Thursday, January 31, 2013

MANILA SOLO WOMEN BACKPACKER

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

Kepenatan semalam masih terasa sebaik tiba di DMIA daripada Davao,  ZBA terus menuju Manila dengan menaiki bus dari Dau Terminal, Angeles City ke Ayala City Makati, Manila.  Perjalanan mengambil masa 1.5 jam dengan harga tambang serendah Php 150.   Melalui lebuhraya dua lorong yang selesa dan selamat.           Dari Angeles City kita dihidangkan dengan pemandangan kawasan sawah padi yang menghijau, kawasan perusahaan, ladang ternakan dan tanaman kontan sepanjang perjalanan.  Apa yang menarik pemanduan di lebuhraya Phillippnes dilihat lebih selamat dengan pemanduan yang berhemah dan bertatatertib.  Tiada kelihatan "Mat Setan" sebagaimana disebuah negara lain yang terkenal dengan kematian dijalanraya yang tertinggi di Asia.
Kota Manila sekarang bukan lagi kota Manila dulu tetapi semenjak buat kali ketiga disini, ZBA masih ingat dan wajahnya berubah sekali.  Dari sebuah kota yang dahulunya agak kotor berubah menjadi bersih dan teratur.  Jejambat dan terowong disana sini melancarkan kenderaan dijalanraya serta bangunan-bangunan pencakar awan tumbuh disana sini. Pernah disatu ketika di Dumagete, ZBA dikejudkan dengan satu perbualan ringkas dengan seorang teman jalanan.  Katanya "You're very lucky your PM is very good and intelligent compare with us our Presiden is an actor".  Tapi selepas 10 tahun ungkapan diatas telah berubah sama sekali.  Ketika itu pertukaran RM dengan Peso (Php) ialah 1RM bersamaan dengan Php 6.5 tetapi kini 1 RM bersamaan dengan Php 7.9.  Rupanya ekonomi Philippines telah berkembang sejajar dengan pembangunan mereka. 

NegaraKu berbangga  dengan dua buah  batu nisan tercacak tanpa memberi makna kepada peribumi Melayu,  tetapi Manila berbangga dengan Kota Metropolitannya.  Pusat membeli belah Robinson, SM Mall dan berbagai lagi dimerata-rata.  SM Asia Mall merupakan mall yang terbesar pernah dibina sebagai pusat membeli belah terunggul di Metropolitan Manila.  

Sesampai di Manila, ZBA terus check-in di Pension GH di Malate.  Sebuah PH yang cantik dan kemas dengan harga yang berpatutan.  Setapak dengan Rizal Park, Manila Bay dan Robinson Complex. Juga seinci dengan pusat hiburan seakan-akan Angeles City. Kawasan ini juga merupakan sebuah kawasan yang ramai penganut Islam.  Terdapat dua buah Masjid dan beberapa restoran makanan Islam.


ZBA tidak melepaskan peluang, sebaik mandi dan berehat sebentar terus keluar untuk merayap.  Destinasi pertama ialah Manila Bay kerana kawasan ini amat sesuai berehat bagi menerima tiupan angin laut yang segar dan bersih.  Sebagaimana dijangka tengahari ini cuaca amat baik sambil merasai keenakan Philippines Mango dan mengacu-acukan Canon DSLR untuk merakamkan sesuatu yang terbaik.  

Ada dua perkara untuk dilihat disini.  Pertama kedaifan kehidupan pelarian yang tinggal dan makan di Teluk Manila.  Kedua, menyaksikan gelagat mundar mandir minah-minah yang comel bersama pasangan atau solo.  'Mengata orang paku serpih, mengata orang aku  yang lebih'. Mungkin itu dihati kecil sesetengah dari pembaca. Hakikatnya, secara kebetulan terdapat sebuah keluarga besar yang berasal dari Puorte Princess sedang mengambil gambar bersama kereta kuda. Dijemputnya bersama ZBA yang secara kebetulan megah dengan DSLR ditangan.  Sebagai kaki rayap,  orang berbudi kita berbahasa. Antara segan dan malu, apalah salahnya jika itu permintaan mereka.

