Assalamualaikum,
Dua kali ketetihan. Satu letih kerana menunggu penumpang terahir dari Nelspruit (Afrika Selatan) ke Mbabane (Swaziland). Keduanya letih dalam perjalanan yang mengambil masa 4J bagi diantara dua destinasi ini.
Van yang kami tumpangi meluncur laju melintasi tanahrata dan mendaki kawasan pergunungan dipenghujung sempadan kedua negara. Tanaman limau masis dimana-mana. Manakala dikawasan pergunungan, tanaman pokok-pokok pine tersusun cantik. Secara purata ZBA dapat melihat pemandangan yang mengasyikan.
Tepat jam 3.30pm ZBA sampai disempadan Afrika Selatan dikenali dengan nama Ngwenga. Bandar cowboy untuk proses Imigrasi. Berjalan kaki 50M kemudian memasuki Swazaland di bandar sempadan dikenali sebagai Oshoek.
Semasa berada didalam pusat Imigrasi Swaziland, ZBA amat terkejud dengan gelagat kakitangan Imigrasi Swaziland. Mereka berpakaian seragam tradisional penduduk Swaziland yang bewarna warni.
(Blog ini boleh dikongsi bersama dengan "South Africa Black Day Cronology")
Sepetang bersama "Reed Dance Festival" di Lobamba"
Gambar atas adalah satu-satunya anak sungai yang ZBA ketemui di Swaziland
Swaziland bukannya sebagaimana negara-negara di
Selatan Afrika lain yang pernah ZBA lawati. Ra'ayat Swaziland secara umumnya adalah mesra pelancung. Jika dinegara lain, ZBA selalu diberitahu dengan amaran " Beware you are not save". Jadi apabila perkataan tersebut keluar daripada mulut-mulut mereka secara otomatik kita tidak ada kebebasan untuk bergerak. Logiknya memang benar. Jika sekali pandang orang-orang berkulit hitam Afrika amat menggerunkan dari segi air muka dan warna kulit.
Bersikap kasar dan memerhati sesaorang khususnya wanita seakan-akan hendak ditelan. Dalam erti lain ialah "Kurang ajar". Jika dilihat pada raayat Swaziland, walaupun mereka berkulit hitam tetapi hitam mereka kemerahan dan raut wajah mereka lebih cantik dan wanitanya manis jika dibandingkan dengan kalangan orang-orang berkulit hitam dinegara-negara lain. Jadi atas dasar keselamatan, ZBA memilih untuk memandu mengelilingi Swaziland.
45 minit kemudian ZBA sampai di Manzini. Sebuah bandar yang sederhana besar dan terletak diatas sebuah dataran tinggi berhampiran dengan lapangan terbang antarabangsa Swaziland berhampiran bandar Matsapha. Pemandangan lembah-lembah disekeliling amat cantik. Dari jauh terjulur menara sebuah Masjid yang merupakan mercu tanda bandar tersebut. Masjid ini merupakan yang terbesar dan tercantik di Swaziland. Imamnya seorang Al-Hafiz berasal daripada Pakistan. Didalamnya terdapat sebuah sekolah agama yang serba lengkap. Semasa kedatangan ZBA, kami sempat berbual bersama Imam dan sekumpulan pelajar lelaki dan wanita yang sedang belajar Al-Quran. Dimaklumkan bahawa Swaziland hanya mempunyai penduduk minority yang berugama Islam. Walau bagaimanapun makanan Halal tidak sukar untuk dijumpai dimana-mana bandar besar atau pun didalam suparmarket. Ikan jarang ditemui kecuali daripada specis talapia.
Gambar dibawah : Pekan kecil Nhlangano.
Gambar atas ZBA tersesat sehingga kesempadan Afrika Selatan di Gede/Bothashoop. Gambar bawah pula ialah kawsan pertanian di Mankayane.
ZBA sampai ke Ezulwini lewat petang. Disempatan masa yang ada ZBA sempat melawat tempat dimana 8 hari penduduk Swaziland mengatakan "Culture Event" dengan mengumpul puluhan ribu kanak-kanak dan melihat "Reed Dance" yang merupakan acara kemuncak festival tersebut.
Acara tahunan ini menerima sambutan yang baik dari penduduk tempatan juga pelancung asing.
Pintu Gerbang menuju Mantenga Nature Reserved yang terletak 1.5km kedalam. bayaran masuk ialah RM 5.00.
Sekitar Swazi Culture Village. Setiap hari diadakan pertunjukan tarian tradisional tepat jam 11.00 am.
Keesokan harinya pula ZBA melawat Mlilwane Wildlife Sactury Park di daerah Lobamba . Namanya indah tetapi tiada apa yang ada sebenarnya. Terletak 3.5 km kedalam daripada jalan besar MR 103. Sedikit yang menarik perhatian disini ialah sebuah perkampungan tradisi yang dikenali sebagai "Mantenga Nature Reserved & Swazi Culture Vilalage"
Secara keseluruhan Swaziland adalah negara yang cantik. Ramai pelancung daripada barat dan timur berada disini khususnya pada musim panas. Negaranya secara keseluruhan berada didataran tinggi dengan pemandangan yang sangat cantik. Bersih dan penduduknya mesra pelancung. Mempunyai matawang sendiri tetapi matawang Afrika Selatan juga boleh diperlakukan.
Alhamdulillah segalanya berjalan mengikut jadual perancangan. ZBA berada di Swaziland selama 4H/3M dan ZBA meninggalkan Swaziland dalam kenangan dibawah sinaran matahari panas jam 09.45am menuju sempada Afrika Selatan yang berada 15m perjalanan.
WELLCOME AGAIN SOUTH AFRICA.

No comments:
Post a Comment