The Balkans peninsula is, according to some definitions, what lies south of the rivers Sava and Danube from the city of Belgrade. This definition, however, then would rule out part of northern Serbia, known as Vojvodina, a good part of Croatia, Romania and, of course, Slovenia. Historically, all these countries/regions were usually considered to be part of the Balkan countries, as Slovenia, too, was once part of Yugoslavia. It is their recent independence that has allowed for the Slovenes to re-proclaim
their desire to be considered Central European. Lastly, much of Greece also resides upon the Balkan Peninsula; however, the Greeks, like the Slovenes and northern Croats, also distance themselves from the Balkans, and, as its major travel destinations (apart from Athens) lie upon its islands, it is almost exclusively considered as a part of Southern Europe.
Khazanah tersembunyi sejak beberapa abad bagi negara-negara tersebut akhirnya terungkai jua. Sebelumnya mereka dianggap negara asing yang jauh daripada pengaruh morden dimana sejak berabad dijajah dan ditakluki dan diletakan dibawah pengaruh USSR.
Kini semuanya berlalu dan mereka membenarkan dunia bebas bergerak kesana kemari di negara-negara mereka. Keujudan beberapa negara baru pecahan daripada kejatuhan Republik Yogoslavia akibat perang Balkans 1992-1995 seperti Mecodonia, Crotia, Serbia dan Bosnia Hezagovina.
sumbangan ikhlas kerajaan dan raayat 1M kepada saudara-saudara Islam Bosnia tersergam indah di Sarajevo. Banyak kenangan manis diceritakan oleh warga-warga tua tentang 1M 20 tahun lalu. Tahniah DrM dan syabbas ATM yang memainkan peranan penting demi keamanan dunia dan Islam sejagat.
Menyusuri kisah ini, ZBA akan huraikan secara terperinci dalam "The grave yard of Sarajevo".
Bermula dari Kuala Lumpur, penerbangan menuju Doha, Qatar (7J). Dari Doha menuju Istanbul, Turkey (4j) dan hari yang sama dari Istanbul menuju Athens (1J). satu perjalanan yang panjang dan membosankan kerana laluan ini adalah laluan routine bagi ZBA sebelumnya. Episod Balkan train journey bermula dari Athens ke Thessolaniki.
Ramai daripada 1M telah mengunjungi negara-negara Balkan dan mengenalinya. Ada yang bergelar sebagai pelancung dan ada yang bergelar sebagai pengembara. Dua cara yang ketara berbedza. Melancung biasanya mengambil masa yang pendek dan menggunakan pengangkutan udara. Mereka membayar lebih demi keselesaan. Mendengar burung kakak tua berbicara tetapi kurang ilmu yang dibawa pulang. Datang dengan stail yang bergaya dan pulang dengan kemegahan bershopping sakan. Tidak salah kerana mereka bersedia membayar dari hasil keringat yang sedia ada.
Ini pula yang bergelar "Pengembara". Kata setengah orang "Kaki sengkek". Tidur di Masjid dan dijalanan. Dalam erti kata lain tidak berduit. Tetapi kalangan ini lebih baik daripada "Kaki-kaki balik kampung".
Setidak tidaknya walaupun dalam keadaan sukar mereka masih mahu mengembara untuk melihat yang tersurat dan tersirat. Kalangan ini bisanya tidak berkukuk dibawah tempurung malah tidak terkurung dibawahnya.
Station dan ZBA mengambil kedudukan yang selisa bagi mencari objek dan pemandangan terbaik untuk dirakam dan dikongsi bersama dengan pembaca. Dua jam pertama, sebagaimana biasa kita akan lihat kehidupan masyarakat setempat. Makin jauh makin berubah dan akhirnya kawasan pemandangan sinonim ialah kawasan pertanian, perladangan dan ternakan. Tidak dinafikan bahawa Greece juga merupakan negara pertanian
dibahagian selatan tetapi tidak dibahagian utara. Bahagian utara boleh dikatakan kawasan bergunung ganang sehingga satu jam lagi perjalanan ke Thessolaniki kita dapati semula kawasan pertanian yang luas.