Ini juga di Teluk Manila pada sore petang.  Lain pula daripada cerita diatas. Tapi ini mungkin special.  Jangan salah anggap, bukan special kerana kecantikan beliau tetapi special kerana minat beliau dalam bidang pengembaraan "Women Backpacker".  Belum pernah ZBA alami pengalaman begini dari wanita-wanita Asia yang merayap seorang diri.  Semuanya paling kurang berdua, bertiga dan berempat.  Itu pun di beberapa negara sahaja yang pernah  ZBA  ketemui sebelum ini.  Selebihnya semua pelancung orang kaya dengan gelagat dan ego masing-masing.


Senyuman manis wajah kenalan ini sememangnya memikat sesiapa sahaja yang bergelar lelaki.  Lebih manis dari madu dan gula.  Tapi awas setiap madu ada racun dan setiap racun ada penawarnya.  Beliau bukan sepadan kita dan ZBA bukan setandingnya.  Ibarat kalau kail sejengkal, jangan dicuba lautan yang dalam.  Bukan kepalang dan calang tetapi ia adalah "Women Backpacker" solo yang satu-satunya pernah ZBA ketemui dan berbual, berbincang tentang pahit manis kisah-kisah pengembaraan jalanan.  Orangnya peramah dan pintar berbicara.  Berpengalaman luas serta berketerampilan.  ZBA amat menghormati pengalamanya mengembara dijalanan secara solo  untuk melihat sebuah  kehidupan dialam maya.  Bagi ZBA beliau juga adalah dari kalangan yang menghayati Ayat Al-Quran, Surah Al-Ankabut Ayat 20.  Didoakan agar pengalaman beliau dapat diabadikan bagi jenerasi seterusnya dan semuga beliau sukses selalu.


Kenangan dari pengalaman.  Kedua-duanya membuatkan kita lebih berhati-hati.  Walau bagaimana pun Agama itu adalah pelindung sebenar.  ZBA nukilkan ini untuk tatapan pembaca.  Kisah benar dari orang yang ikhlas.
Suatu masa bertempat di Kuala Lumpur Central diNegara 1M.  Waktu dan ketika kurang kepastian.  Satu kisah memalukan dan pada  ZBA diistilahkan sebagai   sikap kurang ajar yang melampau kepada seorang tetamu.  Jijik dan amat memalukan.  Itu cerita  solo women backpacker daripada Indonesia kepada ZBA.  Persolananya kenapa beliau yang menjadi mangsa pilihan,  sedangkan ribuan pelancung luar saban hari melintasi ditempat yang sama.  Pelancung wanita kulit putih lebih bersifat terbuka jika kita imajinasikan mereka sebagai apa yang mereka kehendaki.  


Pembaca budiman khususnya kaum wanita,  apakah perasaan anda jika anda berada  disebuah negara luar anda  diajakpaksa melakukan gangguan seksual.  Pelaku dengan tidak bermaruah menunjukan kunci hotel berbintang lima dan mengajak anda disana.  
Pelaku digambarkan sebagai iras-iras berbangsa Pakistani tetapi sebagai raayat diNegara 1M,  ZBA rasa bertanggungjawab dan ingin menasihati agar maruah kita tidak dicemarkan lagi oleh bangsa yang digelar sebagai pendatang.  Jika mereka ingin bergelar binatang bukan disini tempatnya tetapi nasihatkan mereka pulang dan menjadi babi dinegara sendiri.






Oh ya, mungkin ramai yang tertanya siapa sebenarnya gerangan Solo Women Bacakpacker yang mempunyai semangat kental yang ZBA maksudkan.  Potretnya diatas.  Namanya sengaja dirahsiakan. Berasal daripada Solo, Indonesia.  Seorang karyawan dan berkhidmat sebagai Prof. (Pensyarah) dalam bidang Hukum (Perundangan) disebuah Universiti terkenal di Solo.  Mempunyai suami dan 3 anak yang comil dan manis.

