Sunday, August 13, 2017

VARZANEH SAND DUNES AND SALTY LAKE


Varzaneh, 109 km daripada Esfahan. Lebih kurang 1j30m dengan kenderaan.
ZBA mengambil jalan mudah untuk trip ini. Sewa kereta dan gunakan DSLR sepenuh masa untuk menembak mana-mana objek yang difikirkan perlu untuk disimpan sebagai kenangan.  
Dimaklumkan bahawa terdapat pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk ke Varzaneh. Namun demikian untuk sampai ke Salt Lake dan Sand Dunes kita masih dan terpaksa menggunakan teksi. Jadi menyewa kenderaan adalah alternatif yang terbaik.
Awal pagi ZBA mengusur keluar Esfahan melalui bersebelahan Khaju Bridge. Jalan raya lurus bendul yang menyebabkan kita mengantuk dan bosan. Selepas keluar daripada kawasan perumahan sekitar Esfahan bermulalah episod tanah tandus dan padang pasir serta kawasan tanah tinggi.

Jalanraya menuju Sand Dunes dan Salty Lake
















Tidak banyak yang dapat dirakamkan diperjalanan ini. Semuanya padang pasir dan bukit-bukit gondol disepanjang perjalanan. Saujana mata memandang dan jarang-jarang  kelihatan perkampungan malahan ternakan binatang. Perjalanan tenang dengan kenderaan sekali sekala sahaja berselisihan. Pemandu walaupun seorang syiah tetapi sering memainkan ayat-ayat A Quran menjadikan kita lebih tenang sepanjang perjalanan. Beliau seorang yang peramah tetapi tidak boleh berbahasa Inggeris dengan baik.  Sejam kemudian kami sampai di Khara Village, Varzaneh 15 km  ke Sand Dunes.
Sand Dunes
Luasnya dalam lingkungan 50 km persegi dengan ketinggian diantara 5-62 meter mengikut timbunan pasir yang diterbangkan oleh angin dari masa kesemasa. Pasirnya bewarna kemerahan dan amat halus ibarat tepung. ZBA memanjat keatas walau pun rendah tetapi amat memenatkan. Setiap langkah yang diatur dan dipijak membenamkan kaki kita hampir setengah daripada bahagian betis.
Sand Dunes merupakan tempat perkelahan yang baik khususnya dimusim panas. Walau bagaimana pun pelawat sering diingatkan tentang ribut pasir yang sering terjadi diantara jam 11.00am - 16.00pm. Manakala malamnya pula cuaca akan turun 10C tanpa amaran.
.Salty Lake 

Entrance Gate to Salt Lake
  • Another interesting spot is salt lake. Which belongs to Gavkhooni ecosystem, being the southwestern part of the wetlands. It is more than 15km² in area and the salt plain stretches to the wetlands. There is a part of that which locals are mining salt from it is glorious to see a blue sky with purely vast white ground. 
  • There is a short road to the salt lake from Varzaneh, which is not asphalt. Take the Shiraz road from Varzaneh for about 40 km, reaching to Khara village. Then from Khara, you have about 15 km in a specific road for salt lake. Starting from 8 km in latter road, you will see the signs of a big salty area until 10 km afterwards.
Ini adalah peringkat awal pembentukan garan yang timbul daripada permukaan bumi.





















Garam akan mulai timbul dan terbentuknya takung dikawasan persekitaran.

Pemandangan memutih dengan garam setelah melalui proses berikutnya.








Garam dikumpul dalam tasik dan sedia dikeluarkan.

Sungguh pun agak jauh kedua-dua lokasi ini tetapi bagi ZBA adalah satu lokasi yang wajar dilawati sekiranya pembaca telah berada di Esfahan atau Yazd.  Kami cuma sempat menghabiskan masa sekitar tiga jam disini kerana perjalanan berikutnya ialah Kashan. Ini bermakna ZBA akan berpatah balik 110 km kebelakang menuju Esfahan semula sebelum meneruskan perjalanan ke Kashan yang jaraknya 216 km daripada Esfahan.  Kita tunggu apa yang menariknya tentang Kashan di artikal yang lain.

Persianکاشان














No comments:

Post a Comment