Assalamualaikum,
Perasaan jemu bertambah resah. Malam menjelang tiba. Pesawat AA penerbangan PQ 7005 ke Kalibo masih menanti clearence daripada ATC. Penumpang telah 1 jam berada didada pesawat menanti dengan penuh resah. Tetapi walau bagaimanapun ZBA mengangkat tabik kepada juruterbang pesawat yang memaklumkan kelewatan dengan penuh berhemah. Dari hati yang panas kembali sesejuk air dikali.
Kini setelah 1.15 jam berlalu juruterbang memaklumkan bahawa kami dibenarkan berlepas. Kenapa ini harus terjadi !. Rupa-rupanya benar kata juruterbang. Kalibo Airport adalah sebuah lapangan terbang yang kecil tetapi mempunyai jumlah pendaratan dan pelepasan pesawat yang sibuk sepanjang hari. Mereka cuma mempunyai 4 bays meletak pesawat dalam satu-satu masa. Ini bermakna jika 4 bays telah dipenuhi pesawat, pesawat yang bakal datang harus menunggu sehingga berlakunya pelepasan dan adanya kekosongan barulah dibenarkan pesawat seterusnya berlepas atau mendarat.
KIA (Kalibo International Airport) adalah satu-satunya lapangan terbang di Pulau Panay yang boleh menampung pendaratan pesawat sebesar Airbus 320. Sebagai alternatif terdapat sebuah lagi lapangan terbang yang terdekat dan berhampiran Boracay. Dikenali sebagai Caticlan Airport tetapi hanya untuk pendaratan pesawat kecil khususnya dari jenis injin turboprop. Oleh yang demikian tidak hairanlah KIA menjadi pintu utama penerbangan keluar/masuk penumpang yang ingin bersantai di Boracay. Kelebihan KIA juga kerana terletak 67 km sahaja dari Boracay diutara dan dihubungkan dengan sistem tranportasi yang baik serta masa untuk sampai kesana cuma 1 jam perjalanan.
Tambang untuk ke Boracay dari KIA adalah secara package berharga Php 300 pp terus kepintu hotel di Boracay. Sementelahan jika pembaca ingin bermalam di Kalibo, sebenarnya tiada apa yang menarik kecuali semasa Perayaan Ati-Atihan yang diadakan pada bulan Januari setiap tahun. Dua buah hotel ZBA cadangkan kepada yang ingin bermalam di Kalibo. RB Lodge ditengah-tengah bandar Kalibo dan Marzon Hotel, 1 km daripada KIA.

Kalibo City. Terletak 2 km daripada KIA. Untuk sampai ke Kalibo pembaca cuma mempunyai empat pilihan kenderaan. Pertama dengan bus/van terus ke Boracay melalui Kalibo City. Kedua, kereta sewa atau kenderaan sendiri dan ketiga dengan motorikshaw yang tertera tulisan "Kalibo Airport". Tambang Php 100 untuk perjalanan 2.7 km dari KIA.
Keempat juga dengan motorikshow tetapi pembaca harus keluar 70m daripada terminal dan menumpang mana-mana motorikshaw dijalan besar dengan tambang php 9 pp. Tetapi jika dari Kalibo City untuk ke KIA pula, motorikshaw boleh ditawar menawar dan paling tinggi bayaran yang dikenakan ialah Php 40 berdua. Perjalanan dikedua-dua hala mengambil masa kurang daripada 15 minit. Segala-galanya terletak pada kebijaksanaan kita dan budget perjalanan yang dirancang.
Gambar-gambar sekitar Kalibo City yang dirakamkan sehari selepas Perayaan Ati-Atihan.
Padi adalah tanaman utama disamping kelapa serta tanaman buah-buahan tropika. Harga barangan keperluan sederhana tinggi tetapi harga minyak petrol dan diesel sedikit mahal jika dibandingkan di Pulau Luzon. Stesen minyak majoriti dimonopoli oleh PETRON Philippines.
