Friday, January 4, 2013

ANGELES SEXS CITY PHILIPPINES

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,


Kali ketiga menjejakan kaki ke bumi Philippines. Kali pertama pengembaraan bagi tahun 2013.  Pada asasnya ZBA telah pun menghabiskan 2/3 daripada bumi Philippines dalam  dua kali pengambaraan.  Kali ketiga ini tumpuan ditumpukan khusus kepada Kepulauan Mindanau dan Baracay.  Insyaallah ZBA akan ceritakan satu persatu tempat-tempat yang bakal dilawati.

Angin petang yang nyaman, perut telah dialas dengan secukupnya untuk menghadapi penerbangan malam yang panjang selama 3 jam 45 minit daripada KL ke Clark Philippines.  ZBA mahu tidur sepuasnya kalau keadaan mengizinkan.

Pesawat terbaru Air Asia  Philippines menerjah membelah awan malam diudara dalam kegelapan malam  dan dijangka mencecah ke landasan  Diosdado Macapagal International Airport (DMIA) Clark, 45 minit selepas tengah malam.  Nasib baik Tune Hotel yang kami tempah seawalnya cuma berada 2.8 km daripada lapangan terbang.  Insyaallah kami sempat menginap untuk melelapkan mata barang seketika  sementara  keesokan harinya dimana kami juga tiada mempunyai program khusus di Angeles City.  


Sebenarnya trip kali ini sungguhpun paling murah tetapi dianggap paling bermasalah disebabkan oleh pertukaran jadual penerbangan AA Phillipines disaat-saat akhir.  Semua persediaan dan tempahan hotel terpaksa dibatalkan dan ditempah semula.  Mungkin satu dugaan atau cabaran bagi menghadapi pengembaraan seterusnya bagi tahun 2013.

Angeles City.  Bukan satu nama asing yang perlu diperkenalkan. Terletak diutara 75 km dari  Manila diselatan.  Perjalanan dengan bus memungkinkan pembaca akan sampai kesana dalam masa 1.30 jam atau lebih bergantung kepada waktu dan kesesakan Metro Manila.  Tambang tergantung kepada fasilitas bas yang disediakan diantara Peso 150-450.  Bas boleh didapati  diluar Terminal Lapangan Terbang Clark atau perkhidmatan bas awam diri Dau Terminal Angeles City.  Sebagaimana Negara Asean yang lain pemandangan sawah padi, tanaman kontan dan lain-lain adalah fenomena biasa yang bakal pembaca lihat disepanjang lebuhraya dua hala daripada Angeles City menuju Manila. 
Tips untuk pengembara jalanan.  DMIA adalah dalam lingkungan 3 km daripada pusat bandar Angeles City yang banyak menempatkan hotel-hotel dan resort. Kebiasaanya hotel terletak disepanjang Field Eve. yang bermula daripada Gate "A" hinggalah ke "Main Gate" seterusnya melampaui "Walking Street". Pembaca tidak perlu bimbang  jika jadual ketibaan pesawat melewati tengah malam.  Jika ingin saja bermalam di DMIA itu amalan biasa pengembara dan jika sudah menempah hotel juga tiada masaalah.  
Tambang bagi sebuah teksi untuk kepusat bandar AC ialah Php 300.  Jeepney Airport Php 50 terus ke Dau Bus Terminal.  Manakala pada masa tertentu Air Asia Free Suttle dari DMIA ke Marquee Mall ialah percuma khusus kepada pemegang tiket AA.

Sebaliknya daripada Dau ke DMIA ialah Php 100 dengan  Airport Jeepney dan perjalanan akan bermula sekurang-kurangnya dengan 5 penumpang. Daripada Main Gate ke DMIA dengan Jeepney sewa khas ialah Php 250. 

Jika sekiranya pembaca dengan   kumpulan ,  harga   akan 
berkurangan dengan berdasarkan jumlah  penumpang didalam jeepney.  Bagi laluan jeepney biasa didalam bandar Angeles City ialah Php 8 bagi satu perjalanan kurang daripada 5 km.  Sebagai transpotasi alternatif, motorikshow juga memainkan peranan penting dengan harga yang perlu tawar menawar sebelum memulakan perjalanan.





