Wednesday, November 19, 2014

LOVELY SAMUI AFTER 25 YEARS

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum,
Samui salah satu destinasi pelancung riadah pantai yang terbaik di Teluk Siam. Dua lagi destinasi yang serupa ialah Pattaya dan Koh Chang.  Gugusan kepulauan Samui meliputi Koh Phangan dan Koh Tao yang terletak diutara Samui. Ketiga-tiga pulau ini merupakan destinasi popular yang selain Phuket, Phiphi Island dan Ao Nang di pantai barat.
Destinasi ini amat senang untuk dikunjungi kerana banyak alternatif transportasi disediakan dengan serba keselesaan. Dewasa ini AAsia telah memulakan penerbangan sehari sekali ke Surat Thani daripada Kuala Lumpur yang mengambil masa 1J30M.  Dari Surat Thani airport kita boleh terus mengambil ferry ke Samui sama ada daripada Donsak Pier atau menggunakan overnight ferry daripada pekan Surat Thani.
Pengembara boleh memilih kedua-dua perkhidmatan diatas dengan mudah.  Kepada sesiapa yang ingin menaiki "Night ferry" mereka boleh mengambil airport bas daripada Surat Thani Airport ke Surat Thani dengan tambang B100 dan meneruskan perjalanan dengan ferry jam 1100pm ke Nathon, Samui dengan bayaran B100. Disamping itu ada juga perkhidmatan night ferry menuju Koh Tao dan Koh Phangan dari Surat Thani yang berlepas pada setiap malam.
Laluan alternatif kedua dan popular ialah menaiki bas ke Donsak Pier yang memakan masa 1J30M dan meneruskan perjalanan dengan Seatran Ferry yang berlepas setiap jam sehingga petang.  
Tambang bas ialah B220 dan ferry B130.  Daripada Nathon Pier, pembaca boleh memilih samaada menggunakan perkhidmatan teksi (B700-800), songtheow B80 kedestinasi penginapan terjauh (25km) samaada di Bophot, Chaweng Beach atau Lamai Beach.  
Surat Thani - Koh Samui - Koh Phangan - Koh Tao Night Ferry.
Khusus kepada  pembaca yang pandai tawar menawar dan boleh berbahasa Thai, tambang teksi sebenarnya ialah B400 dan songtheow B60.  Itulah harga yang dibayar oleh ZBA tidak kita dari arah pergi atau pulang.  Bagi pengembara tegar mereka boleh memilih untuk terus menyewa motosikal dengan harga B200 dan B150 bergantung kepada auto atau manual bagi kegunaan 24jam. Syarat yang dikenakan ialah meninggalkan passport antarabangasa sebagai cagaran. Sebelumnya pastikan motosikal diperiksa secara menyeluruh bagi mengelakan daripada penalti tambahan kerana kerosakan.
Passanger enjoy trip
Donsak Ferry Terminal.
Buat pembaca yang ingin keselesaan dan berkemampuan membayar lebih dengan perjalanan terancang boleh saja membeli tiket kombonasi, bas, ferry dan transfer.  Sila layari Phanthiptravel.com dan tempahan boleh dibuat disana dengan mudah.
Bagi perjalanan terus ke Samui daripada Kuala Lumpur, kita boleh menggunakan perkhidmatan FireFly daripada LTSAAS (Subang) terus ke Samui Island.  Walau bagaimana pun FireFly mengenakan tambang yang agak mahal jika dibandingkan dengan AAsia yang terbang melalui Surat Thani. Thai AAsia juga mengadakan perkhidmatan daripada Don Muang, Bangkok ke Surat Thani setiap hari.  Atau daripada Butterworth ke Hadyai dan ke Surat Thani menggunakan bas dan keretapi.

ZBA melewati Samui 25 tahun yang lalu.  Ketika itu Samui masih sebuah perkampungan nelayan tetapi telah dikenali dari kalangan pelancung-pelancung asing khususnya daripada Eropah dan Asia. 
Kemudahan dan psarana ketika itu amat terhad dan murah jika dibandingkan dengan sekarang.  Kalau dahulunya jalan masih berbatu kelikir dan baru sesetengahnya berturap, kini segala-galanya canggih.  Penginapan, tranportasi, tours dan sebagainya serba canggih.  Ratusan ribu pelancung seluruh dunia berada dimana-mana di Samui saban hari.  Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa pelancung asing melebihi kapisiti penduduk setempat secara keseluruhan.
Lamai Beach Koh Samui
Samui mempunyai rangkaian hotel serba lengkap.  Tepuk dada tanya selera dan ketuk kepala berapa yang mampu dibayar. Bagi kalangan berkeupayaan bolehlah memilik penginapan di daerah Lamai Beach atau diutara Chaweng Beach diikuti dengan Bophut dan Chaweng.  Chaweng Beach merupakan tumpuan kerana banyak restoran-restoran dan kawasan hiburan.  Manakala kesemua tempat peranginan adalah dipesisiran pantai yang cantik.

