Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
Assalamualaikum,
HCMC kota metropolis yang menggambarkan dua demensi pembangunan membezakan diantara lama dan baru. Pesat membangun selepas era perang dengan merujuk kepada jenis perniagaan tradisi dan trend morden terkini.
Vietnamese flag represent with Yellow means symbol of generosity and Red hardiness, bravery, strength and valour.
Selepas berahirnya perang Vietnam 1975, Saigon ibu negara Vietnam Selatan telah ditukar kepada Ho Chi Minh City (HCMC) dan Vietnam tidak lagi dikenali sebagai Vietnam Utara atau Selatan malah disatukan menjadi Vietnam dan beribunegarakan Hanoi. Hari ini HCMC berkembang dengan pesat dan merupakan diantara salah sebuah bandar syurga membeli belah terkenal di Asia. Di bahagiakan dengan 19 districts + 5 rurul districts dengan districts 1, 2 dan 3 ditengah-tengah HCMC sebagai pusat pentadbiran dan perniagaan bagi semua aktiviti-aktiviti harian.
Dari Kuala Lumpur ke HCMC adalah masa penerbangan yang menggembirakan. Apatah lagi jika cuaca cerah dimana dari ketinggigian 34,000K, kita akan dapat melihat keindahan bumi 1M, Selatan Thailand dan melintasi Teluk Siam kemudian kurang daripada 2 jam kita telah berada di landasan terbang antarabangsa Tan Son Nhat HCMC. Terletak keutara 6 km daripada district 1. Kepada pembaca yang mungkin pertama kali melawat HCMC, ZBA akan memberikan sedikit tips bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan kenderaan termurah dan menjimatkan.
Sebagaimana airport lain didunia, disini juga tidak kurang banyaknya penyangak yang sedang menunggu untuk membaham mangsa-mangsanya. Walau bagaimanapun seingatan ZBA, penyangak di negara 1M lebih teruk jika dibandingkan daripada ratusan airport yang pernah dilawati. Ingat. Kembali kepada blogs ZBA yang telah menerangkan segala-galanya. Kita mesti bersabar dan tidak tergopoh gapah untuk mendapatkan kenderaan kedestinasi tujuan. Banyak pilihan berdasarkan kemampuan disediakan dimana-mana lapangan terbang. Tetapi kepada yang berduit kenapa tidak kerana semuanya dihujung jari. Itu mereka tetapi yang ZBA maksudkan sekarang ialah KITA.
Sebenarnya semua tempat-tempat menarik di HCMC telah ZBA lawati beberapa tahun yang lalu semasa overlands daripada Macao ke Hong Kong Ke China, ke Vietnam, ke Cambodia dan ke Thailand. Tetapi pengalaman ini adalah khusus untuk pembaca yang ingin melawat HCMC secara termurah.
Tempat-tempat menarik yang menjadi tumpuan samaada kaki boros membeli belah atau kutu rayap ialah disekitar Ben Thanh Market, Le Loi Avenue, Dong Khoi Street, Nguyen Hue Street. Apa yang ZBA ingin maklumkan ialah untuk sampai kesini dari TSN Airport dengan menggunakan perkhidmatan Airport Bus yang murah dimana dan bagaimana untuk mendapatkannya. Perkhidmatan teksi sememangnya tidak perlu dinyatakan. Tambangnya diantara VNR 120,000-130,000 bermeter dan lumsum VNR 150,000 atau USD 7-8. Teksi mereka juga canggih. Jika pembaca telah menghabiskan VNR di HCMC, kita tidak perlu membuat pertukaran lagi untuk tambang teksi. Teksi mereka sedia menerima credit card. Canggih.
Airport Bus. Jangan terpedaya dan percaya dengan pembohongan "Ulat" yang mengatakan tiada perkhidmatan bas ke HCMC.
