Assalamualaikum,
|
Cara untuk kesini. Terbang daripada DMIA ke Kalibo atau Caticlan. Dari Kalibo ikut tour bus/van yang disediakan dari KIA. Tambang Php 300 pp satu hala perjalanan. Cara termurah, naik motorshaw ke Kalibo City 2.7 km cuma Php 9. Naik AC Ceres Bus ke Caticlan Ferry Terminal Php 107 selama 1 jam. 10 minit naik perahu Php 25 ke Boracay. Dari jeti Boracay naik lagi motorshaw Php 9 untuk destinasi hotel. Jumlah semua Php 150.
Oleh kerana Boracay sememangnya terkenal dengan kedatangan pelancung asing, bukan murah dan mudah untuk kita kesana. Sebagai ingtatan, pembaca akan dikenakan bayaran yang tidak sepatutnya malah sangat mahal. Sungguhpun tiket perahu murah tetapi ini tidak termasuk Terminal Fee berjumlah Php 200 pulang pergi dan bayaran Inviroment Fee Php 75 dari Caticlan ke Boracay. Pembaca tentu berketik dihati. Kenapa Bapak ZBA memilih jalan susah sebegini. Apa pun kritikan saya terima. Saya pengembara jalanan dan saya lakukan ini kerana ini cara terbaik untuk saya mengenali sebuah kehidupan. Juga tulisan ini atas pengalaman saya agar pembaca tidak menjadi hanya sebagai seorang pembaca mana-mana "Akhbar Harian" didunia yang banyak kepada publisiti dari realiti. Ini realiti. Realiti dari kaca mata pernulis yang bertujuan menyebarkan kebenaran dan bukan mencari keuntungan. Jauh sekali sebagai tempat mencari makan atau mencari nama sebagai publisiti murahan. Peluh dan keringat yang dikeluarkan bukan untuk dijual beli malah kearah menjaga kesihatan. Ilmu yang dicurah dan disebarkan untuk pengtahuan jenerasi bakal mendatang disamping aku mencari damai dihati.

Boracay "One of the best World's best beaches". Ini baru boleh dikatakan No 1. Tetapi ada sebuah negara menggelarkan Ianya sebagai 1M dan menjadi contoh terbaik serba serbi didunia. Bagai pungguk rindukan bulan. Insyaallah bulan Purnama menjelang tiba. Biar bulan yang menyinarkan cahayanya ke tubuh pungguk.
Boracay. Sebuah pulau kecil terletak dibahagian utara Pulau Panay. Pantainya berseh dengan pasir ibarat mutiara. Memanjang putih saujana mata memandang. Lautan membiru dan berubah bertukar warna mengikut kedalaman airnya yang berombak tenang mengadap lautan luas. Ribuan para pengunjung khususnya pelancung dan pengembara dari barat yang dahagakan kepanasan.
Sungguhpun kedatangan ZBA ke Boracay ialah hari Isnin tetapi ribuan pengunjung membanjiri pantai seolah-oleh hari bukan perhitungan untuk bersantai. Boracay sesungguhnya menggamit pelancung bukan kerana namanya Boracay tetapi kerana keindahan dan kecantikan semula jadi pantainya. Dari pengamatan ZBA, jika dikatakan kepadatan penduduk Boracay pada sesuatu malam ialah 10,000, ini bermakna 80%nya adalah pelancung luar dan berbakinya sebagai penduduk tempatan.
Boracay dibahagikan kepada tiga Sektor yang dikenali sebagai Sektor satu, dua dan tiga. Diantara ketiga-tiga sektor tersebut, sektor satu merupakan tumpuan pelancung paling ramai dan diikuti sektor-sektor dua dan tiga. Setiap sektornya ialah pantai yang memutih, melebar dan memanjang. Diantara gigian air ialah tempat bersantai kemudian dibina sebuah laluan pejalan kaki dan kemudian barulah Hotel & Resort disamping premis perniagaan dan restoran.
Kenderaan tidak dibenarkan sama sekali disemua laluan pejalan kali. Semua laluan yang boleh dilalui kenderaan ialah 100m atau lebih daripada pantai begitu juga tiada rumah persendirian dibenarkan dibina berdekatan pantai. Lihat bagaimana perancangan mereka demi menjaga kebersihan pantai dan memberi keselesaan kepada pengunjung dari gangguan persekitaran bandar. Pelancung bebas menghirup udara nyaman demi sebuah ketenteraman yang dicari. Sengaja dibawah ZBA abadikan gambar terbesar untuk kita menghayati apa yang terdapat di Boracay.
Agar tidak terlepas pandang kepada Saudara Muslim kita, ZBA paparkan sedikit keadaan mereka disini. Dari apa yang dimaklumkan, Boracay mempunyai sejumlah besar penduduk MIP sekitar 2,000 orang dan mereka tinggal didaerah Ambulong. Mempunyai sebuah Masjid yang cantik dan dapat dilihat dengan jelas dari Terminal Jetty Caticlan.
Mereka secara keseluruhannya terlibat dalam bidang peniagaan khusus yang berhubung kait dengan pelancungan. Memandangkan kesuntukan masa, ZBA tidak sempat untuk melihat sendiri bagaimana keadaan sebenar tetapi memadai dengan informasi dari dua gadis manis keturunan Melanau MIP dibawah. Potret dengan sebuah senyuman manis buat kenangan.
Keindahan dan kecantikan Boracay adalah dari imajinasi ZBA dari Canon DSLR dengan Tamron Len 18-200mm.
Boracay amat berketetapan bagi pasangan intim untuk berbulan madu. juga tidak ketinggalan pagi pasangan pensioner untuk menenangkan fikiran setelah puluhan tahun menjadi hamba kepada duit demi sebuah kehidupan.
Sehari suntuk dikepanasan Pulau Baracay dengan hembusan bayu yang berterusan, kini tiba masa untuk ZBA meninggalkan Boracay dalam ingatan. Berat sekali kaki melangkah keluar tetapi perjalanan masih jauh. Kami pulang melalui laluan yang sama datang dan kembali ke Kalibo untuk penerbangan ke DMIA. Insyaallah kita jumpa lagi di El-Nido Kepulauan Palawan melalui Puorte Princess.
MUBAHAY SALAMAT PO
No comments:
Post a Comment