Dikesempatan blog ini ingin ZBA maklumkan serba sedikit bahawa, Philippines disatu ketika dulu khususnya di Selatan (Mindanau), adalah daerah kepunyaan majoriti Umat Islam.  Ramai patong-patong yang menggambarkan kepahlawanan mereka menentang penjajah Sepanyol dipahat dan diabadikan di Rizal Park, Manila.  Dua gambar disini adalah sebahagian daripada mereka.  Namun kerana tipu daya, helah, perebutan kuasa dan sebagainya kini mereka merempat dan dibumi sendiri.

Dikesempatan masa ZBA akan mengunjungi mereka saudara semuslim di Zamboanga dan Catabato kelak.  Insyaallah, realiti dari kehidupan mereka akan dipaparkan nanti.  SALAM


Perjalanan selama 10H/9M berahir.  Dari Kuala Lumpur ke Clark Pampanga ke Davao balik ke Clark Pampanga ke Manila balik ke Clark Pampanga ke Kalibo ke Boracay balik ke Clark pampanga dan pulang ke Kuala Lumpur. Di KL hati dan perasaan aku bertambah semak dengan paparan media keparat berhubung politaik dan ahkit Febuari 13, ZBA akan ke HCMC.

IMMERSE YOURSELF 
TO THE BEAUTY OF NATURE

My Previous Blogs : http://www.zainaltobiaktravel.blogspot.com





Wednesday, January 30, 2013

BORACAY THE INCREDIBLE ISLAND

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,


Cara untuk kesini.  Terbang daripada DMIA ke Kalibo atau Caticlan.  Dari Kalibo ikut tour bus/van yang disediakan dari KIA.  Tambang Php 300 pp satu hala perjalanan.  Cara termurah, naik motorshaw ke Kalibo City 2.7 km cuma Php 9. Naik AC Ceres Bus ke Caticlan Ferry Terminal Php 107 selama 1 jam. 10 minit naik perahu Php 25 ke Boracay.  Dari jeti Boracay naik lagi motorshaw Php 9 untuk destinasi hotel.  Jumlah semua Php 150.  

Oleh kerana Boracay sememangnya terkenal dengan kedatangan pelancung asing, bukan murah dan mudah untuk kita kesana. Sebagai ingtatan, pembaca akan dikenakan bayaran yang tidak sepatutnya malah sangat mahal.  Sungguhpun tiket perahu murah tetapi ini tidak termasuk Terminal Fee berjumlah Php 200 pulang pergi dan bayaran Inviroment Fee Php 75 dari Caticlan ke Boracay. Pembaca tentu berketik dihati.  Kenapa Bapak ZBA memilih jalan susah sebegini.  Apa pun kritikan saya terima.  Saya pengembara jalanan dan saya lakukan ini kerana ini cara terbaik untuk saya mengenali sebuah kehidupan. Juga tulisan ini atas pengalaman saya agar pembaca tidak menjadi hanya sebagai seorang pembaca mana-mana "Akhbar Harian" didunia yang banyak kepada publisiti dari realiti. Ini realiti.  Realiti dari kaca mata pernulis yang bertujuan menyebarkan kebenaran dan bukan mencari keuntungan.  Jauh sekali sebagai tempat mencari makan atau mencari nama sebagai publisiti murahan.  Peluh dan keringat yang dikeluarkan bukan untuk dijual beli malah  kearah menjaga kesihatan.  Ilmu yang dicurah dan disebarkan untuk pengtahuan jenerasi bakal mendatang disamping aku mencari damai dihati.

