Sunday, April 14, 2013

KATHMANDU TO KODARI OVERLAND

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,


Setelah semua urusan dokumentasi selesai kami dibenarkan untuk merentasi Nepal ke Kodari (Sempadan Nepal dan Tibet) pada awal pagi daripada Kathmandu.  Cuaca kabus ditambah lagi jalanraya yang berdebu sejauh 140 km dengan jalan 3rd Class yang tidak berurus.  Namun perjalanan yang bermula seawal 5.30am  tidak banyak menghalang kerana kenderaan masih kurang dan aktiviti penduduk setempat masih terbantut dengan cuaca sejuk sekitar 8C.

Kami harus berbuat demikian kerana perbezaan waktu dan mengelak daripada gagal memasuki Tibet oleh kerana pintu masuk ke Tibet akan ditutup pada jam 3.00pm waktu Tibet)
Juga dimaklumkan bahawa perjalanan kami merentas Nepal dan Tibet adalah perjalanan yang pertama raayat asing yang diluluskan oleh pihak berkuasa China selepas laluan ditutup mulai Disember hingga March setiap tahun. 
Sungguhpun cuma kami bertiga dalam sebuah kenderaan tetapi keselesaan sukar diperolehi dek jalan yang terumbang ambing kekiri dan kekanan.   Daripada Kathmandu kami hanya dapat menikmati cuma 10km jalan dua lorong berkembar yang dibina oleh kerajaan Jepun sebagai aids untuk raayat Nepal.  Selebihnya 130km penuh debaran dan cabaran.  Laluan mendaki yang sempit dan permukaan yang amat menyedihkan.  Keseluruhan laluan ini adalah melintasi susuh bukit yang curam dan merbahaya.  Sekiranya tersasar, tiada maaf bagi sesiapa dimana jurang ratusan kaki dibawah menunggu dan bersedia menyambut ketibaan mayat-mayat yang kaku untuk disemadikan.
Sepanjang 30km melalui  laluan ini kita masih berada dipersekitaran Kathmandu.  Penempatan masih bersambung-sambung dan diselang seli dengan tanaman padi secara berteres. Juga kelihatan tanaman kontan secara agrasif, seperti sayur-sayuran, jagung, kacang tanah dan sebagainya.  Manakala rumah-rumah sesebuah berjajaran dilereng lereng bukit.  Kathmandu yang mempunyai hampir 2j penduduk sebenarnya besar daripada jangkaan kasar tetapi tiada bangunan tinggi yang menunjukan mereka tinggal bertumpu kepada kawasan bandaran. Kami hayati pandangan indah ini bersama pancaran cahaya matahari pagi dalam cuaca sekitar 6C.


Episod ini makin lama makin berahir dari pandangan setelah semakin jauh kami meninggalkan Kathmandu.  Rumah-rumah telah mulai jarang-jarang dan kawasan sekitar pula kelihatan hutan belukar dengan jalanraya menyusur bersebelahan anak sungai yang jernih airnya dijurang.  Binatang ternakan juga telah tiada kelihatan kecuali dimana semasa kami melalui kawasan kawasan perkampungan kecil ditepian jalan.

Melintasi bandar dan perkampungan kecil dan perubahan  alam semula jadi juga turut berubah mengikut ketinggian.  Satu keistimewaan bagi bangsa Nepal yang juga merupakan "Keturunan  bukit" ialah mereka tinggal di lereng-lereng bukit menjalankan aktiviti pertanian dan ternakan.  Ya, sedikit diketahui tentang mereka ialah, mereka merupakan kaum penghuni tanah tinggi di Nepal.  

                                        Mempunyai puluhan etnik tetapi tertumpu kepada tiga kumpulan etnik terbesar dikenali sebagai Nepalis, Sherpa dan Gurkha.  Nepalis ialah peribumi tibet.  Muka mereka iras India dan juga Melayu. Berbadan sederhana, tinggi dan berkulit agak putih. Sherpa gulungan "pengangkutan gunung".  Permastautin tanah tinggi dan merupakan tracking yang cekap.  Wajah mereka mirip kepada Monggolian bermata sepet dan berbadan gempal.  

