Thursday, April 18, 2013

TRANS-TIBETAN NEW TINGRI TO SHIGATSE

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,


Pengalaman kelemasan sukar dilupakan. Fobia semalam masih dalam ingatan.  Hari ini cuaca sebagaimana semalam.  Pagi yang terang.  Pemandangan pergunungan  bersalji putih dipuncak tampak jelas dipandangan.  Selepas melepasi check point, kenderaan kami bergerak merentas pergunungan.  Kami menuju destinasi tertinggi dalam Trans-Tibetan.  Gyanthole Path setinggi 5,248m sebelum menurun keparas 4,600m menuju Tsola Path.
Sekali lagi muka bumi berubah dengan lanskap yang agak gondol dan kering.  Tetapi sekali sekala terdapat lembah-lembah yang subur sesuai untuk pertanian dan  rumput-rumput kering yang tumbuh sebagai makanan ternakan.  Pemandangan tasik juga kelihatan dengan air membiru mengatasi kebiruan langit.  Rumah-rumah empat segi tepat Tibetan style kelihatan jelas dimerata-rata kawasan lembah dan di lereng-lereng pergunangan.  Ternakan bebiri, kambing, yaks dan kuda berpusu-pusu mencari arah untuk mendapatkan makanan. Gembala berselimut tebal ditengah pancaran matahari mengawal suasana dengan muka hitam berbalam dek dimakan panas dalam cuaca sejuk.  Petani dan peladang bergandingan tenaga mengerjakan tanah pusaka sebagai persedian untuk menanam.  Dijalanraya kami membelah arus melihat keindahan dan mengenali sebuah kehidupan.  
Sesungguhnya kehidupan adalah satu perjalanan hidup tanpa berketapian.  Disana ada orang miskin dan disini ada orang kaya dan dimana-mana keadaan serupa.  Muka bumi ciptaan Allah membezakan corak kehidupan itu sendiri. 

Dalam pada kita membicarakan tentang lanskap, ZBA telah sampai  dikemuncak tertinggi Gyathole Path 5,248m di Banjaran Himalaya.
 Gyathole Path 5,248m from Sea Level

Alhamdulillah walaupun berada diketinggian tertinggi ini pernafasan seperti biasa dan tidak mendatangkan apa-apa masalah dalam usia ZBA 58 tahun.  Mungkin sistem didalam masih berkeadaan baik dan bersyukur kepada Allah yang dengan izinya masih lagi boleh berdiri disini.  Beberapa kali ZBA paparkan tentang puncak-puncak tertinggi disepanjang Trans-Tibetan.  

Tahukah pembaca kenapa disana diletakan bendera yang bewarna merah, kuning, putih, hijau dan biru.  Itu sebenarnya adalah tempat-tempat suci bagi penganut Buddha yang beranggapan memberi rahmat kepada mereka.  Lalu tempat itu akan dipasang dengan bendera.  Bendera bewarna merah dalam kepercayaan mereka ialah melambangkan "api". Manakala Kuning ialah "Angin".  Putih melambangkan "Air". Hijau pula bumi.  Biru ialah "Langit".

Sekarang kita mengenali serba sedikit tentang rumah-rumah kediaman masyarakat Tibet.  Sebelumnya masyarakat Tibet dikenali sebagai Nomed yang hidup berpindah-randah dengan membawa binatang ternakan peliharaan mereka berpindah dari satu tempat kesatu tempat.   



Cara hidup tradisi ini masih lagi dipraktikan oleh sebilangan kecil daripada mereka tetapi  kebanyakannya kini telah berubah dan bermastautin secara tetap dipenempatan-penempatan terpilih.  Ini amat sesuai kerana Kerajaan China telah menyediakan segala kemudahan asas yang sepatutnya mereka terima.  Psarana terbaik ini seperti jalanraya, air, letrik, pelajaran, komunikasi dan sebagainya.  

Secara peribadi ZBA nyatakan  slogan "Free Tibet" yang dilaungkan oleh kapitalis barat adalah slogan yang tidak bermaruah dan menangguk diair keruh.  Dari hasil perbualan secara tidak langsung dengan masyarakat Tibet, mereka lebih suka berada dibawah pemerintahan China daripada Tibet merdeka.  Walau bagaimana pun sikap diskriminasi dalaman diantara China dan Tibetan sememangnya tidak dapat dielakan.
Sebelum  pembaca dibawa melawat Sajia, ZBA ingin memperkenalkan serba sedikit tentang rumah-rumah masyarakat Tibet.  Didirikan mengikut kelompok-kelompok khususnya dimana terdapat kawasan  pertanian.  Rumah mereka ringkas dan hanya berbentuk empat persegi dengan keluasan dianggarkan 25' X 50'.  



Ada yang dibina secara teres dan juga berupa banglo persaorangan.  Pembinaanya dari batu bata tebal (Block) dan tidak diplaster dan manakala tingkap pula daripada kayu dan kaca untuk melihat pandangan luar. Bumbung dibuat daripada tanah liat dan diterap batu bata diatasnya.  Setiap bingkai diwarnakan mengikut warna kepercayaan Agama Buddha (Merah, putih, kining, hijau dan biru).  


