Saturday, April 20, 2013

TRANS-TIBETAN GYANTSE TO LHASA

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

Gyantse sebuah bandar di pergunungan Tibet.  Berada diketinggian 3,950m daripada paras laut.  Jika pembaca bergambar, kita seolah-olah "tinggi" daripada pergunungan disekeliling.  Pergunungan batu-batan dan kawasan lapang seolah-olah padang pasir terbentang luas.  Ternakan ialah pemandangan biasa bagi penduduk dikawasan ini.  
Gyantse merupakan bandar ketiga terbesar di Tibet.  Tiada apa  keistimewa buat  Gyantse memadai dengan sebuah monastry dikenali sebagai Tashilunpo sebagai tarikan pelancung.  Juga disini terbina sebuah tugu peringatan buat mengenang jasa perwira-perwira Tibet melawan penjajah Inggeris yang didatangkan daripada Nepal dan India.  Difahamkan penjajahan Inggeris ke atas Tibet berlaku pada tahun 1904.  Dalam peperangan tersebut, kedua-dua belah pihak mengakui akan kemenangan mereka keatas lawan masing-masing.  Tetapi hakikat sebenar, Inggeris telah gagal menguasai Tibet dan dihalau keluar sehinggalah hari ini.


Gyantse agak berbedza disegi lanskap pergunungan.  Kawasan bandaranya ditanam dan ditumbuhi pokok-pokok dikeseluruhan pekan.  Walau bagaimana pun buat masa sekarang hanya kelihatan batang dan ranting sahaja berjuluran tanpa sedikit pun daun. Tiada bangunan tinggi yang melebihi 6 tingkat dibina di Gyantse  Almaklum mereka mempunyai kawasan tanah lapang yang membolehkan sesipa sahaja  memiliki tanah pada pandangan ZBA.
Dilembah-lembah terdapat usaha-usaha pembajakan untuk tanaman oat yang merupakan makanan utama penduduk Tibet.  Anak-anak sungai kecil mengalirkan air yang jernih dari kawasan pergunungan untuk membantu pengairan tanaman. 

ZBA melintasi sebuah tasik yang airnya lebih biru daripada kebiruan langit.  Dikenali sebagai Tasik Yamdrok yang dikepung oleh banjaran gunung dan terdapat sebuah empangan kecil untuk tujuan pengairan dan sumber air.  Ditebingnya  merupakan lingkaran  jalanraya yang memusing berbingkai dikeliling tasik sehinggalah melintasi susuh banjaran gunung yang lain. 
 Yamdrok Lake.  Sebuah tasik yang hebat dan saujana mata memandang.  Airnya membiru sebirunya. Jika dipandang langit yang membiru, biru lagi air ditasik. Terbentang luas diparas 4,300m daripada paras laut.  Dipagari batu batan pergunungan yang gondol tanpa sebatang pepohon kayu.  Gigi airnya pasir memutih tetapi tiada kelihatan aktiviti didalamnya.  Nun ditebing sebelah sana berbalam-balam penempatan berkelompok  penduduk Tibet demi sebuah kehidupan.  Manakala tidak kurang juga di laluan utama kekadang kita akan melintasi sebuah kehidupan ditepian jalan dan kehidupan nomad pengambala dipergunungan.

Melintasi Yamdrok Lake mengambil masa satu jam dari  permulaan kepenghujung bersamaan 70 km. (Kederasan 4X4 sekitar 70kmj).  Kedalaman yang dicatakan ialah 400m kedasar sebenar.  Walau bagaimana pun disegi perjalanan melalui lebuhraya Tibetan, faktor keselamatan dan keselesaan amat dititik beratkan sekali. Satu kebanggaan penduduk Tibet kerana mereka bernaung dibawah China.


Hari ini adalah hari kelima kami berada diparas melebihi 3,500m daripada paras laut.  Selepas minum pagi bersarapankan dua keping roti berserta telor mata kerbau dengan sebiji pisang, ZBA meninggalkan bandar Shigatse 90km menuju Gyantse.  Sebagaimana biasa kami akan keluar selepas jam 9.00 pagi dimana ketika ini cuaca agak panas sedikit walaupun suhu masih diparas 6-10C. 
Kami bergerak perlahan kerana pemandu terpaksa mematuhi "speed limit" berdasarkan waktu pemanduan yang dibenarkan.  Dengan kederasan 60-70kmj kami dapat menikmati keindahan pagi yang segar dan pemandangan persekitaran yang jauh dan terang  sayup-sayup mata memandang. 



Setelah melewati Tasik Yamdrok, melalui Tsola Path (4,600m) dan Gampola Path (4,700m) kelihatan  lanskap mengalami perubahan yang ketara.  Rumput-rumput kering walaupun masih dilitupi salji tetapi menampakan adanya rezeki untuk binatang ternakan. Gembala-gembala Nomad berada dilereng-lereng gunung menemani ternakan dalam cahaya matahari terik.


