Assalamualaikum,
Zhangmu sebuah pekan yang mungkin asing bagi para pembaca. ZBA juga inilah pertama kali menjejakan kaki dibumi bertuah ini. Mengenalinya melalui pembacaan daripada blogs sebelum kesini. Terletak 7km daripada sempadan Nepal. Zhangmu nampak gah jika dilihat daripada sempadan kerana terletak dilereng bukit yang curam dengan bangunan bertingkat-tingkat. Dicelah-celahnya dibina jalanraya yang sempit muat-muat untuk dua buah kenderaan. Berada diparas 3200m dengan cuaca panas terik tetapi sejuk menggigil dan suhu sekitar 8C.
Dibaratnya atau berhadapan dengan bandar Zhangmu adalah pergunungan tinggi lagi curam. Manakala dibawahnya mengalir anak sungai kecil yang menandakan sempadan diantara Nepal dan Tibet sebelah menyebelah sehingga puluhan km.
Penduduk disini dominentnya adalah dari keturunan China, Tibetan dan Nepalis.
Sebagaimana biasa ZBA walau seletih mana sekali pun apabila sampai kesesuatu tempat yang baru sememangnya tidak akan melepaskan peluang untuk merayap bagi mengenali masyarakat setempat dan melihat sendiri apa yang ada ditempat berkenaan. Kebetulan dan berketetapan, masa gelap di Zhangmu adalah lewat sekitar jam 8.45 malam barulah masuk waktu solat maghrib walaupun disini sama waktu dengan negara 1M. Almaklum waktu untuk makan malam.
Allah menetukan segalanya. Alhamdulillah pencarian berhasil. Terpampang didepan mata dikanan jalan sebuah restoran bertulisan China dengan Kalimah Allah berlatar belakangkan "Warna Hijau" yang sememangnya warna bagi menggambarkan Restorant Muslim di keseluruhan China. Seorang lelaki empat puluhan keturunan China menjawab salam dengan lancar apabila disapa ZBA dengan Assalamualaikum.
Meneruskan perjalanan keatas, terdapat lagi sebuah restorant milik sebuah keluarga Islam dengan anak gadis pengukir senyuman manis apabila disapa ZBA dengan salam. Mereka sekeluarga dilihat amat mesra menyambut saudara sesama Muslim dan dengan bangga memberikan posing istimewa apabila diminta untuk bergambar. ZBA disajikan makanan kegemaran masyarakat Sichuan dengan mie tarik (Pulling Mie) atau dalam bahasa China dikenali sebagai "Lam Mie" sebagai hidangan makan malam.
Selain dua buah restorant ini ada sebuah lagi kedai dilihat kepunyaan masyarakat Islam China yang menjual daging sembelihan Halal 50 meter dihadapan. Ini menunjukan bahawa Islam berada dimana-mana di China dari utara, selatan, timur dan barat sejauh perjalanan yang pernah ZBA tempohi. Oleh yang demikian, kepada semua pengembara jangan risaukan tentang makanan halal jika saudara di China. Paling asas mi maggie di China akan tertera logo Halal dengan tulisan hitam berlatar belakangkan warna hijau. Insyaallah.
"Mr Bushman"

Pergunungan 100% gondol. Tiada sebatang pun tumbuh-tumbohan. Kawan ZBA disini cuma sekumpulan Yaks. Udara amat nipis dan sesekali sukar untuk bernafas.
Roof Top of The World

Sepanjang perjalanan sebelum sampai disini, pergunungan masih hijau dengan pepohon kayu tumbuh subur dimana-mana. Lama kelamaan kelihatan salji dipuncak gunung dan seterusnya batu-batu gondol diseliputi salji memutih bagaikan kapas. Kecantikan pemandangan tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata malah kecantikannya lebih cantik daripada Yangfrau di Switzeland.

