Tuesday, January 1, 2013

HADYAI PARK GONDOLA

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,


Merayap  akan diteruskan.  Apa pun terpaksa terlebih dahulu menukar hotel penginapan.  Oleh yang demikian, Insyaallah petang nanti kami akan melawat satu tempat tarikan baru di Hadyai di kenali sebagai Hadyai Municipal Park.  Sekali lagi bargin hunter dengan pemandu tuk-tuk untuk mendapatkan harga termurah. 

Hadyai Park Cable Car

Alhamdulillah kali ini kami dipertemukan dengan seorang pemandu tuk-tuk yang juga Muslim Thai. Tolak tarik dengan macam-macam alasan akhirnya kami mempersetujui untuk ke Hadyai Municipal Park dengan bayaran B350 (RM 35.00) tanpa had masa berada disana.

Kami memulakan perjalanan dari Hadyai dan sampai disana sejam kemudian.   Hadyai Municipal Park terletak 15km dan tiada kemudahan kenderaan awam kecuali dengan menyewa tuk-tuk.  Perjalanan pada awalnya adalah melalui kawasan bandaran Hadyai dan bagi 5 km terahir baharulah kita akan dapat melihat sebuah bukit dan diatasnya tersergam sebuah patong buddha bewarna kuning.  Dari tepian jalan besar yang juga merupakan laluan utama ke Songkla, kenderaan akan mula membuat pendakian dan melalui selekoh tajam untuk sampai di kemuncaknya.


Diperhentian bawah dimana tempat untuk memulakan pendakian menaiki  Gondola ke atas bukit, terdapat sebuah Wat Siam  (Berhala untuk penganut Buddha) yang patongnya dibina mengadap kearah bandar Hadyai.  Jika cuaca terang kemungkinan bandar Songkla yang berada dalam lingkungan jarak 20 km boleh dilihat dengan jelas dari sini.

Gondola di Hadyai Park tidaklah sepanjang dan secanggih di Langkawi atau di Genting Highland di NegaraKu atau di Jungfrau Switzeland.  Walau bagaimanapun kerana minat ZBA kepada kenderaan udara, sudah pasti peluang keemasan  ini tidak dilepaskan begitu sahaja.
Hadyai Municipal Park Gondola Station


Sedikit tentang Hadyai Gondola.  Terletak diketinggian sekitar 200m daripada paras laut dan agak mendatar diantara dua stesyen.  Di stesyen pertama dibina sebuah Wat Siam dan di kemuncak atas juga dibina sebuah Tokong.  Agak pelik kerana diatas ialah sebuah Tokong Hindu yang pengasasnya dikenali sebagai Simon Krishnan.



Gadis Thai dengan senyuman manis dan  Patong Hindu Gajah Putih  




Jarak diantara kedua stesyen lebih kurang 150m dan perjalanan bagi satu hala mengambil masa 5 minit dengan bayaran B100 (RM 10.00) pada paras ketinggian 80m.  Hadyai Gondola cuma mempunyai dua buah gondola berulang alik silih berganti.  Gondola pertama dan kedua akan berhenti serentak didua stesyen yang berasingan disetiap kali beroperasi.  Setiap satu gondola boleh memuatkan 8 penumpang bagi satu perjalanan naik dan turun.

Semasa dipuncak ZBA sempat berkenalan dengan pesyarah-pesyarah muda dari NegaraKu.  Mereka juga dalam rangka lawatan  ke Hadyai yang mana sebelum ini dikenali sebagai "Syurga Seks bagi kaum lelaki".

Wajah-wajah manis dengan senyuman masing-masing.
Pemandangan Masjid Besar Hadyai di Municipal Park Hill Hadyai.

ALLAHHUAKBAR


No comments:

Post a Comment