Ketiganya ialah Gurkha.  Memang terkenal dikalangan masyarakat di 1M.  Worrier bagi masyarakat Tibet.  Berbadan gempal tinggi dan bermata sepet juga mempunyai campuran darah Tibetan dan Monggolian.  Mereka menghuni kawasan utara Nepal dan menjalaakan usaha pertanian dan ternakan dikawasan lerengan pergunungan.  Difahamkan bahawa dari kalangan lelaki mereka, 60% daripadanya terpilih bagi menganggotai pasukan keselamatan diseluruh dunia.  Satu bangsa yang cekal dan berdedikasi serta berpegang teguh kepada prinsip ketuanan.  (Tetapi Bukan "Gurkha" yang berkhidmat sebagai  pengawal keselamatan  yang berada dinegara 1M.  Sebenarnya mereka adalah dari gulungan masyarakat miskin yang tinggal di Nepal dan berhijrah mencari sumber pendapatan dinegara asing)


Perjalanan pada  awalnya kami diketinggian 1700m (Kathmandu) dan lama kelamaan berahir di Kodari sebuah perkampungan kecil bersempadan dengan China. 

Ketinggian ketika ini telah pun mencecah 2,700m daripada paras laut. Jarak  perjalanan sejauh 140km dengan memakan masa 4 jam 30 minit yang jauh daripada keselesaan tetapi mendekati kepada advanture.  Satu pengalaman yang menarik tetapi tidak sama dengan perjalanan "Silk Road" menuju Gilgit daripada Besham yang mencabar dan paling merbahaya dalam sejarah pengembaraan ZBA setaskat ini.

Nepal dan China dipisahkan oleh sebuah jurang yang amat dalam ratusan km dimana mengalirnya sebuah anak sungai kecil dari banjaran gunung yang mencuram hampir 90 darjah.  Pada pandangan ZBA, tiada siapa berani dan berusaha untuk melewati daerah masing-masing.  Tiada pagar sempadan dan tiada sekatan tetapi alam semula jadi memisahkan diantara kedua-duanya secara total.  Nepal dan Tibet (China).


Kodari sebuah pekan kecil yang kotor jika dibandingkan dengan China dihujung jambatan sebelah sana (Friendly Bridge).  Kenderaan kami diberhentikan 250 meter dari garisan  tengah  diatas jambatan yang memisahkan  sempadan kedua negara.  Satu garisan bertanda "merah" dan disebelah menyebelah terdapat pasukan keselamatan kedua negara.  Sebuah jambatan merentasi jurang sejauh 50m untuk penduduk kedua negara berurusan   seharian.
ZBA terpaksa berjalan kaki sejauh 300m untuk memasuki Tibet, China daripada Nepal.  Alhamdulillah tepat jam 1.00 tengahari ZBA  selamat memasuki Tibet selepas pemeriksaan Kastam dan Imigresen yang ketat dikenankan.  Kami tidak menggunakan Visa sebagaimana biasa malah menggunakan Tibet Travel Permit dan Group Visa yang dikeluarkan oleh kerajaaan China di Nepal. 

Selepas memasuki Tibet, China keadaanya berubah sama sekali dengan Nepal.  Tibet, China lebih maju 30 tahun jika dibandingkan dengan jirannya.  Disegi infrastruktor, seperti jalan raya, perbandaran, kemudahan asas dan sebagainya, Tibet, China mengatasi segala-galanya.  ZBA terus ke hotel penginapan (3100m) sejauh 7 km daripada sempadan dikenali sebagai Zhang Mu dan berehat untuk perjalanan seterusnya keesokan harinya.

TRANS-TIBETAN BEGIN

Sunday, March 24, 2013

KATHMANDU CITY NEPAL

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

Memasuki Bandar Kathmandu.  Cuaca panas dibawah pancaran sinar matahari tetapi dingin apabila ditiup angin  Sedikit pengenalan tentang bandar Kathamandu.  Terletak 1,400m daripada paras laut dan membentuk sebuah lembah dengan diapit oleh 4 banjaran pergunungan. Shivapuri, Phulchoki, Nagarjun dan Chandragiri.
Trivunan Airport Nepal

Pick your choice & Merayap

Semua beg tersebut telah pun membuat ratusan ribu KM merentas dunia kecuali Benua Amerika Utara dan Selatan.