Penduduknya ramah dan mesra pelancung. 65% boleh berbahasa Inggeris ala ke Americano. Bahasa ibunda ialah Tagaluq dan ramai juga mengamalkan pertuturan bahasa Cebuana. Bahasa tagaluq agak unik bagi ZBA kerana didalamnya sekurang-kurangnya 25% adalah dari perkataan Bahasa Melayu yang sama erti. Contoh, dua, empat, lima, sakit, tolak, susu, ikan haruan, talapia, tenggiri dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun sebutan kepada perkataan tersebut agak terlekat. Ada bunyi, Jawa, Bugis dan paling mirip ialah dari pertuturan orang-orang Sabahan. Ingatan. Susu, perkataan agak sensitif. DiNegaraKu susu untuk diminum tetapi disana "Susu" bermaksud "Buah Dada". Oleh yang demikian jangan pula ada diantara pembaca tersasar bahasa meminta menyebut "memegang susu, susu besar, susu putih dan sebagainya khusus semasa berhadapan dengan kaum wanita.
Sebelum kita bertolak ke Boracay, ZBA akan bawa pembaca sepintas lalu untuk mengenali serba sedikit tentang kehidupan masyarakat Islam yang tinggal di Kalibo City. Semuga paparan ini menjadi iktibar kepada semua umat Islam diseluruh dunia.
Jika pembaca meneliti kepada alamat di Panay Island tentu akan terpampang perkataan "Malay, Aklan". Jika diNegara 1M, Malay ialah Melayu yang dikatakan, Bangsa teragung didunia ?. Panglimanya anak Ali daripada Kelantan. Timbalan Panglima anak Nordin dari Kedah dan 2 pencacai terhormat anak Ali dari Selangor.
Begitu juga disana tetapi bukan sebagai bangsa teragung di Phillipnes malah dianggap sebagai peribumi di Kepulauan Mindanau satu ketika dulu tetapi telah disisih dari bumi Mindanau dan bertebaran diseluruh Kepulauan Phillipines. Sungguhpun demikian mereka adalah Malay "Melayu Islam Phillipines" (MIP) dari keturunan Kaum Melanau. Banyak dicatatkan dalam sejarah Phillipines tentang kehebatan dan kepahlawanan mereka.
Segelintirnya mereka berada di Kalibo dengan jumlah sebenar sekitar 1000 orang. Menjalankan perniagaan kecil-kecilan digerai-gerai sepanjang Veteran Ave dan North Roldan Street. Manakala penempatan mereka ialah di sebuah perkampungan di North Roldan Street off Roxas Evenue.
Terdapat sebuah Masjid yang serba dhaif dengan seorang Imam yang dikenali sebagai Saudara Abd Halim (Tel +639-197-506283) & email afiainc1423@yahoo.com. Beliau tinggal 20m daripada Masjid dalam sebuah keluarga yang sederhana besar. ZBA dapat mengenali beliau secara peribadi semasa pertemuan kami disatu sore petang. Semua maklumat terkandung diatas adalah dari sumber beliau yang sah. Kepada dermawan yang ikhlas ingin membantu pembangunan umat MIP bolehlah menghubungi beliau dialamat tercatat.
Hari ini hari selasa. Cuaca diramal panas hingga kepetang. ZBA mengorak langkah menuju Caticlan dan seterusnya Boracay.
Keempat juga dengan motorikshow tetapi pembaca harus keluar 70m daripada terminal dan menumpang mana-mana motorikshaw dijalan besar dengan tambang php 9 pp. Tetapi jika dari Kalibo City untuk ke KIA pula, motorikshaw boleh ditawar menawar dan paling tinggi bayaran yang dikenakan ialah Php 40 berdua. Perjalanan dikedua-dua hala mengambil masa kurang daripada 15 minit. Segala-galanya terletak pada kebijaksanaan kita dan budget perjalanan yang dirancang.
Gambar-gambar sekitar Kalibo City yang dirakamkan sehari selepas Perayaan Ati-Atihan.
