-rata. SM Asia Mall merupakan mall yang terbesar pernah dibina sebagai pusat membeli belah terunggul di Metropolitan Manila.
Sesampai di Manila, ZBA terus check-in di Pension GH di Malate. Sebuah PH yang cantik dan kemas dengan harga yang berpatutan. Setapak dengan Rizal Park, Manila Bay dan Robinson Complex. Juga seinci dengan pusat hiburan seakan-akan Angeles City. Kawasan ini juga merupakan sebuah kawasan yang ramai penganut Islam. Terdapat dua buah Masjid dan beberapa restoran makanan Islam.
ZBA tidak melepaskan peluang, sebaik mandi dan berehat sebentar terus keluar untuk merayap. Destinasi pertama ialah Manila Bay kerana kawasan ini amat sesuai berehat bagi menerima tiupan angin laut yang segar dan bersih. Sebagaimana dijangka tengahari ini cuaca amat baik sambil merasai keenakan Philippines Mango dan mengacu-acukan Canon DSLR untuk merakamkan sesuatu yang terbaik.
Ada dua perkara untuk dilihat disini. Pertama kedaifan kehidupan pelarian yang tinggal dan makan di Teluk Manila. Kedua, menyaksikan gelagat mundar mandir minah-minah yang comel bersama pasangan atau solo. 'Mengata orang paku serpih, mengata orang aku yang lebih'. Mungkin itu dihati kecil sesetengah dari pembaca. Hakikatnya, secara kebetulan terdapat sebuah keluarga besar yang berasal dari Puorte Princess sedang mengambil gambar bersama kereta kuda. Dijemputnya bersama ZBA yang secara kebetulan megah dengan DSLR ditangan. Sebagai kaki rayap, orang berbudi kita berbahasa. Antara segan dan malu, apalah salahnya jika itu permintaan mereka.

Ini juga di Teluk Manila pada sore petang. Lain pula daripada cerita diatas. Tapi ini mungkin special. Jangan salah anggap, bukan special kerana kecantikan beliau tetapi special kerana minat beliau dalam bidang pengembaraan "Women Backpacker". Belum pernah ZBA alami pengalaman begini dari wanita-wanita Asia yang merayap seorang diri. Semuanya paling kurang berdua, bertiga dan berempat. Itu pun di beberapa negara sahaja yang pernah ZBA ketemui sebelum ini. Selebihnya semua pelancung orang kaya dengan gelagat dan ego masing-masing.
Senyuman manis wajah kenalan ini sememangnya memikat sesiapa sahaja yang bergelar lelaki. Lebih manis dari madu dan gula. Tapi awas setiap madu ada racun dan setiap racun ada penawarnya. Beliau bukan sepadan kita dan ZBA bukan setandingnya. Ibarat kalau kail sejengkal, jangan dicuba lautan yang dalam. Bukan kepalang dan calang tetapi ia adalah "Women Backpacker" solo yang satu-satunya pernah ZBA ketemui dan berbual, berbincang tentang pahit manis kisah-kisah pengembaraan jalanan. Orangnya peramah dan pintar berbicara. Berpengalaman luas serta berketerampilan. ZBA amat menghormati pengalamanya mengembara dijalanan secara solo untuk melihat sebuah kehidupan dialam maya. Bagi ZBA beliau juga adalah dari kalangan yang menghayati Ayat Al-Quran, Surah Al-Ankabut Ayat 20. Didoakan agar pengalaman beliau dapat diabadikan bagi jenerasi seterusnya dan semuga beliau sukses selalu.
Kenangan dari pengalaman. Kedua-duanya membuatkan kita lebih berhati-hati. Walau bagaimana pun Agama itu adalah pelindung sebenar. ZBA nukilkan ini untuk tatapan pembaca. Kisah benar dari orang yang ikhlas.
Suatu masa bertempat di Kuala Lumpur Central diNegara 1M. Waktu dan ketika kurang kepastian. Satu kisah memalukan dan pada ZBA diistilahkan sebagai sikap kurang ajar yang melampau kepada seorang tetamu. Jijik dan amat memalukan. Itu cerita solo women backpacker daripada Indonesia kepada ZBA. Persolananya kenapa beliau yang menjadi mangsa pilihan, sedangkan ribuan pelancung luar saban hari melintasi ditempat yang sama. Pelancung wanita kulit putih lebih bersifat terbuka jika kita imajinasikan mereka sebagai apa yang mereka kehendaki.
Pembaca budiman khususnya kaum wanita, apakah perasaan anda jika anda berada disebuah negara luar anda diajakpaksa melakukan gangguan seksual. Pelaku dengan tidak bermaruah menunjukan kunci hotel berbintang lima dan mengajak anda disana.
Pelaku digambarkan sebagai iras-iras berbangsa Pakistani tetapi sebagai raayat diNegara 1M, ZBA rasa bertanggungjawab dan ingin menasihati agar maruah kita tidak dicemarkan lagi oleh bangsa yang digelar sebagai pendatang. Jika mereka ingin bergelar binatang bukan disini tempatnya tetapi nasihatkan mereka pulang dan menjadi babi dinegara sendiri.
Oh ya, mungkin ramai yang tertanya siapa sebenarnya gerangan Solo Women Bacakpacker yang mempunyai semangat kental yang ZBA maksudkan. Potretnya diatas. Namanya sengaja dirahsiakan. Berasal daripada Solo, Indonesia. Seorang karyawan dan berkhidmat sebagai Prof. (Pensyarah) dalam bidang Hukum (Perundangan) disebuah Universiti terkenal di Solo. Mempunyai suami dan 3 anak yang comil dan manis.
Dikesempatan blog ini ingin ZBA maklumkan serba sedikit bahawa, Philippines disatu ketika dulu khususnya di Selatan (Mindanau), adalah daerah kepunyaan majoriti Umat Islam. Ramai patong-patong yang menggambarkan kepahlawanan mereka menentang penjajah Sepanyol dipahat dan diabadikan di Rizal Park, Manila. Dua gambar disini adalah sebahagian daripada mereka. Namun kerana tipu daya, helah, perebutan kuasa dan sebagainya kini mereka merempat dan dibumi sendiri.
Dikesempatan masa ZBA akan mengunjungi mereka saudara semuslim di Zamboanga dan Catabato kelak. Insyaallah, realiti dari kehidupan mereka akan dipaparkan nanti. SALAM
Perjalanan selama 10H/9M berahir. Dari Kuala Lumpur ke Clark Pampanga ke Davao balik ke Clark Pampanga ke Manila balik ke Clark Pampanga ke Kalibo ke Boracay balik ke Clark pampanga dan pulang ke Kuala Lumpur. Di KL hati dan perasaan aku bertambah semak dengan paparan media keparat berhubung politaik dan ahkit Febuari 13, ZBA akan ke HCMC.
IMMERSE YOURSELF
TO THE BEAUTY OF NATURE
My Previous Blogs : http://www.zainaltobiaktravel.blogspot.com
No comments:
Post a Comment