
Berbedza daripada Visa US dimana kebiasaanya kita diberi 10 tahun jangka hayat Visa dan jika pun passport bertukar ganti namun Visa US masih boleh digunakan sehingga tarikh kelulusan. Dengan syarat passport lama dibawa bersama walaupun tarikh luput pada passport berkenaan.
Pandangan dalaman Pesawat B773 Air China daripada Vancauver ke Beijing dan sebaliknya |

![]() |
Gadis Uigur daripada Lanzhau |
![]() |
Tiananmen Square Bejing Sep 2017 |
Penerbangan KL-Vancouver kebiasaanya akan transit di Beijing selama 7j. Ini memberi peluang kepada penumpang melepaskan penat lelah dan keluar ke Beijing yang terletak satu jam pulang pergi daripada airport. Tapi perlu diingat agar kembali sebaik mungkin 2j sebelum penerbangan berikutnya.
Persoalannya disini apakah setiap penumpang transit perlu menyediakan visa atau tidak untuk keluar daripada Beijing Airport. Jawapanya mudah. Bagi penumpang daripada Malaysia adalah digalakan. Walaupun bagi negara-negara tertentu sememangnya tertera bahawa mereka boleh menggunakan VOA untuk 3H/2M secara percuma bukan sahaja di Beijing malah bandar-bandar besar lain di China.
Sungguhpun demikian apa yang ZBA dimaklumkan oleh pihak imigrasi China bahawa sekarang Malaysia juga diberi keistimewaan yang sama mendapatkan VOA khususnya di Beijing Airport. Kita diberi 1H (24jam) VOA untuk meninggalkan airport. Walau bagaimana pun info ini mungkin berubah dan kepada setiap pembaca diingatkan untuk mendapatkan info dari masa kesemasa.
![]() |
City of Vancouver, Canada. |
Hari ini merupakan satu detik sejarah bagi ZBA. Hari ini pada 29 August 2017 merupakan hari dimana ZBA telah melingkungi satu lingkongan bulatan dunia daripada benua ke benua dengan penerbangan awam. Alhamdulillah !. Satu impian dari usia kecil akhirnya dimakbulkan dengan izin Allah. ZBA mengambil masa 45 tahun dengan menempah pelbagai halangan "Merayap" dibumi Allah. Dalam erti kata lain dari AlQuran, Surat Al Ankabut Ayat 20 menerangkan segalanya.
Titik pertemuan ini berahir di Vancauver British Columbia, Canada yaani di Benua Amerika.
WHEN U START TRAVEL U WILL NEVER STOP
No comments:
Post a Comment