Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
Assalamualaikum,
Cuaca petang yang panas ZBA menanti penerbangan kami berikutnya dari DMIA ke Davao City Mindanau. Sebuah kepualauan nun jauh di selatan Philippines. Merupakan pulau yang kedua terbesar. Asal usulnya sebuah kepulauan yang didiami oleh penduduk Islam di Philippines sehinggalah migrasi besar-besaran oleh penduduk kristian yang menyebabkan daerah ini bergolak sehingga kini.



Landmark Davao City ialah Durian dan berikut gambar- gambar disekitar Davao International Airport. Cebu Pasifik ialah penerbangan tambang murah Philippines
Davao bandar kedua terbesar di Philippines dengan kepadatan penduduk seramai 1.4k. ZBA menjejaki kaki ke bumi Davao tepat jam 4pm waktu tempatan setelah menempuh perjalanan selama 2.05 jam dengan penerbangan PQ 7023 daripada DMIA. Perjalanan hari ini amat baik dengan cuaca panas dan sekali sekala menempuh awan hitam dan kabus tebal. Sebelum mendarat kami seolah olah diberi peluang oleh juruterbang dengan membawa melintasi bandar Davao yang cantik ditepian pantai yang melengkong dengan ketinggian kurang daripada 2,000 kaki.
Setiba di DIA kami hanya berbaki 1 jam sebelum senja kerana Davao akan gelap seawal jam 5.45pm. ZBA terus keluar daripada terminal dan berjalan mendaki bukit lebih kurang 100m bagi mendapatkan kenderaan ke pusat bandar Davao dari jalan utama. Ini bukan bermakna tiada teksi yang boleh disewa terus kepusat bandar yang jaraknya cuma 7km dari DIA tetapi kami "backpacker" manalah ada duit dan terpaksa berkedekut untuk meneruskan kesinambungan bagi perjalanan seterusnya.
Tambang dengan teksi ialah Php 250 daripada DIA dan jika dijalan besar sana cuma Php 150 atau pun menggunakan meter dalam lingkungan Php 170. ZBA memilih kenderaan awam Jeepney laluan Panacan via Buhangin (Abreeza-Victoria Plaza-Landeo-G Mall-DIA) dengan bayaran Php 16. Itu sahaja yang kami mampu bayar dan jeepney juga mengambil masa kurang daripada 45m. Kami menginap selama 3H/2M di My Hotel Davao yang letaknya ditengah-tengah bandar Davoa. www.myhoteldavao.com.
Disepanjang perjalanan menuju Davoa, pembaca akan dapat melihat bagaimana sebuah kehidupan disebuah negara yang masih jauh dari arus pembangunan. Dikiri kanan jalan tidak ubah seperti perkampungan di Negara IM. Perkampungan dihiasi dengan deretan pepohon kelapa, mangga dan sebagainya mengikut lumrah negara khatulistiwa. Manakala ditepian jalan buah-buahan tropika seperti langsat, durian, manggis, mempelam, limau bali dijual dengan banyak sekali. Rumah-rumah mereka masih ada yang diperbuat daripada buluh dan beratapkan rumbia disamping rumah-rumah morden dilereng-lereng bukit. Kebanyakan penduduk masih terdedah dengan pertanian dan tidak kurang juga yang menjalankan perniagaan sebagai pendapatan sampingan.
Persekitaran keliling, Mall, Restoran, People's Park, Night Baazar, China Town, Sta Ana Pier, Bankerohan Market, Masjid dan Town Councel. Semua keperluan adalah dalam lingkungan jarak tambang Jeepney Php 8 bagi 3km pertama atau berjalan kaki. Secara kebetulan restoran makanan Islam cuma 50m daripada hotel. Alhamdulillah.

Malam pertama di Davao kami tidak kemana-mana cuma selepas makan malam berehat dan berlengkor kata orang Parit. Pagi besoknya kami bercadang melawat Samal Island.



Makanan segera "Fast Foods" yang tertera Logo Halal yang sememangnya lebih menyakinkan daripada Logo Halal yang bermacam-macam di Negara 1M.