Bagi     perjalanan    jauh   sebagai contoh Manila, pembaca mempunyai tiga pilihan.  Pertama, Bus Piltranco yang tersedia diluar terminal DMIA dan tiket boleh dibeli di arrival terminal dengan harga Php 450.  Pilihan kedua, menaiki bus percuma AA ke Marquee Mall dan menaiki bus Five Star dengan harga Php 165.  Ketiga, menggunakan Airport Jeepney Php 50 ke Dau Terminal dan meneruskan perjalanan ke Manila dengan bus ekspress Php 150.  Pembaca boleh menjimatkan setengah tambang jika menggunakan pilihan alternatif.  Semua bus-bus ke Manila akan berhenti di stesyen Cubao, Pasay dan SM Mega Mall di Manila.
Angeles City.  Semuanya disini bersifat ke Americano.  Daripada nama tempat, budaya, sosial dan sebagainya. Sememangnya tidak hairan kerana Clark adalah satu-satunya bekas  pengkalan  Udara terbesar diluar AS disamping Subic Bay sebagai Pengkalan Laut US di Philippines.  Mereka berundur daripada sini selepas berlakunya letupan gunung berapi Pinatubo dan sehingga kini hanya tinggal kenangan.  




Sepengtahuan ZBA selepas peninggalan mereka ramai anak-anak gadis Philippines yang sebelum ini menjadi hamba sex dan penghuni Club & Bars telah membawa banyak masalah kepada masyarakat.  Ramai kenalan menganggap Angeles City adalah merupakan bandar sex tidak ubah sebagaimana kita mengenali Hadyai.  Kepada pemabuk Angeles City mungkin salah satu tumpuan terbaik buat mereka.

Angeles City bandarnya tenang disiang hari dan hidup subur selepas jam 5 pm sehinggalah selewat jam 5 am.  Terletak dihujung Field Eve. dan bermula dari walking street. Panjangnya lebih kurang 700m dan dikiri kanan jalan dipenuhi dengan pusat hiburan daripada bar, karauke, pusat-pusat tarian, tiger show dan hotel-hotel pelacuran.  Manakala ditepian jalan, peniaga jalanan dengan gelagat masing-masing menjual pilx viagra dan segala macam tawaran kepada sesiapa sahaja yang melalui walking Street.  Semuanya berunsur sex.  Sedangkan dalam kepala kami pun, asalkan melihat sahaja perempuan di walking Street terlintas akan aktiviti jijik yang mereka bakal lakukan.  Sebenarnya prasangka tersebut adalah salah dan tidak semua berkelakuan demikian.

Ribuan pelancung akan membanjiri walking street setiap malam.  Paling ramai kita dapati lelaki kulit putih yang entah dari mana datangnya.  Begitu juga santapan mereka gadis-gadis kecil molek wanita Philippines berkulit sawa matang menanti dengan pakaian yang menjolok mata untuk diratap dalam jumlah ribuan pada setiap malam.  Mereka ini akan berpakaian yang amat sedikit sekali kainnya.  Kebiasaan mereka akan berpakaian seluar pendek dan berbaju choli dengan wangian serta solekan.  Menariknya mereka ini bertubuh kecil dan dilihat sebagai masih dibawah umur.  Rupa-rupanya yang bertubuh kecil inilah yang paling ramai disukai oleh pelancong kulit putih yang berbadan besar dengan ketingginan 6m keatas. Mereka diseret kesana kemari ibarat merpati dua sejoli.  Peliknya, pasangan ini seimbas lalu seolah-olah datok dengan cucu berpegangan tangan ditaman.  Dalam fikiran ZBA, bagaimanakah siksanya sigadis ini semasa  diranjang demi sesuap nasi yang dicari.

Angeles City bukan tandingan Hadyai.  Mereka lebih hebat dan tidak menakjubkan dimana Allah telah menutupi bumi Angeles City dengan jutaan kilotan debu dan memusnahkan segala-galanya satu ketika dulu.  Tetapi jika sudah bergelar manusia, manusia juga yang mengundang bala Allah.  Pada pandangan ZBA, rata-rata pelancung kulit putih ialah daripada USA dan Eropah.  Tidak hairan dalam usia senja mereka mencari hiburan kerana mungkin satu ketika dulu mereka merupakan veteran-veteran yang pernah berkhidmat di Philippines.