Boracay "One of the best World's best beaches".  Ini baru boleh dikatakan No 1. Tetapi ada sebuah negara menggelarkan  Ianya sebagai 1M dan menjadi contoh terbaik serba serbi didunia.  Bagai pungguk rindukan bulan.  Insyaallah bulan Purnama menjelang tiba.  Biar bulan yang menyinarkan cahayanya ke tubuh pungguk.  
Boracay.  Sebuah pulau kecil terletak dibahagian utara Pulau Panay.  Pantainya berseh dengan pasir ibarat mutiara.  Memanjang putih saujana mata memandang.  Lautan membiru dan berubah bertukar warna mengikut kedalaman airnya yang berombak tenang mengadap lautan luas.  Ribuan para pengunjung khususnya pelancung dan pengembara dari barat yang dahagakan kepanasan.  
Sungguhpun kedatangan ZBA ke Boracay ialah hari Isnin tetapi ribuan pengunjung membanjiri pantai seolah-oleh hari bukan perhitungan untuk bersantai.  Boracay sesungguhnya menggamit pelancung bukan kerana namanya Boracay tetapi kerana keindahan dan kecantikan semula jadi pantainya.  Dari pengamatan ZBA, jika dikatakan kepadatan penduduk Boracay pada sesuatu malam ialah 10,000, ini bermakna 80%nya adalah pelancung luar dan berbakinya sebagai penduduk tempatan.
Boracay dibahagikan kepada tiga Sektor yang dikenali sebagai Sektor satu, dua dan tiga. Diantara ketiga-tiga sektor tersebut, sektor satu merupakan tumpuan pelancung paling ramai dan diikuti sektor-sektor dua dan tiga.  Setiap sektornya ialah pantai yang memutih, melebar dan memanjang.  Diantara gigian air ialah tempat bersantai kemudian dibina sebuah laluan pejalan kaki dan kemudian  barulah Hotel & Resort disamping premis perniagaan dan restoran.  
Kenderaan tidak dibenarkan sama sekali disemua laluan pejalan kali.  Semua laluan yang boleh dilalui kenderaan ialah 100m atau lebih  daripada pantai begitu juga tiada rumah persendirian dibenarkan dibina berdekatan pantai. Lihat bagaimana perancangan mereka demi menjaga kebersihan pantai dan memberi keselesaan kepada pengunjung dari gangguan persekitaran bandar.  Pelancung bebas menghirup udara nyaman demi sebuah ketenteraman yang dicari.  Sengaja dibawah ZBA abadikan gambar terbesar untuk kita menghayati apa yang terdapat di Boracay.

























Agar tidak terlepas pandang kepada Saudara Muslim kita, ZBA paparkan sedikit keadaan mereka disini.  Dari apa yang dimaklumkan, Boracay mempunyai sejumlah besar penduduk MIP sekitar 2,000 orang dan mereka tinggal didaerah Ambulong.  Mempunyai sebuah Masjid yang cantik dan dapat dilihat dengan jelas dari Terminal Jetty Caticlan.


Mereka secara keseluruhannya terlibat  dalam bidang  peniagaan khusus yang berhubung kait dengan pelancungan.  Memandangkan kesuntukan masa, ZBA tidak sempat untuk melihat sendiri bagaimana keadaan sebenar tetapi memadai dengan informasi dari dua gadis manis keturunan Melanau MIP dibawah.  Potret dengan sebuah senyuman manis buat kenangan.


Keindahan dan kecantikan Boracay adalah dari imajinasi ZBA dari Canon DSLR dengan Tamron Len 18-200mm.




Boracay amat berketetapan bagi pasangan intim untuk berbulan madu.  juga tidak ketinggalan pagi pasangan pensioner untuk menenangkan fikiran setelah puluhan tahun menjadi hamba kepada duit demi sebuah kehidupan.



Sehari suntuk dikepanasan Pulau Baracay dengan hembusan bayu yang berterusan, kini tiba masa untuk ZBA meninggalkan Boracay dalam ingatan.  Berat sekali kaki melangkah keluar tetapi perjalanan masih jauh.  Kami pulang melalui laluan yang sama datang dan  kembali ke Kalibo untuk penerbangan ke DMIA. Insyaallah kita jumpa lagi di El-Nido Kepulauan Palawan melalui Puorte Princess.

