Monday, February 8, 2016

KASHGAR SUNDAY ANIMAL MARKET


Selain Animal Sunday Market, Kashgar juga mempunyai sebuah pasar tradisi  yang dikenali sebagai "Old Market".  Terletak berhampiran "Old Settlement" dan juga tidak ketinggalan "Night market" pada setiap malam.
Sunday Animal Market (SAM) mungkin satu-satunya didunia. Tiada ditempat lain kecuali di Kashgar.  Pasar ini ujud sejak kemasyuran perjalanan "The Great Silk Road".  Pembaca tidak dikira sampai ke Kashgar jika tidak mengunjungi SAM. Terletak satu jam perjalanan daripada Kashgar disebuah kawasan seluas lebih kurang 5 hektar.  
Bas No 23 memberi perkhidmatan kepada sesiapa yang hendak    kesana.    Tambang
RMB 3 seorang. Pembaca boleh menaiki bas ini di Old Market dan menyatakan kepada konduktor "SAM". Majority orang persaorangan mengetahui tempat ini dan kebanyakan daripada mereka juga akan turun dipersimpangan ke SAM. (Perhentian ini sebaik sahaja bas melintasi jalan
besar) khususnya pada hari ahad. Bas akan melalui perkampungan orang-orang Tajik yang cantik dengan tanaman deretan pokok-pokok.  Rumah-rumah tanah liat dan rumah-rumah morden yang antik dan cantik.
Sebaik turun daripada bas,
SAM terletak 150 meter ditepi jalan besar dan pembaca tiada pilihan selain berjalan kaki untuk kesana.  Didepan terpampang papan tanda bertulisan Arab dan China.  Dari atas jalanraya kita sudah boleh melihat binatan-binatang ternakan dibawa menuju ke pasar tersebut. Kawasan berdebu, habuk, hirok pikok dengan telatah peniaga tawar menawar harga binatang ternakan masing-masing. Berbagai jenis binatang diikat disusun cantik
terdapat disini. Dari  pekikan suara kaldai yang nyaring, unta dengan gelagat bergaduh sesama sendiri, yak yang liar bagaikan harimau, bebiri seolah-olah menyerah diri.  Tidak ketigalan kambing, kuda berpekikan seolah-olah diseksa.






The Kashgar Animal market, also known as live stock market, is the place to be on a Sunday for all farmers around Kashgar. The men bargain for the best prices. Two of them stand in the middle of a herd of sheep. One wears an Uzbek hat, the other one a fur hat that appears to be Russian. When they agree for a price both shakes hands and the
proud new owner carries his new “life stock” through all the other sheep and people towards his transporter. Just a few meters further four men lift a cow in order to put it on top of a truck. The cow lows frightened and just a moment later it stands inside the truck next to fifteen others. In the other corner of the market two young men hold a young
pony while a third man jumps on its back. The pony holds his head high, jumps from one side to the other and gallops as fast as it can, but the young man holds the reins safely. The air is dusty from all the hoofs walking through the sandy floor.
We touch some yaks (480 USD for a male), cows (640 USD  for a castrated bull) and donkeys (480 USD for a male), watch up to the head of a giant camel (1,900 USD) and pet horses (1,600 USD) and sheep with big butts (225 USD). 
At the other end of the market animals are sold cheaper and in smaller portions. A soup with fresh made noodles and sheep meat costs only 1 USD.
Hampir 4 jam juga ZBA menghabiskan masa disini. Sehinggakan jacket berbau kambing.  Siap lunch, walaupun bau binatang ternakan semacam hendak muntah.  Ini semua asam garam kepada kehidupan ZBA dikampong dizaman tahun 60an.  Walau bagaimana pun berada disini beerti kita menerima satu pengalaman baru yang tidak mungkin kita jumpa disebahagian daripada dunia.
Secara kebetulan perniagaan mereka dihari kedatangan ZBA adalah bersempena dengan perayaan Hari Raya Korban yang dijangka akan dirayakan 2 hari dari sekarang.  Jadi kemeriahan jelas  terbayang pada masyarakat Tajik yang majoriti daripada mereka berugama Islam.  Masyaallah.





SELAMAT HARI RAYA KORBAN 


No comments:

Post a Comment