Nasihat ZBA kepada teman dan taulan, jika berpasangan atau berkeluarga tidak payahlah untuk melewati Walking Street pada waktu senja dan dinihari.  Selain tidak mengajar dan perlu diajar, suasana disana tidak mendatangkan apa-apa manfaaat kecuali maksiat yang mengundang kepada sesiapa yang lemah iman.  Semuga Allah melindungai kita semua.
                      
ZBA memulakan perjalanan memasuki Walking Street seawal jam 10 pagi bertujuan untuk mencari makanan halal.  Ketika ini Walking Street, sunyi dan seakan-akan streeet-street lain di Angeles City.  Kebanyakan kedai-kedai masih belum dibuka dan tidak ramai pengunjung dijalanan kecuali peniaga-peniaga kaki lima menawarkan jualan masing-masing.  Dengan bantuan seorang kanak-kanak Muslim dalam seusia 10 tahun kami ditunjukan kedai-kedai makanan Islam tetapi bukan yang kami maksudkan.  
Dua premis memaparkan tanda halal foods kepunyaan peniaga dari Timur Tengah terdapat dilaluan Walking Street tetapi tidak meyakinkan kami.  Kami mencari sebuah kedai dikenali sebagai Malaysian Halal Food kepunyaan Muslim Philippines yang satu-satunya terdapat didalam WEB.  Akhirnya kami berjaya menjejaki tempat tersebut tetapi malang kedai tersebut telah ditutup atas alasan perpindahan sejak January 2013.


Masakan Islam Philippines.  Usah ditanya tentang sedap atau sebagainya.  Asalkan kenyang dan halal itu jawapan dari persoalannya.


Rezeki dimana-mana.  Alhamdulillah dengan berkat usaha dan berdoa, kami dapat juga merasai nasi di Angeles City.  Tetapi bukanlah restoran atau kedai tetapi senang dikenali dengan gerai menjual makanan Islam.  Untuk kesana pembaca harus meneruskan perjalanan di Clark Field Ave. menuju ke Gerbang Walking Street.  Memasuki Walking Street lebih kurang 10m dan membelok kekanan sejauh 15m dan kemudian membelok kekiri dan disana terdapat banyak gerai-gerai menjual pakaian.  Terus kehadapan 20m dan belok kekanan 5m, pembaca akan nampak dua gerai bertulis Muslim Halal Foods.  Alamat sepenuhnya :

 Muslim Halal Food
Real St./Gloria St. Balibago, Angeles City. 2009, Philippines.  Email: muslimhalalfood@rocketmail.com.  Mobile : 0909.722.8880 @ 0917.524.1326.  Pemilik dikenali sebagai Aliah/Zaroi/Ed. 
Menu.  Nasi putih. Udang  @ ikan tongkol dimasak kuning kering berserta kelapa parut.  Gulai lemak nangka.  Ikan talapia atau sardin laut atau  haruan  dipotong nipis dan digoreng.  Ikan haruan dimasak asam.  Sayur bayam bening ala Indonesia.  Ayam atau daging masak kicap dan sotong kerabu.  Ini adalah pengamatan menu sepanjang 4 @ 5 kali kami kesana.  Harganya sekitar Php 60 untuk sajian ikan dan sayur.  Sarapan pagi pula dilihat sebagai mee dan bihun goreng termasuk kueh mueh.  Hidangan petang ialah pulut manis.  Minuman tidak disediakan.
Satu keistimewaan bagi masyarakat Islam Philippines, mereka tidak makan nasi campur sebagaimana kita walau pun diwarung.  Selalunya mereka akan mengambil nasi dan lauk pauk serta sayur akan diasingkan dalam bentuk hidangan.  Tetapi agak pelik juga bagi masyarakat Philippines  lain.  Mereka sebenarnya penggemar ayam goreng.  Makan malam atau tengahari mereka sekadar Nasi putih dan seketul ayam goring tanpa kuah.  Suasana  begini memang dapat dilihat dimana-mana restoran makanan segera diseluruh Philippines.

