Saturday, September 30, 2017

ALASKA MOTORHOMES

63 tahun lalu jejaka kelahiran September terahir ini dilahirkan disebuah perkampungan yang diberi nama Bukit Sekechong, Tobiar, Alor Star Kedah.  Dibesarkan dalam sebuah keluarga petani yang kais pagi makan pagi.  Dibesarkan dalam serba kekurangan dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tobiar sehingga mencapai Darjah 6 dan menyambung persekolahan di Sekolah Menengah Pendang dan kemudian Sekolah Menengah Kubur Panjang sehingga ke Tingkatan 5.  Tamat SPM dengan Pangkat 3.  Cukup-cukup makan tapi bercita-cita untuk menjadi Juruterbang.  Sebenarnya berangan-rangan saja kerana minat kepada kapal terbang.
Sebagaimana remaja-remaja lain setelah mencapai umur belasan tahun seringkali berangan angan ibarat cerita Mat Jenin.  Cerita yang sinonim masa zaman persekolahan tahun 60an.  
Dipendekan cerita bagaimana ZBA boleh menceburkan diri dalam bidang "Merayap".  Inspirasi yang mungkin tidak terlintas tetapi menjadi realiti dalam kehidupan masa kini.
Dulu.  Dulu seringkali kita dengar bagaimana Jemaah Haji kita menunaikan haji.  Mereka mengambil masa 3 hingga 6 bulan diatas kapal belayar daripada Pulau Pinang menuju Jeddah.
Juga seringkali masa itu ditahun 60an, ramai anak-anak muda khususnya daripada Pulau Pinang yang menjinak jinakan diri menjadi kelasi kapal dan  menyertai pelayaran.  Destinasi umum ketika itu ialah England.  Hasrat sebenar ialah mencari pendapatan lebih baik daripada menjadi petani dikampung.  







No comments:

Post a Comment