Samui, disamping untuk berehat juga disediakan banyak tempat-tempat aktiviti riadah yang disediakan khusus kepada pelancung.  Pembaca bolih memilih diantara aktiviti lasak, pantai atau aktiviti kelautan ke pulau-pulau peranginan.
Cara terbaik  untuk explore Samui ilah dengan bermotosikal. ZBA membuat satu pusingan berperingkat-peringkat sejauh 110km mengambil masa 7j dan berhenti dimana-mana suka dan mengambil gambar dengan motosikal kapcai yang menggunakan 3/4 tangki minyak
pada kadar RM11.00. Murah dan senang untuk bergerak kesana dan kemari.  Dari Chaweng Beach ke Lamai Beach ke Hua Thanom ke Bang Kao ke Thong Krut ke Pang Ka Bay ke Taling Ngam ke Tong Yan ke Nathon ke Bang Por ke Menam ke Bophut ke Chaeng Mon ke Koh Matlang dan kembali sedmula ke Chaweng Beach.  Memulakan perjalanan seawal jam 0830 dan kembali semula lewat 3.30pm. Explore dan lihat sendiri Koh Samui dan perkatakan hasil dari mata yang melihat.
Bagi pembaca yang menggemari aktiviti Island hopping, snorkeling, kayaking dan sebagainya, terdapat dua pilihan untuk berbuat demikian.  Kedua-dua package ini bermula dari pintu kepintu dan termasuk semua bayaran masuk dan makan tengahari.  Satunya ialah One day snorkeling trip ke Koh Nangyuan & Koh Tao dan keduanya Anthong National Marine Park.  Keduanya amat mengujakan  dengan kos diantara B2100 dan B1800.  
A perfect escape paradise at Koh Tao.


















Soal makanan Islam (Halal) di Koh Samui.  Tidak sukar untuk  didapati  kerana Koh Samui mempunyai penduduk Melayu yang berugama Islam dan  menetap disini sejak berkurun lamanya.  Kebanyakan daripada mereka berasal daripada Daerah Patani diselatan Thailand.  Ramai yang boleh mengusai Bahasa Melayu dengan baik. 


 Nantikan paparan dalam dan kupasan berkenaan Melayu Koh Samui dalam paparan berikutnya.

Koh Tao & Koh Nangyuan Catamaran trip.




Hari ini 10hb Januari 2015, ZBA meninggalkan Koh Samui setelah 4H/3M menuju Surat Thani.
                                  