Sebentar lagi ZBA akan menempuh kawasan glacier yang merupakan puncak pergunungan tertinggi perjalanan Trans-Tibetan.  Dari kejauhan telah nampak jelas bahagian puncaknya yang diseliputi salji tebal lagi putih.  Makin dihampiri semakin bercahaya kemuncaknya dan pembaca adalah dinasihatkan untuk memakai cermin mata gelap ketika berhadapan dengan salji.  Puncak glacier ini dikenali sebagai Kharola Glacier.  Ketinggian yang dicatatkan ialah 5,560m dari paras laut.
Pada awalnya berdesing juga telinga apabila 4 X 4 kami membuat pendakian.  Pernafasan mulai tersekat dan telinga terasa seolah-olah tekanan daripada luar.  Bengang dan terpaksa acap kali menelan air lior atau menutup hidung dan menghembus dari dalam.  Pendakian diteruskan dan kami berada dipuncak 5,560m  pada jam 2.30pm dengan cuaca  panas terik tetapi dengan tiupan angin pergunungan suhu berada sekitar 5-8C.
ZBA singgah di Kharola Glacier selama 30 minit untuk bergambar kenangan dan toilet stop.  Sebenarnya kami tidak mahu mengambil risiko daripada kekurangan oksijan  diparas ini.  Udara amat nipis dan harus bernafas perlahan-lahan.  Tapi segalanya berjalan lancar dengan kehendak Allah.
Diperhentian ini didapati lebih kurang 100 orang pelancung tempatan turut bersama mengambil kesempatan  menikmati keindahan alam disamping  kelihatan juga penduduk tempatan menghampiri pelanggan untuk menawarkan barangan produk tempatan sebagai kenangan.
Setelah berada dipeak, kini tiba pula masanya menuruni menuju lembah pergunungan.  Sekali lagi telinga berdesing dan pernafasan menjadi agak cepat dari biasa.  Almaklum pada satu ketika kenderaan 4 X 4 kami  bergerak mengelilingi lima putaran  sebuah pergunungan dengan selekoh "S" yang berbelit dan tajam.  ZBA kagum kepandaian manusia mencari arah jalanan menembusi pergunungan.

Alhamdulillah segalanya selamat dan ZBA kini berada dilembah pergunungan Himalaya yang subur dan mengalir ditengah-tengahnya sebuah sungai yang amat jernih airnya.  Kami mengambil masa 1 jam 30 minit menuruni dari ketinggian 5,560m dan kini berada diparas sekitar 3,700m.  Wow lega dapat bernafas dengan lancar dan sekarang berada 70km sahaja lagi untuk sampai ke destinasi terahir Trans-Tibetan.


Berehat sebentar dilembah sementara menanti time out dan sempat juga bergambar sebagai kenangan.  Disini terletak sebuah pekan kecil dan dikiri kanan jalan terdapat penempatan penduduk.  Lanskap tidak lagi gersang malah terdapat pokok-pokok menghijau di penempatan mereka.  Pemandangan sungguh cantik dengan binatang ternakan menghiasi dataran yang luas.





Gambar atas lihat waraknya
masyarakat Tibet mengamalkan ajaran Buddha



Kiri Juga merupakan tempat  (Pemujaan) dan kanan kaum pekerja berjalan pulang.





















Kini ZBA melewati kawasan lembah dan berada 10km daripada Lapangan Terbang Lhasa .  LTLhasa merupakan satu-satunya perhubungan udara yang menghubungkan Lhasa dengan  Tibet, China dan penerbangan antarabangsa.  Juga terletak didalam lembah yang dikelilingi pergunungan dan ditepian sungai yang mengalir ditengah-tengahnya.  Satu jambatan dengan jalanraya dua lorong yang kemas dan cantik membelah pergunungan menuju Lhasa.


TLhasa terletak dibarat Lhasa sejauh 40km dan dihubungkan dengan sebuah lebuhraya empat lorong disamping landasan keretapi terbaru menghubungkan Lhasa dengan Shigatse sejauh 349km yang masih dalam pembinaan dan dijangka beroperasi Disember 2013.  


Waktu sekarang menunjukan jam 5pm waktu tempatan, cuaca terang disekitar Lhasa manakala pergunungan masih diselaputi salji tebal.  ZBA dijangka berada disini selama 3H/2M sebelum meneruskan perjalanan dengan keretapi ke Beijing.  Terasa lega dihati kerana paras ketinggian disini cuma 3,600m sahaja dan harap-harap dapat menyesuaikan diri dengan cuaca setempat.
Lawatan berikutnya ialah Potala Palace, Norbulinka, Sera Moanastry, Jokhang, Barkhor dan Drepung Monastry.  Insyaallah ZBA akan huraikan dengan panjang lebar apa yang dikatakan Potala Palace dalam blog yang lain.


