Penduduknya Kathmandu  mengikut bancian terkini ialah sekitar satu juta orang dan majoriti mereka berugama Hindu, Buddha dan minoriti lain termasuk Islam.  Kaya dengan budaya kehinduan (Semak UNESCO World Heritage Side) dan sumber pendapatan  bergantung kepada industri setempat, barangan keraf dan juga pelancungan.

                                        Jalanraya masih 3rd class dan berdebu diseluruh Kathmandu.  (Pembaca diingatkan membawa penutup muka jika ke Kathmandu).  Berlubang dan dalam pembinaan semula pada keseluruhannya.  Bangunan lama dan tradisi tersergam kuno dapat dilihat dimana-mana.  Bangunan-bangunan morden juga mula dibina tetapi ketinggian kurang daripada 8 tingkat.  Merayap agak susah kerana tiada "landmarks" sebagai lokasi panduan. 
Peta jalanan tidak dibekalkan secara percuma dan cuma dapat dibeli dikedai-kedai buku.    Walau  pun mereka merupakan sebuah negara tumpuan pelancung tetapi persediaan pihak berkuasa dalam menyambut kedatangan pelancungan  "Tiada".  Satu kerugian besar jika dibandingkan dengan cara bagaimana New Zealand menyambut kedatangan pelancung.  Promosi dan bahan bacaan terdapat dimana-mana.

                                Ketika ini April - November, Kathmandu dibanjiri ratusan ribu pelancung.  Mereka samaada pelancung biasa atau pendaki-pendaki yang ingin mendaki Gunung Everest dimana permit pendakian akan dikeluarkan pada bulan Mei setiap tahun.  Kathmandu begitu sesak sekali khususnya pada waktu malam.  Tetapi malang sebagaimana ZBA maklumkan diatas, masalah pihak berkuasa.  Bekalan elektrik sering terputus dan catuan dikenakan mengikut waktu.  (Sediakan lilin didalam hotel). 
Bandar Kathmandu berada dalam samar-samar diwaktu awal malam (petang) dan suasana menjadi muram dan tidak bermaya.  Perniagaan tidak mendapat sambutan dan pelancung hanya mundar mandir dan lebih menumpukan masa untuk bersantai dan makan malam.  Restoran kebiasaannya ditempat tertutup untuk mengelakan daripada debuan jalanraya yang berterbangan.
Hotel penginapan dimana-mana khususnya dikawasan tumpuan pelancung di Thamel.  Harga agak murah jika dibandingkan dengan servis yang diberikan.  Banyak hotel mengadakan pick-up daripada airport ke lokasi hotel penginapan secara percuma yang jaraknya hanya 7 km daripada Thamel.  Manakala bagi hotel bertaraf 5* harga yang ditawarkan sama dimana-mana negara dengan lokasi yang baik tetapi jauh dari lokasi tumpuan dan kemudahan atau keperluan pelancung.

Makanan.  Tidak menjadi masalah bagi semua tiada kira apa agama.  Pilihan mengikut keperluan masing-masing. Harganya berpatutan mengikut menu. 
Pastinya  penduduk Nepal adalah terdiri daripada penganut Hindu atau Buddha.  Mereka lebih kepada "vegitarian" dan menu utama ialah nasi dan capati.  Kari adalah masakan kegemaran dimakan bersama nasi dan lain-lain.   Kepada penggemar ikan, ikan jarang kelihatan dalam menu makanan di Nepal.  Jika terpaksa atau kempunan, pembaca boleh memesan dan memilih ikan air tawar sebagai pilihan. Mungkin dari jenis specis Talapia.

Makanan Islam.  Sememangnya sukar untuk mencari dalam tulisan-tulisan bloger.  ZBA sendiri pernah mengalami kesukaran mendapatkan fakta sebenar.  Tetapi apabila berada disana, sebenarnya tidak menjadi masalah.  Restoran Terkenal, Anatolia Restorant terletak di JP Road, Thamel merupakan pilihan terbaik.  Kathmandu Neeralla (Halal fast food) di Urbar Marg dan Halena's di Thamel.  Pada penggemar masakan China Islam terdapat satu restoran di Thamel menyediakan masakan kambing yang terbaik dan lam mie (Mi tarik segera).  Restorant terletak diaras dua bangunan dan senantiasa dipenuhi oleh masyarakat China Islam khususnya waktu makan tengahari.
Jauh di Bag Bazaar dimana terletaknya Nepalis Mosque terdapat sebuah restorant tetapi kedudukannya agak terlindung.  Manakala kawasan sekitarnya juga terdapat gerai-gerai menjual makanan Islam.  Pilihan terbaik juga terdapat disesetengah hotel yang menyediakan makanan Islam.  Secara keseluruhannya kunjungan ke Nepal tidak memerlukan me maggi sebagai persediaan dharurat.

