

Telah 7 benua diterokai tetapi hendak memaklumkan bahawa masakan kambing yang paling sedap ialah di Xian. Bukannya briyani kambing di Muscat, Al Karim restorant di New Delhi, nasi Arab di Jeddah, Bukhara briyani atau masakan-masakan kambing di 1M yang pernah ZBA rasai.

realiti dari apa yang dilihat dan dirasai. Sedap disini bukan seperti
sedap yang ditunjukan oleh "host" jalan-jalan cari makan yang sebenarnya kebiasaan kepada makanan "Free". Itu sebab semuanya sedap. Sedap pada mereka kerana free dan mencari publisiti murahan.
Hand pulled Noodles. Kegemaran ZBA semasa berada dimana-mana di China khususnya pada musim sejuk. Makanan ini adalah dominan bagi orang-orang Islam di China. Berasal daripada daerah Sichuan dan mereka membuka rangkaian kedai-kedai diseluruh China.
Disediakan oleh chef berpengalaman dengan membuat mee daripada seketul tepung gandum yang telah diuli dalam beberapa minit sahaja. Kemudian dicelur didalam air panas yang mendidih, diangkat dan dimasukan kedalam mangkuk yang berisi kueh sup. Dimasukan sedikit hirisan daging dan daun sup kemudian dihidangkan dalam keadaan panas-panas.
Disediakan oleh chef berpengalaman dengan membuat mee daripada seketul tepung gandum yang telah diuli dalam beberapa minit sahaja. Kemudian dicelur didalam air panas yang mendidih, diangkat dan dimasukan kedalam mangkuk yang berisi kueh sup. Dimasukan sedikit hirisan daging dan daun sup kemudian dihidangkan dalam keadaan panas-panas.

Pembaca sedia maklum bahawa masakan kambing adalah makanan utama masyarakat China Islam. Nasi jarang kelihatan kecuali nasi goreng dan mereka banyak kepada memakan mee.
Sebut sahaja "Xian Muslim Street Road", akan terbayang diwajah mereka apa yang kita kehendaki. "Makanan". Syurga bagi pelancung yang menggemari masakan pedas kambing dan masakan-masakan lain di Xian. Ribuan pelancung akan membanjiri Xian Muslim Street road pada setiap hari.
Manakala minuman pula, mereka banyak kepada minuman juice buah-buahan. Semasa kunjungan ZBA kebetulan delima sedang beredar dipasaran. Diluar kota khususnya laluan ke Terracotta Worrior, pohon delima sedang berbuah dengan lebatnya. Dikiri kanan jalan peniaga menawarkan buah delima dengan harga yang amat murah. 2 biji delima seberat lebih kurang 1kg cuma berharga RMB 5.
Adalah tidak keterlaluan jika ZBA katakan bahawa Xian adalah sebuah kota yang wajib dilawati jika dibandingkan dengan kota-kota besar lain di China. Selamat mencuba.
WELL COME TO Xi'an
(西安市)
No comments:
Post a Comment