Assalamualaikum,
Raayat NegaraKu cukup sinonim dengan Hadyai tetapi tidak mengetahui dimana Songkhla. Sebenarnya Hadyai adalah dibawah pentadbiran Songkhla sebagai daerah termaju diselatan Thailand. Songkhla terletak 28 km daripada Hadnyai dengan tambang Van B28 seorang. Hadyai yang merupakan sebahagian daripada Tanjung ditepian Teluk Siam dan mengadap Laut China Selatan. Mempunyai sistem jalanraya dua lorong yang amat selisa untuk pemanduan.
Terkenal dikalangan pelancung barat sebagai pantai untuk bersantai dan mandi manda. Semasa era kerajaan Thailand kuno, Songkhla amat terkenal dan menjadi tumpuan pedagang . Oleh yang demikian tidak hairanlah disini terdapat 3 suku kaum terbesar sebagai pemastautin tetap seperti Thai, Melayu dan China sehingga hari ini.
Terkenal dikalangan pelancung barat sebagai pantai untuk bersantai dan mandi manda. Semasa era kerajaan Thailand kuno, Songkhla amat terkenal dan menjadi tumpuan pedagang . Oleh yang demikian tidak hairanlah disini terdapat 3 suku kaum terbesar sebagai pemastautin tetap seperti Thai, Melayu dan China sehingga hari ini.
Pantai terkenal di Songkhla dikenali sebagai Samila Beach dan Chalatat Beach. Selain daripada itu terdapat beberapa tempat tumpuan pelancung seperti Songkhla Aquarium, Royal Pagoda Hill (Tang Khuan Hilltop), Chinese Culture Area, Muslim Culture Area, Songkhla Museum, Zoo, Golden Mermaid Statue disamping Fresh Market Street. Disini ZBA akan highlight dua sahaja yang ZBA fikirkan memberikan manfaat kepada pembaca.
Kampong Air Muslim Thai Songkhla
Fresh Market Songkhla adalah satu-satunya pasar dimana pembaca boleh mendapatkan barangan keperluan seharian dengan harga yang amat murah seperti sayur-sayuran dan ikan basah. Teringat ZBA semasa zaman kecil didaerah perkampungan "Tobiak" (Kampung dimana ZBA lahir dan dibesarkan) kami sebagai penduduk kampung mendapatkan makanan-makanan daripada sumber alam bagi meneruskan kesinambungan bertarung untuk hidup. Al-maklum ketika itu zaman enampuluhan, jarang sekali kami dapat menjamah masakan ikan laut dan sayur-sayuran seperti sekarang. Tiba-tiba sekarang di Songkhla Market semua kenangan lama dan barangan itu masih dijual dan masih mendapat sambutan. Tergenang air liur untuk merasai keenakanya. Tapi apakan daya periok 1M tidak sama dengan periok Thailand.
Jika pembaca kaki penggemar ikan kering, sila ke Chalatat Beach disebuah perkampungan nelayan Muslim Thai bernama Kao Seng Fishing Village setiap hari jam 3pm. Ikan kering daripada semua jenis maknika ikan terdapat disana. Harga yang ditawarkan amat murah dengan kualiti ikan yang segar bugar.
Tong Khuan Hilltop. Merupakan kawasan berbukit tertinggi di Songkhla. Diatasnya dibina sebuah Wat Siam yang dikenali sebagai "Royal Pagoda". Malang semasa ZBA kesini hujan dan kawasan sekelingnya berkabus. Jika tidak pembaca akan dapat menikmati keseluruhan keindahan bandar Songkhla daripada ketinggian 170 meter dari paras laut. Diutaranya pelabuhan dan pantai Samila, bandar Songkhla dibarat, selatannya pantai Chalatat dan perkampungan Kao Seng dan ditimurnya Teluk Siam yang mengadap terbentang Laut China Selatan.
Untuk sampai ke ketinggian 170 meter dan berada dipuncak Royal Pagoda, pembaca disedikan dengan sebuak lif yang ditarik melereng bukit setiap 3 minit naik dan turun. Bayaran yang dikenakan ialah B30 bersamaan RM 3.00. Perjalanan mengambil masa 3 minit dengan muatan 15 orang bagi perjalanan sehala. Ketika musim cuti sekolah dan cuti umum kemungkinan masa menunggu boleh mencecah 30 minit samaada untuk turun atau naik.
Samila Beach Songkhla
Pengembara Jalanan di Golden Marmaid Songkhla Beach
Gambar-gambar sekitar Samila Beach. Ombak ganas menghempas pantai dengan hujan renyai-renyai.
Sebelum pulang semula ke Hadyai ZBA sempat makan tengahari di sebuah restoran sederhana di perkampungan Islam Thai Kao Seng. Makanan mereka seiras dengan masakan orang-orang Pahang. Sedikit manis dan asam -asam. Walau bagaimana pun masakan yang berunsurkan sea food atau ikan sememangnya berada dalam kelas pertama. Maksudnya tiada ikan semalam untuk besok. Semuanya fresh daripada laut. Pagi datang, jual habis dan besok tangkap lagi.
Harga sekilo ikan tenggiri ialah RM 13.00. Siakap laut RM 7.00. Lala besar RM 2.00. Kerang RM 2.00. Siput sungai RM 2.00 dan lain. Amat murah jika dibandingkan dengan NegaraKu.
Lepas makan kami melangkah kembali ke Hadyai.
WELLCOME TO SONGKHLA
No comments:
Post a Comment