Sunday, December 8, 2024

BARATANG ISLAND ANDAMAN

       Baratang Island, Andaman & Nicobar.  Sebuah pulau yang menyimpan khazanah kecantikan tersendiri.  Terletak 300km ke Utara Port Blair.  Mungkin diantara kita tidak pernah mendengar nama malah lebih-lebih lagi mengunjungi daerah tersebut.
    Walau pun sebuah daerah kecil tetapi saya diketemukan dengan sebuah Masjid yang menandakan didaerah ini terdapat komuniti Islam.  
        Semua kenderaan yang hendak ke utara akan  melintasi penempatan Suku Jarwa.  Tiada orang awam dibenarkan melintasi kawasan ini secara bersendirian yang jaraknya 55km daripada pos kawalan keselamatan dan mengambil masa 1J30M.  Kawasan ini diklafikasikan sebagai hutan simpanan dan kawasan larangan kepada semua orang awam.   Setiap hari terdapat 4 konvoi yang  diescort oleh pasukan keselamatan daripada kedua-dua arah.  Arah daripada Port Blair dibuka seawal jam 6 pagi.  

    Kami bertolak daripada Port Blair seawal jam 03.15am dan sampai di pos kawalan  yang jauhnya 45km sekitar jam 04.00am.  Walau pun begitu ada kenderaan yang terdahulu telah berbaris panjang di sepanjang jalan.  Sementara menunggu jam 06.00am dianggarkan kenderaan telah mencapai 2km dibelakang.
    Disni disediakan kemudahan tandas awam dan gerai-gerai jualan untuk minum pagi.  Kerana selepas memasuki kawasan Suku Jarwa kenderaan tidak dibenarkan berhenti samaada ada untuk membuang air atau dalam keadaan sekali pun.  
(Sabar menanti di Pos Kawalan Keselamatan)

(Jetty sebelum memasuki Baratang Island.  Kawasan terahir selepas melintasi kawasan Jarwa Tribal)

    Sebaik melepasi kawasan Jarwa Tribal kami menaiki ferry menyeberangi ke Baratang Island.  Perjalanan 30m dengan ferry usang yang memuatkan beberapa kenderaan dan penumpang.  Sesampai diseberang terus menaiki bot ke Baratang Cave selama 45 minit.




No comments:

Post a Comment