Wednesday, February 27, 2013

MEKONG DELTA VIETNAM

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

Sungai Mekong tidak perlu diterangkan lebih lanjut. Mengalir merentasi Negara China, Myanmar, Thailand, Laos, Cambodia dan Vietnam.  Merupakan  sungai ke-12 terpanjang didunia. Sungai yang mendatangkan rahmat dan nadi bagi pendududuk negara-negara berkenaan samaada rahmat yang merupakan sumber air, pengangkutan, pelancungan, pertanian dan  perikanan.  ZBA pernah melihat sungai ini dari dekat  samaada di Myanmar, Thailand, Laos, Cambodia dan Vietnam sendiri.  

   

Merah melambangkan Independent struggle of Vietnam. Bintang 5 membawa pengertian tradisional division of the people including scholars, peasants, craftmen, merchants and soldiers.
Blogs kali ini akan berkisar kepada "Lembah Mekong" yang terkenal di Vietnam.  Terletak 98 km daripada HCMC dan perjalanan dengan bus mengambil masa 3 jam.  Letih macam nak mampus tapi aku tabik dengan pemandu-pemandu di Vietnam.  Mereka memang berhemah dan bertatatertib yang tinggi semasa di jalanraya.  Kalaulah pemandu motosikal di negara 1M menunggang motosikal di HCMC, aku kira dari  sepuluh pemandu, dalam masa 30 minit, 8 daripada mereka telah dimasukan ke hospital dengan lima kematian tragik.

 ZBA melalui jalan federal dua lane yang selesa untuk sampai kesebuah bandar ditepian Sungai Mekong yang dikenali sebagai Cai Be.  Dalam perjalanan kami singgah untuk 20 minit toilet stop disamping mendapatkan sedikit biscut untuk mengalas perut.  Disepanjang perjalanan apa yang ZBA perhatikan, Vietnam sekarang telah berubah sekali jika dibandingkan semasa kunjungan yang lampau.  Negara mereka kini memasuki era perindustrian disamping pertanian yang terbaik kini.  Delta Mekong kini merupakan pengeksport beras utama dunia mengatasi Thailand bagi satu ketika dulu.  Dikiri kanan jalan pula buah-buahan tempatan segar terdapat dimana-mana.  Peliknya saiz buah-buahan seperti ciku, longan, mempelam, jambu, epal tempatan, nona, dragon fruit dan sebagainya lebih besar daripada yang terdapat dikebanyakan negara-negara Asean.   

Dilihat dari segi penempatan, rumah-rumah penduduk Vietnam keseluruhannya masih dibawah tahap kemewahan.  Restoran atau kedai menjual makanan di tepi-tepi jalan mengamalkan konsep santai semasa menjamu selera.  Mereka menggantung hammock (Ayunan) berjajaran dan diantaranya diletakan sebuah meja dan dua buah kerusi.  Sambil makan dan minum mereka juga berkesempatan merehatkan badan diayunan melepaskan penat lelah seharian. 
Satu lagi fenomina menarik apabila pembaca melalui perjalanan ini ke Cai Be. Pembaca akan terpandang dan akan melihat satu benda aneh ada dimana-mana.  Satu, dua, tiga dan sebagainya.  Sama-ada ditengah sawah, bersebelahan rumah, tepi saliran dan dimana-mana sahaja yang bersesuaian.  "Perkuburan".  Telah menjadi kebiasaan bagi masyarakat Vietnam, mayat simati akan dikebumikan ditempat-tempat yang ZBA sebutkan diatas.  Tidak menjadi satu perkara asing atau ajaib sebab sepanjang yang ZBA lihat daripada sempadan China di Utara sampailah ke HCMC di selatan, perkuburan bagi masyarakat Vietnam berselirak ditengah-tengah sawah dan sebagainya.  
Selain dari itu pemandangan sawah padi terbentang luas adalah pemandangan biasa yang dapat kita lihat disepanjang perjalanan menuju Cai Be.      
Cai Be.  Sebuah bandar kecil terletak ibarat sebuah pulau yang dipisahkan oleh Sungai Mekong dengan sebuah anak sungai dari aliran Sungai Mekong. Terletak didaerah berasingan dengan bandar Vinh Long ke barat Sungai Mekong.  Pekan kecil Cai Be ialah bandar timbunan hasil pertanian seperti sayur-sayuran, buah-buahan tropika segar dari daerah-daerah lain dan diperdagangkan secara "Floating Market" di Delta Mekong.  Puluhan sampan, tongkang-tongkang yang sarat dengan  hasil pertanian memperdagangkan hasil masing-masing dalam suasana hiruk pikok.  Pemandangan dan kemeriahan ini dapat dilihat khusus diawal dimana ribuan pengunjung disekitar Cai Be akan keluar untuk membeli barangan keperluan harian.