Kami kini mencapai claimax buat hari pertama dengan berada diparas paling tinggi diketinggian 5,153m di Nyalang Path. ZBA berada dibumbung dunia. Pemandangan dikejauhan ialah banjaran Himalaya yang berada dikedudukan seolah-olah sama paras dengan kepala kita. Maha Suci Allah.
Bangun agak lewat hari ini, almaklum waktu subuh ialah sekitar jam 7.15 pagi dan terbit matahari sekitar jam 8.00 pagi. Mengalas perut dengan dua keping roti, telur goreng dan segelas teh dihotel. Dijangkan Trans-Tibetan akan bermula seawal jam 9.00 pagi. Perjalanan hari ini akan merentas sejauh 220 km bermula daripada Zhangmu terus ke Segar (Old Tingri). Paparan pertama ialah "Bushman" secara tiba-tiba sahaja keluar ditepian jalan sebelum ZBA sampai ke check point pertama.
Sebenarnya China banyak sekali menyumbang kearah pembangunan Tibet selepas merdeka bersama China pada tahun 1959. Jika tidak kemungkinan Tibet sehingga hari ini masih tidak mempunyai sistem infrastructor yang baik sebagaimana sekarang. ZBA sendiri terpegun dengan sistem jalanraya pergunungan terbaik dan selamat diperkenalkan.

Sungguhpun agak sempit oleh kerana keadaan muka bumi tetapi mempunyai kualiti pembinaan yang standard dan membanggakan.
Dari paras 3,000m lebih kami mendaki dan sekarang berada diparas 4,500m. Sebelumnya pergunungan dilitupi hutan tebal dan kini segalanya berubah diliputi salji.

Bersama team mate dari kiri Lhakpa Numberis, Edward Heong, Jacqui Teo dan ZBA. Kami sekarang berada diparas 4,553m dari paras laut. Masih boleh bernafas lega dan sejahtera.
Kenderaan 4 X 4 land Cruiser kami bergerak lancar tanpa sebarang gangguan. Kenderaan dilaluan ini amat kurang dan kemungkinan setiap 5-10 minit baru sekali terdapat kenderaan lain melintasi kami. Atau mungkin faktor cuaca atau awal pagi atau laluan ini baru sahaja dibuka untuk kunjungan orang asing, berkemungkinan kesibukan masih diperingkat awal.
Apa pun pemandu kami juga seorang yang berpengalaman dan mengendalikan pemanduan dengan baik dan lancar. Dari paras lebih 3,000m kenderaan bergerak memusing susuh banjaran, membelok dan mendaki menegak menuju kepuncak. Telinga berdesing setiap kali mendongak. Udara makin nipis dan diluar sana suhu masih dibawah 8C dan kedinginan membuatkan kami menggigil walaupun telah dikenakan tiga lapis pakaian sejuk.
Kenderaan 4 X 4 land Cruiser kami bergerak lancar tanpa sebarang gangguan. Kenderaan dilaluan ini amat kurang dan kemungkinan setiap 5-10 minit baru sekali terdapat kenderaan lain melintasi kami. Atau mungkin faktor cuaca atau awal pagi atau laluan ini baru sahaja dibuka untuk kunjungan orang asing, berkemungkinan kesibukan masih diperingkat awal.
Roof Top of The World
Sepanjang perjalanan sebelum sampai disini, pergunungan masih hijau dengan pepohon kayu tumbuh subur dimana-mana. Lama kelamaan kelihatan salji dipuncak gunung dan seterusnya batu-batu gondol diseliputi salji memutih bagaikan kapas. Kecantikan pemandangan tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata malah kecantikannya lebih cantik daripada Yangfrau di Switzeland.
Laluan di Roof top of the World
Tiada kelihatan sebatang pokok pun yang tumbah malah boleh dikatakan hutan batu batan bersalji sahaja yang kelihatan.
Sekarang terasa benar kami sedang menjejaki bumi Tibet. ZBA hayati corak dan gaya kehidupan mereka yang sebenar. Orang Tibet sebenarnya meliputu lebih kurang 5j orang tinggal berkumpulan dan berpuak-puak dibumi Tibet. 10% daripadanya berugama Islam dan selebihnya Buddha. Kebanyakan daripada mereka ialah petani dan penternak. Oleh kerana perbezaan politik, ramai daripada mereka berhijrah dan tinggal di India, Bhutan dan Nepal disamping negara-negara barat yang berkepentingan.
Gambar atas dan dua dibawah ialah Puncak Gunung Everest 8,848M
http://www.zainaltobiaqtravel.blogspot.com
No comments:
Post a Comment