Sebuah bandar kecil paling ke barat, China. Satu jam perjalanan kesempadan China dan Pakistan melalui Kunjerap Pass. Majoriti penduduk adalah dari suku kaum Tajik.
Laluan yang adventurous, hanya sesuai untuk orang-orang yang sepertinya.
Perjalanan biasa daripada Kashgar ke Tashkurgan akan mengambil masa lebih kurang 7 jam bagi perjalanan sejauh 292 km dengan beberapa kali berhenti untuk pemeriksaan keselamatan, lunch dan toilet stop.
Buat masa sekarang jalanrayanya dalam pembinaan semula khususnya ketika kita memulakan perjalanan kedalam kawasan pergunungan.
Banyak jalan pintas dan jambatan dibina bagi memudahkan hari kemudian. Kita akan berasa selisa selepas sahaja melepasi Karakol Lake dan kehadapan menuju Tashkurgan. Jalan berliku dilereng-lereng gunung dengan sebuah sungai mengalir disepanjang perjalanan. Diselang seli dengan kawasan kawasan tanah pamah yang menghijau dan ternakan seperti
bebiri, kambing, lembu, kuda, unta sering kelihatan dari jauh dan dekat. Rumah penduduk tempatan masih ada lagi yang dibina daripada tanah liat disamping perumahan morden.

Dari pemandangan biasa kawasan ternakan, tidak lupa juga kita kepada kecantikan "Sand Lake". Sebuah tasik yang dikelilingi dengan debu-debu yang amat halus ibarat tepung bewarna putih, perang. Airnya tenang dan memancarkan pantulan cahaya matahari menjadikan airnya biru kebiruan.
Sunggguh pun demikian pembaca tidak akan merasa keletihan kerana pemandangan yang sungguh menakjubkan Tashkurgan juga digelar sebagai "Icing on the cake", yaani ais memutih dipuncak-puncak pergunungan. Lihatlah bagaimana Allah mencipta dan menghamparkan bukit bukau dan pergunungan serta tasik yang amat cantik.
Satu yang menarik dan menjadi perbualan ramai diperjalanan ini ialah Karakul Lake. Sebuah tasik yang tenang berlatar belakangkan banjaran gunung Mustagh Ata (7546M) dan hamparan tanah pamah yang luas untuk penternakan.
Karakul Lake membawa pengertian "Tasik Hitam". 200 km
daripada Kashgar dilaluan Karakoram Highway diketinggian 3,600 MDPL dan merupakan tasik yang tertinggi pergunungan Pamir, Tian Shan dan Kunlun. Tasik ini memang papulor dikalangan pelancung asing dan dalaman. Pantulan cahaya menjadikan airnya boleh bertukar warna menjadi hijau gelap, azure dan kebiruan. Terdapat dua penempatan kaum disekitar Karakul Lake. Kepada pembaca yang datang dengan bas awam, mereka boleh saja turun ditepi jalan dan menuruni tebing untuk melihat sendiri kecantikan tasik ini.
Probably one of the most famous and fascinating destinations in Tashkurgan is the ancient Stone Castle, also referred to as the Stone Fort.
Now, for a mere 20 RMB, tourist can climb up the fort and view the beautiful scenery from one of the four watchtowers. From here you’ll be amazed by the breathtaking views of the mountains and grasslands that stretch out as far as the eye can see.
Over the past few years, new wooden pathways have been constructed to allow tourist to walk these beautiful grasslands, known as the Golden Grasslands. From here you can get even better photos of the Stone Fort.
Dari Tashkugan ZBA merayap lagi 122 km ke sempadan China dan Pakistan hingga ke Khunjerap Pass. Jalan raya kesana cantik dengan pemandangan petang yang sukar dibayangkan dengan tulisan. Kali kedua ZBA merasai berada di ketinggian 5,100MDPL. Kali pertama semasa overland daripada Zangmu ke Lhasa melalui banjaran Himalaya-Tibet pada ketinggian tertinggi 5,260MDPL.
Petangnya ZBA kembali bermalam di Tashkurgan dalam cuaca yang amat sejuk. Keesokan harinya bertolak kembali ke Kashgar melalui laluan yang sama semasa datang. Satu pengalaman yang sukar dicari ganti. Kepenatan jelas terbayang diwajah tetapi kepuasan melihat kecantikan alam ciptaan Allah satu-satunya yang dicari selama ini.

WISH EVERYBODY GOOD LUCK
No comments:
Post a Comment