ENJOY YOUR JOURNEY
http://www.zainaltobiaqtravel.blogspot.com

Friday, April 19, 2013

TRANS-TIBETAN SHIGATSE TO GYANTSE

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,
Alhamdulillah.  Suasana pagi yang terang dan cuaca agak sejuk walaupun matahari sedang memancarkan sinar terang.  90km dihadapan kami akan meneruskan perjalanan menurun keparas purata 3,900m dari paras laut.  Shigatse kami tinggalkan menyusur melalui kepesatan pembangunan Shigatse menuju timur Tibet dan perhentian pertama kami ialah disatu pos keselamatan  untuk pemandu mengambil "speed limit".
Speed limit yang diamalkan di Tibet adalah berbeza dan belum pernah ZBA alami sepanjang menjadi perayap dunia.  Ianya merupakan sekeping kertas yang dicatatkan masa daripada dan kepada mestilah dalam masa yang ditetapkan.  Jika pemandu bergerak laju dan masa yang diambil adalah kurang dari masa yang dibenarkan  daripada kepada, pemandu akan dikenakan penalti sebanyak RMB 100 bagi kecepatan setiap minit.  Ini bermakna jika 10 minit lebih awal, pemandu akan dikenakan penalti sebanyak RMB 1,000.  Sebenarnya kita boleh memandu laju tetapi bagi mengelakan daripada dikenakan penalti, pemandu akan berhenti ditepian jalan menantikan masa yang diambil cukup untuk perjalanan yang dirancang. 
 Purata kelajuan yang dibenarkan di Tibet ialah sekitar 60-70 ksj sahaja.  Pemandu mereka cukup berhemah dan memandu dengan tertib.  Jarang-jarang kita kedengaran hon dibunyikan kepada pemandu lain.  Jalanraya dipasang kamera canggih dan setiap sempadan daerah akan dikawal oleh pasukan keselamatan.  



Pada pandangan ZBA satu peraturan yang canggih dan berkesan bagi mengelakan kemalangan jalanraya.  Peraturan patut dibawa keNegara 1M untuk dipraktikan jika kita tidak mahu melihat berlakunya kemalangan jalanraya yang amat memudharatkan.  Atau dengan lain perkataan "membendung kebiadapan pemandu-pemandu maut diNegara 1M".

 10km diluar bandar Shigatse barulah kita dapat melihat kehidupan sebenar masyarakat Tibet.  Penempatan mereka kali ini bukan lagi jauh di lembah-lembah atau dipergunungan.   Mereka dilihat tinggal dilembah yang subur diantara pergunungan disepanjang laluan ke Gyantse.  Satu penempatan yang padat  dapat kita lihat dengan adanya tumbuh-tumbuhan yang tumbuh ditepi jalanraya dan juga diperkarangan rumah.  Walau bagaimanapun ketika ini pokok yang tumbah merupakan ranting dan tiada daun dan bunga.  Manakala dipergunungan juga kelihatan gondol dan jarang-jarang sekali kelihatan salji sebagaimana dilaluan sebelumnya.

Petani dengan gigih membajak dan membaja.  Ternakan seperti kambing, yaks, bebiri dan kuda berkeliaran dengan banyaknya.  Rumah-rumah penduduk berderetan disepanjang jalan.  Air disaliran mengalir jernih sedia untuk membantu pengairan ladang-ladang oat yang bakal ditanam menjelang musim panas.
ZBA singgah untuk toilet stop sementara menanti "time in" memasuki bandar Gyantse.  Satu pengalaman baru untuk kita kongsi bersama.    Sebagaimana ZBA maklumkan sebelumnya bahawa makanan utama masyarakat Tibet ialah Oat.  Dikisar dijadikan tepung disimpan atau dijual bagi menjana pendapatan keluarga.  
Mereka sehingga kini  masih menggunakan cara tradisional untuk mengisar oat menjadikan tepung.  Langkah pertama menakung air disaliran dan dialirkan menerusi saliran dan dilepaskan menerjah sebuah kincir bagi menjana pusingan pengisar yang terletak dibahagian atas.  
Pengisar akan berterusan memusing dan oat dimasukan kedalam sebuah karong guni dan dikeluarkan perlahan-lahan sesuai dengan pusingan pengisar. 
Hasilnya oat akan bertukar menjadi  tepung dan digunikan untuk jualan.  Satu proses yang ekonomi dan tidak memerlukan sebarang perbelanjaan  memadai dengan seorang petani mengawasi proses ini.