Ramai pengembara menggambarkan perjalanan daripada Athens ke Thessonaliki sebagai "Scenic Trains Journey", tetapi bagi ZBA hanya 1/3 sahaja kebenaran tersebut. Itu pun selepas 3j perjalanan
daripada Athens dimana keretapi akan melalui kawasan pergunungan. Pemandangan daripada atas kearah lembah pertanian dibawah sememangnya cantik. Ketika itu keretapi akan membuat satu bulatan pusingan menyusuri lereng pergunungan tinggi dan curam. Selebihnya keretapi akan melalui kawasan pertanian sehinggalah keretapi sampai ke destinasi Thessolaniki jam 1300 pm.
Athens to Thessolaniki Scenic Train Journey |
sama dengan kedudukan bandaraya Alexandariah di Egypt. Merupakan bandar laluan darat utama daripada negara-negara Balkans yang lain untuk ke Turkey dan sebaliknya. Kepada pengkaji sejarah Kerajaan Othmaniah, Thessanoliki masih tersimpan khazanah keagungan mereka sehingga kehari ini. Bandarnya tersusun cantik , kemas serta bersih dan landmark bandar ini ialah "White Tower of Thessaloniki".
Thessaloniki dan khazanah peninggalan keagungan Kerajaan Othmaniah Turkey.
Keesokan harinya diawal pagi ZBA telah berada di station
keretapi Thessaloliki. Keretapi bertolak seawal jam 06.55am dan dijangka sampai ke destinasi jam 1400pm. Perjalanan 7j dan kos yang dikenakan ialah RM 81.00 bersamaan EUR 18. Sebagai makluman tiket bagi perjalanan ini hanya dijual sebelum keretapi bertolak dihari yang sama. Hanya satu perjalanan sahaja bagi setiap hari.
Add caption |
Stesyen keretapi terahir dimana "Koc Tumpangan" diceraikan dan disambong dengan lokomotif Bulgaria. |
Bulgaria dan bertolak menuju dan melintasi sempadan yang jaraknya 12km. Setelah memasuki Bulgaria train akan berhenti disebuah perhentian kecil selama 1j untuk tujuan pemeriksaan Imigresen.
Para penumpang tidak dibenarkan turun dan dikehendaki berada ditempat duduk masing-masing. Pihak Imigresen akan mengutip semua passport untuk tujuan stamping dan mengembalikan semula
selepas 30m. Satu proses yang mudah dan dilihat sebagai efishen. Tiada pemeriksaan kastam dilakukan kepada penumpang keretapi.
FASA 3. Sememangkan terdapat perubahan ketara apabila kita memasuki
sebuah negara kesebuah negara yang lain. Paling nyata ialah "tulisan" yang terpampang dimana-mana. Inilah yang dikatakan "Lain padang lain belalang". Ini tidak terkecuali bagi negara Bulgaria yang dilihat sebagai pesat membangun.
Keretapi bertolak mengikut jadual. Lanskap pada asasnya tidak banyak berubah ketika ini. Begitu juga rumah-rumah penduduk tempat antara kedua negara, Bulgaria dan Greece. Landasan keretapi sejajar
dengan jalanraya yang juga mengalir sebuah sungai yang cantik bersebelahan. Penempatan penduduk kebanyakannya berada dilereng-lereng bukit dan dilembah-lembah sungai dimana aktiviti pertanian dijalankan. Mereka juga dilihat mengusakan ternakan seperti bebiri, kambing, lembu dan lain-lain.
Tidak dinafikan sepanjang perjalanan ZBA pagi ini, keretapi melalui kawsan berbukit-bukit dengan pemandangan cantik yang sukar dilupakan. Dari sempadan keretapi mengambil masa lebih kurang 3j kedestinasi tujuan, Sofia. ZBA sampai di Sofia tepat mengikut jadual jam 2pm. Cuaca masih sejuk tetapi sinar matahari memancar terang.
ZBA memperlengkapkan carta perjalanan untuk hari berikutnya. Menukar sedikit matawang Bulgaria sungguhpun pada asasnya mereka menerima Euro sebagai pertukaran yang mudah. Menempah tiket perjalanan keretapi berikutnya dari Sofia untuk ke Bucharest.
GREECE, BULGARIA & ROMANIA