Awas.  Philippines sebuah negara katholik yang kuat amalanya.  Selain ayam, mereka juga penggemar kepada masakan babi.  Dimana-mana ada babi dan sememangnya tidak terkecuali.  Babi panggang adalah kegemaran mereka.  Babi-babi ini akan dipanggang seekor,  seekor dan dijual ditepian jalan. Dikawasan-kawasan tertentu, sila elakan jika tidak mahu terhidu atau terlihat kejijikan.

Siapa mereka.  Mereka berbangsa Malay dari keturunan Melanau berasal daripada Kepulauan Mindanau.  Bertutur dalam bahasa Tagalug dan memahami bahasa Inggeris agak baik.  Berhijrah mencari sebuah kehidupan dibumi Kristian dominan sebagai "Trader".  Memegang teguh kepada Islam tanpa berbelah bagi.  Menganggotai Jemaah Tabliq dan mendirikan sebuah Masjid di penempatan mereka di Angeles City.  Jumlah mereka setakat ini dimaklumkan hampir 1000 orang dengan lebih 400 keluarga.  Berpakaian kopiah putih bagi lelaki dan bertudung bagi wanita dan sesetengahnya berhijab.  Mereka lebih banyak menumpukan kepada perniagaan pakaian dan peralatan komunikasi.

Bersikap tegas dan berani.  Tidak takut malah berbangga sebagai Bangsa Malay.  Lantang menuntut bumi bertuah untuk Bangsa Malay.  Dari gerak gerinya ZBA lihat kami sedang bersama seorang pejuang bangsa ketika kami sedang makan malam.  Apa pun ZBA bersifat low profail dan sekadar ingin mengetahui hati budinya.  Dipendekan cerita, bersama kami makan malam ialah seorang bekas pejuang di Selatan.  Bapa dan Ibunya syahid dimedan perang.  Al-Fatihah.  Selesai sudah kami berpelukan dan mengucapkan salam dan berbalas senyuman.  
Berbalik cerita alkisah di sebuah negara yang hidungnya tinggi mendongak awan  mendabik dada,  bahawa perdamaian yang dikecapi Bangsa Moro adalah hasil usaha mereka yang tidak pernah mengenal jemu demi kedamaian.  Rupanya negara yang dikenali sebagai 1M itu tidak lebih dari menjual air liur basi sedangkan pejuang-pejuang kemerdekaan Bangsa Moro adalah pejuang yang bertanggungjawab memerdekakan keamanan.  Bukan sesiapa tetapi mereka.
Kembali kita kepada tempat-tempat menarik sekitar Angeles City.  Selain Walking Street ada dua lagi yang patut dilawati.  Gunung Pinatubo dan Subic bay.
Gunung berapi Pinatubu, walaupun satu ketika dulu dianggap sebai pembawa malapetaka, namun hari ini ianya dilihat sebagai satu destinasi menarik yang wajar dilawati khusus kepada pengembara gunung.  Perjalanan kesana agak mudah jika dibanding dengan gunung berapi di Indonesia.  Laluan mendaki banyak menggunakan perkhidmatan 4 x 4 dan  cuma satu jam perjalanan dengan berjalan kaki.  Terletak diutara Angeles City dan jika pembaca di DMIA, Gunung Pinatubo dapat dilihat dengan  jelas dari luar terminal jika cuaca mengizinkan.
Selain daripada Pinatubo, Subic Bay adalah destinasi pelancungan tepi pantai dan sebagai pelabuhan utama commersial di Philippines.  Berkedudukan 35 km kebarat Angeles City. Tempat-tempat lain tidak banyak diketahui dan diminati pelancung.

Sebelum kita tinggalkan Angeles City satu perkara perlu diambil ingatan agar kita tidak menghabiskan Php sebelum meninggalkan Philippines.  Ini kerana semua International Flight dari DMIA akan dikenakan bayaran  Airport Tax berjumlah Php 450 dan Domestik sebanyak Php 150.  Apa pun semasa ZBA disini, pertukaran RM dengan Php lebih menguntungkan kita jika pertukaran dilakukan di DMIA.

ZBA akan kembali lagi dipaparan ini jika terdapat maklumat terbaik buat pengembara.  ZBA akan meneruskan pengembaraan ke Kepualauan Mindanau khususnya Davao dan Samal Island.


MUBAHAY DAVAO CITY





1 comment: