Saturday, February 6, 2016

OASIS CITY OF KASHGAR



Kashgar.  Dalam bahasa China dikenali dengan nama Kashi. Oasis City dan merupakan bandar paling ke barat China berhampiran dengan sempadan Tajikistan, Kyrgyzstan dan Pakistan. Mempunyai sejarah yang panjang melebihi 2,000 tahun sebagai laluan perdagangan antara Europe, Asia Barat, dan China melaui "The Great Silk Road".  Dan sekarang merupakan corridor perdagangan antara China dan Pakistan.
Cuaca agak panas.  Jam 10.35 pagi ZBA sampai di station keretapi Kashgar.  Diluar station sedia menanti Bas No 10 untuk kebandar. Perjalanan 20 minit kita telah memasuki bandar Kashgar.  Sebaik tempat yang senang dan murah untuk mencari penginapan ialah berhampiran dengan Masjid Id Kah yang merupakan Masjid terbesar di Kashgar dengan kapisiti jumlah jemaah sekitar 20,000 orang. 
Berhampiran juga terletak "Old Town" Kashgar yang merupakan penempatan sejak berzaman ditengah-tengah bandar Kashgar. Makanan halal tidak menjadi masalah dan pembaca boleh mencuba masakan Uighur yang enak khususnya sajian "Kambing"
Bandar Kashgar ditengah-tengahnya mengalir sungai kecil
dan penduduknya ketara terdiri daripada suku kaum Uighur dan China. Kaum Uighur majoriti berugama Islam dan mereka mempunyai budaya dan adat resam serta bahasa yang tersendiri.  Oleh yang demikian jika pembaca ingin bertanya sesuatu dalam bahasa atau tulisan China, lebih baik bertanya kepada orang China.  Dari pengalaman ZBA, mereka ada yang tidak boleh membaca dalam bahasa China malahan berbahasa China.  
Dewasa ini kawalan keselamatan agak ketat dimana-mana di Kashgar.  Walau bagaimanapun kehidupan seharian berjalan seperti biasa dan pelancung bebas keluar masuk Kashgar tanpa sebarang halangan.  Juga tiada apa-apa tanda kerisauan kerana pada pandangan ZBA, keselamatan di Kashgar adalah selamat dan terjamin untuk pelancung.























Langkah pertama semasa ZBA sampai ke Kashgar ialah Id kah Mosque yang terkenal sejak zaman "The Great Silk Road". Terletak di Jiefang Road ditengah-tengah pusat bandar Kashgar dan merupakan kawasan tumpuan pelancung. Dihadapannya terdapat sebuah dataran yang luas bagi tujuan keugamaan.  Manakala dipersekitaranya pula ialah pusat membeli belah.
During the praying time, Muslims kneel and pray in the Id Kah Mosque, the square, Jiefang Road and streets. Then all the prayers get together on the Id Kah Square to dance and celebrate the festival with enthusiasm.
Id Kah Mosque means a place for praying and celebration of festivals in the Uyghur language. It is famous for its long history and Muslim culture.
Id Kah Mosque is not only an important place for religious activities in Xijiang, but also a key education site for Muslim culture in ancient times. A lot of Muslim Imams and Islamic scholars in Xinjiang and Central Asia had graduated from Id Kah Mosque.
Occupying an area of 16,800 square meters, Id Kah Mosque is as long as 140 meters from north to south and as wide as 120 meters from east to west.
The grand Id Kah Mosque was original built in 1442 with a small size mosque. After several renovations and enlargements, it is the scale that travelers can see today. Constructed with numerous yellow bricks, it is a prominent yellow building on the square.
Id  Kah Mosque Kashgar
The Gate in front of the Id Kah Mosque is 12.6 meters high and the towers at the both sides are nearly 18 meters high. The Prayer Hall is a high dais situated at the west corner of the Id Kah Mosque. The roof with light blue pillars is a magnificent scene. At the both sides of the mosque, the towers are decorated by beautiful flower patterns and carvings. As an ancient site of the Ming Dynasty, it has been listed into Chinese national cultural heritages since 2001.