Kathmandu mempunyai ramai penganut Islam.  Mereka ada yang berasal daripada India, Kashmir, China (Tibet) dan penduduk asal Nepal.  


Mempunyai dua buah Masjid yang besar terletak selang 200m diantara satu sama lain.  Dikenali sebagai Kashmiri Mosque dan Nepalis Mosque.  Kashmiri Mosque lebih besar dan mempunyai sebuah sekolah Agama yang lengkap dengan 380 pelajar dari peringkat bawah sehinggalah ketahap lapan.  3 imam bertaraf Al-Hafiz silih berganti mengepalai jemaah semasa solat waktu.


Kebanyakan daripada masyarakat Islam Nepal bergiat cergas dalam bidang perniagaan.  Dikawasan tumpuan pelancung khususnya di Thamel, 85% perniagaan "Sourviner T Shir" adalah dimiliki masyarakat Islam.  Selainnya ialah perjual batu-batu permata dan jade, barangan kraf dan kedai-kedai kain khususnya silks yang didatangkan daripada Kashmir.

Pelancungan.  Nadi dan sumber pendapatan utama yang pesat berkembang selain daripada barangan kraf dan produk-produk perusahanan tempatan. 

Sebagaimana yang pembaca sedia maklum tarikan utama ke Nepal ialah Gunung Everest, Pokhara Chitwan dan Mount Kailash.  Bagi bandar Kathmandu sendiri selain daripada Durbar Square, semua tumpuan pelancung adalah tertumpu kepada  tempat-tempat ibadat ugama Buddha atau Hindu disekitar Kathmandu.  Contoh Kuil Buddha yang terletak 175m dari paras laut bernama Swayambhunath yang mana ada kaitan dan hubung kait dengan agama Buddha di Lhasa, Tibet.  Selainnya Kuil Bodhnath dan Kumari Temple yang terletak sekitar Kathmandu.

Durbar Square adalah pusat bagi Kathmandu.  Tiada banyak perbezaan dan boleh dikatakan semuanya mirip kepada aktiviti keagamaan penduduk setempat.  Kepada penggemar seni bina dan bangunan-bangunan lama, adalah satu kemestian jika melawat Kathmandu.




Selain daripada itu 
Kathmandu 
adalah tempat yang paling sesuai untuk penganut agama Buddha disamping masyarakat India.


Bagi kali ini ZBA tidak berhasrat merayap di Kailash, Pokhara dan Chitwan.  Tumpuan kami ialah Overland daripada Kathmandu ke Kodari (Nepal), memasuki Tibet dari Zhang Mu ke Segar (New Tingri), Shigatse, Gyantze dan Lhasa.  Daripada Lhasa kami akan berkeretapi selama 3H/2M ke Beijing merentasi ketinggian 5,033m daripada Sea Level yang merupakan The Highest Train Track in The World. 

FOLLOWS ME AND SEE MORE

Friday, March 1, 2013

DOCUMENTS FOR ROOFTOP OF THE WORLD

Dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

Rooftop of the World gelaran bagi Tibet Plateau.  Dikelilingi oleh empat banjaran gunung tertinggi dunia dengan penduduknya  kurang daripada 3j orang.  Tibet adalah unik dan terpencil daripada dunia luar.  Menjadi terkenal dengan keujudan Agama  Buddha dan kebudayaanya sejak zaman berzaman. 

Kali ini ZBA akan mula merayap bermula   daripada   LCCT Kuala Lumpur terus ke Kathmandu Nepal memasuki Tibet (Lhasa) dan berkeretapi terus ke Beijing, China. 
Sekali lagi tahniah kepada AirAsia yang telah membuka laluan ke Kathmandu dengan tambang serendah RM399.00 dengan penerbangan D7 192 oleh Air Asia X.  Nepal sebenarnya terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan kawasan pergunungan bersalji.  Masa yang paling sesuai untuk melawat negara ini ialah mulai April sehingga Oktober setiap tahun.  Bagi bulan-bulan yang lain kebanyakan aktiviti pelancungan di Nepal tertutup oleh kerana cuaca musim sejuk yang melampau.  



