Assalamualaikum,
Rooftop of the World gelaran bagi Tibet Plateau. Dikelilingi oleh empat banjaran gunung tertinggi dunia dengan penduduknya kurang daripada 3j orang. Tibet adalah unik dan terpencil daripada dunia luar. Menjadi terkenal dengan keujudan Agama Buddha dan kebudayaanya sejak zaman berzaman.
Bagi pemegang passport 1M, mereka boleh mendapatkan Visa on Arrival (VOA) atau menempah visa disini. Visa bagi perjalanan kurang daripada 14 hari VOA ialah USD25 atau visa tempatan RM95.00. Pejabat kedutaan Nepal bertempat diaras 13A Bangunan MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Sesungguhnya pengembaraan ini adalah mahal jika dibandingkan dengan jarak dan masa bagi perjalanan yang pernah ZBA lalui setakat ini. Merujuk kepada lakaran peta diatas jarak yang ditempoh ialah 12,492 Km dan kos basic pp ialah RM4,100.00. Ini bermakna kos bagi satu Km ialah RM0.32 untuk tempuh merayap 14D/13N. Jika kita boleh merayap sendiri kosnya cuma sekitar RM2,500.00 sahaja.
Paparan ini adalah study journeys yang ZBA rangka dan tidak menceritakan secara terperinci bagi bandar-bandar dan perjalanan yang bakal ditempuh. Itu akan dinyatakan dalam blog-blog akan datang berserta gambar-gambar pilihan untuk pengtahuan kepada bakal pengembara akan datang. Overland Trip Malaysia-Nepal-Tibet & China bermula daripada Kuala Lumpur dan berahir di Beijing China.
Penerbangan merentas bumbung dunia dan sebentar lagi kami akan mendarat di Katmandu, Nepal. Dari gerak geri awan, cuaca mungkin sekitar 23C dan angin dilihat bertiup agak kencang. Kami selamat mendarat dan episod pengenalan pertama blogger ialah Bandar Kathmandu itu sendiri. Selepas urusan imigrasi dan kastam kami keluar dari terminal untuk melepaskan sedikit stress almaklum 4 jam berada didalam dada pesawat adalah amat membosankan.
Memasuki bandar Kathmandu, ZBA disambut pemandangan penuh keindahan kawasan tanah tinggi dan pergunungan yang amat menakjubkan. Nun jauh disana sini terpancar kebesaran Allah yang Maha Esa. Episod merayap akan bermula selepas ini di Blog seterusnya.
JOURNEYS TO ROOFTOP OF THE WORLD
No comments:
Post a Comment