Mubahay Kalibo
Kalibo City lebih merupakan bandar persinggahan semata-mata. Bandarnya sama dengan bandar-bandar lain di Philippines. Tiada bangunan tinggi melebihi dua tingkat kecuali hotel dan paling susah untuk mencari lanmark sebagai tanda panduan. Rumah kedai bercampur dengan rumah-rumah kediaman berselirak didalam bandar. Kebersihan agak sederhana dan terkawal. Kenderan utama ialah Motorikshaw dan bus (Ceres Bus Company) untuk perjalanan selesa keluar daerah. Padi adalah tanaman utama disamping kelapa serta tanaman buah-buahan tropika. Harga barangan keperluan sederhana tinggi tetapi harga minyak petrol dan diesel sedikit mahal jika dibandingkan di Pulau Luzon. Stesen minyak majoriti dimonopoli oleh PETRON Philippines.
Penduduknya ramah dan mesra pelancung. 65% boleh berbahasa Inggeris ala ke Americano. Bahasa ibunda ialah Tagaluq dan ramai juga mengamalkan pertuturan bahasa Cebuana. Bahasa tagaluq agak unik bagi ZBA kerana didalamnya sekurang-kurangnya 25% adalah dari perkataan Bahasa Melayu yang sama erti. Contoh, dua, empat, lima, sakit, tolak, susu, ikan haruan, talapia, tenggiri dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun sebutan kepada perkataan tersebut agak terlekat. Ada bunyi, Jawa, Bugis dan paling mirip ialah dari pertuturan orang-orang Sabahan. Ingatan. Susu, perkataan agak sensitif. DiNegaraKu susu untuk diminum tetapi disana "Susu" bermaksud "Buah Dada". Oleh yang demikian jangan pula ada diantara pembaca tersasar bahasa meminta menyebut "memegang susu, susu besar, susu putih dan sebagainya khusus semasa berhadapan dengan kaum wanita.
Sebelum kita bertolak ke Boracay, ZBA akan bawa pembaca sepintas lalu untuk mengenali serba sedikit tentang kehidupan masyarakat Islam yang tinggal di Kalibo City. Semuga paparan ini menjadi iktibar kepada semua umat Islam diseluruh dunia.
Jika pembaca meneliti kepada alamat di Panay Island tentu akan terpampang perkataan "Malay, Aklan". Jika diNegara 1M, Malay ialah Melayu yang dikatakan, Bangsa teragung didunia ?. Panglimanya anak Ali daripada Kelantan. Timbalan Panglima anak Nordin dari Kedah dan 2 pencacai terhormat anak Ali dari Selangor.
Begitu juga disana tetapi bukan sebagai bangsa teragung di Phillipnes malah dianggap sebagai peribumi di Kepulauan Mindanau satu ketika dulu tetapi telah disisih dari bumi Mindanau dan bertebaran diseluruh Kepulauan Phillipines. Sungguhpun demikian mereka adalah Malay "Melayu Islam Phillipines" (MIP) dari keturunan Kaum Melanau. Banyak dicatatkan dalam sejarah Phillipines tentang kehebatan dan kepahlawanan mereka.
Segelintirnya mereka berada di Kalibo dengan jumlah sebenar sekitar 1000 orang. Menjalankan perniagaan kecil-kecilan digerai-gerai sepanjang Veteran Ave dan North Roldan Street. Manakala penempatan mereka ialah di sebuah perkampungan di North Roldan Street off Roxas Evenue.
Terdapat sebuah Masjid yang serba dhaif dengan seorang Imam yang dikenali sebagai Saudara Abd Halim (Tel +639-197-506283) & email afiainc1423@yahoo.com. Beliau tinggal 20m daripada Masjid dalam sebuah keluarga yang sederhana besar. ZBA dapat mengenali beliau secara peribadi semasa pertemuan kami disatu sore petang. Semua maklumat terkandung diatas adalah dari sumber beliau yang sah. Kepada dermawan yang ikhlas ingin membantu pembangunan umat MIP bolehlah menghubungi beliau dialamat tercatat.
Hari ini hari selasa. Cuaca diramal panas hingga kepetang. ZBA mengorak langkah menuju Caticlan dan seterusnya Boracay.
MUHAMIN SALAMAT PO
No comments:
Post a Comment