Bagi pemegang passport 1M, mereka boleh mendapatkan Visa on Arrival (VOA) atau menempah visa disini.  Visa bagi perjalanan kurang daripada 14 hari VOA ialah USD25 atau visa tempatan RM95.00.  Pejabat kedutaan Nepal bertempat diaras 13A Bangunan MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Pengembaraan di Himalaya adalah dibawah kawalan.  Orang persaorangan tidak boleh membuat pengembaraan secara bersendirian atau kumpulan tanpa mendapat kebenaran bertulis dan bayaran kepada  pihak berkuasa tempatan.  Kita juga wajib ditemani seorang juruarah dan tidak mengembara diluar bulan-bulan yang dibenarkan.  Semua package pengembaraan yang akan memasuki Lhasa dikehendaki mendapatkan Tibet Travel Permit (TTP) terlebih dahulu. Bayaran persaorangan bagi TTP ialah RM 250.00. Kegagalan berbuat demikian, pembaca tidak akan dibenarkan melawat Lhasa dan kawasan disekitarnya.  Jika tertangkap penalti yang berat akan dikenakan.  Juga diingatkan bahawa jangan sekali-kali bercakap tentang politik yang berhubung kait dengan Tibet semasa berada disana kerana ini adalah amat sensitif.

Bagi pengembara yang datang ke Kathmandu terlebih dahulu dan menuju destinasi Tibet (Lhasa), kita tidak perlu untuk mendapatkan visa untuk ke China  terlebih dahulu.  Visa akan diuruskan oleh ajensi pelancungan yang akan  memohon visa secara berkumpulan (Four in one group) juga  telah termasuk dalam all-in package pengembaraan.  
Prosidur ini juga sama sekiranya pembaca datang daripada Tanah besar China dan menuju Lhasa dan seterusnya Kathmandu, Nepal.  Oleh yang demikian sebelum membuat tempahan untuk tiket keretapi daripada mana-mana destinasi di China, pembaca diingatkan terlebih dahulu mendapatkan TTP sebelum berurusan di kaunter tiket atau on-line booking.
Sesungguhnya pengembaraan ini adalah mahal jika dibandingkan dengan jarak dan masa bagi perjalanan yang pernah ZBA lalui setakat ini. Merujuk kepada lakaran peta diatas jarak yang ditempoh ialah 12,492 Km dan kos basic pp ialah RM4,100.00.  Ini bermakna kos bagi satu Km ialah RM0.32 untuk tempuh merayap 14D/13N.  Jika kita boleh merayap sendiri kosnya cuma sekitar RM2,500.00 sahaja.



Paparan ini adalah study journeys yang ZBA rangka dan tidak menceritakan  secara terperinci bagi bandar-bandar dan perjalanan yang bakal ditempuh.  Itu akan dinyatakan dalam blog-blog akan datang berserta gambar-gambar pilihan untuk pengtahuan kepada bakal pengembara akan datang.  Overland Trip Malaysia-Nepal-Tibet & China bermula daripada Kuala Lumpur dan berahir di Beijing China.

Penerbangan merentas bumbung dunia dan sebentar lagi kami akan mendarat di Katmandu, Nepal.  Dari gerak geri awan, cuaca mungkin sekitar 23C dan angin dilihat bertiup agak kencang.  Kami selamat mendarat dan episod pengenalan pertama blogger ialah Bandar Kathmandu itu sendiri.  Selepas urusan imigrasi dan kastam kami keluar dari terminal untuk melepaskan sedikit stress almaklum 4 jam berada  didalam dada pesawat adalah amat membosankan.
Memasuki bandar Kathmandu, ZBA disambut pemandangan penuh keindahan kawasan tanah tinggi dan pergunungan yang amat menakjubkan.  Nun jauh disana sini terpancar kebesaran Allah yang Maha Esa.  Episod merayap akan bermula selepas ini di Blog seterusnya.

JOURNEYS TO ROOFTOP OF THE WORLD