Cara Tradisional 
memproses oat menjadi tepung



Serba sedikit kita telah mengenali cara penghidupan masyarakat Tibet dan kini ZBA sentuh sedikit tentang adat istiadat perkahwinan mereka.  Unik demi mempertahankan adat dan keturunan.  Perkara ini sama dengan masyarakat diutara India yang melakukan perkahwinan sedemikian.  
Gambar Hiasan jangan salah tanggapan

Diluar bandar  10 km  ketimur Shigatse terdapat deretan rumah-rumah masyarakat Tibet yang boleh dikatakan dari kalangan elit (kaya) disepanjang jalan.  Sungguhpun demikian ramai dari kalangan mereka berpegang kepada adat demi menjaga keutuhan kekeluargaan dan mengelakan daripada perpecahan pembahagian harta.  Secara purata adat ini memang tidak disukai oleh ramai masyarakat Tibet morden termasuk teman guide kami yang bersama ZBA.  Apa pun demi keluarga pengorbanan anak lelaki harus bertanggungjawab dan meneruskan tradisi.
DiNegara 1M, lelaki Islam dibolehkan berpoligami sehingga  4 orang isteri jika berkemampuan manakala di sesetengah bahagian Tibet, satu perempuan boleh bermonogami dengan 3  lelaki saudara dalam satu keluarga.  Hebat perempuan Tibet jika dibandingkan dengan kehebatan wanita UM**.  Tiga suami dalam sesuatu masa ?.  Tidak terfikir bagaimana jika ketiga-tiganya berkehendakan dalam suatu masa.  

Apa perasaan abang jika adik bersama isteri.  Apa perasaan adik bongsu pula ketika isteri bersama abang dan sebaliknya.  Bagaimana seorang isteri selepas melayan tiga orang suami dalam satu malam dan malam berturut-turutnya sehingga sebulan berikutnya.  Tentu kepuasan terbayang diwajah isteri kerana kepuasan. Tetapi bagaimana pula dengan sisuami.  Satu persoalan yang sukar dijawab.  Kerana adat, seorang perempuan dikorbankan.  Persolanan ini ZBA kembalikan kepada teman guide kami.  Dengan ketawa berbahak, beliau sendiri tidak berkesanggupan untuk melakukannya.    Semua jawapan dihuraikan  dengan panjang lebar dari soalan yang diajukan oleh ZBA.   
Semasa upacara perkahwinan ketiga-tiga pengantin lelaki hadzir bersama.  Mereka berpakaian pengantin dan dibariskan bersama pengantin perempuan. Lelaki sulung berdekatan isteri diikuti oleh saudara tengah dan akhir sekali lelaki bongsu.  (Tapi perlu diingat bahawa jika keluarga pengantin lelaki bersaudara 4, perkahwinan ini tidak boleh dilakukan kerana peraturan adat menghadkan kepada 3 saudara lelaki sahaja).
Jika dikurniakan anak samaada lelaki atau perempuan, anak tersebut akan di "binkan" dengan saudara tua walau bagaimana pun mirip wajah kanak-kanak tersebut.  Anak tersebut akan memanggil ayah atau bapa kepada saudara sulung dan uncle atau Pakcik kepada saudara tengah dan bongsu.
Penyelesaian kepada masalah.  Sebenarnya kita mempersoalkan polimik perkahwinan monogami ini atas dasar nafsu.  Tetapi perkara ini sebenarnya lain daripada yang diamalkan oleh masyarakat Tibet.  Itulah menunjukan keutuhan adat yang mereka pegang demi menyelamatkan empire keluarga dalam kehidupan harian.
Sungguh pun mereka mengamalkan perkahwinan tiga dalam satu dan tinggal dalam satu keluarga yang besar serumah, tetapi secara praktikalnya dua lelaki tengah dan bongsu akan meninggalkan rumah dan bekerja diluar.  Pada nama mereka berkahwin tetapi hakikatnya dua saudara lagi akan berada diluar.  Atau saudara tua berada diluar dan salah satu samaada saudara tengah dan bongsu berada dirumah dan sebaliknya.  
Tradisi monogami ini bukanlah satu adat muktamat sekiranya salah seorang daripada mereka ingin berkahwin lagi.  Mereka boleh berbuat demikian dan secara otomatik  perkahwinan monogami mereka akan "bercerai" dengan tersendiri  dengan syarat mereka harus meninggalkan rumah keluarga dan membina penghidupan  keluarga sendiri. 

Shigatse menuju Gyantse berahir disini dan dari Gyantse kami  menuju terus Lhasa  kerana kami telah mengubah jadual perjalanan tanpa bermalam di Gyantse.

WELLCOME TO GYANTSE