Sebenar terdapat bas diluar kanan bangunan terminal. Murah dengan syarat kita tidak membawa beg seakan orang mengerjakan Haji. Setakat 10 kg dengan satu beg sememangnya tidak menjadi masalah. Kalau lebih mungkin dikenakan bayaran tambahan VND 3,000. Masih boleh sebab tambang untuk satu hala perjalanan cuma VNR 5,000. Masa perjalanan kepusat bandar HCMC (District 1) kurang lebih 35 minit. Bus bewarna biru senantiasa menunggu diluar balai ketibaan dengan Number Pengenalan 152 bertulisan merah. Pembaca juga boleh menggunakan perkhidmatan yang sama sekiranya ingin kembali ke TSN Airport dari perhentian berhadapan Ben Thanh Market. Tips terkini. Semua pelancung asing dikenakan tambahan VNR 5,000 menjadikan VNR 10,000 seorang bagi satu hala perjalanan. Bagi kedua-dua hala sememangnya tidak menjadi masalah untuk mendapatkan perkhidmatan ini.
Kemudahan pengangkutan di HCMC. Ini bergantung kepada apa yang pembaca berminat serta kemampuan yang sedia ada. Berjalan kaki. Didalam District 1, semua tempat-tempat yang menarik perhatian pelancung adalah didalam jangkauan pejalan kaki. Kaki merayap semacam ZBA sememangnya tiada bermasaalah tetapi bagi yang ada kelas tersendiri, daily tours adalah pilihan yang tepat.
Teksi. Perkhidmatan teksi bermeter agak murah jika dibandingkan dengan negara sombong 1M. Tambang yang dikenakan ialah sekitar USD 0.7/1 km.
Bus. Bagi perjalanan kurang daripada 15 km didalam bandar, kadar tambang yang dikenakan ialah USD 0.3 atau bersamaan VNR 4,000-5,000. Tetapi pembaca harus terlebih dahulu mengenalpasti laluan berdasarkan kepada number-number tertera agar tidak tersasar laluan. Kebanyakan laluan bus akan berhenti di stesyen bersebelahan bulatan bertentangan dengan Ben Thanh Market.
Xe om (Sae Ohm). Motorbike Teksi. Murah tetapi harus pandai tawar menawar. Pemutar alam sememangnya ada dimana-mana. Harus diingat "Backpacker" tidak mengamalkan tip kecuali ditipu. Itu tip yang sebenarnya.
Beca satu penumpang. Jangan dicuba ini pembelit besar. Mereka ini seringkali berlegar dihadapan Benh Thanh Market dan siang dan malam.
Islam di Vietnam. Satu ketika dahulu, Vietnam memang dikenali dengan kekuatan Kerajaan Islam Champa tetapi kini hanya tinggal tawarikh. Islam kini hanya dianuti oleh sekumpulan kecil etnik yang dikenali sebagai Cham yang katanya berasal daripada keturunan Melayu. Mereka menghuni sebuah perkampungan di daerah Chau Doc (ZBA pernah melewati daerah ini 10 tahun yang lampau). Mereka kebanyakannya tinggal dipinggir sungai (Rumah Air) dan bekerja sebagai petani dan nelayan. Ketika itu kehidupan mereka amat dhaif jika dibanding dengan kehidupan didaerah-daerah lain. Disamping bangsa Cham yang dianggap sebagai dominen dengan keIslaman mereka terdapat juga miniriti kaum lain yang berugama Islam. Mereka merupakan kaum perkahwinan campur meliputi kaum Cham, Khmer, Malay, Minang, Viet, China dan Arab.
Dewasa ini dianggarkan 65,000 penganut Islam di Vietnam dan di HCMC sahaja terdapat lebih kurang 5,000 orang dengan 12 buah Masjid untuk kemudahan mereka beribadat. Diantara Masjid di HCMC yang menjadi tumpuan penganut Islam ialah Jamia Al Muslimin di Dong Du Dist. 1. Cho Lon Mosque Dist. 5 (China Town) dan Jamiul Islamiah Tran Hung Dao Dist. 1.
Makanan Halal. Dengan adanya masyarakat Islam dan kebanjiran pelancung Islam di HCMC, perkara pokok bagi mencari makanan halal adalah tidak sepayah yang dijangka. Tidak perlu ZBA maklumkan secara terperinci memadai dengan mencari dilaman-laman web yang berkaitan dengan "Halal Foods" di Vietnam. Disekitar Benh Thanh Market sahaja terdapat tidak kurang dari 6 kedai makanan yang menjual makanan Islam. Harganya agak tinggi jika dibandingkan dengan kita. Rasanya enak khususnya dalam penyediaan kari yang betul-betul menggunakan santan dan ramuan yang amat menyelerakan. Sila mencuba masakan "Cham Muslim" yang menjadi pilihan ZBA.