Tidak lengkap dengan kemeriahan penduduk tempatan membeli barangan keperluan, ribuan pelancung asing juga menumpang kemeriahan setiap hari dari bot-bot sewa khas yang hilir mudik di Delta Mekong.  Tetapi tumpuan pelancung tertumpu kepada aktiviti penduduk setempat seperti tempat membuat kraftangan, fruit gardens,  cocanut candy dan sebagainya.  Tetapi bagi  ZBA, Thailand floting market dan Samarinda floating market lebih banyak aktiviti jika dibandingkan dengan disini.
Dua tujuan berbedza tetapi satu matlamat.  Rezeki di Sungai Mekong.
                    
Tengaharinya kami menyusur terusan kecil menuju An Binh Island dalam perjalanan menuju  Vinh Long sambil berehat dan makan tengahari.  Cuaca hari ini amat panas dan berada sekitar 36C.  Apa yang menarik perhatian ZBA semasa melalui terusan ini ialah banyak sekali tongkang-tongkang yang sarat memuatkan buah-buahan hasil dari kerja keras petani-petani di Delta Mekong.  Sebut sahaja samaada tembikai, nenas, pisang, sayur-sayuran, longan, mempelam, jagung, padi dan sebagainya.  Kekadang hairan bagaimana sayur-saturan dan buah-buahan boleh hidup subur dan berbuah dalam skala saiz yang besar.  


Bot menyusur terus melalui terusan yang luasnya dalam lingkungan 70m dari tebing ke  tebing. Jawapan  ternyata dipemerhatian dikiri kanan pulau An Binh berjajaran pokok-pokok buah-buahan ditanam dan berbuah dengan subur terutamnya longan dan mempelam.
Kita berhenti rehat sebentar di Pulau Ah Binh.  Sambil makan tengahari dan berehat dan lihatlah hebatnya tanaman nangka disini.  Temubual ZBA dengan pemiliknya yang juga merupakan pemilik guest house dan restoran, nangka ini pokoknya baru berusia 2 tahun dan sedang berbuah.  Mereka menggunakan tanah yang dikaut daripada  Sungai Mekong sebagai baja.  Satu anugerah Allah kepada penduduk-penduduk di Delta Mekong.
Dikelapangan masa ZBA mengambil kesempatan dengan menaiki basikal menjelajah pulai ini  jauh kedalam.  Alangkah terperanjatnya apabila melihat bahawa 90% daripada tanah dipulau ini ditanam dengan pokok-pokok buah-buahan. Sebut apa saja buah-buahan tropika seperti longan, mempelam, pisang, rambutan, limau dan sebagainya.  Sesungguhnya Vietnam membangun dari apa yang mereka katakan  seperti terkandung  didalam  Visi lambang negara Vietnam itu sendiri.
Sebahagian daripada aktiviti harian Sungai Mekong

Destinasi berikutnya ialah Vinh Long "City of Land Market".  Destinasi ini jaraknya 1 jam perjalanan dengan menaiki bot dari Pulau Ah Binh.  Sebelum sampai disini,  kita juga boleh berperahu untuk melihat keindahan penempatan ditebing-tebing sungai juga melihat usaha-usaha pertanian penduduk setempat.   Petangnya kami tiba dilokasi terahir Vinh Long.
Dikesempatan masa yang ada ZBA sarankan agar pembaca tidak melepaskan peluang untuk melawat pasar harian Vinh Long.  Banyak perbezaan yang pembaca dapat bandingkan dengan pasar-pasar harian yang pernah kita lawati. Sebagai contoh, ikan segar dari Sungai Mekong, lambakan buah-buahan tempatan yang segar, makanan isotik yang masih hidup dan sebagainya.  Al-maklum, pasarlah katanya,  baunya sememangnya tidak menyenangkan.
Jam menunjukan 3pm dan kami harus menempuh perjalanan yang jauh ke HCMC.  Kali ini kami melewati Express Way (Highway) tetapi dalam nada pemanduan berhemah raayat Vietnam. Melewati satu sahaja tol dengan kenderaan biasa dikenakan bayaran VNR 40,000 bagi perjalanan sejauh 72 km.  Sepanjang perjalanan ini pembaca hanya dihidangkan dengan pemandangan sawah padi yang menghijau ibarat bendera "PAS" sehinggalah sampai kedestinasi.  Alhamdulillah bersyukur kepada Allah atas nikmat dan keselamatan yang dikurniakaNya  kepada kami "Pengembara Jalanan".

WE SAW THE REALITY AND WE WROTE FACT

No comments:

Post a Comment