Friday, November 14, 2014

SOUTH AFRICA PART THREE

Dengan  Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum,

Kali keempat memasuki Afrika Selatan.  Kali ini daripada Mbabane, Swaziland kesempadan di Ngwenga.  Dijangkakan perjalanan ini akan mengambil masa 4.30minit ke Johannesburg. Masa bukan perhitungan lagi kerana tiada lagi perjalanan jauh selepas ini. ZBA masih mempunyai masa 4H/3M untuk explore Johannesburg dan sekitarnya sebelum terbang ke Addis Ababa, Ethipia.
Setelah berhenti sekali untuk toilet stop ZBA sampai kembali ke Johannesburg Park Station sekitar jam 2.30pm.  Sebaik turun daripada kenderaan kami dihampiri oleh ulat-ulat untuk memberi perkhidmatan mengangkat beg. Dengan senyum dan ucapan terima kasih kami mengangkat sendiri memikul bacakpack memasuki Park Station yang jaraknya cuma 20 meter kebawah.  Sekali lagi kami diberi peringatan bahawa "You are not save here".  Kali terahir peringatan ini saya terima melalui SMS dari seorang teman di Cape Town petang semalam.  Katanya tumpuan penjenayah sekarang banyak ditujukan kepada pelancung asing dimana sahaja di Afrika Selatan.  
Selepas makan tengahari, kami terus membeli tiket metrorail ke station Elenfonstean.  Station terdekat ke  hotel penginapan yang terletak 3 km daripada OR Tambo International Airport. Ini bertujuan agar kami senang bergerak kesana kemari dan keselamatan yang agak terjamin. 
Pembaca adalah diingatkan agar menjauhi hotel-hotel di Johannesburg demi keselamatan kecuali hotel-hotel besar didaerah Santon.  Sebagai makluman boleh dikatakan semua hotel dan penginapan orang persaorangan akan dipagari dengan eletrical fancing. Ternyata pada ZBA yang Afrika Selatan ialah sebuah negara yang tidak selamat kepada raayatnya sendiri mahu pun pelancung asing. 
Ikuti paparan terperinci didalam "South Africa Black Day Cronology" sebagai panduan dan pedoman serta peringatan. Kisah hitam catatan "pengembara jalanan".
Semasa didalam metrorail kami berasa kelainan sekali. Almaklum  boleh  dikatakan 100%       penumpang          adalah warga  berkulit hitam.  Tidak seorang   pun  warga  kulit   putih atau bewarna kecuali kami bertiga. Kami menjadi tumpuan dari hujung rambut hingga kehujung kaki.  Teringatkan amaran "you are not save here",  ZBA menasihatkan teman yang lain agar berhati hati khususnya semasa metrorail berhenti distation.


Hari ini 05 September 2014. ZBA dan MissW mempunyai rancangan yang tersendiri selepas seorang lagi teman membuat solo ke Johannesburg. Hari pertama kami berpisah mengikut selera backpack masing-masing selepas 32 hari bersama.  
Dari Elenfonstean ZBA menuju Johannesburg dan seterusnya ke Orlando West, Soweto.  Sebuah bandar yang terkenal dengan kelahiran seorang tokoh penentang aparthied yang terkenal. 

