Saturday, September 30, 2017

SEAWARD CRUISE ALASKA



ALASKA MOTORHOMES

63 tahun lalu jejaka kelahiran September terahir ini dilahirkan disebuah perkampungan yang diberi nama Bukit Sekechong, Tobiar, Alor Star Kedah.  Dibesarkan dalam sebuah keluarga petani yang kais pagi makan pagi.  Dibesarkan dalam serba kekurangan dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tobiar sehingga mencapai Darjah 6 dan menyambung persekolahan di Sekolah Menengah Pendang dan kemudian Sekolah Menengah Kubur Panjang sehingga ke Tingkatan 5.  Tamat SPM dengan Pangkat 3.  Cukup-cukup makan tapi bercita-cita untuk menjadi Juruterbang.  Sebenarnya berangan-rangan saja kerana minat kepada kapal terbang.
Sebagaimana remaja-remaja lain setelah mencapai umur belasan tahun seringkali berangan angan ibarat cerita Mat Jenin.  Cerita yang sinonim masa zaman persekolahan tahun 60an.  
Dipendekan cerita bagaimana ZBA boleh menceburkan diri dalam bidang "Merayap".  Inspirasi yang mungkin tidak terlintas tetapi menjadi realiti dalam kehidupan masa kini.
Dulu.  Dulu seringkali kita dengar bagaimana Jemaah Haji kita menunaikan haji.  Mereka mengambil masa 3 hingga 6 bulan diatas kapal belayar daripada Pulau Pinang menuju Jeddah.
Juga seringkali masa itu ditahun 60an, ramai anak-anak muda khususnya daripada Pulau Pinang yang menjinak jinakan diri menjadi kelasi kapal dan  menyertai pelayaran.  Destinasi umum ketika itu ialah England.  Hasrat sebenar ialah mencari pendapatan lebih baik daripada menjadi petani dikampung.  







Monday, August 14, 2017

ABYANEH VILLAGE KASHAN

Alhamdulillah.  ZBA selamat sampai ke Abyaneh, Persian: ابيانه‎‎, Kashan lebih kurang 7 malam. Satu perjalanan yang merangkumi lebih 400 km dengan selamat. Terima kasih kepada Mr Ghaffar pemandu yang berhemah dan penyabar serta sering membaca Ayat-ayat Suci Al Quran sepanjang perjalanan.  
Perkampungan Abyaneh. Terkenal juga dengan panggilan "Perkampungan Merah" kerana tanah dan rumah-rumah mereka berwarna merah. Perkampungan tradisi yang dibuat daripada tanah liat dan merupakan satu tradisi yang kekal sejak berzaman. 
Terletak di kaki pergunungan Karkas dan 70 km ke selatan Kashan. Penempatan perumahan  yang padat dengan lorong-lorong kecil pejalan kaki yang membentuk stairway. Rangka-rangka rumah dibuat daripada kayu dengan dinding-dinding daripada tanah liat. Manakala dibahagian bumbung pula digunakan sebagai countyard yang kelihatan cantik dan menarik. Mendapat bekalan air bersih daripada Sungai Barzrud dan cuaca dingin sepanjang tahun.
Perkampungan ini merupakan salah satu perkampungan tertua di Iran dan menarik ribuan pelancung asing dan warga tempatan setiap hari lebih-lebih lagi semasa diadakan perayaan tradisi setempat.
Mereka bertutur dalam bahasa Parthian Pahlavi dan mengamalkan pemakaian pakaian tradisional dalam kehidupan seharian. Women’s traditional costume typically consists of a white long scarf (covering the shoulders and upper trunk) which has a colorful or floral pattern and an under-knee skirt or pleated pants. Diwartakan sebagai Iran's National Heritage sejak 1975.
Pekerjaan utama meraka ialah pertanian dan ternakan. Antara tanaman yang menjadi sumber makanan ialah gandum, barli, kentang, apple, tin dan lain-lain.












Masjid yang dikatakan tertua sezaman keujudan Abyaneh Village
 

In the Village there are also three castles, a restaurant, a pilgrimage site and three mosques. According to an inscription on top of its door, one of the mosques, dates back to early Safavid period, inside the mosque there is a beautiful nocturnal prayer hall with wooden capital pillars.