MUBAHAY SALAMAT PO










Tuesday, January 29, 2013

KALIBO ROAD TO BORACAY

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum,

Perasaan jemu bertambah resah.  Malam menjelang tiba.  Pesawat AA penerbangan PQ 7005 ke Kalibo masih menanti clearence daripada ATC.  Penumpang telah 1 jam berada didada pesawat menanti dengan penuh resah.  Tetapi walau bagaimanapun ZBA mengangkat tabik kepada juruterbang pesawat yang memaklumkan kelewatan dengan penuh berhemah. Dari hati yang panas kembali sesejuk air dikali. 


                                   Kini setelah 1.15 jam berlalu           juruterbang memaklumkan bahawa kami dibenarkan berlepas.  Kenapa ini harus terjadi !.  Rupa-rupanya benar kata juruterbang.  Kalibo Airport adalah sebuah lapangan terbang yang kecil tetapi mempunyai jumlah pendaratan dan pelepasan pesawat yang sibuk sepanjang hari.  Mereka cuma mempunyai 4 bays meletak pesawat dalam satu-satu masa.  Ini bermakna jika 4 bays telah dipenuhi pesawat,  pesawat yang bakal datang harus menunggu sehingga berlakunya pelepasan dan adanya  kekosongan  barulah dibenarkan pesawat seterusnya berlepas atau mendarat. 


KIA (Kalibo International Airport) adalah satu-satunya lapangan terbang di Pulau Panay yang boleh menampung pendaratan pesawat sebesar Airbus 320.  Sebagai alternatif  terdapat sebuah lagi lapangan terbang yang terdekat dan berhampiran Boracay.  Dikenali sebagai Caticlan Airport tetapi hanya untuk pendaratan pesawat kecil khususnya dari jenis injin turboprop.  Oleh yang demikian tidak hairanlah KIA menjadi pintu utama penerbangan keluar/masuk penumpang yang ingin bersantai di Boracay.  Kelebihan KIA juga kerana terletak 67 km sahaja dari Boracay diutara  dan dihubungkan dengan sistem tranportasi yang baik serta masa untuk sampai kesana cuma 1 jam perjalanan.

Tambang untuk ke Boracay dari KIA adalah secara package  berharga Php 300 pp terus kepintu hotel di Boracay.  Sementelahan jika pembaca ingin bermalam di Kalibo, sebenarnya tiada apa yang menarik kecuali semasa Perayaan Ati-Atihan yang diadakan pada bulan Januari setiap tahun.  Dua buah hotel ZBA cadangkan kepada yang ingin bermalam di Kalibo.  RB Lodge ditengah-tengah bandar Kalibo dan Marzon Hotel, 1 km daripada KIA.

Kalibo City.  Terletak 2 km daripada KIA.  Untuk sampai ke Kalibo pembaca cuma mempunyai empat pilihan kenderaan.  Pertama dengan bus/van terus ke Boracay melalui Kalibo City.  Kedua,  kereta sewa atau kenderaan sendiri dan ketiga dengan motorikshaw yang tertera tulisan "Kalibo Airport".  Tambang Php 100 untuk perjalanan 2.7 km dari KIA.  




Keempat juga dengan motorikshow tetapi pembaca harus keluar 70m daripada terminal dan menumpang mana-mana motorikshaw dijalan besar dengan tambang php 9 pp.  Tetapi jika dari Kalibo City untuk ke KIA pula, motorikshaw boleh ditawar menawar dan paling tinggi bayaran yang dikenakan ialah Php 40 berdua.  Perjalanan dikedua-dua hala mengambil masa kurang daripada 15 minit.  Segala-galanya terletak pada kebijaksanaan kita dan budget perjalanan yang dirancang.



Gambar-gambar sekitar Kalibo City yang dirakamkan sehari selepas Perayaan Ati-Atihan.