Seorang hero, seorang bekas banduan penghuni Robbin Island dan tokoh kulit hitam pertama yang menjadi Presiden Afrika Selatan yang disegani dan disanjungi diseluruh dunia. Beliau ialah Nelson Mandela. 
Manusia serba sederhana dalam kehidupan tetapi mencapai tahap ketokohan dunia yang disanjung bukan daripada kalangan raayat Afrika Selatan malah seluruh dunia amnya.
Metrorail yang kami tumpangan tidak ramai penumpang kerana kami bergerak diluar waktu pejabat. Dari station Johannesburg ke tempat yang dituju cuma mengambil masa 30 minit perjalanan.  ZBA berhenti distation yang terdekat, Orlando West dan berjalan kaki sejauh 100M ke Hector Pieterson Muzium yang terletak di 8287 Khumalo Street tidak jauh daripada Hector Pieterson ditembak mati dan bermulalah rusuhan Anti Aparthied. Sebelumnya dalam perjalanan dikiri kanan trek metrorail kami dapat melihat dengan jelas kehidupan masyarakat di Johannesburg. Kehidupan kaum kulit hitam amat dhaif jika dibandingkan dengan pendatang kulit bewarna dan berkulit putih.  
ZBA melawat Hector Pieterson Muzium.  Bayaran masuk ialah RAN30 dan didalamnya kita dilarang sama sekali mengambil gambar.  Muziumnya serba ringkas tetapi mempunyai keistimewaan tersendiri.
Belum pernah dalam sejarah ZBA menghabiskan masa hampir empat jam melawat mana-mana muzium setakat ini dan membaca kisah-kisah sejarah yang dipaparkan.  Tetapi tidak kepada sesiapa yang melawat Muziun Hector Pieterson. Kita akan berasa tertekan malah berasa simpati  diatas peristiwa yang menimpa "Hero kecil" ini.  
MissW mengalirkan air mata kesedihan membaca peristiwa yang dicatatkan.  Satu teladan yang baik untuk panduan jenerasi akan datang.  Satu persatu peristiwa   ZBA teliti dengan perasaan yang menyayat hati.  Geram, marah, demdam dan sebagainya tersemat dihati. Bagaimana manusia sanggup memperlakukan dengan sesuka hati keatas manusia lain tanpa mempunyai sedikit pun rasa peri kemanusiaan. Sungguh pun demikian, manusia "Hitam" ini masih tidak sedarkan diri dihamba abdikan tetapi mereka-mereka juga kini bersikap lebih daripada "binatang".
Dari Hector Pieterson Muzium kami memberani diri berjalan kaki disatu kawasan perumahan sejauh lebih kurang 200 meter kerumah asal dimana Nelson Mandela dilahir dan dibesarkan.   Rumah teres setingkat yang serba sederhana. Didalamnya kini tersimpan segala khazanah beliau dan juga menjadi salah satu daripada tempat tumpuan pelancung ke Soweto.  Rasa-rasa ZBA tiada ada pelancung persaorangan sebagaimana kami berdua yang berani berbuat demikian.  100% daripada mereka datang ditemani guide daripada tours company.   Secara ihklas,  ZBA juga seram sejuk apabila memasuki Soweta yang dikenali kawasan 100% kaum kulit hitam dan sejak dulu dianggap sebagai kawasan  "Hitam" bagi kaum kulit putih.
Demi keselamatan, ZBA dan MissW cuma mengambil masa kurang 45 minit sahaja disini. Kami beredar dan terus menuju ke Orlando Station Metrorail dan kembali semula ke Johannesburg.
Sampai ke Johannesburg kami terus kesebuah restoran Pakistan yang terletak 200 meter daripada Park Station.  Disini juga terdapat sebuah Masjid.  Selesai makan tengahari dan solat ZBA pulang semula ke Elenfontain Station dan kehotel penginapan.  Sebagai makluman kawasan restoran Pakistan yang kami makan tengahari ialah kawasan kommersial sebagaimana di Tunku Abdul Rahman di KL.  Tetapi suasana agak seram kerana dikelilingi oleh orang kulit hitam.  Walau bagaimana pun kawasan ini terdapat ramai orang kulit bewarna Muslim daripada India, Pakistan, Bangladesh, Kenya, Tanzania dan sebagainya.  Kebanyakan daripada mereka merupakan peniaga yang berjaya.
Besoknya 06 September 2014, sekali lagi ZBA dan MissW keluar ke Johannesburg. Perancangan awal ialah untuk melihat seluruh Johannesburg dengan Hop on off bus. Tapi kami memilih menaiki Basbus (Metro sebagaimana di Jakarta). Setengahari ZBA merayap melihat Johannesburg dari dekat. 
Tengahari,  kerana gilakan Nasi Briyani dan Capati Pakistan kami sekali lagi ke Restoran Pakistan di luar Park Station.  Selepas solat ZBA merayap sebentar  lebih kurang 15 minit disekitarnya dan dalam perjalanan 100m menuju Park Station , "kami dirompak".  Mereka datang daripada belakang tanpa disedari dan mencekik kami dari belakang hingga kelemasan.     Melarikan apa yang mereka dapati daripada kami.  Ratusan manusia memerhati, tiada siapa berani berbuat apa-apa. Pengalaman yang menyayat hati bagi perayap jalanan yang sukar dilupakan.  Ikuti  kisahnya dalam  "South Africa Black day Cronology".
07 September 14, kami fobia dengan kejadian yang berlaku.  Tekak sakit yang teramat sangat dan sukar menelan apa saja.  Suara masih samar-samar kedengaran.  Seharian ZBA dan   MissW  berkurung   diri  dengan   seorang   lagi   teman    yang    bersimpati.  Besoknya 
08 September 2014 rasa tidak sabar untuk kami meninggalkan bumi celaka ini.  MiisW menaiki penerbangan Qatar Airways menuju Dubai dan Bangkok.  Manakala ZBA dengan penerbangan Ethiopian Airlines menuju Addis Ababa, Dubai dan Singapore.
 (Semua gambar-gambar yang diambil di Johannesburg, Pretoria dan 10 negara-negara lain hilang bersama dirompak)

