Assalamualaikum,
Setelah semua urusan dokumentasi selesai kami dibenarkan untuk merentasi Nepal ke Kodari (Sempadan Nepal dan Tibet) pada awal pagi daripada Kathmandu. Cuaca kabus ditambah lagi jalanraya yang berdebu sejauh 140 km dengan jalan 3rd Class yang tidak berurus. Namun perjalanan yang bermula seawal 5.30am tidak banyak menghalang kerana kenderaan masih kurang dan aktiviti penduduk setempat masih terbantut dengan cuaca sejuk sekitar 8C.
Kami harus berbuat demikian kerana perbezaan waktu dan mengelak daripada gagal memasuki Tibet oleh kerana pintu masuk ke Tibet akan ditutup pada jam 3.00pm waktu Tibet)
Juga dimaklumkan bahawa perjalanan kami merentas Nepal dan Tibet adalah perjalanan yang pertama raayat asing yang diluluskan oleh pihak berkuasa China selepas laluan ditutup mulai Disember hingga March setiap tahun.
Sungguhpun cuma kami bertiga dalam sebuah kenderaan tetapi keselesaan sukar diperolehi dek jalan yang terumbang ambing kekiri dan kekanan. Daripada Kathmandu kami hanya dapat menikmati cuma 10km jalan dua lorong berkembar yang dibina oleh kerajaan Jepun sebagai aids untuk raayat Nepal. Selebihnya 130km penuh debaran dan cabaran. Laluan mendaki yang sempit dan permukaan yang amat menyedihkan. Keseluruhan laluan ini adalah melintasi susuh bukit yang curam dan merbahaya. Sekiranya tersasar, tiada maaf bagi sesiapa dimana jurang ratusan kaki dibawah menunggu dan bersedia menyambut ketibaan mayat-mayat yang kaku untuk disemadikan.Sepanjang 30km melalui laluan ini kita masih berada dipersekitaran Kathmandu. Penempatan masih bersambung-sambung dan diselang seli dengan tanaman padi secara berteres. Juga kelihatan tanaman kontan secara agrasif, seperti sayur-sayuran, jagung, kacang tanah dan sebagainya. Manakala rumah-rumah sesebuah berjajaran dilereng lereng bukit. Kathmandu yang mempunyai hampir 2j penduduk sebenarnya besar daripada jangkaan kasar tetapi tiada bangunan tinggi yang menunjukan mereka tinggal bertumpu kepada kawasan bandaran. Kami hayati pandangan indah ini bersama pancaran cahaya matahari pagi dalam cuaca sekitar 6C.
Episod ini makin lama makin berahir dari pandangan setelah semakin jauh kami meninggalkan Kathmandu. Rumah-rumah telah mulai jarang-jarang dan kawasan sekitar pula kelihatan hutan belukar dengan jalanraya menyusur bersebelahan anak sungai yang jernih airnya dijurang. Binatang ternakan juga telah tiada kelihatan kecuali dimana semasa kami melalui kawasan kawasan perkampungan kecil ditepian jalan.
Melintasi bandar dan perkampungan kecil dan perubahan alam semula jadi juga turut berubah mengikut ketinggian. Satu keistimewaan bagi bangsa Nepal yang juga merupakan "Keturunan bukit" ialah mereka tinggal di lereng-lereng bukit menjalankan aktiviti pertanian dan ternakan. Ya, sedikit diketahui tentang mereka ialah, mereka merupakan kaum penghuni tanah tinggi di Nepal.
Mempunyai puluhan etnik tetapi tertumpu kepada tiga kumpulan etnik terbesar dikenali sebagai Nepalis, Sherpa dan Gurkha. Nepalis ialah peribumi tibet. Muka mereka iras India dan juga Melayu. Berbadan sederhana, tinggi dan berkulit agak putih. Sherpa gulungan "pengangkutan gunung". Permastautin tanah tinggi dan merupakan tracking yang cekap. Wajah mereka mirip kepada Monggolian bermata sepet dan berbadan gempal.
Ketiganya ialah Gurkha. Memang terkenal dikalangan masyarakat di 1M. Worrier bagi masyarakat Tibet. Berbadan gempal tinggi dan bermata sepet juga mempunyai campuran darah Tibetan dan Monggolian. Mereka menghuni kawasan utara Nepal dan menjalaakan usaha pertanian dan ternakan dikawasan lerengan pergunungan. Difahamkan bahawa dari kalangan lelaki mereka, 60% daripadanya terpilih bagi menganggotai pasukan keselamatan diseluruh dunia. Satu bangsa yang cekal dan berdedikasi serta berpegang teguh kepada prinsip ketuanan. (Tetapi Bukan "Gurkha" yang berkhidmat sebagai pengawal keselamatan yang berada dinegara 1M. Sebenarnya mereka adalah dari gulungan masyarakat miskin yang tinggal di Nepal dan berhijrah mencari sumber pendapatan dinegara asing)
Nepal dan China dipisahkan oleh sebuah jurang yang amat dalam ratusan km dimana mengalirnya sebuah anak sungai kecil dari banjaran gunung yang mencuram hampir 90 darjah. Pada pandangan ZBA, tiada siapa berani dan berusaha untuk melewati daerah masing-masing. Tiada pagar sempadan dan tiada sekatan tetapi alam semula jadi memisahkan diantara kedua-duanya secara total. Nepal dan Tibet (China).
Kodari sebuah pekan kecil yang kotor jika dibandingkan dengan China dihujung jambatan sebelah sana (Friendly Bridge). Kenderaan kami diberhentikan 250 meter dari garisan tengah diatas jambatan yang memisahkan sempadan kedua negara. Satu garisan bertanda "merah" dan disebelah menyebelah terdapat pasukan keselamatan kedua negara. Sebuah jambatan merentasi jurang sejauh 50m untuk penduduk kedua negara berurusan seharian.
ZBA terpaksa berjalan kaki sejauh 300m untuk memasuki Tibet, China daripada Nepal. Alhamdulillah tepat jam 1.00 tengahari ZBA selamat memasuki Tibet selepas pemeriksaan Kastam dan Imigresen yang ketat dikenankan. Kami tidak menggunakan Visa sebagaimana biasa malah menggunakan Tibet Travel Permit dan Group Visa yang dikeluarkan oleh kerajaaan China di Nepal.
Selepas memasuki Tibet, China keadaanya berubah sama sekali dengan Nepal. Tibet, China lebih maju 30 tahun jika dibandingkan dengan jirannya. Disegi infrastruktor, seperti jalan raya, perbandaran, kemudahan asas dan sebagainya, Tibet, China mengatasi segala-galanya. ZBA terus ke hotel penginapan (3100m) sejauh 7 km daripada sempadan dikenali sebagai Zhang Mu dan berehat untuk perjalanan seterusnya keesokan harinya.
TRANS-TIBETAN BEGIN
No comments:
Post a Comment