ZBA meninggalkan perkampungan Abyaneh sekitar jam 21.00pm. Kami berpatih balik sekali lagi dan bermalam di Kashan. Alhamdulillah dengan kemahiran pemandu,  kami berjaya mencari lokasi hotel yang telah sedia ditempah.  Untuk makluman hotel-hotel di Iran memang amat sukar untuk ditemui kecuali dengan bantuan penduduk tempatan.  Kita harus melalui lorong-lorong tikus dimana didalamnya baru kita temui hotel dan pelbagai. Deretan kedai-kedai diluar ibarat benteng dan amat sukar dilihat apa yang terdapat didalam.
Selepas sarapan pagi, kami bertolak menuju destinasi terahir Tehran yang mengambil  3j perjalanan dengan bas.
Abyaneh Village

 TEHRAN CAPITOL CITY OF IRAN


Sunday, August 13, 2017

VARZANEH SAND DUNES AND SALTY LAKE


Varzaneh, 109 km daripada Esfahan. Lebih kurang 1j30m dengan kenderaan.
ZBA mengambil jalan mudah untuk trip ini. Sewa kereta dan gunakan DSLR sepenuh masa untuk menembak mana-mana objek yang difikirkan perlu untuk disimpan sebagai kenangan.  
Dimaklumkan bahawa terdapat pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk ke Varzaneh. Namun demikian untuk sampai ke Salt Lake dan Sand Dunes kita masih dan terpaksa menggunakan teksi. Jadi menyewa kenderaan adalah alternatif yang terbaik.
Awal pagi ZBA mengusur keluar Esfahan melalui bersebelahan Khaju Bridge. Jalan raya lurus bendul yang menyebabkan kita mengantuk dan bosan. Selepas keluar daripada kawasan perumahan sekitar Esfahan bermulalah episod tanah tandus dan padang pasir serta kawasan tanah tinggi.

Jalanraya menuju Sand Dunes dan Salty Lake
















Tidak banyak yang dapat dirakamkan diperjalanan ini. Semuanya padang pasir dan bukit-bukit gondol disepanjang perjalanan. Saujana mata memandang dan jarang-jarang  kelihatan perkampungan malahan ternakan binatang. Perjalanan tenang dengan kenderaan sekali sekala sahaja berselisihan. Pemandu walaupun seorang syiah tetapi sering memainkan ayat-ayat A Quran menjadikan kita lebih tenang sepanjang perjalanan. Beliau seorang yang peramah tetapi tidak boleh berbahasa Inggeris dengan baik.  Sejam kemudian kami sampai di Khara Village, Varzaneh 15 km  ke Sand Dunes.
Sand Dunes
Luasnya dalam lingkungan 50 km persegi dengan ketinggian diantara 5-62 meter mengikut timbunan pasir yang diterbangkan oleh angin dari masa kesemasa. Pasirnya bewarna kemerahan dan amat halus ibarat tepung. ZBA memanjat keatas walau pun rendah tetapi amat memenatkan. Setiap langkah yang diatur dan dipijak membenamkan kaki kita hampir setengah daripada bahagian betis.
Sand Dunes merupakan tempat perkelahan yang baik khususnya dimusim panas. Walau bagaimana pun pelawat sering diingatkan tentang ribut pasir yang sering terjadi diantara jam 11.00am - 16.00pm. Manakala malamnya pula cuaca akan turun 10C tanpa amaran.
.Salty Lake 

Entrance Gate to Salt Lake
  • Another interesting spot is salt lake. Which belongs to Gavkhooni ecosystem, being the southwestern part of the wetlands. It is more than 15km² in area and the salt plain stretches to the wetlands. There is a part of that which locals are mining salt from it is glorious to see a blue sky with purely vast white ground. 
  • There is a short road to the salt lake from Varzaneh, which is not asphalt. Take the Shiraz road from Varzaneh for about 40 km, reaching to Khara village. Then from Khara, you have about 15 km in a specific road for salt lake. Starting from 8 km in latter road, you will see the signs of a big salty area until 10 km afterwards.
Ini adalah peringkat awal pembentukan garan yang timbul daripada permukaan bumi.





















Garam akan mulai timbul dan terbentuknya takung dikawasan persekitaran.

Pemandangan memutih dengan garam setelah melalui proses berikutnya.








Garam dikumpul dalam tasik dan sedia dikeluarkan.

Sungguh pun agak jauh kedua-dua lokasi ini tetapi bagi ZBA adalah satu lokasi yang wajar dilawati sekiranya pembaca telah berada di Esfahan atau Yazd.  Kami cuma sempat menghabiskan masa sekitar tiga jam disini kerana perjalanan berikutnya ialah Kashan. Ini bermakna ZBA akan berpatah balik 110 km kebelakang menuju Esfahan semula sebelum meneruskan perjalanan ke Kashan yang jaraknya 216 km daripada Esfahan.  Kita tunggu apa yang menariknya tentang Kashan di artikal yang lain.