YOU !
HAVE BEEN WARNED

Thursday, November 13, 2014

SOUTH AFRICA PART TWO

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum,
Hari ini 27 Ogos 2014, ZBA memasuki Amerika Selatan buat kali yang kedua selepas merayap di Namibia, Zambia dan Zimbabwe.  Disempadan kami tiada menghadapi masalah kecuali di pihak Zimbabwe dimana backpack kami dibuka untuk pemeriksaan kastam. Manakala di Afrika Selatan sekali lagi kami diarahkan menunjukan "Medical Certificate" sebagai mematuhi yang kita telah mengambil suntikan "Yellow fever".  
ZBA sampai di Pretoria dan meneruskan perjalanan ke Goborone, Botswana.  29 Ogos 2014 kembali lagi ke Afrika Selatan.  Ini bermakna telah 3 kali ZBA memasuki Afrika Selatan. Semua perjalanan melintasi sempadan ke negara-negara tersebut berjalan lancar tanpa sebarang masalah.  Dan kini ZBA di Pretoria semula. Sekali lagi semasa di station bas kami diingatkan agar tidak meninggalkan beg tanpa ditemani sesaorang. 
"You are not save". Peringatan demi peringatan yang dimaklumkan kepada kami setiap kali memasuki dan berada dibumi Afrika Selatan. Perkataan yang sama dari raayat Afrika Selatan sendiriTerima kasih kepada mereka-mereka yang ikhlas dan saling mengingati. Kami akur dan kami ingat demi keselamatan.
Waktu menunjukan jam 1.30 dan sementara menunggu bas ke Nelspruit malam nanti, ZBA memasuki sebuah restorant Kentucky untuk berehat dan makan tengahari.  Disini kami merancang bagi menghabiskan masa sebelum meneruskan perjalanan.


Kami bertuah dipetang ini kerana setelah beberapa kali menghubungi Kedutaan Malaysia di Pretoria, seorang daripada setaf yang juga rakan seperjuangan ZBA  secara kebetulan kelapangan masa sudi untuk menemani kami melawat beberapa tempat menarik yang berada di sekitar Pretoria.  Dengan kenderaan DC kami bergerak bebas bagaikan raja dinegara orang.  Plet No besi kata teman daripada Singapura.  Dalam perjalanan kami berbual mesra dan bertanya kyabar masing-masing

ZBA   menimbulkan    soal   keselamatan    di
Afrika Selatan kerana banyak sangat kami menerima nasihat tentang keselamatan bahawasanya pelancung asing amat tidak selamat di bumi Afrika Selatan.    Beliau menjawab ringkas.  "Memang benar". Katanya, beliau sendiri pun tidak berani untuk keluar jauh daripada kawasan perbandaran lebih-lebih lagi di luar Pretoria khususnya pada waktu malam.  Beliau sendiri hairan bagaimana kami berani merayap sejauh ini tanpa bantuan sesiapa.  Dalam keseronokan berborak didalam kesesakan jalanraya,  setengah jam kemudian kami sampai di Voortrekker Monement. Terletak diatas sebuah bukit di selatan  Pretoria. Satu monument yang menjadi tarikan pelancung dan semasa disini kita akan dapat melihat keseluruhan bandaraya Pretoria secara jelas.  Bayaran masuk ialah RAN 100 dan monument dibuka mulai jam 0900 - 1700pm.  


















Petang ini ZBA menikmati kecantikan sunset di Freedom Park yang jaraknya tidak jauh daripada Voortrekker Monument dan selepas itu kami beredar pula menuju satu lagi tarikan utama di Pretoria.  Union Building.  Terletak di tengah-tengah bandaraya Pretoria dan tidak jauh daripada Kedutaan Malaysia.  
Dari Voortrekker Monument kami mengambil masa 45 minit sambil menikmati persekitaran perbandaran Pretoria sebelum sampai ke Union Building.  Dari jauh pembaca akan dapat melihat tugu peringatan hero Afrika Selatan tertegak megah dihadapan building.  Walaupun senja tetapi masih ramai pelancung serta kanak-kanak sekolah dengan ghairah mengambil gambar ditugu hero negara mereka Nelson Mandela.


Sebelum berpisah, ZBA dibawa oleh Saudara Khalid untuk makan malam. Terima kasih kepada beliau yang sanggup bersusah payah dan membelanja kami malam ini. Sesungguhnya keperibadian beliau amat disenangi dan dihormati.  Segala pengerbonan beliau amat kami sanjungi dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga.  
Masa semakin suntuk dan beliau terus menemani kami sehingga ke perhentian Intercape Bus yang akan membawa kami ke Nelspruit dan seterusnya Swaziland.
Ketemu lagi dalam bahagian terahir "South Africa Part Three".

"The Union Building are easily the most famous building in South Afrika.  No visit to Pretoria can be complete without a visit to this beautifuI landmark"



THE BEAUTIFUL MOON HAS LANDED IN 

SOUTH AFRIKA