Mubahay Kalibo
Kalibo City lebih merupakan bandar persinggahan semata-mata.  Bandarnya sama dengan bandar-bandar lain di Philippines.  Tiada bangunan tinggi melebihi dua tingkat kecuali hotel dan paling susah untuk mencari lanmark sebagai tanda panduan.  Rumah kedai bercampur dengan rumah-rumah kediaman berselirak didalam bandar.  Kebersihan agak sederhana dan terkawal.  Kenderan utama ialah Motorikshaw dan bus (Ceres Bus Company) untuk perjalanan selesa  keluar daerah.  
Padi adalah tanaman utama disamping kelapa serta tanaman buah-buahan tropika.  Harga barangan keperluan sederhana tinggi tetapi harga minyak petrol dan diesel sedikit mahal jika dibandingkan di Pulau Luzon.  Stesen minyak majoriti dimonopoli oleh PETRON Philippines.


Penduduknya ramah dan mesra pelancung.  65% boleh berbahasa Inggeris ala ke Americano.  Bahasa ibunda ialah Tagaluq dan ramai juga mengamalkan pertuturan bahasa Cebuana.  Bahasa tagaluq agak unik bagi ZBA kerana didalamnya sekurang-kurangnya 25% adalah dari perkataan Bahasa Melayu yang sama erti.  Contoh, dua, empat, lima, sakit, tolak, susu, ikan haruan, talapia, tenggiri dan banyak lagi. 


Walau bagaimanapun sebutan kepada perkataan tersebut agak terlekat.  Ada bunyi,  Jawa, Bugis dan paling mirip ialah dari pertuturan orang-orang Sabahan.  Ingatan.  Susu, perkataan agak sensitif.  DiNegaraKu susu untuk diminum tetapi disana "Susu" bermaksud "Buah Dada".  Oleh yang demikian jangan pula ada diantara pembaca  tersasar bahasa meminta  menyebut "memegang susu, susu besar, susu putih dan sebagainya khusus semasa berhadapan dengan kaum wanita.
Sebelum kita bertolak ke Boracay, ZBA akan bawa pembaca sepintas lalu untuk mengenali serba sedikit tentang kehidupan masyarakat Islam yang tinggal di Kalibo City.  Semuga paparan ini menjadi iktibar kepada semua umat Islam diseluruh dunia.                                                                  
    
   
Jika pembaca meneliti kepada alamat di Panay Island tentu  akan terpampang perkataan "Malay, Aklan".  Jika diNegara 1M, Malay ialah Melayu yang dikatakan,  Bangsa teragung didunia ?. Panglimanya anak Ali daripada Kelantan.  Timbalan Panglima anak Nordin dari Kedah dan 2 pencacai terhormat anak Ali dari Selangor.  



Begitu juga disana tetapi bukan sebagai bangsa teragung di Phillipnes malah dianggap sebagai peribumi di Kepulauan Mindanau satu ketika dulu  tetapi telah disisih dari bumi Mindanau dan bertebaran diseluruh Kepulauan Phillipines.  Sungguhpun demikian mereka adalah Malay "Melayu Islam Phillipines" (MIP) dari keturunan Kaum Melanau.  Banyak dicatatkan dalam sejarah Phillipines tentang kehebatan dan kepahlawanan mereka.

Segelintirnya mereka berada di Kalibo dengan jumlah sebenar sekitar 1000 orang. Menjalankan perniagaan kecil-kecilan digerai-gerai sepanjang Veteran Ave dan North Roldan Street.  Manakala penempatan mereka ialah di sebuah perkampungan di North Roldan Street off Roxas Evenue.  

Terdapat sebuah Masjid yang serba dhaif dengan seorang Imam yang dikenali sebagai Saudara Abd Halim (Tel +639-197-506283) & email afiainc1423@yahoo.com.  Beliau tinggal 20m daripada Masjid dalam sebuah keluarga yang sederhana besar.  ZBA dapat mengenali beliau secara peribadi semasa pertemuan kami disatu sore petang.   Semua maklumat terkandung diatas adalah dari sumber beliau yang sah.  Kepada dermawan yang ikhlas ingin membantu pembangunan umat MIP bolehlah menghubungi beliau dialamat tercatat.

Hari ini hari selasa.  Cuaca diramal panas hingga kepetang.  ZBA mengorak langkah menuju Caticlan dan seterusnya Boracay.

MUHAMIN SALAMAT PO