Membeli belah. Kunjungan ZBA kali ini ialah membawa keluarga untuk Shopping. Ini sememangnya berita gembira kepada pembaca dari kalangan wanita ?. Insyaallah ZBA akan dapatkan sebanyak mungkin maklumat khusus berhubung tempat-tempat terbaik untuk membeli belah di HCMC . Berdasarkan pengalaman lalu, HCMC tidaklah seteruk membeli belah di China sampaikan pada suatu ketika peniaga melemparkan calculator semasa tawar menawar. Apa pun harus diingat khususnya kaum wanita agar tidak tamak dan gunakan setengah hari untuk merayap dan dapatkan perbandingan harga sebelum membuat keputusan untuk membeli.
Pengalaman ZBA diseluruh bandar-bandar di Asia. Wanita Melayu sememangnya gelojoh dan tamak dan tidak berhemah semasa berbelanja diluar negara. Mereka ditipu hidup-hidup oleh para peniaga. Oleh sebab itu dinegara-negara tertentu ada peniaga yang kononya fasih berbahasa Melayu (Sebenarnya beberapa perkataan sahaja) untuk menarik pelanggan. Manakala bagi kaum wanita apabila disapa sahaja oleh peniaga dengan berbahasa Melayu, mereka terus menjadi terlalu ramah dan mesra dek termakan oleh pujuk rayu. Dari episod ini bermulalah tawar menawar ala-chin-chai dan mereka akan disembelih sewenang-wenangnya. Oleh itu jika kita amati fenomena ini ada dimana-mana diluar negara yang menjadi tempat tumpuan wanita Melayu membeli belah.
Tips membeli belah. Kebanyakan tempat membeli belah adalah kawasan terbuka dan panas dengan kesesakan yang melampau. Suara hingar bingar dan bermacam-macam dengan gelagat manusia selaku pembeli dan penjual. Oleh yang demikian elakan berhimpit-himpit dan cari peluang terbaik untuk membeli belah. Berbelanja dalam keadaan tenang dan berhemah dalam tawar menawar. Berinteraksi dengan baik dan dapatkan barangan berkualiti dengan harga yang berpatutan.
Di HCMC, kebiasaanya peniaga akan menawarkan harga yang tinggi dan diluar munasabah. Selaku pembeli yang bijak penawaran harga terbaik ialah dalam lingkungan 40-70% rendah dari harga tawaran. Elakan daripada membawa jumlah tunai yang berlebihan semasa berbelanja dan amalkan sikap tidak menunjuk-nunjuk semasa membayar. Ingat bahawasanya dimana-mana didunia, pelancung khususnya kaum wanita adalah tumpuan utama (Target) oleh penyeluk saku dan peniaga yang rakus.
Nasihat. ZBA tidak melarang dan bertujuan menyalahkan sesiapa jika ingin berbelanja besar diluar negara. Tetapi sekilas pandang menunjukan sikap kita yang terlalu boros. Membuang duit sekadar mengatakan kita berbelanja diluar negara dengan konon-kononya serba mewah. Akibat dan kesanya akan berturutan dan pemangsanya seterusnya ialah dari kaum dan bangsa sendiri. Contohnya apa yang pernah ZBA lihat berlaku didepan mata seperti di Bandung, Yokjakarta dan Solo Indonesia, Shenzen, Guangzhou, Beijing China, Bangkok, Hadyai Thailand, Dubai UAE dan lain-lain.
Benh Thanh Market. Ibarat membeli belah di TAR. Majority peniaga boleh berbahasa Melayu walaupun sepuluh patah. Boleh dikatakan dimana sahaja ZBA pergi mereka akan menyapa dalam Bahasa Melayu. Tapi maaf, aku tak mengenalkan diri ini dari 1M. Itu perangkap mereka. Dari mulut seorang peniaga tempatan, bahawa perniagaan disini lumayan sekali. 60% pembeli datangnya daripada 1M. Rata-rata wanita bertudung samaada didalam atau diluar pasar Benh Thanh adalah dari 1M. Dalam penerbangan 60% adalah Melayu. Satu-satunya destinasi paling ramai orang Melayu dalam penerbangan Air Asia yang pernah ZBA lihat.