Sedikit makluman berkenaan pembinaan masjid-masjid yang terdapat di Kashgar. Tidak dapat dinafikan masjid-masjid mereka amat besar jika dibandingkan dari seluruh dunia. Besar disini dalam ertikata keluasan kawasan masjid tetapi bukan keluasan pembinaan masjid itu sendiri.  Apa yang  diertikan   dengan
masjid ialah terdapat mimbar dan belasan deretan saf-saf dibelakang dan memanjang  dikiri/kanan.     Manakala    dibelakang
adalah padang yang luas juga diistilahkan sebagai masjid.  Jika sekiranya makmum memenuhi ruang dikawasan pembinaan masjid, bermakna makmum akan bersambungan saf dibahagian belakang selagi kapasiti ruang yang ada.
Dikeliling kawasan masjid dibina tembok dan didalamnya dibina pusat pengajian, rumah Imam, Bilah, taman, kolam air dan ditanam pokok-pokok sebagai tempat berteduh.  Sebagai peringatan, masjid-masjid disana tidak menyediakan tempat berudhu yang khusus sebagaimana di 1M.  Oleh yang demikian pembaca hendaklah bersedia berudhu sebelum memasuki kawasan masjid
Kebetulan ZBA berada di Kashgar ialah  sempena Perayaan Aidul Adha 1436H.  Allah Huakbar.  Satu pengalaman baru dapat melihat bagaimana umat Islam di Kashgar menyambut perayaan tersebut. Solat Aidul Adha yang dihadiri oleh hampir 20,000 jemaah di Masjid Id Kah.  Amat berbeza bagaimana mereka mendirikan solat Aidul Adha.  Berbeza disini bukan bermaksud berbeza dari segi solat tetapi masa mereka melakukan solat Aidul Adha. 
Sebenarnya masa itu emas.  Mungkin itulah ungkapan bagi pendudk Islam di Kashgar. Sebaik selepas solat Subuh mereka akan menunggu waktu fajar. Selepas terbit fajar mereka terus menunaikan Solat Aidul Adha, berkhutbah dan sebagainya. Satu perkara yang agak pelik juga berlaku selepas Solat Aidul Adha  diluar
kawasan masjid dimana terdapat dataran yang luas.  Para jemaah berkumpul beramai-ramai dan menari tanda kegembiraan mengikut irama yang dimainkan oleh sekumpulan pemuzik yang berada diatas bumbung gerbang Masjid Id Kah. Masyaallah.  Tapi ini mungkin satu tradisi tetapi bagi ZBA tradisi yang tidak sepatutnya dilakukan.
Acara sembelihan korban dilakukan sebagaimana kita di 1M. Mereka menyembelih kambing, yak, unta dan sebagainya. Kebanyakan sembelihan dilakukan dilorong-lorong kecil didalam bandar,  manakala bebiri dan kambing disembelih dihadapan dan didalam rumah.  Apa yang dilihat mereka tidak melakukan amalan sedekah sebagaimana tersurat.  Ini dapat dijangkan kerana ZBA melewati beberapa tempat sembelihan tetapi mereka tidak langsung mempelawa atau menghulurkan  daging korban yang sedia dilapah.


Dalam kemeriahan Hari Raya Korban, ZBA meneruskan perjalanan dari lorong kelorong untuk  melihat bagaimana masyarakat Islam di Kashgar melaksanakan ibadah korban.  ZBA memasuki "Old Town" yang terletak beberapa ratus meter daripada Masjid Id Kah. Sungguh terpegun melihat kecantikan seni binaan kepada bangunan-bangunan yang dibina ratusan tahun dahulu.  Masih utuh dan menjadi kebanggaan masyarakat setempat.
Kashgar Old City
 

Dari Old City kini ke "Old Settlement".  Rumah binaan daripada tanah liat dan kayu yang masih dihuni oleh masyarakat Uigur dan Tajik di Kashgar sejak ratusan tahun. Walaupun nampak usang dan runtuh disana sini tetapi keaslian penempatan pertama manusia sejak zaman kegemilangan "The Great Silk Road" masih kemas dan berpenghuni.  Sejarah memperkatakan yang benar dari apa yang kita dapat lihat sehingga kehari ini.

Terletak disebuah lembah dan mengalir sebuah sungai kecil. Bersebelahanya pasar "Old Market dan  Old City dan Masjid Id Kah".  Semua kawasan ini terletak tidak jauh antara satu sama lain dan pembaca boleh kesana kemari dalam jarak berjalan kaki.
"Old market" adalah pasar tertua ujud di kashgar.   Semua barangan keperluan terdapat disini. Kemasyuran nya ditenggelami oleh kehebatan "Sunday Animal Market".  Itu sebab tidak banyak artikal yang boleh dijumpai mengenai sejarah old market dan peranan old market bagi masyarakat setempat. Perlu diingat di old market terdapat satu yang sukar didapati dipasar-pasar lain di China. Kekacang dan buah-buahan kering.  Ini merupakan dagangan utama  mereka.  Sebut sahaja apa jenis kekacang dan buah-buahan kering yang diingini.  Semuanya terdapat disini dengan harga yang amat murah. 

Hari-hari terahir ZBA di Kashgar sempat juga kami melewati Old market.  Tapi perlu diingatkan bahawa kawasan tersebut adalah kawasan padat dan  terlampau ramai manusia khususnya diwaktu pagi.  Perjalanan aktiviti harian adalah sebagaimana pasar-pasar ditempat lain yang sering kita lihat. 


Hari berlalu berganti minggu.  Minggu berlalu mengganti bulan. Kini ZBA masih berbaki seminggu lagi untuk mencukupi 44 hari merentas laluan utara "The Great Silk Road"daripada Bukhara ke Xian, China.  ZBA akan meninggalkan Kashgar menuju Turpan dan seterusnya Xian.  Semuga berjumpa lagi dalam artikal berikutnya. 


                                                         Kashgar (Kashi)
                                          喀什市 • قەشقەر شەھ

No comments:

Post a Comment