Dikiri kanan rumah diatas bumbung  terdapat dua bahagian untuk dipacakan bendera bewarna tersebut.  Dibahagian hadapan tiada varenda atau porch untuk tempat letak kereta. Malah disekat dengan tindanan batu-batu atau dipagari batu bata dan meninggalkan ruang kosong didalam.   bahagian dalam rumah terdapat sekurang-kurangnya satu ruang tamu, satu bilik air dan sebuah ruang untuk dapur.  Selainnya adalah bilik-bilik untuk keluarga.  
Semua rumah-rumah masyarakat tibet dibangunkan  dua tingkat dimana dibahagian atas akan dihuni oleh tuan rumah dan keluarga dan dibahagian bawah dikhususkan untuk binatang ternakan.  Kehidupan mereka sangat unik  dimana  mereka  bergantung diantara satu sama lain dengan binatang ternakan yang merupakan sumber makanan dan pendapatan keluarga. 

Jika dibandingkan  keluasan Tibet dengan kepadatan penduduk, jumlah binatang ternakan lebih banyak daripada jumlah penduduk.  Penduduk Tibet tidak dihadkan untuk memiliki seberapa banyak anak oleh pemerintah,  tidak sebagaimana pasangan kaum China yang dibenarkan mempunyai seorang sahaja anak dalam satu keluarga.  Dari tinjauan rambang rata-rata mereka mempunyai kurang daripada 3 anak dalam keluarga.  Purata jangka hayat pula ialah 60 tahun bagi wanita dan 55 tahun bagi lelaki.  Umur perkahwinan bagi wanita ialah 16 tahun dan lelaki 20 tahun.  Mereka tidak mengenakan dauri atau hantaran semasa upacara perkahwinan tetapi terpulang kepada kesanggupan pengantin lelaki untuk menyediakan mengikut kemampuan.



Kami melawat Sajia sebuah perkampungan dalaman 25 km diluar laluan sebenar menuju Shigatse.  Disana terletak dua buah Monastery dikenali sebagai Sakya dan Bon Po Monastery.  Sebenarnya tiada apa-apa keistimewaan tetapi kami lebih menumpukan kepada pemandangan dan cara kehidupan masyarakat Tibet menjalalani kehidupan seharian mereka.


















Meneruskan perjalanan kini ZBA sampai dan singgah  disebuah tempat bertanda 5000km.  Tempat ini memberi dua pengertian.  Satunya menandakan tempat terahir bagi pengembara yang datang daripada arah barat untuk melihat bagi kali terahir puncak Gunung Everest.  Manakala 5000km pula menandakan pembaca berada 5,000km lagi untuk menuju Shanghai di timur.


Jam sudah menunjukan  hampir 2pm.  Kami telah hampir menamatkan perjalanan 244km daripada Segar (New Tingri) ke Shigatse.  Melintasi pemeriksaan keselamatan untuk memasuki Shigatse.  Perut telah berkeroncong  dengan bermacam-macam nyanyian.  Kemungkinan marah kerana dua keping capati Tibet yang tidak mesra alam beserta secawan kopi bersusu yaks tidak memadai dengan perjalanan yang jauh.  


Untuk itu selepas memasuki sahaja Shigatse kami terus kesabuah restorant Tibet untuk makan tengahari.  Dilihat kepada menu ZBA cuma memesan sepinggan fright potato beserta chili sos sebagai pengalas perut.



Shigatse pekan kedua terbesar di Tibet selepas Lhasa.  Pekanya melebar melebihi 5 km keliling dan merupakan pusat kommersial terpenting bagi masyarakat pendalaman Tibet.  Bermula daripada Shigatse kita telah mula melihat kaum China menopoli perniagaan dan bandarnya ini sedang membangun dengan pesat jika dilihat pada projek-projek baru yang dalam pembinaan.  Satunya yang terkini dan terpenting ialah pembinaan landasan keretapi menghubungkan Shigatse dengan Lhasa sejauh 439km ke timur merentasi pergunungan yang tandus dan kering dan dijangka beroperasi Disember 2013.
Shigatse difahamkan mempunyai empat buah  Masjid kerana disini dikatakan mempunyai ramai penganut Islam  samada dari keturunan Tibetan, China Hui, Uigur dan lain-lain.  Walau bagaimana pun ZBA tidak berkesempatan untuk menziarahi masjid dan komuniti Islam setempat kerana kesuntukan masa.  Dari maklumat yang diperolehi kebanyakan mereka adalah gulungan pedagang dan penternak. 
Disatu petang kami berbual di sebuah restorant kepunyaaan  Muslim Uigur dan ZBA disajikan dengan teh panas secara percuma.  Alhamdulillah.  Diraut wajah mereka, mereka amat mesra sekali dapat bertemu muslimin dari luar dan kami berpotret sebagai kenangan walaupun dalam bahasa komunikasi yang sukar difahami diantara satu sama lain.
Perjalanan masih lagi jauh.  Semalaman di Shigatse pada ketinggian 4,350m, malam ini ZBA  tidur lelap  tanpa sebarang masalah.  Pagi besok kami akan meneruskan perjalanan 90km diparas 3,900m menuju Gyantse.






















Ku renung diawan ku lihat dunia setinggi aku berdiri.
Aku tunduk kebawah teringat aku kebesaran ALLAH

http://www.zainaltobiaktravel.blogspot.com



No comments:

Post a Comment