Benh Tay Market. Terletak agak jauh daripada Benh Thanh Market di Quan 5 (Dis. 5). Tidak popular untuk pelancung dan lebih kepada jualan borong untuk penduduk tempatan. Barangan daganganya agak murah tetapi tidak mencapai kualiti yang sepatutnya. Untuk kesana pembaca boleh menaiki bus No 1 bewarna biru dan berhawa dingin dengan tambang VNR 5,000 dan turun di Cho Lon diakhir perhentian. Berjalan kaki 200m diluar perhentian bus.
Pasar Manik. Tidak ramai yang tahu tetapi ramai yang menggemari. Harganya sangat murah jika dibandingkan dengan negara 1M. Terletak disebuah banguan besar dilaluan bus No 1. Dibahagian belakangnya ialah pasar harian. Dari Cho Lon Bus Station lebih kurang 200m. Pembaca boleh bertanya kepada penduduk tempatan dengan menyebut "Thu"ong Xa - Dai Quang Ninh"
Penginapan. Pembaca dinasihatkan merujuk kepada "www.booking.com". Pilihlah berdasarkan kemampuan dan keselesaan masing-masing. Seelok mungkin carilah hotel-hotel yang berdekatan dengan kemudahan pengangkutan awam agar senang bergerak kesana kemari dengan mudah. Tetapi bagi " kaki merayap" pilihan tepat ialah Guest House yang menjadi tumpuan "Bacakpacker" seluruh dunia agar kita dapat bersama-sama mereka berkongsi pengalaman dalam dunia pengembaraan. Paling penting, bersih dan dilengkapi kemudahan Wi fi serta internet untuk berkomunikasi dan mendapatkan maklumat terkini.
Attractions. Disetiap negara mempunyai kelebihan tersendiri yang dikurniakan Allah kepada makhluknya. Tiada satu pun tempat didunia yang terbaik dari yang terbaik kerana semuanya "Terbaik" dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Firman Allah dalam Surah An-Ankabut Ayat 20 menceritakan kebesaran Allah yang Maha Pencipta. Di Vietnam sendiri khususnya HCMC jika berpeluang kunjungilah tempat-tempat berikut sebagai realiti halua mata yang ingin melihat. Reunification Hall, War Remmants Museum, City Hall HCMC, Museum of Vietnam History dan Cu Chi Tunnel. Atau kunjungi "Mekong Delta" bagi melihat pasar terapong yang terkenal di Vietnam. Rujuk : http://www.zainaltobiaktravel.blogspot.com untuk mendapatkan maklumat yang mungkin bermanfaat kepada pembaca.
Perkongsian pengalaman dari HCMC. Sungguh pun negara ini baru membangun selepas era perang namun mereka menunjukan kesungguhan khususnya dalam produk-produk tempatan dan pelancungan. Setiap hari HCMC menerima ribuan pelancung bukan sahaja dari negara-negara Asean malah ribuan dari seluruh pelusuk dunia. Ribuan pelancung melawati Delta Mekong dan HCMC setiap hari.
HCMC hari ini tidak sebagaimana dikedatangan ZBA beberapa tahun yang lepas. Kotanya bersih walaupun tanpa tong sampah disediakan. Raayatnya jarang sekali kita nampak merokok dan membuang puntung-puntong rokok lebih-lebih lagi sampah sarap dimerata-rata tempat awam.
Dari lapangan terbang TSA dan kembali, tiada seorang pun anggota polis berpakaian seragam yang dapat ZBA lihat selama 5H/4M merayap dikota ini. Timbul kehairanan didalam hati kenapa negara 1M yang dikatakan aman mempunyai anggota keselamatan dimana-mana.