Persian: کاشان














Friday, August 11, 2017

TRAVEL ONE CIRCLE OF THE GLOBE

Berbekalkan 5 tahun Visa yang dibekalkan oleh Kedutaan Canada di Singapore, hasrat untuk mengunjungi Canada termakbul sudah pada asasnya. Tapi tidaklah terlalu optimis kerana belum tentu visa ditangan memudahkan kita mengunjungi negara di utara Benua Amerika ini. US dan Canada memang ketat dalam pengeluaran visa untuk individu yang ingin mengunjungi negara mereka.
Visa Canada adalah Visa yang paling susah untuk dimohon. Cara dan permintaan butir-butir peribadi dan "Support ducument" amat rumit dan sukar.  Jika kita tersilap, permohonan akan ditolak. Begitu juga tentang masa. Proses mengambil masa satu bulan kerana visa diproses di Singapura.  Oleh yang demikian adalah dinasihatkan mengambil jalan mudah dengan melalui agen yang bertempat di Tingkat 19, Wisma MCA, Jalan Ampang, KL. Bayaran proses RM 138.00 dan Visa fees ditentukan oleh pihak kedutaan (CAD 100).  Tentukan support dokument yang dikehendaki lengkap semasa permohonan.
Kebiasaannya Visa Canada diluluskan untuk jangkamasa 5 tahun. Walau bagaimanapun tergantung kepada tarikh tamat passport sesaorang. Jika tarikh sahlaku passport masih tinggal 2 tahun bermakna visa hanya bagi jangkamasa 2 tahun sahaja. Oleh yang demikian pastikan tarikh passport mempunyai hayat lebih daripada 5 tahun bagi memaksimakan kemasukan kita ke Canada.
Berbedza daripada Visa US dimana kebiasaanya kita diberi 10 tahun jangka hayat Visa dan jika pun passport bertukar ganti namun Visa US masih boleh digunakan sehingga tarikh kelulusan.  Dengan syarat passport lama dibawa bersama walaupun tarikh luput pada passport berkenaan.
Pandangan dalaman Pesawat B773 Air China daripada Vancauver ke Beijing dan sebaliknya

Dalam rangka merayap ke Canada dan Alaska, US kali ini, ZBA memilih penerbangan "Air China".   Pemilihanya berdasarkan harga semasa yang ditawarkan (RM 2.6K returned) dan ingin merasai hospitality syarikat penerbangan China khususnya.  Rupa-rupanya Air China adalah syarikat penerbangan yang berpusat di Taiwan dan tergolong dalam syarikat Skytrack yang diiktiraf seluruh dunia. Penerbangan Air China daripada Kuala Lumpur ke Bejing dengan pesawai A330-300 mengambil masa 6j30m.  
Gadis Uigur daripada Lanzhau
Sebagai penumpang pertama kali dengan pesawat Air China tetapi ZBA tidak merasa kelainan jika dibandingkan dengan pesawat-pesawat commersial lain seluruh dunia. Keterampilan setaf yang berdedikasi, pengemuman yang jelas dan terang dalam bahasa Inggeris yang standard, layanan mesra dan bersopan santun.
Tiananmen Square Bejing Sep 2017
Disegi penyediaan makanan pula terdapat dua menu teras yang berunsurkan daging dan vegetarian. Jadi penumpang diberi pilihan untuk memilih dan merasai keenakan sajian penerbangan mengikut pilihan. Soal pokok sama ada "Halal" atau sebaliknya itu terpulang kepada individu berkenaan.
Penerbangan KL-Vancouver kebiasaanya akan transit di Beijing selama 7j.  Ini memberi peluang kepada penumpang melepaskan penat lelah dan keluar ke Beijing yang terletak satu jam pulang pergi daripada airport. Tapi perlu diingat agar kembali sebaik mungkin 2j sebelum penerbangan berikutnya.
Persoalannya disini apakah setiap penumpang transit perlu menyediakan visa atau tidak untuk keluar daripada Beijing Airport. Jawapanya mudah. Bagi penumpang daripada Malaysia adalah digalakan. Walaupun bagi negara-negara tertentu sememangnya tertera bahawa mereka boleh  menggunakan VOA untuk 3H/2M secara percuma bukan sahaja di Beijing malah bandar-bandar besar lain di China.  
Sungguhpun demikian apa yang ZBA dimaklumkan oleh pihak imigrasi China bahawa sekarang Malaysia juga diberi keistimewaan yang sama mendapatkan VOA khususnya di Beijing Airport.  Kita diberi 1H (24jam) VOA untuk meninggalkan airport.  Walau bagaimana pun info ini mungkin berubah dan kepada setiap pembaca diingatkan untuk mendapatkan info dari masa kesemasa.
City of Vancouver, Canada.


Hari ini merupakan satu detik sejarah bagi ZBA. Hari ini pada 29 August 2017 merupakan hari dimana ZBA telah melingkungi satu lingkongan bulatan dunia daripada benua ke benua dengan penerbangan awam. Alhamdulillah !.  Satu impian dari usia kecil akhirnya dimakbulkan dengan izin Allah. ZBA mengambil masa 45 tahun dengan menempah pelbagai halangan "Merayap" dibumi Allah.  Dalam erti kata lain dari AlQuran, Surat Al Ankabut Ayat 20 menerangkan segalanya. 
Titik pertemuan ini berahir di Vancauver British Columbia, Canada yaani di Benua Amerika.


WHEN U START TRAVEL U WILL NEVER STOP