Assalamualaikum,
Alhamdulillah. Suasana pagi yang terang dan cuaca agak sejuk walaupun matahari sedang memancarkan sinar terang. 90km dihadapan kami akan meneruskan perjalanan menurun keparas purata 3,900m dari paras laut. Shigatse kami tinggalkan menyusur melalui kepesatan pembangunan Shigatse menuju timur Tibet dan perhentian pertama kami ialah disatu pos keselamatan untuk pemandu mengambil "speed limit".
Pada pandangan ZBA satu peraturan yang canggih dan berkesan bagi mengelakan kemalangan jalanraya. Peraturan patut dibawa keNegara 1M untuk dipraktikan jika kita tidak mahu melihat berlakunya kemalangan jalanraya yang amat memudharatkan. Atau dengan lain perkataan "membendung kebiadapan pemandu-pemandu maut diNegara 1M".
Petani dengan gigih membajak dan membaja. Ternakan seperti kambing, yaks, bebiri dan kuda berkeliaran dengan banyaknya. Rumah-rumah penduduk berderetan disepanjang jalan. Air disaliran mengalir jernih sedia untuk membantu pengairan ladang-ladang oat yang bakal ditanam menjelang musim panas.
ZBA singgah untuk toilet stop sementara menanti "time in" memasuki bandar Gyantse. Satu pengalaman baru untuk kita kongsi bersama. Sebagaimana ZBA maklumkan sebelumnya bahawa makanan utama masyarakat Tibet ialah Oat. Dikisar dijadikan tepung disimpan atau dijual bagi menjana pendapatan keluarga.
Mereka sehingga kini masih menggunakan cara tradisional untuk mengisar oat menjadikan tepung. Langkah pertama menakung air disaliran dan dialirkan menerusi saliran dan dilepaskan menerjah sebuah kincir bagi menjana pusingan pengisar yang terletak dibahagian atas.
Hasilnya oat akan bertukar menjadi tepung dan digunikan untuk jualan. Satu proses yang ekonomi dan tidak memerlukan sebarang perbelanjaan memadai dengan seorang petani mengawasi proses ini.
Cara Tradisional
memproses oat menjadi tepung
Serba sedikit kita telah mengenali cara penghidupan masyarakat Tibet dan kini ZBA sentuh sedikit tentang adat istiadat perkahwinan mereka. Unik demi mempertahankan adat dan keturunan. Perkara ini sama dengan masyarakat diutara India yang melakukan perkahwinan sedemikian.
Gambar Hiasan jangan salah tanggapan
Penyelesaian kepada masalah. Sebenarnya kita mempersoalkan polimik perkahwinan monogami ini atas dasar nafsu. Tetapi perkara ini sebenarnya lain daripada yang diamalkan oleh masyarakat Tibet. Itulah menunjukan keutuhan adat yang mereka pegang demi menyelamatkan empire keluarga dalam kehidupan harian.
Sungguh pun mereka mengamalkan perkahwinan tiga dalam satu dan tinggal dalam satu keluarga yang besar serumah, tetapi secara praktikalnya dua lelaki tengah dan bongsu akan meninggalkan rumah dan bekerja diluar. Pada nama mereka berkahwin tetapi hakikatnya dua saudara lagi akan berada diluar. Atau saudara tua berada diluar dan salah satu samaada saudara tengah dan bongsu berada dirumah dan sebaliknya.
WELLCOME TO GYANTSE
No comments:
Post a Comment