Subuh pagi sebaik selepas solat subuh kami meneruskan pengembaraan ke Samal Island. Menaiki Jeepney (Road No 10) dengan bayaran Php 8. Kami turun di Magsaysay Park untuk mendapatkan perkhidmatan bus ke Caliclic dan Babak District. Sebenarnya ada tiga cara untuk memasuki Samal Island daripada Davao City. Pertama melalui Sta Ana Wharf dimana pengangkutan motorboat membawa penumpang ke Kaputian dan Talikud Island.
Landmark Davao City ialah Durian dan berikut gambar- gambar disekitar Davao International Airport. Cebu Pasifik ialah penerbangan tambang murah Philippines
Setiba di DIA kami hanya berbaki 1 jam sebelum senja kerana Davao akan gelap seawal jam 5.45pm. ZBA terus keluar daripada terminal dan berjalan mendaki bukit lebih kurang 100m bagi mendapatkan kenderaan ke pusat bandar Davao dari jalan utama. Ini bukan bermakna tiada teksi yang boleh disewa terus kepusat bandar yang jaraknya cuma 7km dari DIA tetapi kami "backpacker" manalah ada duit dan terpaksa berkedekut untuk meneruskan kesinambungan bagi perjalanan seterusnya.
Disepanjang perjalanan menuju Davoa, pembaca akan dapat melihat bagaimana sebuah kehidupan disebuah negara yang masih jauh dari arus pembangunan. Dikiri kanan jalan tidak ubah seperti perkampungan di Negara IM. Perkampungan dihiasi dengan deretan pepohon kelapa, mangga dan sebagainya mengikut lumrah negara khatulistiwa. Manakala ditepian jalan buah-buahan tropika seperti langsat, durian, manggis, mempelam, limau bali dijual dengan banyak sekali. Rumah-rumah mereka masih ada yang diperbuat daripada buluh dan beratapkan rumbia disamping rumah-rumah morden dilereng-lereng bukit. Kebanyakan penduduk masih terdedah dengan pertanian dan tidak kurang juga yang menjalankan perniagaan sebagai pendapatan sampingan.
Persekitaran keliling, Mall, Restoran, People's Park, Night Baazar, China Town, Sta Ana Pier, Bankerohan Market, Masjid dan Town Councel. Semua keperluan adalah dalam lingkungan jarak tambang Jeepney Php 8 bagi 3km pertama atau berjalan kaki. Secara kebetulan restoran makanan Islam cuma 50m daripada hotel. Alhamdulillah.
Malam pertama di Davao kami tidak kemana-mana cuma selepas makan malam berehat dan berlengkor kata orang Parit. Pagi besoknya kami bercadang melawat Samal Island.
Gambar dipersekitaran Davao Town Councell
Kedua daripada Sasa Km 11 Wharf boat membawa penumpang menyeberangi selat sejauh 4Nm dalam masa 20m dengan bayaran Php 15 dan ketiga, jalan yang kami pilih. Kami memilih Island City Express Bus daripada R. Castillo & Cabaguio St. (Satellite Terminal) terus ke Babak District tanpa berhenti dan menggunakan perkhidmatan perantaraan kelokasi tujuan. Tambangnya Php 50 bagi satu perjalanan yang mengambil masa kurang daripada 1jam. Senang dan selisa.
Samal Island sebenarnya indah perkyabaran dan publisiti dari rupa sebenar. Pulaunya kelihatan masih perkampungan dengan tanaman kelapa dan pertanian kontan lain sebagai sumber pendapatan penduduk. Pengangkutan utama ialah motoricksow yang boleh membawa dua penumpang bagi sekali perjalanan kecuali yang agak morden ialah pengangkutan Bus Island City Express dari Davao City.
Dalam perjalanan pulang kami singgah di Magsaysay Park untuk melihat pasar buah-buahan. Wooh, memang menakjubkan. Sememangnya first class durian berada disini disamping buah-buahan tropika yang lain. Kelihatan digambar sekumpulan Phillipines Muslim yang berasal daripada Zamboanga sedang menikmati keenakan durian di Magsaysay Fruit Park.
Tamron lens 18-200m ditarik dekat dan ternyata itu adalah binatang ternakan untuk jualan. Dalam hati ZBA, walaupun ia binatang kenapa harus disiksa begitu sedangkan dia juga makhluk Allah. Rupa-rupanya ia dikenali sebagai Babi oleh penduduk tempatan dan disebuah negara lain dikenali dengan nama Khinzir. Rupa-rupanya walau apa pun panggilan, ia tetap babi.
Dari Magsaysay Park kami beredar ke Davao China Town yang terletak bersebelahan jalan. Kawasannya merangkumi 3 jaluran jalanraya di kenali sebagai Sta Ana Avenue, Montervaide Ave. dan Magsaysay Avenue sepanjang lebih kurang 1.5 km panjang. Manakala jaluran lebarnya ialah Hospital Avenue dan Bangoy Ave selebar 0.5 km menjadikan kawasan China Town tidak kurang daripada 1 km persegi. Dengan namanya China Town, ini bermakna majority dikawasan berkenaan aktiviti perniagaanya adalah milik kaum China. Apa yang ada, keadaan ini sama dengan di negara 1M dimana kaum China sebagai taukeh dan kaum peribudi sebagai kuli batak. Tetapi sedikit membanggakan kerana ramai juga kaum peribumi Malay yang berugama Islam khususnya kaum wanita menjalankan perniagaan di China Town. Tidak perlu disebut, Davao China Town juga semuanya boleh didapati disana kecuali ibu dan bapa.
Pemandangan Indah Magsaysay Park, Sta Ana Avenue dan Davao China Town
ZBA merasa sebak melihat laluan untuk masuk ke Masjid Piapi. Siapa percaya tetapi inilah hakikat sebenarnya. Dari jauh Masjid kelihatan gah tetapi apabila mendekatinya amat sukar untuk mencari jalan masuk. Ratusan rumah-rumah tampal dikeliling Masjid bukan saja Muslim tetapi berbagai agama. Tiada seinci pun tanah dan ruang kosong yang dinamakankan tempat untuk keselesaan disini.
Setiap tempat didunia mempunyai budaya yang tersendiri dan tidak ketinggalan di Davao. Berbagai fastivals akan dirayakan apabila tiba masa dan waktu sesuai dengan perayaan tersebut. Kepada pembaca yang berminat kepada seni budaya, jangan lupa atau ketinggalan pesta Araw Ng Babaw pada setiap Mac 16. Kadayawan setiap tahun minggu ketiga bulan August dan Pasko Fiesta pada aklhir bulan Desember setiap tahun.
No comments:
Post a Comment