Ribuan motosikal dijalan raya setiap minit bersimpang siur dipersimpangan. Tiada kemalangan dilapurkan. Tiada "Mat Setan" walaupun satu dicelah-celah ribuan motosikal. Pengangkutan awam berjalan lancar. Kenapa dan mengapa, tentu ada yang ingin mencari jawapan. Tiada kenderaan awam dibenarkan "parking" dibahu-bahu jalan kecuali motosikal di berenda bangunan. Tiada penguatkuasa tetapi mereka mempunyai kekuatan sivik yang tinggi dibandingkan dengan "Negara yang akan mencapai taraf berpendapatan tinggi" 1M. Tidak hairan dalam masa kurang 5 tahun, mereka akan menandingi kita dalam serba serbi menghadapi cabaran kehidupan morden.

Haidrofoil pengangkutan antara HCMC dan Vung Tung sebuah pulau peranginan di Vietnam. Tambang VNR 250,000pp satu hala untuk satu perjalanan.
Bangunan lama lagi bersejarah. Atas Reunification Palace. Kiri General Post Office, kanan Notre Dame dan bawah Former Residen of South Vietnam before April 1975 War.
Attractions. Disetiap negara mempunyai kelebihan tersendiri yang dikurniakan Allah kepada makhluknya. Tiada satu pun tempat didunia yang terbaik dari yang terbaik kerana semuanya "Terbaik" dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Firman Allah dalam Surah An-Ankabut Ayat 20 menceritakan kebesaran Allah yang Maha Pencipta. Di Vietnam sendiri khususnya HCMC jika berpeluang kunjungilah tempat-tempat berikut sebagai realiti halua mata yang ingin melihat. Reunification Hall, War Remmants Museum, City Hall HCMC, Museum of Vietnam History dan Cu Chi Tunnel. Atau kunjungi "Mekong Delta" bagi melihat pasar terapong yang terkenal di Vietnam. Rujuk : http://www.zainaltobiaktravel.blogspot.com untuk mendapatkan maklumat yang mungkin bermanfaat kepada pembaca.
Perkongsian pengalaman dari HCMC. Sungguh pun negara ini baru membangun selepas era perang namun mereka menunjukan kesungguhan khususnya dalam produk-produk tempatan dan pelancungan. Setiap hari HCMC menerima ribuan pelancung bukan sahaja dari negara-negara Asean malah ribuan dari seluruh pelusuk dunia. Ribuan pelancung melawati Delta Mekong dan HCMC setiap hari.
HCMC hari ini tidak sebagaimana dikedatangan ZBA beberapa tahun yang lepas. Kotanya bersih walaupun tanpa tong sampah disediakan. Raayatnya jarang sekali kita nampak merokok dan membuang puntung-puntong rokok lebih-lebih lagi sampah sarap dimerata-rata tempat awam.
Dari lapangan terbang TSA dan kembali, tiada seorang pun anggota polis berpakaian seragam yang dapat ZBA lihat selama 5H/4M merayap dikota ini. Timbul kehairanan didalam hati kenapa negara 1M yang dikatakan aman mempunyai anggota keselamatan dimana-mana.
Ribuan motosikal dijalan raya setiap minit bersimpang siur dipersimpangan. Tiada kemalangan dilapurkan. Tiada "Mat Setan" walaupun satu dicelah-celah ribuan motosikal. Pengangkutan awam berjalan lancar. Kenapa dan mengapa, tentu ada yang ingin mencari jawapan. Tiada kenderaan awam dibenarkan "parking" dibahu-bahu jalan kecuali motosikal di berenda bangunan. Tiada penguatkuasa tetapi mereka mempunyai kekuatan sivik yang tinggi dibandingkan dengan "Negara yang akan mencapai taraf berpendapatan tinggi" 1M. Tidak hairan dalam masa kurang 5 tahun, mereka akan menandingi kita dalam serba serbi menghadapi cabaran kehidupan morden.
WE ARE NOT CONDEM ANYONE BUT TELLING THE TRUTH
Salam,en zainal. Byk tol duit en zainal jalan2x yerk? En zainal jadi follower blog saya tau. http://isabellaidura.blogspot.com. saya baru je buka. En zainal jd lah org yg terawal tau.hehehe. takda follower lg.
ReplyDeleteInsyaallah. Ikuti FB saya "Tobiak Travel" untuk jadual merayap terkini dari masa kesemasa.
ReplyDelete